



Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja tentang cara untuk turunkan berat badan di internet, berlambak tip dan saranan yang diberikan oleh āpakcik googleā.
Ada yang bagus dan ada pula mencadangkan diet extrim dan tidak kurang juga menyarankan jalan pintas dengan memilih cara mudah iaitu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk cepat nampak kesannya.
Sedar atau tidakt tindakan ini akhirnya akan mengundang padah!
Jadi, apa kata ikut saranan Doktor Hamid Arshat ini untuk cara diet yang lebih selamatĀ dan tidak memudaratkan tubuh badan.
Jom semak perkongsian daripadanya.
PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN.
Pengalaman saya merawat pesakit -pesakit yang gemok/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan.
Yang berjaya turunkan pun hanya 10% dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.
Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah caragaya hidup khususnya tabiat makan.
Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan amount makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat saperti nasi , roti, mee, kuih-kuih, donut, biskut dan makanan junk.
Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.
Perlu kuatkan azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa tabiat yang tidak sesuai.
Cuba amalkan panduan-panduan ini.
1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buah. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buah mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .
4. Mulakan makan dengan buah-buah diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum saperti donut, cakes dan lain-lain. Makan āwhole grainā wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang-sekurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan āberhenti rehat seketika waktu tengah makanā . Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.
11. Amalkan konyah āchewing gumā ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap-senyap ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10ā²) menggantikan pinggan besar (12ā²) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayur-sayuran atau salad dan lauk-lauk dalam hidangan serta kurangkan nasi.
13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau ācravingā makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau ācravingā makanan yang manis. Makan buah-buah atau kacang-kacang waktu ketageh nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 ā 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.
Sumber : Dr Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Bila tiap-tiap tahun hamil, memang akan memudaratkan kesihatan wanita yang bergelar isteri itu. Memang ada yang kata, jangan ditolak rezeki yang diberiNya. Rezeki setiap tetap ada. Tetapi fikirkan kesihatan ibu yang hamil. Malah ada yang sanggup mengambil risiko merancang sendiri. Bangga lagi apabila berjaya melakukan cara ni.
Namun ada juga yang tak berjaya. Apa pun jangan buat main hal kehamilan ni kerana ia boleh menjejaskan keselamatan ibu yang hamil terutama yang bersalin secara pembedahan. Apa yang pasti kena juga merancang cara yang betul atas nasih doktor. Ikuti perkongsianĀ Bel NawhenĀ yang sungguh bermanfaat bersama.
______________________________________________________________________
Tak habis2 dengan ayat āSaya merancang sendiri pun berjayaā awak tu.Ā Awak nak tahu tak, ada sahaja ibu caesarean yang ikut ideology awak tu, hamil balik selepas 6 bulan melahirkan secara pembedahan sebab merancang sendiri yang didewa-dewakan semua tu.
Sudahnya, perlu pembedahan lagi.
Perdarahan pula tu sebab rahim memang belum sembuh sepenuhnya.
Rahim hampir pecah jadinya.
Tolong.
Simpan cadangan rancang sendiri tu untuk diri sendiri. Tak payah bawa ke sosial media dan memudaratkan orang lain yang mengikutnya. Kot awak nak tolong susukan anak dia masa dia admit boleh juga.
Kami doktor, nurse ni bukan dengki sangat dengan awak yang subur ni. Tapi kami risau sebab risiko itu sentiasa ada.
Merancang kehamilan bukannya kita ni nak menolak rezeki, tetapi kita nak memastikan setiap amanah yang diberi boleh dijaga dengan rapi.
1) Biar dalaman cukup kuat sebelum hamil semula.
2) Biar emosi cukup sihat sebelum menambah lagi.
3) Biar hilang lelah berjaga malam dahulu sebelum kembali kepada rutin itu lagi.
4) Biar anak2 cukup kasih sayang, cukup menyusu dengan ibu sekurang-kurang 2 tahun.
5) Biar fizikal cukup fit untuk terkejar2 dengan anak2 yang dah besar dan yang masih bayi.
Ramai yang beranak kecil dengan umur diantara anak rapat-rapat mengalami tekanan kerana tidak cukup rehat fizikal dan emosi. Suami pula lepas tangan. Jangan begitu. Kesian kat isteri sikit.
Notakaki:
Kewanitaan anda bukan dinilai melalui berapa kali anda mampu hamil.
Ā
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Memastikan anak lelaki terdidik dengan baik, ibu ayah perlu lakukan beberapa perkara terutamanya ketika anak lelaki berusia seawal 6 hingga 13 tahun.
Kenapa begitu?
Ketahui perkongsian detail daripada Dr. Redza Zainol ini.
Kanak-kanak lelaki usia 6-13 tahun akan mula alami perubahan ketara.
1) Timbul karakter yang lebih maskulin.
ā suka main lawan-lawan
ā suka buat bising
ā suka bergusti
ā tiru aksi superhero
2) Tertarik kepada lelaki lain yang lebih dewasa. Boleh jadi ayah, pakcik, datuk atau saudara lelaki yang lain.
Pada usia 6-13 tahun, ayah menjadi lebih penting di mata anak lelaki.
Anak mula berminat untuk belajar bagaimana untuk menjadi seorang lelaki. Di sinilah dia akan tercari-cari siapakah idola lelaki dewasanya.
Jika lelaki dewasa itu ialah ayahnya, dia akan mula mendekati, belajar dan meniru setiap kelakuan si ayah.
Seolah-olah dia memuat turun āsoftwareā dari ayahnya dan masuk ke dalam otak kanak-kanak lelaki tu.
Pada waktu ni, secara fitrahnya dia bersedia untuk belajar dan mendengar kata-kata dari ayah.
Inilah peluang terbesar seorang ayah untuk mempengaruhi diri kanak-kanak lelaki. Asas kepada ciri-ciri maskulin seorang kanak-kanak lelaki juga dibina pada waktu ni.
Inilah masanya untuk ayah āMake Timeā atau meluang lebih masa dengan anak lelaki.
Contohnya:
ā bermain di sekitar rumah atau di padang permainan.
ā jalan berdua bersama.
ā bercakap tentang kehidupan.
ā bercerita tentang kehidupan diri sendiri semasa masih kecil.
Pada usia begini, ayah perlu mainkan peranan supaya dia lebih mudah didekati oleh anak. Kalau ayah tak ada dalam hidup anak, dia akan mencari lelaki dewasa lain sebagai idolanya.
Sumber :Ā Redza Zainol
Ā
Ā
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Ā© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd šØāš©āš¦Ā Dikendali Oleh Astro Group
