Pelakon Rafidah Ibrahim berkongsi detik cemas dan sedih apabila anak dalam kandungan yang berusia empat bulan keguguran.
Menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik di akaun Facebook dan Instagramnya, dia meluahkan ksedihan atas kehilangan anak syurga yang diberi nama Abdullah bin Shahzemir.
“Innalillahhiwainnalillah hiroji’un. Jumaat, 24 Jun 2022, sebelum masuk waktu Magrib, anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yg berusia 4 bulan 7 hari telah pergi.
“Petang, dari jam 5pm perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yg terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut.
“Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yg tau. Sebelum masuk Waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar.
“Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan. Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat (sekiranya berlaku pada anda, terus ke hospital ya dan jangan potong sendiri kerana itu akan lebih memudahkan proses cuci uri /placenta nanti).
Tak sempurna tapi sudah cukup sifat
Akui Rafidah lagi, detik tersebut menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan sepajang hidupnya. Impian bergelar ibu nampaknya tidak kesampaian. Kesedihan hanya Tuhan yang tahu.
“Pada waktu tu, perasaan panik ada, nak nangis pon ada tapi bila saya pegang baby, SubhanAllah indahnya ciptaan Allah s.w.t. Perasaan panik & sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat.
“Saya yakin para ibu bapa yg sudah menimang cahaya mata, perasaan itu sangat-sangat menggembirakan dan terubat segala rasa.
“Sementara suami tunaikan solat, saya bersiap dan kami terus ke hospital. Seperti biasa, proses membersihkan uri dilakukan dan saya ditahan 1 malam di wad bagi tujuan pantauan.
Biarpun jantina bayi masih belum dikenalpasti memandangkan usia kandungan masih kecil, namun pasangan ini tetap menamakan bayi syurga mereka dengan nama yang siap disediakan untuk bayi itu jika lahir kelak.
Jantina bayi tak dapat dikenalpasti
“Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bagi anak syurga ini. Jantina baby tak dapat dikenalpasti, tapi kami menamakannya Abdullah (hamba Allah). Terima kasih Abi – Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi atas ‘guideline’ perkara yg perlu dibuat ke atas jenazah bayi kami dan juga atas nama yg diberi sbb kami memang dah niatkan jika anak kami lahir nak abi namakan.
“Terima kasih juga buat para doktor, para misi, forensik dan semua warga Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur (HWKKKL) atas keprihatinan anda, nasihat dan layanan yg sangat baik. Tak lupa juga saya nak ucapkan terima kasih buat kejiranan yg membantu dan memudahkan pengurusan jenazah bayi saya Abg Lop (Syamil), Kak Rozi, Kak Timah.
Jenazah dikebumi sebelah kubur arwah ibu dan ayah
Rafidah dalam pada itu turut melahirkan ucapan terima kasih serta penghargaan buat ahli keluarga, sahabat serta pengikutnya di media sosial yang sering menitipkan doa buat zuriatnya itu.
“Terima kasih juga buat Abg Rais yg membantu menggali kubur anak kami. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang, bersebelahan kubur arwah mak dan arwah ayah saya. Tidak ketinggalan buat para keluarga, sahabat, pengikut di setiap media sosial dan semua yg sentiasa mendoakan kebaikan saya, anak dan suami serta nasihat.
“Terima kasih sekali lagi buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua di dunia dan di akhirat,” luah Rafidah.
Sumber: Rafidah Hj Ibrahim
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club