Kisah duka hari ni buat rakyat Malaysia. Sekitar 100 orang pengunjung dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkemahan awam yang terletak berhampiran dengan Father Organic Farm, Batang Kali di sini, awal pagi Jumaat.
Terkini menurut laporan Astro Awani, Seramai 37 individu berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, jumlah mangsa berkenaan merupakan anggaran awal daripada pihak polis dipercayai terbabit dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu.
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 39 meter dengan anggaran keluasan runtuhan seluas 1 ekar.
Ads
“Maklumat terkini sekitar jam 5 pagi, seramai 31 orang telah berjaya ditemui dan diselamatkan pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Norazam berkata, sebanyak tiga buah jentera termasuk unit anjing pengesan (K9) dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, dan beberapa balai lain telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa terlibat sedang giat dijalankan.
Asyik duduk dalam rumah tentu akan merasa bosan. Nak pergi bercuti belum berani lagi ekoran kes jangkitan Covid-19 masih tinggi.
Bagi yang merancang mencari ruang santai di halaman rumah apa kata ikuti cara keluarga ini. Ringkas tapi menarik.
Perkongsian Ilyana Isa menjadikan beranda rumahnya dengan tema mini kafe untuk dijadikan tempat santai dengan family.
Jom ikuti cara beliau DIY beranda santai untuk keluarga.
DIY beranda santai keluarga
Baru-baru ni incek boss saya Isa Yassir Arafat ada buat satu ‘mini cafe’ atau beranda di porch kami. Berangan nak ada beranda di tingkat atas, tapi tak cukup budget nak buat, maka saya buat kat porch pun jadilah.
Simple je tukang pakai kayu & plywood. Alas rumput carpet. Size 8×10 kaki. Kerusi tinggi & sofa beli kat shopee. Jadilah buat tempat lepak minum petang. Malam-malam layan anak main UNO kat situ
Proses DIY Melakukan Beranda Santai Di Rumah
1. Inilah dia rupa porch asal kami ini. Sedih jer rupa dia. Tapi perubahan bakal menjelma. Hehehe.
2. Ini merupakan proses memasang tapak dan tiang untuk beranda kami. 2 hari jer dah siap buat semua ni.
3. Untuk beranda ni kami cat warna putih. Cik meow pula sibuk disitu.
4. Kami menambahkan sedikit dekorasi untuk beranda kami ini. Antaranya ialah rumput karpet, hiasan pokok dan kerusi kayu. Tema berwarna putih, hitam, hijau dan corak kayu.
Barangan-Barang Yang Digunakan Untuk Dekorasi :-
Hasil Akhir DIY Beranda Ini
Inilah dia hasil akhir beranda yang saya lakukan ini secara diy. Penat membuatnya tapi berbaloi.
Ye Encik, nak order air apa? Berangan nak jadikan cafe
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Setiap pasangan yang berkahwin mendambakan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka. Namun, hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan yang terpaksa dilalui oleh bakal ibu ketika fasa kehamilan sehinggalah melahirkan. Pengorbanan seorang isteri dan ibu yang tidak mampu dibayar dengan harta dan wang ringgit.
Perkongsian saudara Azlan Noor cukup menyentuh hati.
Dulu bila tahu berita nak dapat baby baru, saya happy teruk. Terbayang-bayang timang dia, cium pipi pau dia, siap pakej bau syurga yang…fuhh, Tuhan saja yang tahu perasaannya.
Tapi saya lupa untuk dapat semua tu, isteri terpaksa lalui satu fasa SENGSARA terlebih dahulu. Saya sedar semuanya bila ada satu malam, Surihati saya panggil.
"Pa, cuba tengok perut mama ni? Ada merekah tak?"
Saya mendekati. Duduk di sebelah dia. Saya tundukkan dan rapatkan muka ke perutnya. Dari tepi rusuk sampai ke tengah, jelas terlihat garis-garis rekahan. Kiri kanan sama.
Saya letakkan tapak tangan dan gerakkan perlahan-lahan mengikut garis itu. Kali ini saya dapat rasa betapa panjang, dalam dan berbekasnya parut tersebut.
Ya, parut tulah yang menjadi saksi dari perut ni lah datangnya zuriat saya.
Sungguh, bila isteri sendiri mengandung, baru saya sedar besar sekali pengorbanan seorang isteri.
Mula-mula rasa mual tekak. Pastu pening muntah sampai lembik. Tambah parah hidung mula jadi sensitif pada bau tertentu. Banyak bau jadi busuk. Ada kes yang tak boleh hidu bau badan suami. Sebab bau macam longkang.
Bayangkan dengan perut makin memboyot, tidur malam memang kacau. Pusing kiri, pusing kana. Tak selesa. Mula la tak cukup tidur, siang hari cepat penat. Ini yang buat ibu mengandung stress.
Sakit pinggang, lenguh kaki, betis tarik mengkarung tak payah cerita. Saya ingat lagi, beberapa kali jugak la dalam mengandung baby ketiga ni, tengah sedap membuta tiba-tiba dengar orang mengaduh,
"Papa! Papa! Tolong kaki cramp. Aduh.."
Berdesup macam lipas kudung aku bangkit pegang kaki dia. Sapu minyak, urut-urut. Regangkan otot dia. Dah macam main bola dah gayanya.
Senang cerita, jadi serba tak kena. Duduk sakit. Berdiri sakit. Baring sakit. Mengiring sakit.
Belum cerita baby dalam perut mula menendang dan mengeras. Mau senak pundi kencing mamanya. Nasib tak terkucil je.
Bab, sakit contraction, bab nak lahirkan baby tu pulak, saya rasa saya tak layak untuk ceritakan. Hanya Allah dan ibu ibu yang pernah lalui saja yang tahu. ( Siyesly, air mata saya keluar bila ingat saat ni. )
Bayangkan, semua kesengsaraan ni akan dilalui oleh ibu mengandung selama sembilan bulan. Non stop. Tanpa rehat atau cuti.
Allahu, saya tak mampu nak gambarkan semua keadaan yang dilalui seorang isteri. Cerita selepas bersalin, berpantang, menyusu anak, berjaga malam, sungguh saya tak mampu.
Tapi percayalah wahai ibu-ibu, anda sentiasa dalam peliharaan dan rahmat kasih sayang Allah.
Kerana,
Setiap urat yang putus,
Setiap otot yang sakit,
Setiap bahagian tubuh yang menderita,
Ada ganjaran besar yang telah Allah sediakan buat kalian.
Percayalah, kalian memang KUAT DAN GAGAH.
Kalau tanya saya mampu tak nak gantikan tempat isteri untuk ambil tugas mengandung dan melahirkan, awal-awal lagi saya dah serender.
Tanyalah pada lelaki paling gagah dalam dunia ni pun. Aci kerat jari, dia pun tak sanggup.
Sebab apa?
Sebab Allah dah bagi kepada orang perempuan, mengandung ni adalah keistimewaan mutlak kalian.
Kepada suami,
Ingat kembali semua pengorbanan yang telah mereka lalui untuk kandungkan dan lahirkan zuriat kalian.
Hargailah mereka.
Kerana hanya itu yang mereka perlukan dari seorang teman sesyurga idaman.
Sila FOLLOW & SEE FIRST –> Azlan Noor kerana saya akan kongsikan lagi kisah-kisah inspirasi keluarga seperti ini kepada anda.
Berita gembira buat kita semua apabila dua buah buku soal jawab fiqah berkaitan covid-19 dan himpunan doa-doa boleh didapati secara percuma! Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan menghasilkan dua buku baharu bertajuk ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dan ‘Inilah Doaku’, yang boleh dijadikan panduan kepada masyarakat.
Menariknya, buku yang diterbitkan Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) ini akan diedarkan secara percuma bagi salinan cetak, manakala salinan dalam talian dalam format PDF boleh dimuat turun di https://mira.gov.my/buku/ atau di t.me/drzulalbakri.
Menerusi laman instagram serta facebooknya, beliau melahirkan rasa syukur dengan penerbitan dua buah buku ini dengan harapan dapat membantu masyarakat sekali gus untuk kesejahteraan keluarga di negara ini.
“Alhamdulillah, dengan izin-Nya dua buah buku saya; Soal Jawab Fiqh COVID-19 dan Inilah Doaku telah disiapkan dan diterbitkan oleh Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).”
BUKU DIEDAR DAN DIMUAT NAIK SECARA PERCUMA.
“Buku-buku ini bukan untuk dijual dan tidak diterbitkan untuk keuntungan. Salinan cetak/keras buku ini diedarkan secara percuma.” Sila muat turun salinan lembut (softcopy) dalam format PDF di https://mira.gov.my/buku/ atau t.me/drzulalbakri
Buku bertajuk Soal Jawab Fiqah Covid 19 adalah untuk memberikan penjelasan secara terperinci mengenai salah faham segelintir masyarakat mengenai persoalan solat Jumaat yang diperkatakan sebelum ini. Antara isi kandungan termasuk tajuk ‘Apakah hukum solat jumaat dalam suasana wabak’, ‘Apakah hukum melakukan solat jumaat di rumah’ dan ‘Hukum meninggalkan solat jumaat tiga kali dalam suasana wabak covid-19’.
Buku Inilah Doaku
Manakala buku bertajuk Inilah Doaku pula isi kandungannya menyentuh himpunan doa-doa berkaitan kehidupan seharian dalam mengharungi norma baharu ini. Isi kandungan antaranya ‘Mohon keselamatam’, ‘Berlindung dari penyakit kronik’ dan ‘Ditetapkan Islam’.
Moga dengan penerbitan dua buah buku ini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua menghadapi kemelut hidup dalam era norma baharu ini.
Sufian Suhaimi bakal bapa apabila isterinya kini hamil 37 minggu. Penyanyi ini kongsi detik berdebar, persiapan dan keterujaan menanti kelahiran anak sulung.