Memang benar tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa, namun tanggungjawab kepada masyarakat tetap ada.
Begitu juga dengan perkongsian seorang ahli farmasi ini di laman facebooknya Faiz Akmal Mfa mengenai perjuangannya dalam mendidik pesakitnya terutana warga emas mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan pengambilan ubatan cara yang betul secara konsisten demi kesihatan yang lebih baik. Perkongsiannya mengenai seorang ibu yang berubah sikap mengikut rawatan secara konsisten daripada enggan makan ubat dan pengambilan insulin memang menyentuh hati
“Makcik memang tak makan ubat ni nak, cucuk insulin pun makcik tak buat.”
“Makcik dah bosan dah asyik hadap ubat je memanjang.”
Begitulah kata-kata makcik ini yang pernah terlontar sewaktu aku berjumpa dengan makcik tersebut dua bulan yang lepas.
Masa tu, bacaan gulanya, ya Allah, tak terkata. Tinggi bagai nak rak.
Dengan tekanan darah nya yang tak terkawal masa tu.
Dan masa tu, makcik ni hampir-hampir saja nak kena admit kat wad.
Ads
…..Dan masa terus berlalu…..
Kini, aku bertemu semula dengan makcik ini.
Senyuman nya terpancar penuh keceriaan. Ku belek buku rekodnya.
Alhamdulillah, bacaan gula makcik ini sudah semakin okay.
Tekanan darah sudah mula terkawal.
“Terima kasih nak.”, sebaris ayat ringkas itulah yang mula-mula terkeluar dari mulut makcik ini saat dia melangkah masuk ke bilik kaunselingku.
Ads
Aku hanya mampu menyambut dengan sekilas senyuman saja buat masa ini.
Ya, makcik ini pernah hampir-hampir putus asa.
“Kau pernah cakap kat makcik, yang sakit ni juga satu ujian. Kau juga pernah cakap kat makcik, doa saja tak cukup. Kau juga ada pernah bagitahu yang usaha lawan penyakit ni satu jihad jugak.”
Aku sekadar berdiam. Saja memberi ruang makcik ini berbicara.
“Kau tahu makcik ni degil. Tapi, kau tak jemu. Kau lah yang tolong tuliskan besar-besar, bagi makcik ni nampak. Makcik senyap-senyap je pergi dengar ceramah kau. Rupa-rupanya, makin banyak yang makcik belajar.”
Ads
Dengan tiba-tiba, aku jadi sebak dan terharu.
“Terima kasih nak. Makcik janji makcik takkan degil-degil lagi. Makcik sekarang dah jadi budak baik tau. Makcik makan semua ubat ni, makcik dah tak takut lagi nak cucuk insulin.”, makcik itu menyambung kata sambil tersenyum.
“Alhamdulillah.”, hanya itu yang mampu aku luahkan.
Rasa sangat bersyukur sebab dapat juga akhirnya ‘meruntuhkan tembok kedegilan’ makcik yang sangat-sangat luar biasa ini degilnya.
Kuncinya adalah jangan pernah jemu untuk membantu. Sebab semua yang kita buat ini kalau dibuat dengan ikhlas, ada sahamnya di alam sana nanti.
Dan bagi aku, ini adalah perjuangan. ?
Nukilan:
Faiz Akmal Mfa,
Farmasis,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
Apatah lagi, anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hakikatnya ajal maut di tangan Tuhan, tetapi sekurang-kurangnya kita kena berusaha untuk memastikan diri ini selamat dan sihat dari segala penyakit. Bertindak segera dengan membuat keputusan sendiri jika melibatkan nyawa.Jika anda bergelar isteri dan hamil, nasihati suami jika ada percanggahan pendapat begitu juga dengan keluarga. Jika rawatan itu, perlu disegerakan, jangan berlengah untuk membuat keputusn terbaik buat diri.
Perkongsian doktor Sakinah Sulong sungguh bermanfaat mengenai seorang isteri yang tidak berani mengambil keputusan sehingga meragut nyawannya. Bukan menolak qada dan qadar tetapi ia menjadi asbab buat arwah. Ikuti coretan Doktor ini semoga kita semua muhasabah diri.
Mengikut undang-undang, setiap individu berumur 18 tahun dan lebih, boleh membuat keputusan sendiri.
Tapi selalu berlaku, para isteri akan menunggu suami untuk memberi kata putus dalam perkara berkaitan kesihatan mereka.
Hanya di Malaysia, saya difahamkan tandatangan suami diperlukan sebelum BTL (Bilateral Tubal Ligation) dijalankan dan persetujuan (verbal) suami didapatkan sekiranya isteri memerlukan caesarian section. Sila betulkan kalau saya salah.
Ada satu kes yang berlaku beberapa tahun lalu. Seorang isteri, sudah anak 3, mempunyai masalah jantung yang berisiko tinggi. Sering pengsan semasa mengandung dan terpaksa dirujuk kepada Pakar Obstetrik serta Pakar Jantung.
Setelah penilaian awal, isteri dinasihatkan untuk menggugurkan kandungan kerana risiko masalah jantungnya dijangka menjadi lebih serius sekiranya beliau mengandung. Kedua-dua isteri dan suami tak setuju.
Kandungan diteruskan. Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Obstetrik dan Pakar Jantung terus memantau ibu. Atas nasihat Pakar Jantung, ibu dirujuk ke IJN untuk rawatan. Suami tak setuju, isteri ragu-ragu. Abang isteri pun tak setuju! Pakar buat family conference. Panggil isteri, panggil suami, panggil abang. Explain elok-elok, last-last isteri setuju.
Bila tiba tarikh, isteri dihantar oleh pihak hospital ke IJN. Tapi bila sampai sana, isteri tak setuju. Prosedur rawatan dibatalkan. Sebabnya, abang isteri tak setuju! Jadi si adik tak nak jadi adik derhaka, kena dengar kata abang yang rasa lebih tahu.
Kandungan diteruskan, Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Obstetrik dan Pakar Jantung duk berdebar menunggu masa. Ibarat membawa bom rasanya. Masalah jantung ibu ni bukan main-main.
Pada usia kandungan 34 minggu, akhirnya ibu ni dijumpai dalam bilik air dalam keadaan tidak sedarkan diri. Akibat rentak jantung tidak stabil menyebabkan serangan jantung tiba-tiba. Ibu meninggal dunia.
Semua Pakar tak tahu nak cakap apa. Bukan semudah nak kata, “Ini semua takdir” Rasa kesal dan geram pun ada. Memang betul ini dah ditakdirkan tapi kita manusia perlu belajar dari pengalaman lepas sebagai panduan. Ikut hati, mau ditanya pada abang yang berkeras menolak rawatan, “Apa awak rasa menidakkan rawatan untuk adik awak, ada tak rasa menyesal tak?” Kenapa bila melibatkan isu kesihatan seorang wanita, satu ‘kampung’ mahu dilibatkan dalam membuat keputusan? Tak cukup suami nak buat keputusan, keluarga pun mahu masuk campur.
Wanita mungkin lemah dari fizikalnya, tapi bukan tahap tak kompeten untuk membuat keputusan penting. Bukannya kurang akal atau nyanyuk. Sedangkan ribuan wanita membanjiri institusi pengajian tinggi, belajar tinggi-tinggi, takkan tak mampu membuat pertimbangan sendiri, untuk kesihatan sendiri. Buatlah keputusan sendiri, dengan nasihat suami atau keluarga tak salah, tapi biarlah sesudah fikir dalam-dalam.
“Hanya ‘1 Jam Bertaaruf’ Dan ‘7 Hari Istikharah’…” Da’i Syed Akui Tak Kenal Lama
Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang dan mencari namun jika sampi masanya Allah akan hadirkan pasangan buat kita.
Ada yang bertahun bercinta namun tidak kesampaian dan sebaliknya hingga ke jinjang pelamin. Semua ini adalah kerana jodoh itu rahsia yang Maha Pencipta.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Umum mengetahui bahawa pendakwah bebas, Da’i Syed, 27 dan personaliti TV Alhijrah, Hana Ismail, 36 atau lebih dikenali sebagai Hana Al Mauzah telah melangsungkan perkahwinan pada 3 Disember lalu.
Dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur mereka sah menjadi pasangan suami isteri.
Muat naik terkini di Instagram, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail memuat naik video akad nikah dan perkahwinannya t bersama isteri tercinta.
Dia juga menulis kapsyen memberi tahu tidak melalui tempoh perkenalan yang lama sebelum mengambil keputusan untuk melamar personaliti TV itu.
Mengakui hanya 1 jam untuk mengenali antara satu sama lain dan 7 hari melakukan solat istikharah.
Pastinya kita sedia maklum bahawa solat ini adalah satu cara memohon petunjuk dan jalan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dihadapi.
“Demi Tuhan, kami tidaklah berkenalan lama . Hanya ‘1 jam bertaaruf’ dan ‘7 hari istikharah’ kemudian bertemu keluarga nya untuk halalkan dia.”
.
“Terima kasih @hanaalmauzah menerimaku sebagai suamimu . Semoga kita saling melengkapi”