Apabila bab duit ini, mesti kita mudah panik bila tiba-tiba duit dalam akaun bank hilang. Biarpun hanya RM5, RM10, ia tetap duit juga.
Lebih pelik dan membimbangkan apabila ada transaksi dari luar negara. Tapi bagaimana nak dapat semula duit kita yang hilang tu.
Sebagaimana perkongsian puan Eqienura Mokhtar menjelaskan cara dia mendapatakan kembali duitnya hilang dalam akaun.
Ingat tak pasal duit hilang dalam akaun Maybank sebab ada transaction to overseas mercants last week? Alhamdulillah dah dapat balik dah my money
Apa yang korang perlu buat when this happened:
1. Terus call nombor tertera belakang kad bank, report ada unknown transaction to overseas merchant guna our debit card. customer service akan cakap mereka akan siasat dan block kad. tapi tak ada suruh kita buat anything pun which supposedly dia kena suruh kita isi ‘Dispute Form’ and email to them. Ni kalau pergi Maybank diorang akan suruh isi dan buat aduan kat kaunter.
2. Screenshot all transaction for debit card. highlight unknown transaction tersebut.
3. Download ‘Dispute Form’. yang ni i just google dispute form maybank. i download dalam ipad and terus isi. kalau boleh print, then print la and isi manual. yang ni lepas google cara nak dapat balik duit hilang tu baru tau kena isi submit Dispute Form bagai. customer service tak mention pun masa kita call tu ye
Ads
4. email Dispute Form beserta screenshot transaction to Maybank (disputemgmt@maybank.com.my; cfrm@maybank.com.my) & cc to Bank Negara Malaysia (bnmtelelink@bnm.gov.my)
5. Pergi cawangan Maybank berdekatan and buat kad baru. aktifkan kad baru (ATM / Online)
6. Tunggu duit masuk dalam akaun. settle.
5hb tengok dah dapat balik duit yang hilang dalam akaun tu. seminggu je dah dapat balik. Alhamdulillah.
Baru tahu yang transaksi kad debit/kredit to merchant in US memang tak ada Tac or Msos code or any notification.
Ads
Patutlah tak sedar duit hilang. Selalu la check transaction account bank korang okay. Duit simpanan kita dilindungi PIDM so kalau hilang walau sesen pun silalah dispute dengan pihak bank.
Bukan senang nak cari duit zaman sekarang ni, satu sen pun berharga . semoga bermanfaat.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Ads
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu. Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu. Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Anak Diana Danielle alami lumpuh wajah secara tiba-tiba apabila remaja lelaki berusia 13 tahun itu disahkan berdepan masalah saraf pada bahagian wajah yang berlaku tanpa sebarang tanda awal. Situasi tersebut nyata mengejutkan ramai pihak, khususnya para ibu bapa yang memahami betapa rapuhnya emosi apabila kesihatan anak terjejas secara mendadak.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Diana Danielle, berkongsi perkembangan kesihatan anaknya menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story bagi menjelaskan keadaan sebenar Muhammad yang sebelum ini menerima rawatan di hospital. Perkongsian jujur itu mengundang rasa sebak dan simpati dalam kalangan pengikutnya, apatah lagi apabila melibatkan kesihatan anak yang masih di usia remaja.
Menurut Diana, Muhammad telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan menyeluruh dan kini sedang mengambil ubat steroid sebagai sebahagian daripada rawatan awal. Keadaan anak Diana Danielle alami lumpuh wajah ini memerlukan pemantauan rapi walaupun dilihat semakin stabil dari hari ke hari.
Selain itu, satu temu janji untuk menjalani imbasan MRI turut dijadualkan bagi membantu pihak doktor mengenal pasti punca sebenar gangguan saraf yang dialami anaknya. Langkah ini penting bagi memastikan sebarang kemungkinan komplikasi dapat dikesan lebih awal.
Walaupun masih belum ada pengesahan muktamad, doktor mengesyaki keadaan tersebut berkait sama ada dengan Sindrom Guillain-Barré (GBS) atau Bell’s Palsy. Namun begitu, Diana memaklumkan perkembangan anaknya setakat ini menunjukkan tanda-tanda positif dan tidak menunjukkan simptom yang membimbangkan.
Sebelum anak Diana Danielle alami lumpuh wajah, Muhammad difahamkan pernah mengalami demam akibat jangkitan virus. Susulan daripada itu, beberapa pemeriksaan lanjut telah dilakukan melibatkan pakar neurologi, pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) serta pakar perubatan lain bagi memastikan keadaan tersebut tidak melibatkan sistem saraf utama atau anggota badan lain.
Dalam nada seorang ibu yang tabah, Diana meluahkan rasa syukur apabila anaknya sudah dibenarkan berehat di rumah bersama keluarga meskipun proses pemulihan dijangka mengambil masa. Baginya, sokongan emosi dan suasana rumah yang tenang amat penting untuk membantu proses penyembuhan.
Fokus utama ketika ini adalah usaha memulihkan fungsi saraf wajah Muhammad, terutamanya dari segi pertuturan. Anak Diana Danielle alami lumpuh wajah ringan yang memberi kesan kepada sebutan beberapa huruf tertentu.
“Ada huruf seperti M, B dan P yang agak sukar untuk dia sebut, jadi dia perlu kerap berlatih supaya saraf wajah kembali kuat,” jelas Diana dengan penuh harapan.
Tambahnya lagi, pihak doktor masih belum dapat membuat pengesahan sama ada Muhammad benar-benar mengalami Sindrom Guillain-Barré atau Bell’s Palsy kerana lumpuh yang berlaku adalah ringan, melibatkan kedua-dua belah wajah dan tidak merebak ke bahagian tubuh yang lain.
“Sekarang dia sudah tidak demam. Cuma kesan daripada jangkitan virus tempoh hari menyebabkan keadaan ini berlaku. Insya-Allah boleh pulih, cuma ambil masa beberapa minggu atau bulan bergantung kepada tindak balas badan,” katanya.
Kenyataan itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada para pengikut yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan Muhammad sejak berita anak Diana Danielle alami lumpuh wajah mula tersebar.
Perkongsian Diana ini nyata menyentuh hati ramai ibu bapa dan menjadi peringatan agar tidak memandang ringan sebarang perubahan mendadak pada kesihatan anak. Pemeriksaan awal, sokongan keluarga serta doa yang berterusan adalah antara kekuatan terbesar dalam membantu proses pemulihan seorang anak.
Anak Diana Danielle alami lumpuh wajah mungkin menjadi ujian besar buat keluarga kecil ini, namun ketabahan dan keterbukaan Diana berkongsi kisah sebenar membuka mata ramai tentang kepentingan kesedaran kesihatan saraf dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Semoga Muhammad diberikan kesembuhan sepenuhnya dan terus membesar sebagai anak yang sihat, ceria serta dilindungi Allah SWT. Aamiin.
Sebelum ini media melaporkan isteri kepada pelakon, Harris Anuar yang juga pelakon, Asha Merican yang kini hamil trimester ketiga, mengidam menghidu bau simen dinding. Kini, datang lagi mengidamnya tetapi lain sedikit iaitu mengidam untuk memiliki permainan lato-lato pula.
Ini memaksa suaminya bergegas mencarinya dan akhirnya berjaya mendapatkannya selepas meninjau di lima kedai.
“Geng, bini mengidam nak main lato-lato mana nak cari eh? Dah pergi lima kedai Acheh tak jumpa-jumpa. Tolong,” tulisnya di Instagram semalam.
Menurut laporan Harian Metro, Asha ketika dihubungi berkata, dia gembira apabila suaminya berjaya membeli lato-lato.
“Memang saya dah lama mengidam nak main lato-lato ini. Banyak juga kedai dia pergi cari tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya ramai orang beritahu dekat Uptown Damansara ada jual. Memandangkan kami tinggal di Damansara, suami pergi beli di sekitar sini.
“Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini,” katanya.
Menurut pelakon drama bersiri Cik Ayu Mee Sanggul ini, tiga hari lamanya dia memberitahu Harris berkenaan keinginannya mahu bermain lato-lato.
“Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga.
“Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya.
“Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam,” katanya yang merahsiakan jantina bayinya.
Sementara itu, Asha yang akan tampil dengan drama Pengantin Pasti Jadi mengakui berdebar-debar menanti kelahiran bayi pertama mereka.
“Takut juga sebenarnya. Buat masa ini saya hanya berehat. Insya-Allah habis bersalin dan berpantang saya akan sambung semula berlakon.
“Alhamdulillah suami layan saja permintaan saya. Makan pun dia selalu masakkan untuk saya. Bangun pagi dengar bunyi bising dekat dapur ingatkan apalah dia buat.
“Rupa-rupanya dia masak untuk saya. Dia memang seorang suami yang penyayang dan rajin,” katanya.
Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun tahun lalu selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.
Sumber : Harian Metro, Instagram Harris Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.