Perjuangan Elyana tanpa mengenal erti jemu dan penat selama 11 tahun akhirnya berhasil apabila Elyana disahkan bebas daripada penyakit Kanser Limfoma.
Berita gembira tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya. Menurut ibu kepada seorang anak perempuan ini, penyakit yang dihidapi itu kini hilang.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal sebelum ini pernah berkongsi menghidap kanser limfoma tahap empat.
“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.
“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!,” tulisnya menerusi kapsyennya.
Dia dalam pada itu turut meluahkan sebak dan syukur atas kurniaan tersebut.
“Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.
“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love u Ya Allah…,” tulisnya.
Alang-alang hendak mencari info untuk menanam pokok bunga ros jepun ini, lebih baik kiranya kita cungkil ilmu tersebut dari yang mahir tentangnya.
Umpamanya daripada orang yang menanam dan menjual sendiri pokok ros jepun tersebut seperti puan Nur Rabitahani ini.
Pastinya pengalaman dan kepakaran yang dimiliki olehnya cukup banyak dan dapatlah dimanfaatkan bersama melalui perkongsian diakaun fbnya.
Ini perkongsiannya.
INFO BERGUNA PADA PENCINTA ROS JEPUN
1.Bunga ros jepun berbunga banyak bila dapat cahaya matahari penuh.
2. Bunga ros jepun berbunga banyak bila baja 1minggu sekali atau 2 minggu sekali.
3. Bunga ros jepun kurus tanda cahaya matahari kurang.( kurus memanjang)
4. Bunga ros jepun kurus sebab tanah keras.( akar tak dapat berkembang)
5. Bunga ros jepun kurus sebab tanam terlalu rapat.(15 @ 20keratan 1 pasu dah cukup)
6. Bunga ros jepun sukakan tanah gembur dan air mudah mengalir.
7. Bunga ros jepun carnation( daun tajam) tahan musim hujan/air banyak.
8. Bunga ros jepun selapis dan jambul tak tahan musim hujan, batang mudah lecur/lembik
9. Bunga ros jepun jenis tumbuhan sekulen macam keluarga kaktus.
10. Sekulen bermakna akar pokok akan serap air sebanyak mungkin bila musim hujan boommm meletup batang ros jepun, kena jangkitan kulat dan buruk.
11. Baja kimia pastikan tabur sekata dan siram dengan air. Jangan sesekali longgok. Baja kimia tidak bahaya seperti racun kimia yang bersifat toksid, ramai yang salah faham dan takut guna baja kimia, sedangkan baja kimia di olah supaya senang diserap pokok berbanding baja organik yang perlu melalui proses pereputan seperti tinja ayam.
12. Bunga ros jepun mudah rosak jika hujan berhari- hari.
13. Ramai tokey atau penjual bunga akan stop jual bunga ros jepun bila musim tengkujuh/banjir.
14. Kekerapan hujan banyak merosak kan pokok .
15. Untuk tanam ros jepun sepanjang tahun perlukan rumah perlindungan hujan terutama musim tengkujuh.
16. Rumah perlindungan hujan benarkan cahaya matahari menembusi tetapi tidak air.
17. Rumah perlindungan hujan mestilah berbumbung plastik jernih atau atap jernih.
18. Ingat ros jepun dan cahaya matahari tak boleh di pisahkan.
19. Ros jepun nama lain kembang pukol 9 /pkol 10 .
20. Ros jepun yang di gantung lebih mudah gebu dari tanam atas tanah.
21. Siput khinzir sukakan ros jepun jika ada tabur racun siput.
22. Bena( serangga putih) jangan di biarkan membiak, pokok boleh rosak.
23. Makanan bena ada pada batang lembut ros jepun dan bahagian pucuk, sap pokok/ cecair sap/bendalir pokok merupakan makanan kesukaan bena.
24. Bila serangga bena suntik dan menyedut cecair sap, akibatnya daun kerekot dan pucuk kerekot jika diabiarkan lama pokok mati.
25. Serangan virus daun kerinting dan pucuk hangus kehitaman merupakan penyakit yang mampu membunuh semangat anda untuk berkebun ros jepun.
26. Serangan ini mampu merosak 1pasu atau setaman ros jepun anda. Anda akan menangis kalau ini terjadi.
27. Lihat tanda pokok yang terkena penyakit, jika 1 pasu kerekot atau hangus, asingkan cepat2 dari pokok lain.
28. Sembur racun organik 1 atau 2minggu sekali untuk cegah.
29. Rawat pokok yang pucuk kehitaman dengan memotong ranting atau pucuk yang hitam,trim (togelkan pokok). Sembur racun organik brogard 1kali sehari waktu senja selama 3hari. In shaAllah tunas baru yang naik sehat.
30. Amalkan semburan racun organik seminggu sekali untuk cegah masalah bena dan penyakit.
31. Elak kan guna tanah bersabut tanam ros jepun, musim panas tak jadi masalah tapi akan bermasalah bila musim hujan.
32. Tanah yang elok adalah tanah yang gembur, tidak keras dan mampu mengalirkan air dengan baik. Contoh tanah organik . Campuram pelbagai jenis bahan. Tanah biasa, tanah hitam, sekam padi, bahan2 organik dan lain2.
33. Jika anda nak berjaya tanam ros jepun yang baik guna tanah yang elok, jaga baja, pastikan ros jepun kena panas ,jaga siram dan kawal perosak.
(Tips untuk ros jepun hidup sehat.)
✔Baja setiap minggu.
✔Tanam ros jepun 100% kena cahaya
✔Siram pagi dan petang
✔Kawal perosak dan virus jika ada
✔Gunakan tanah yang subur dan gembur
Alam rumah tangga tidak sama dengan ketika bercinta. Kena ada ‘give and take’ dan sama-sama bertoleransi. Ego yang membukit pasti akan menyebabkan ikatan pernikahan putus di tengah jalan.
Justeru, sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, harus selidik dan berfikir sedalamnya, jangan buat keputusan melulu mengikut nafsu dan emosi.
Menurut Ustaz Kazim Elias, penceraian berlaku kerana mencari yang tidak betul.
Malah, ada antara pasangan yang apabila disuruh cari yang beragama , berakhlak, mengabaikan hal tersebut sebaliknya memandang pada sudut lain.
“Disuruh cari yang yang beragama tapi minat yang berirama sahaja. Disuruh cari yang berakhlak tapi tengok yang galak.
“Yang beragama sahaja tidak cukup dan bukan semestinya ustaz, tok imam atau doktor. Tapi mungkin dia cikgu sekolah, pemandu teksi, siapa pun ambil lah janji dia mempunyai agama dan melaksanakan agama.
“Tetapi agama sahaja tak cukup, Nabi tambah lagi satu iaitu akhlak. Carilah yang berakhlak, jangan cari yang panas baran dan kedekut. Carilah yang beragama dan berakhlak, anda mampu mengubahnya,” ujar Ustaz Kazim Elias dalam satu rancangan Tazkirah Malam Jumaat di Astro.
Hijrah itu milik Allah, siapa mampu menolak andai Dia sudah menetapkan perkara itu. Seorang demi seorang selebriti membuat penghijraha dalam hidup mereka.
Terbaru, penyanyi dan penyampai radio , Nana Mahzan turut berbuat demikian. Tampil berhijab ketika sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami tercinta, Mohammad Raqeem Brian Abdullah, nyata mengundang kejutan ramai.
Menurut empunya badan, Nana mengakui belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut perubahan imejnya itu.
“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya. Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.
“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya.
“Jadi hari ini, sebelum Asar dan hujan turun dengan lebatnya, telah makbul doanya. Terima kasih atas doa-doanya.” ujar Nana Dalam perkongsian yang penuh sebak.
Mengakui masih belajar, namun jelasnya dia tetap Nana yang sama. Dalam masa yang Sama, dia melahirkan rasa bimbang penerimaan orang dengan penghijrahannya itu.
“Sebagai manusia, ianya agak sukar pada mulanya. Alhamdulillah, hidayah itu sampai awalnya. Harap anda tidak menilai saya, saya masih belajar. Tak pandai lagi nak bertudung. Maafkan saya.
“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ini kerana itu yang mematangkan dan menjadikan penghijrahan ini lebih manis. Insya’allah.
‘Sejujurnya, saya tak nafikan arwah Siti Sarah antara alasan saya berhijrah. Tapi perasaan (berhijrah) selalu ada dan bertahun-tahun. Sehinggalah kali ini betul-betul. Terima kasih suami.
Sementara itu, sebagai suami Raqeem Brian mengakui gembira dengan keputusan isterinya itu.
“Saya mahu Nana betul-betul pasti dengan keputusan itu. Saya gembira kalau dia bersedia untuk bertudung sepenuhnya,” kata Brian.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.