Roti Jala memang sudah selalu kita jamah. Kiraian roti yang dicicah bersama kuah kari pekat ini memang terangkat kalau tengah lapar.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Azwa Mohtar. Sukatan yang mudah dengan cara yang cukup simple memudahkan ibu-ibu yang baru nak cuba!
Assalamualaikum.. Saya nak berkongsi resepi membuat roti jala.. kalau dah ada sukatan mudah kita nak dapatkan hasil yg standard.. xde la kejap cair kejap pekat adunan kita..
Ads
Bahan-bahan :
1kg Tepung gandum
1 sudu besar majerin
1 sudu besar garam halus
1 sudu kecil pewarna kuning telur
1.7liter air biasa
Ads
Cara membuat:
Ads
Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pasti ia tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
Angkat dan gulung dengan kemas. lakukan hingga habis adunan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fakta ni menarik. Ramai tak tahu margarine asalnya dibuat untuk gemukkan ayam belanda. Tapi ayam belanda mati kerana margerine.
Pengeluar yang belanjakan banyak untuk R&D mahukan duit balik. Jadi mereka cari apa cara untuk dapatkan semula duit yang dilabur.
Asalnya margerine warna putih. Tak ada tarikan bila warna putih. Jadi mereka masuk pewarna kuning.
Kemudian dijual sebagai pengganti kepada butter atau mentega. Keduanya warna sama.
Beza margerine Dan Butter
Tahu tak apa beza antara margerine dan butter?
.
Keduanya ada saturated fat yang hampir sama – 6 gram dan 8 gram.
.
Makan margerine tingkatkan risiko masalah jantung sebanyak 53% berbanding mentega. Walaupun diambil dalam jumlah yang sama. Ini kajian dari Harvard Medical School.
.
Berbeza dengan margerine, ambil butter tingkatkan serapan nutrisi dari makan yang diambil.
Margerine pula tinggi Trans fatty acids. Naikkan 3 kali ganda risiko penyakit jantung.
.
Margerine juga dengan bangganya naikkan kolesterol jahat. Lepas tu turunkan pula kolesterol baik.
Margerine juga dedahkan risiko kanser sebanyak 5 kali ganda.
Pada ibu menyusu margerine akan turunkan kualiti susu ibu. Kesian pada bayi.
Bukan itu saja. Margerine rendahkan imuniti tubuh. Rendahkan response insulin.
Tapi yang paling mengejutkan adalah fakta berikut ini. Margerine ni hanya SATU MOLEKUL berbeza dengan untuk jadi plastik. Dan margerine kongsi 27 bahan sama seperti yang terdapat dalam cat.
.
So apa nak buat? Semak apa yang kita beli dan makan. Elakkan dari ambil makanan yang dimasukkan margerine dalamnya.
Tubuh kita tanggungjawab kita. Kalau kita tak jaga siapa nak tolong jaga?
Banyak sangat kes suami yang abaikan isteri, lebih-lebih lagi ketika isteri sedang sarat mengandung.
Isteri sebenarnya amat perlukan sokongan emosi dan fizikal daripada suami kerana dia sememangnya tak mampu, bukan saja-saja nak mengada.
Cerita dan pesanan dari Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ni memang menarik. Suami take note ya.
“Awak datang dengan siapa?”
Ada seorang wanita hamil 8 minggu datang ke klinik aku kerana dia alami loya-loya yang agak teruk. Alhamdulillah paras gula, tekanan darah, nadi dan hidrasi dia elok sahaja. Saya pun berilah konsultasi, apa yang perlu buat, apa yang perlu elakkan, bila kena jumpa doktor semula.
Setelah itu, semasa dia nak keluar dari bilik konsultasi, aku tengok dia pening-pening lalat. Mukanya berkerut. Risau pula tengok keadaan dia begitu, jadi aku tanya dia datang dengan siapa.
“Dengan suami. Tu dia, tengah tunggu dekat luar tu” jawabnya sambil tunjuk ke arah seorang lelaki di hadapan klinik.
Siapa pernah pergi klinik aku, dia tahu yang salah satu bilik konsultasi aku berdinding kaca tinted. Jadi daripada dalam bilik itu yang boleh lihat hadapan klinik.
Kelihatan suami wanita tadi sedang duduk di atas motor, sedang ketawa sendirian di hadapan skrin telefon. Tangan kanan dia sekejap suakan rokok ke bibir, sekejap skrol telefon. Bila di gelak, tersembur kepulan asap dari hidung dan mulutnya.
“OK, ingatkan datang seorang. Risau saya awak nak balik seorang dalam keadaan macam ni.” kata aku pada wanita tadi.
Wanita tu hanya senyum dan ucap salam kepada aku.
Macam-macam pasangan aku pernah jumpa sejak aku jadi doktor. Ada yang suami sangat risau pasal isterinya yang hamil. Tanya banyak kali tentang keadaan isteri. Tanya kebarangkalian itu, kebaranglian ini. Isterinya pula tenang sahaja, selesa sahaja.
Dan..
Ada yang macam lelaki tadi. Si isteri hamil muntah-muntah teruk, jalan pun huyung hayang. Dia pula duduk atas motor, hisap rokok, bergelak ketawa hadapan telefon. Namun Tuhan telah jadikan ada wanita yang kuat hatinya, sehingga boleh terima si suami sebegitu seadanya.
Apapun, seikhlas mana pun isteri menerima suaminya, ada baiknya jika seorang suami berilah perhatian dan pamerkan kasih sayangnya pada si isteri.
Isteri tak sihat, temani dia ke klinik. Sampai dalam bilik konsultasi, bukan hanya di hadapan klinik. Suami juga perlu tahu keadaan isteri, melalui mulut doktor. Biar faham sakitnya apa. Biar jelas nak buat apa. Biar isteri rasa dikasihi.
Para isteri pula, sejauh mana pun kalian boleh berdikari, jangan buat semuanya sendiri. Ada masa kalian kena suruh suami buat sesuatu untuk kalian. Kalau semua benda kalian buat sendiri. Maka akan hilang dinamik rumahtangga.
Rumahtangga ni, paku dan selaknya adalah kebergantungan sesama sendiri. Jika telah hilang kebergantungan itu, maka goyahlah rumah nanti. Isteri sakit, pergi jumpa doktor sendiri. Suami nak makan sesuatu, pergi keluar makan sendiri. Lama-lama hilang rasa saling memerlukan.
Akhirnya, dah tak ada rasa nak hidup bersama.
Sebelum kau kata aku tak adil sebelahkan wanita sahaja, aku nak pesan juga para suami agar kekalkan beberapa kebergantungan pada isteri, agar kau sentiasa takut akan kehilangan dia. Tidaklah nanti kau suka hati nak cari-cari baru.
Isteri pun perlu luahkan keprihatinan selain melalui membebel. Suami tak suka kena bebel. Sekali sekala manjakanlah suami tu, biar dia sentiasa tak sabar nak balik rumah. Baru dia taat. Haha. OK dah lah. Takkan semua pun nak kena ajar.
Malang tidak berbau… Demikian yang berlaku pada keluarga ini apabila dikejar Monyet liar. Insiden tersebut menyebabkan anak kecil tercedera dan dibawa je hospital untuk mendapatkan rawatan.
Perkongsian puan Norazimah Bunihan ini dimuatnaik menerusi laman Facebook nya dan mendapat respond ramai.
KAMI DISERANG MONYET LIAR !
8/11/2021
5.52pm
Kami sekeluarga berjalan kaki ke kereta untuk ambil selipar dan ingin ke Teluk Cempedak yang terletak bersebelahan dengan resort kami. Tergerak hati nak rakam video ketika menuju ke kereta. Terdapat segerombolan monyet liar di pokok pokok dan ada juga yang memanjat kereta pengunjung disitu.
Setibanya kami yang berhampiran dengan kereta, suami saya berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta memandangkan ada beberapa ekor monyet yang berada di atas kereta bersebelahan kereta kami. Ketika itu monyet tersebut tidak menunjukkan reaksi terancam. Belum sempat suami tiba di kereta, ada seekor monyet yang agak besar diantara monyet monyet lain terus mengejar dan ingin menerkam suami.
Keadaan ketika tu dah jadi panik dan suami terus berlari semula ke arah resort. Saya dan anak anak yang lain turut panik dan cuba untuk lari kan diri kerana monyet liar tu betul betul berada disebelah stroller bayi saya. Saya cuba untuk selamatkan diri dan anak anak dengan tolak stroller bayi secepat yang boleh.
Tiba-tiba bayi saya terjatuh tersembam ke jalan kerana pusingan stroller yang terlalu pantas ekoran keadaan semakin panik. Bayi saya mengalami luka dan lebam dimuka. Anggota badan lain tidak cedera. Ketika kejadian tiada seorang pun pengawal yang berada berhampiran kami.
Banyak monyet liar disini
Kami terus duduk dilaluan pejalan kaki bersebelahan tempat parking kereta dibahagian dalam. Ada seorang pengawal parking bahagian dalam cuba keluar untuk bertanya apa yang berlaku. Ketika itu monyet tersebut sudah lari ke hutan berhadapan parking luar. Pengawal tersebut terus memanggil Security Manager beritahu apa yang terjadi.
Pengawal tersebut maklumkan kepada kami sebelum ni memang banyak monyet liar disini dan sudah maklumkan pada perhilitan. Dia menyuruh kami untuk menghubungi perhilitan. Saya bertanya semula kepadanya, “kami ke yang perlu hubungi? Bukan pihak hotel?”
Dia maklumkan parking diluar itu adalah diluar kawasan hotel, jadi bukan tanggungjawab mereka. Parking di bawah jagaan resort tersebut dah penuh dan kawasannya agak kecil. Ramai pengunjung memarking kenderaan mereka sebaris kereta kami. Tiada tempat lain, hanya itu dan juga parking dalam yang dah penuh.
Bawa bayi yang ada sawan dan cedera
Security Manager datang menghampiri kami dan bertanya apa yang terjadi? Kami ceritakan semua dan dia meminta pengawal keselamatan resort tersebut mengambil kayu dan menghalau monyet monyet liar disitu.
Selepas itu Security Manager tersebut meminta kunci kereta pada suami dan dia bantu alihkan kenderaan untuk dibawa masuk parking dibahagian dalam di parking oku kerana kotak parking biasa sudah penuh. Memandangkan kami membawa bayi yang ada sawan dan cedera ketika itu, dia benarkan kami parking dipetak OKU untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi.
Security Manager tersebut terus hubungi ambulans di HTAA untuk berikan rawatan kepada bayi saya yang cedera akibat terjatuh dari stroller. Ambulans sampai diperkarangan resort, saya dan bayi serta anak sulung saya terus menaiki ambulans dan menuju ke HTAA. Suami dan anak kedua kami membawa kereta menuju ke HTAA.
Tak ingat nombor ic bayi
Setibanya di HTAA, keadaan agak rumit untuk pendaftaran bayi kerana kami terlupa untuk bawa sijil lahir bayi kami. Selalunya mana sahaja kami pergi, kami pasti akan bawa.
Waimah dalam daerah kami pun saya tetap masukkan sijil lahir dalam begnya. Tapi tak jangka kali ni betul betul terlupa nak bawa dan berlaku perkara yang tak diingini. Okey sambung semula cerita di HTAA.
Setibanya kami disana, pihak pendaftaran HTAA minta kami sijil lahir atau nombor ic anak jika tidak pendaftaran dan rawatan tidak boleh diberikan. Malangnya saya memang betul betul tak ingat nombor ic bayi saya.
Saya terus hubungi pihak Hospital Enche Kluang untuk dapatkan nombor ic bayi saya kerana pihak hospital Enche Kluang ada maklumatnya. Alhamdulillah Allah permudahkan pihak hospital Enche Kluang berikan nombor ic bayi saya.
Menunggu giliran untuk diberi rawatan. Alhamdulillah doktor di kecemasan HTAA maklumkan luka bayi saya tak serius dan telah dibersihkan untuk elakkan jangkitan kuman.
Doktor tersebut meminta untuk kami buat x-ray dikepala bayi kerana dikhuatiri ada retakan dan sebagainya. Alhamdulillah proses tak terlalu lama. Result x-ray dapati semua dalam keadaan sihat dan tiada sebarangan retakan.
Doktor beri kebenaran kami pulang ke hotel dengan syarat pantau keadaan bayi sekiranya bayi ada muntah muntah, menangis tanpa henti atau sawan lain dari yang lain, terus datang semua ke HTAA. Kami terus pulang ke resort.
Pihak hotel ambil berat & tak lepas tangan
Setibanya di resort kami terus menuju ke cafe kerana ketika itu kami sekeluarga sangat lapar dan jam sudah menunjukkan 8.37pm. Tiada mood untuk pergi ke kedai makan yang berada diluar resort kerana masing masing dah letih dan perasaan menjadi tak happy.
Security manager tersebut datang ke cafe untuk berjumpa dan bertanya khabar keadaan bayi kami. Ketika kami berada di HTAA pun dia ada hubungi suami bertanya keadaan bayi kami. Dia minta kami order sahaja apa yang kami ingin makan tanpa bayaran. Walaupun keadaan tu tak setimpal dengan apa yang terjadi, tetapi pihak hotel masih mengambil berat dan tidak lepas tangan.
Saya berharap pihak Perhilitan Kuantan memantau keadaan disekitar kawasan Hyatt Regency Kuantan memandangkan disitu adalah tempat perlancongan dan sudah beberapa kali dimaklumkan pada perhilitan tentang monyet monyet liar tersebut. Saya berharap tidak berlaku pada pengunjung-pengunjung yang lain. Ini melibatkan nyawa.
Terima kasih Hyatt Regency Kuantan Resort atas layanan yang terbaik diberikan kepada kami. Dari check in sehingga check out semuanya tiptop. Tetapi mungkin boleh ditambahbaik tempat parking kereta pengunjung disitu.
Atau boleh sediakan parking valet untuk khidmat hantar dan ambil kereta pengunjung ditempat parking. Kalau tak boleh juga, atleast sediakan pengawal untuk menghalau monyet monyet liar disitu.
Bukan ingin mengajar, tapi hanya cadangan untuk keselamatan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.