Apa kata untuk minum petang hari ini, anda pikat selera keluarga dengan lasagna. Menu ala barat yang cukup mudah disediakan. Hanya guna lebihan roti yang ada di rumah anda. Menjimatkan dan mudah disediakan.
Resepi ini dikongsikan khas oleh Cikpuan Nurul Ain Abdullah melalui Facebook beliau.
BAHAN-BAHAN
Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan:
- Roti Gardenia (dibuang kulit)
- Cheese mozarella 1 paket
- Tomato puri 1 tin
- Daging/ayam cincang Cap Ramly
- Sayur campur
- Sosej (dipotong kecil)
- Lada capsicum
- Bawang putih dan bawang besar (dipotong dadu)
- Garam
- Sos Life
CARA-CARA
Ini pula cara membuatnya langkah demi langkah.
1. SEDIAKAN INTI
Langkah pertama, kita sediakan intinya terlebih dahulu. Terpulanglah nak inti ayam, daging, atau seafood. Untuk perkongsian ini, saya gunakan ayam cincang dan sosej sebagai bahan asasnya.
Untuk membuat inti langkah seperti berikut:
- Tumis bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan sayur campur.
- Campurkan ayam cincang dan sosej.
- Masukkan tomato puri.
- Perasakan dengan garam. Masak hingga kering. Asingkan.
2. SALUT ROTI DENGAN TELUR
Bila intinya dah sedia, kita boleh mulakan proses melapis-lapiskan roti.
Sebelum itu, pecahkan telur dan pukul hingga hancur. Lepas itu, ambil roti yang telah dibuang kulit dan salutkan dengan telur yang telah dipukul. Susunkan dalam loyang pembakar.
3. LAPISKAN DENGAN INTI
Seterusnya, lapiskan dengan inti yang dimasak tadi. Padat-padatkan dan ratakan macam dalam gambar ini.
4. TABURKAN CHEESE & SOS CILI
Kemudian, taburkan cheese sebanyak mana yang anda suka. Siapa suka banyak, boleh lebihkan. Ini cheese yang saya gunakan. Nak guna jenama lain pun boleh.
Saya tambahkan juga sedikit sos cili Life.
5. ULANG HINGGA 3 LAPISAN
Ulang langkah 2-4 sebanyak 2 kali lagi. Saya buat 3 lapisan – lapisan bawah, tengah, dan atas.
6. BAKAR DALAM OVEN
Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 40 minit.
Biar luarannya garing sedikit, baru sedap!
INILAH HASILNYA!
Bila dah masak, inilah hasilnya. Memang menjilat jari!
Ini pula slice yang telah dipotong.
Wah, terliur kan? Mudah sangat membuatnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Ain Abdullah vis Sirap Limau