Anda yang memiliki kulit kering sering mendapati kulit mudah mengelupas dan kasar. Jika ditanya kepada mereka yang berdepan masalah ini, sudah tentu banyak cara dilakukan untuk mendapatkan kulit sihat. Tambahan apabila ruam, kulit berkilat, kesan penuaan, garis halus dan kedut nampak ketara apabila kulit terlalu kering.

Petua Dari Korea Buat Si Kulit Kering

Kulit kering antara masalah kulit yang sering menyebabkan seseorang yang mengalaminya berasa kurang selesa. Antara faktor yang menjadi penyebab masalah kulit kering ialah kekurangan nutrien, air dan pendedahan terhadap cuaca yang tidak menentu.

Petua Dari Korea Buat Si Kulit Kering, Patutlah Kulit Wanita & Lelaki Korea Cantik Glowing
Kredit foto: Freepik

Patutlah Kulit Wanita & Lelaki Korea Cantik Glowing

Sebagai jalan paling mudah sapuan losen dan krim pada dilakukan bagi mengelakkan wajah pedih dan mengelupas. Dalam kebanyakan kes, kulit kering mudah terjadi berikutan cuaca sejuk, pengambilan ubat dan pemilihan kosmetik atau sabun yang salah. Kelenjar sebum yang lambat menghasilkan minyak semula jadi juga boleh menyebabkan kulit kering.

Berikut perkongsian Herna Hanim  tentang tip untuk merawat kulit kering.

Petua dari Korea, tip untuk kulit kering ialah pakai sheet mask setiap hari. Ini merupakan salah satu cara yang sangat popular di negara tersebut agar kulit jadi lembab dan anjal.

Jika anda seorang yang gemar menonton drama Korea, pasti anda akan lihat ada ‘scene’ yang memperlihatkan aksi pelakon memakai sheet mask dalam rutin seharian mereka.

IKLAN
Petua Dari Korea Buat Si Kulit Kering, Patutlah Kulit Wanita & Lelaki Korea Cantik Glowing
Kredit foto: Freepik

Selepas itu seperti biasa kembali pada amalan yang paling asas. Pastikan minum air kosong lapan gelas sehari. Mana-mana anda pergi, memang wajib ada botol air untuk anda minum supaya tidak ‘dehydrated’ juga bagus untuk kelembapan kulit.

Elakkan mandi air panas dengan kerap.Ya memang ramai yang memilih mandi air panas berbanding air dengan suhu yang normal. Memang seronok bila mandi air panas, tapi terlalu kerap mandi dengan air panas kesannya kulit akan jadi kering.

IKLAN
Petua Dari Korea Buat Si Kulit Kering, Patutlah Kulit Wanita & Lelaki Korea Cantik Glowing
Photo by Armin Rimoldi from Pexels

Jadi jika anda kerap mandi dengan air panas, pastikan anda pakai losen pada bahagian kulit tubuh dan juga pelembap untuk kulit wajah selepas mandi untuk mengembalikan kelembapan pada kulit.

Sumber kredit: Herna Hanim

IKLAN

Kredit foto (top image): Instagram Song hyekyo

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI