Kesihatan diri dan keluarga harus sentiasa dijaga, lebih-lebih lagi bila usia semakin meningkat, lagi tinggi risikonya jika tidak diambil serius. Sewajarnya, buatlah apa cara sekalipun – sama ada bersenam ataupun kawal pemakanan, yang penting kesihatan yang dianugerahkan ini kekal dijaga rapi.
Ini sebagaimana yang dipraktikkan Zaiton Sameon, penyanyi era 1980-an, apabila ditanya tentang rutin hariannya dalam hal penjagaan kesihatannya.
“Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang tenang setenang-tenangnya, lebih-lebih lagi apabila sekarang saya duduk dengan anak angkat saya yang betul-betul mengasihi dan menjaga saya.
“Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur. Setiap pagi saya akan berjoging bersama dia. Kalau cuti sekolah cucu angkat saya pun akan berjoging bersama, kemudian kami akan take breakfast.”
Suara masih merdu seperti dulu
Ads
Bercerita lanjut tentang aktiviti seninya kini ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra PEKAWANIS Bersama NGO Negeri Selangor, penyanyi veteran yang popular dengan lagu Menaruh Harapan itu berkongsi rahsianya mengekalkan kelunakan vokal.
“Sejak jadi penyanyi, saya tak minum air sejuk. Saya suka makan pedas, lagi pedas lagi bagus."
Ads
Impian berduet dengan Zur Eda
Zaiton yang masih aktif dalam dunia nyanyian berharap agar dia dapat lebih banyak jemputan untuk mengadakan persembahan.
Ads
“Saya bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur dan masih boleh menyanyi lagi. Saya harap masih ramai yang menjemput saya untuk mengadakan persembahan.”
Dia juga berterima kasih kepada peminat yang masih menyokong aktiviti seninya dan menyatakan hasratnya untuk berduet dan menghasilkan album bersama rakan seperjuangannya, penyanyi veteran Zur Eda.
“Harapan saya, saya teringin sangat nak buat album dan berduet bersama Zur Eda.
“Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang masih menyokong saya.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Air cucian beras usah dibuang begitu sahaja. Banyak mafaatnya untuk ibu-ibu cuba. Ada yang berkongsi tip air basuhan beras untuk mengatasi masalah anai-anai. Tak kurang juga digunakan untuk menyiram pokok yang ditanam.
Selain itu, air basuhan beras juga baik untuk tujuan mencantikkan kulit wajah nampak flawless’ serta mengatasi masalah kulit. Nak tahu bagaimana kegunaannya?? Jom baca kat bawah ni :
1)Mencerah dan menghilangkan bintik hitam??
Kalau korang nak tahu, air beras sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Selain itu, air beras ini boleh menghilangkan jeragat malah protein yang terkandung dalam air beras dapat meningkatkan produksi kolagen pada kulit kita.
2) Pembersih wajah semulajadi
Ambil air beras yang kali ketiga selepas membasuh beras dan basuh kulit wajah korang. Tepuk-tepuk wajah korang dan biar ia mengering. Jangan lap tau, biar je ia kering sendiri okay! Kemudian, korang boleh bilas dan lihat hasil kulit akan jadi lebih segar.
3) Boleh Hilangkan jerawat !
Ambil air cucian beras yang kali ketiga mencuci beras dan basuh wajah korang. Kemudian, biarkan ia mengering. Muka korang akan jadi sedikit pedih dan lama-kelamaan jerawat akan kecut.
4) Atasi masalah kulit berminyak.
Korang cuci ce muka korang dengan pencuci biasa, kemudian bilas dengan air cucian beras. Lakukan setiap hari dan korang akan peroleh hasil yang diiginkan.
5) Cerahkan kulit korang.
Kalau nak putih cepat, basuh muka 2 hingga 3 kali seminggu. Bukan sahaja lebih cerah, kulit korang akan jadi lembut dan halus.
6)Mengecilkan liang pori
Ambil kapas, kemudian korang celup dalam air cucian beras dan sapu pada wajah korang okay! Tekap pada wajah korang secara perlahan-lahan kerana ia akan mampu mengetatkan pori-pori dan ia akan kelihatan lebih kecil.
7) Masker rambut
Korang tuang air cucian beras pada kulit kepala dan biar aje selama 20 minit okay! Lepas 20 minit, korang bilas guna shampoo tau.
Dah baca,Apa pula pendapat anda jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.
Sumber : myinfomaya via majalahilmu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rambut gugur boleh berlaku pada rambut di bahagian kulit kepala atau mana-mana bahagian badan anda. Keturunan, perubahan hormon, keadaan perubatan atau masalah kesihatan turut boleh menjadi antara punca rambut gugur.
Walaupun anda akan kehilangan 50-100 helai rambut sehari melalui proses keguguran rambut yang normal, ada kalanya rambut anda gugur lebih daripada biasa disebabkan penambahan usia, masalah kesihatan dan faktor persekitaran.
Makanan Atasi Rambut Gugur
Selain penjagaan rambut yang berkesan, pemakanan anda juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut anda. Ketahui jenis makanan atasi rambut gugur yang boleh anda amalkan:
1) Bayam
Bayam adalah sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Kekurangan zat besi adalah penyebab utama rambut gugur dan bayam bukan hanya kaya dengan zat besi, tetapi juga mengandungi sebum yang bertindak sebagai perapi semula jadi untuk rambut.
Jadi ia adalah jenis makanan atasi rambut gugur yang terbaik untuk dicuba.
Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.
2) Lobak dan Keledek
Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut.
Keledek juga mengandungi beta-karoten yang bertukar kepada vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.
3) Telur dan Produk Tenusu
Susu, yogurt, keju, telur dan produk tenusu lain mengandungi nutrien penting seperti protein, Vitamin B12, zat besi, zink dan asid lemak Omega.
Produk tenusu juga merupakan sumber biotin (Vitamin B7) yang terkenal untuk mencegah rambut gugur.
4) Oat
Tambah semangkuk besar oat dalam hidangan pagi anda untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rambut gugur.
Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.
5) Walnut
Tambah walnut dalam diet anda sebagai makanan atasi rambut gugur. Ia adalah satu-satunya kacang yang diketahui mengandungi biotin, vitamin B (B1, B6 dan B9), Vitamin E, kaya protein dan magnesium, yang semuanya menguatkan kutikula rambut dan menyuburkan kulit kepala.
Ia membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan DNA yang mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari.
6) Lentil
Lentil merupakan kumpulan kekacang yang menyihatkan. Di Malaysia, jenis lentil yang biasa ditemui ialah kacang dal. Ia kaya dengan protein, zat besi, zink, dan biotin.
Selain itu, lentil penuh dengan asid folik yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan sel darah merah yang membekalkan kulit dan kulit kepala dengan oksigen yang sangat diperlukan.
7) Daging ayam
Jika anda pengemar makanan berasaskan ayam, ketahuilah ia juga antara jenis makanan atasi rambut gugur.
Daging ayam kaya dengan protein berkualiti tinggi yang menguatkan rambut rapuh dan menghalang rambut terputus. Oleh kerana rambut dan kuku terdiri daripada protein, anda harus mendapatkan sumber protein yang mencukupi dalam diet harian anda.
8) Strawberi
Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut.
Makanan kaya silika lain termasuk beras, oat, bawang, kubis dan timun.
9) Yogurt
Yogurt penuh dengan Vitamin B5 dan Vitamin D yang dikenali untuk menggalakkan kesihatan folikel rambut. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan yogurt untuk membuat topeng rambut sekali-sekala.
10) Makanan yang kaya dengan Vitamin-C
Vitamin C menyokong penyerapan zat besi dalam tubuh kita, kekurangannya boleh mengakibatkan rambut gugur.
Vitamin C juga dikenali dengan sifat antioksidan yang mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh membuat rambut anda rapuh dan lemah.
Tambah buah-buahan seperti oren, betik, limau dan kiwi untuk diet anda. Vitamin C juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang menguatkan saluran darah yang membekalkan nutrisi kepada rambut.
11) Salmon
Salmon mengandungi asid lemak omega-3 di mana disukai oleh folikel rambut anda. Pengambilan 3.5 auns salmon dua kali seminggu akan menguatkan rambut anda dan membuatkannya bersinar.
12) Biji labu
Keguguran rambut mungkin disebabkan kulit kepala kering. Jadi, periksa kulit kepala anda untuk ketidakstabilannya.
½ cawan biji labu panggang sejuk akan menyelesaikan masalah anda dengan kekayaan zinknya.
Daun pandan boleh kecutkan jerawat? Ya betul. Itulah kelebihan daun yang satu ini. Bukan hanya untuk masakan sahaja tetapi boleh juga merawat masalah jerawat.
Jangan tak tahu, daun pandan juga mampu menyegarkan tubuh badan. Buatkan air rebusannya dan amalkan minum ketika suam. Kali ini jom cuba daun pandan sebagai masker pula. Muka pun cantik, jerawat pun hilang. Jom cuba.
Bahan Masker
/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
petua ni.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber : Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.