Berita gembira buat kita semua apabila dua buah buku soal jawab fiqah berkaitan covid-19 dan himpunan doa-doa boleh didapati secara percuma! Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan menghasilkan dua buku baharu bertajuk ‘Soal Jawab Fiqh COVID-19’ dan ‘Inilah Doaku’, yang boleh dijadikan panduan kepada masyarakat.
Menariknya, buku yang diterbitkan Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) ini akan diedarkan secara percuma bagi salinan cetak, manakala salinan dalam talian dalam format PDF boleh dimuat turun di https://mira.gov.my/buku/ atau di t.me/drzulalbakri.
Menerusi laman instagram serta facebooknya, beliau melahirkan rasa syukur dengan penerbitan dua buah buku ini dengan harapan dapat membantu masyarakat sekali gus untuk kesejahteraan keluarga di negara ini.
“Alhamdulillah, dengan izin-Nya dua buah buku saya; Soal Jawab Fiqh COVID-19 dan Inilah Doaku telah disiapkan dan diterbitkan oleh Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).”
BUKU DIEDAR DAN DIMUAT NAIK SECARA PERCUMA.
“Buku-buku ini bukan untuk dijual dan tidak diterbitkan untuk keuntungan. Salinan cetak/keras buku ini diedarkan secara percuma.” Sila muat turun salinan lembut (softcopy) dalam format PDF di https://mira.gov.my/buku/ atau t.me/drzulalbakri
Buku bertajuk Soal Jawab Fiqah Covid 19 adalah untuk memberikan penjelasan secara terperinci mengenai salah faham segelintir masyarakat mengenai persoalan solat Jumaat yang diperkatakan sebelum ini. Antara isi kandungan termasuk tajuk ‘Apakah hukum solat jumaat dalam suasana wabak’, ‘Apakah hukum melakukan solat jumaat di rumah’ dan ‘Hukum meninggalkan solat jumaat tiga kali dalam suasana wabak covid-19’.
Buku Inilah Doaku
IKLAN
Manakala buku bertajuk Inilah Doaku pula isi kandungannya menyentuh himpunan doa-doa berkaitan kehidupan seharian dalam mengharungi norma baharu ini. Isi kandungan antaranya ‘Mohon keselamatam’, ‘Berlindung dari penyakit kronik’ dan ‘Ditetapkan Islam’.
Moga dengan penerbitan dua buah buku ini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua menghadapi kemelut hidup dalam era norma baharu ini.
Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin menjadi buah mulut orang selepas dilaporkan sudah meninggal dunia oleh sebuah portal berita di media sosial.
Perkara ini bukan sahaja mengejutkan orang ramai, malah tuan badan sendiri dan tertanya-tanya apa tujuan sebenar yang cuba dilakukan pihak berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Zarina, 53 berkata dia mengetahui mengenai perkongsian berita tidak berasas itu pada pagi ini daripada seorang adik angkatnya di Johor dan ia diakui cukup memeranjatkan.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya masih lagi sihat dan boleh bekerja. Saya berada di lokasi penggambaran drama Bukan Puteri Lindungan Bulan untuk slot Samarinda TV3 dan perlu menyiapkan lakonan yang belum selesai.
“Tapi, saya amat terkejut dengan berita tidak betul yang disebarkan itu dan saya juga tidak faham apa niat sebenar mereka. Sebenarnya mereka nak minta kita popularkan laman sesawang ke atau blog ke, itu yang saya tak faham.
“Apapun, mohon doa-doakan saya agar panjang umur, sihat dan keluarga saya diberi perlindungan,” katanya mengakui bimbang jika berita itu dilihat dan dibaca anak istimewanya, Azal yang kini berada di Singapura.
“Sejak semalam, Azal berada di Singapura membantu saya menguruskan jualan pulut kuning dalam karnival di sana. Saya risau kalau dia terbaca dan terus bimbangkan saya juga. Dia (Azal) di sana sehingga 10 April ini.
“Saya tidak boleh menyertai karnival jualan itu sekarang kerana terikat dengan penggambaran drama. Jadi, Azal dan beberapa orang lain ke Singapura dulu untuk membantu jualan kami,” katanya.
Menurut Zarina, berita kematian yang mengaitkannya itu baru kali pertama terjadi.
Katanya, dia mendoakan agar mereka yang tidak bertanggungjawab itu diberikan kesedaran dan keinsafan pada bulan mulia ini.
Terdahulu, Zarina membuat hantaran di Instagram miliknya dengan memaklumkan dia kini di lokasi menjalani penggambaran drama dan meminta semua mendoakan dirinya panjang umur dan murah rezeki.
Perkongsian dibuat Zarina itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen menyifatkan ia perbuatan biadab dan tidak bermoral dilakukan pihak terbabit yang dianggap tiada akhlak apabila orang hidup dikatakan meninggal dunia.
Semua wanita inginkan dapur yang cantik! Maklumlah disitulah tempat kaum wanita menyediakan hidangan buat keluarga. Dapur kemas tentu bertambah mood memasak.
Apabila ruang dapur dalam keadaan selesa dengan susun atur yang kemas, sudah tentu mudah untuk melakukan kerja-kerja memasak. Malah dapur dalam keadaan bersih dan cantik tentu sedap mata memandang.
Apabila memasuki dapur yang susun atur peralatan dan barang memasak mudah dicapai, urusan memasak pun cepat.
Namun, tidak bermakna dapur yang cantik perlu barang yang berjenama, ia tidak benar. Barangan yang murah mampu memberi impak yang superb jika pandai membuat pilihan betul yang mampu memberi impak pandangan yang menyegarkan mata dan hati.
Begitu dengan perkongsian wanita ini, susun atur dapurnya memang kemas dan cantik. Biarpun hanya menggunakan rak secara terbuka tanpa kabinet dapurnya tetap kemas.
Ikuti perkongsiannya.
Orang cakap kalau dapur cantik mesti jarang masak. Sis pulak kalau dapur buruk lagi sis tak teringin nak masak. Kita decor ce comel ni nak bagi aura rajin masak dan rajin kemas lah. It works for me. Mmg sis jadi rajin masuk ke dapoq dah skang. Rajin kemas. Cuci lepas masak. Sebab sayang barang dah comel kalau tak jaga terus jadi huduhkan. Macam tu lah sis push diri sis nih utk jadi lebih rajin
Cantik pinky-pinky.
“Saya nak share hasil kemas rak dapur. Rumah sewa. Hanya mampu guna rak ja semua. Rak ikea hyllis saya cat ke warna putih, dah 4 tahun guna hyllis neh. Lama-lama guna material dia pun jadi tak best dah. Pastu kotor. So sy cat lain supaya boleh la masuk dengan decor barang pink nih.
Rak ni kira daily use. Pinggan mangkuk cawan yang diaplay pun daily use. So bagi saya tak ada lah berhabuk mana. Rak tu ja kot yang berhabuk.
Menarik idea puan Idzyan ni. Boleh jadi inspirasi untuk mengemas rumah hujung minggu ni.
Baru-baru ini tular mengenai bakat luar biasa seorang pelajar dalam bidang pendidikan seni. Pelajar tingkatan satu, Thassvyn atau mesra dipanggil Thaas telah menghasilkan lukisan bagaikan seorang profesional.
Teruja dengan hasil lukisan berkenaan, guru pelajar terbabit, Diyana Zainol telah berkongsi di facebook miliknya. Ramai warganet telah memuji hasil lukisan pelajar berkenaan.
Pelbagai komen warganet termasuk, melihat lukisan itu bagaikan sticker, taraf profesional, seakan 3D, ada juga yang ingin membeli lukisannya dan pelbagai komen lagi yang teruja melihat bakat yang sungguh inspirasi ini. Malah bakat pelajar ini telah mendapat perhatian daripada pihak Universiti.
Berikut perkongsian guru ini berkaitan dengan pelajar berkenaan menerusi facebooknya.
BAKAT MELUKIS SEJAK SEKOLAH RENDAH LAGI
Masa kelas Pdpr hari tu,Dalam kelas tingkatan 1,Bahasa melayu kita,ada dua orang pelajar lelaki yang paling bagus di antara semua pelajar kelas tu.seorang pelajar india muslim.sorang pelajar india.yang lain cuma biasa2 dan cuba jadi jadi luar biasa.so kita nak cerita pasal Thassvyn ni. Thaas ni bagus sgt,bila kita suruh deklamasikan syair dia buat denagn bersungguh walaupun peti suara dia volume perlahan sgt kalau nak dibandingkan dengan pelajar lelaki lain.dan dia boleh jawab semua soalan berkaitan kosa kata bahasa Melayu,lepas kelas dia akan terus snap gambar nota yang menggunakann pen berwarna terus kepada kita.hebatkan.
Masa sekolah dah dibuka secara bersemuka,kita pun tercari2 dua orang pelajar hebat kita ni.ok kemas orangnya.dan setiap kali ajar,Thaas ni mmang otak dia cepat serap dan faham.sedangkan ada beberapa pelajar lain yg menggunakan bahasa melayu sebgai bahasa ibunda akan tanya cikgu mcm ni ke?atau kita yang akan tegur cara dorng tersasar sikit.tapi Thaas ni bahasa melayu dia memng perfect untuk dikatakan sbgai pelajar tingkatan 1…ayat karangan dia mudah tapi betul.kosa kata dia agak banyak dibndingkan rakan2 lain.
KAWAN SATU KELAS PUJI HASIL LUKISAN
Semalam kita minta pelajar buat karangan berdasarkan iklan promosi baju raya.Pelajar lain semua perlukan bantuan dan penuh soalan..cikgu ayat saya betul x?..cikgu macam mana nak buat ayat untuk isi yang ini?..cikguuu iswann kacau saya!cikgu dia kentut kat muka saya!.aishhhlah..tapi Thaas ni memng suka duduk diam dan buat kerja sendri.tapi,apabila kita semak kerja dia memng sangat bagus❤dia dah siapkan karangan iklan yang kita beri.dan tengah kita bimbing pelajar chinese yang kurang fasih dlaam bahasa melayu,kita pandang Thaas keluarkan pensil warna.
Kita pun pergi kat dia, terkejut kita wakk dia tengah mewarna,kita terus ambil buku dia dan tanya awak tekap ke lukisan ni Thaas? Taklah. Saya lukis sendri.
Wowww..hebatnya.dia pun cakap dia suka melukis dan buku tulis sekolah tu dia jadikan buku lukisan dia di sekolah bila dia ada masa terluang..kita rasa meremang..lukisan dia kalau tengok memng real.tp sebb phne kita xcntik apabila ambil gambar,memng xsama..
Semua kawan-kawab dia kerumun dia cakap wow hebatnya awk thaas..n ada beberapa kawan satusekolah rendah dia beritahu,cikgu dia memang suka melukis dri sekolah rendah. Kadang2 saya suruh dia lukiskan untuk saya.
Woww sangat..kita terus minta kebenaran dia,bawa buku dia kenhadapan dn tunjukkkan pada rakan2 dia yang xsempat menyibuk tadi n ckp ,haa tngok Thaas..dahlah sahsiah bagus,pandai bahasa melayu.ad bakat melukis pulak tu.semua kawan2 bg tepukan n ckp wowww cntiknya cikgu..ya,cntik sgt.dan Thaas pastikan awk belajar tingggi2 n jd pelukis hebat mcm Leonardo da vinci.orang yg hebat dalam akademik
.semua bidang dia hebat.dan pelukis hebat.nant awk dh ad nama ,contengan bermotif awak pun beratus2 ribu orng beli tau..n kawan2 dia semua rasa malu sebb kawan2 kelas dia kadang2 bising bila dia baca sebab suara dia halus sgt.n Thaas nampak malu dan sgt humble.serius guys..lukisan pelajar tingkatan 1 tp mcm woww sgt.lukisan kayu balak dihanyutkan air tu ,dia guna liquid tau nak bg nampak mcm buih..dan dia suka dinasour..teknik mewarna dia timbul guys..ak ase kalau ak mewarna diusia sekarang pun mahu mcm budak tadika lagi..
BAKAT DAPAT PERHATIAN DARIPADA UNIVERSITI
TERKINI: Menerusi posting terbaru,guru berkenaan telah memaklumkan bahawa pelajarnya telah mendapat undangan daripada pihak universiti yang berminat dengan bakat anak muridnya.
Hari ni kita masuk ke kelas Thaas dan beritahu dia berita gembira,antaranya mesej jemputan daripada dekan dan pihak universiti yg sudi menjemput Thaas sebgai tetamu berkaitan dengan bakat thaas❤Tq Dr. ❤ada individu yang ingin menghadiahi thaas sketch book❤ada pihak yang prihatin ingin berjumpa thaas untuk asah bakat thaas dan ada yang sudi memberi hadiah kepada Thaas tnda sokongan untuk hasil seni Thaas.
Terima kasih semua.saya pun terharu sekurangnya Thaas dapat pergi lagi jauh..Dan maaf sampai saya xsempat reply sebb terlalu teruja bercerita di sekolah tntng Thaas harini..Apabila saya beritahu tentang berita gembira di hadapan rakan2 Thaas,semua rakan thaas asyik ckpp wowwww bestnya..woww cikgu boleh x beritahu kami ni kawan thaas?..cikgu boleh tak letakkan gambar kami dengan Thaas?.hihi..comel rakan2 dia..bab nak menyibuk mcm biasa,nombor satu.Dan Thaas seperti biasa cuma tunduk malu.Anak yang baik dan humble bila dipuji.
jadi,lepas kelas kita telefon ibu thaas sebab semlm dah mklumkan thaas dah ada peminat dan nak tgok wajah Thaas dan kita minta Thaas bawa sebahagian koleksi gambar2 yang dia hasilkn untuk menjadi tatapan mereka yang sudi dan memberi sokongan kepada Thaas..dan untuk makluman,Thaas xpernah menghadiri mana2 kelas melukis diluar.
Berikut hasil lukisan pelajar berkenaan. Wow, Luar biasa!
WARGANET TERUJA HASIL LUAR BIASA SAMPAI ADA YANG SANGGUP NAK BELI