Kasih ibu membawa ke Syurga mendorong pelakon Lufya Omar untuk bertindak pantas untuk menyelamatkan anak perempuannya iaitu Laana Haura daripada cubaan menculik.

Menceritakan detik cemas menerusi Instagram miliknya, Lufya atau Lufya Syeikh Omar memberitahu pada petang Ahad lalu didatangi oleh lelaki yang tidak dikenali ketika di taman permainan Kota Damansara.

Demi memastikan keselamatan anaknya, dirinya telah dipukul di bahagian wajah dan badan.

Mujur mempunyai ilmu mempertahankan diri, dia mampu bertindak melawan dan menyelamatkan anaknya.

Meluahkan rasa syukur diri dan anaknya selamat dan memohon para peminatnya mendokan kesembuhan dan keselamatan buat diri dan anaknya.

“2 hari lepas Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara pada lebih kurang jam 4 petang hingga 5 petang.”

Lufya Cerita Detik Cemas Dipukul Dengan Kayu, Lelaki Cuba Culik Anak!

 

 

IKLAN

Cedera Pada Wajah Dan Badan

Katanya lagi, lelaki berkenaan memukulnya di kepala dan badan menggunakan kayu. Perilaku lelaki yang tidak kenali itu mengakibatnya mengalami kecederaan di bahagian wajah dan badan.

Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecerderaan pada wajah dan badan saya.
Alhamdulillah anak selamat dan fya pun selamat. Im a fighter!

Terpanggil nak share sesuatu yang penting untuk kita semua. Apa yang fya nak sampaikan kat sini demi keselamatan anak serta diri kita sendiri walaupun kita ni wanita yang lemah kita kene ada ilmu mempertahankan diri.

Ikutkan orang yang menyerang tu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah juga fya dapat melawan dan menyelamatkan anak fya. Syukur Alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert.

Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan.
Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya

IKLAN

 

Lufya Cerita Detik Cemas Dipukul Dengan Kayu, Lelaki Cuba Culik Anak!

 

 

Rakan Artis Dan Peminat Titip Doa

IKLAN

Melihat foto kecederaan yang dialami oleh pelakon berkenaan rata-rata rakan artis dan peminat meluahkan rasa terkejut. Ramai yang  menitipkan doa buat pelakon dan anaknya semoga cepat sembuh.

Lufya Cerita Detik Cemas Dipukul Dengan Kayu, Lelaki Cuba Culik Anak!Lufya Cerita Detik Cemas Dipukul Dengan Kayu, Lelaki Cuba Culik Anak!

Lufya Cerita Detik Cemas Dipukul Dengan Kayu, Lelaki Cuba Culik Anak!

Sumber: lufyalaana

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Lufya Cerita Detik Cemas Dipukul Dengan Kayu, Lelaki Cuba Culik Anak!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI