Semenjak kebelakangan ini, banyak kes kebakaran dilaporkan. Apa yang menyedihkan adalah apabila kejadian itu turut membawa maut.
Baru-baru ini, sebuah kebakaran di laporkan berlaku di Kampung Alma, Bukit Mertajam yang mengorbankan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) selepas kediamannya dijilat api.
Kejadian itu berlaku pada jam 5 petang dan mangsa, Nuraida Hashim yang terlantar di atas katil di dalam bilik sejak dua tahun lalu, tidak sempat diselamatkan.
Menurut abang ipar mangsa, Abdul Rais berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi anaknya yang memaklumkan rumah mereka terbakar. Ketika itu, Abdul Rais bersama isterinya berada di Kulim, Kedah untuk urusan peribadi.
Jelas Abdul Rais, anaknya sempat melarikan diri bersama neneknya berusia 80-an. Malangnya, ibu saudaranya, Nuraida, yang terlantar di atas katil tidak dapat dibawa bersama berikutan api sedang marak dengan pantas.
Ads
“Saya kemudian terus menghubungi bomba dan polis untuk mendapatkan bantuan sebelum bergegas pulang ke rumah.”
Abdul Rais percaya, kebakaran itu berpunca daripada litar pintas di bilik mangsa. Tetapi menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu berlaku.
Ads
Pemeriksaan lanjut menyatakan mangsa ditemui berada di atas katil sebelum disahkan telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Setiap pasangan pasti akan meraikan hari bersejarah pasangan untuk dijadikan sebagai momen terindah dalam diari kehidupan. Ada yang meraikannya dengan pelbagai cara, malah ada yang sanggup keluar ribuan ringgit bagi memastikan majlis tersebut disusun indah.
Sambutan hari ulang tahun insan tersayang biasanya disambut dengan pelbagai cara penuh bermakna. Tetapi lain orang lain caranya. Ada yang suka disambut sederhana dan ada juga mahu disambut meriah.
Terbaharu, seorang wanita telah meraih perhatian warga TikTok apabila memuatnaik video sambutan hari lahir suaminya.
Apa yang menjadi perhatian ramai apabila dia menempah sebiji kek berbentuk binaan kubur dihiasi sebuah kereta bersama replika buku Yasin bagi menyambut ulang tahun kelahiran suaminya Muhammad Faris Mohd Kahni yang ke-27.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Cikna atau Nur Nadhirah Syuhadat Rahmat, 24, menceritakan semula kisah di sebalik video yang mencuri tumpuan warga TikTok.
Rupanya-rupanya hadiah kek seperti itu ada kaitan dengan minat suaminya yang gemar menyertai aktiviti lumba kereta.
“Hari lahir suami jatuh pada hujung tahun (26 Disember). Jadi untuk tahun ni saya bagi kek tu sebab dia banyak sangat modified kereta nak bagi laju dan suka race (lumba kereta).
“Nasihat saya dia tak dengar, alang-alang nak bagi kek hari jadi, saya pun tempah kek macam tu supaya dia beringat. Bahaya pandu kereta laju-laju sebab mati tak kira muda atau tua,” ujarnya.
Menurut Cikna yang memiliki empat cahaya mata ini, kek tersebut ditempah khas dengan memberikan gambar-gambar contoh kepada pembuat kek, Farah Wahida.
Namun, dia sendiri tidak menyangka bakal menerima kek dengan sebuah kubur sangat besar berbanding objek lain yang ada sebagai hiasan.
“Saya bagi gambar contoh biasa saja tapi tak tahu pula bila siap kubur tu besar. Terkejut juga masa dia hantar kek tu. Tapi cantik dan sangat kemas hasil tangan dia.
“Masa minta Farah buatkan kek tu dia ikutkan saja sebab semua kek dia mampu buat. Saya suka sangat berurusan dengan dia. Lagipun kek dia semua sedap,” ujarnya.
Kata Cikna, kek yang dianggap menyeramkan ini diberikan kepada Faris sebagai kejutan pada hari lahirnya.
Tujuannya, dia memilih kek berbentuk kubur ini sebagai peringatan kepada suaminya yang mempunyai hobi merbahaya ini supaya ingat tentang nasib isteri dan anak-anak.
Nampak macam kasar dan kelakar tapi cukup kami saja yang tahu tujuannya.
Imbasnya yang menetap di Marang, Terengganu itu lagi, dia berasa lega apabila suaminya tidak menganggap hadiah tersebut sebagai sindiran malah sebaliknya.
“Saya minta suami tutup mata masa nak keluarkan kek tu. Lepas buka mata dan nampak kek tu dia terkejut lepas tu ketawa.
“Dia okey saja terima dengan hati terbuka tengok kek tu sebab tahu apa yang isteri dia nak ingatkan. Saya pun bukan nak minta bukan-bukan terjadi dekat dia, cuma bagi peringatan saja.
“Dia cakap ‘Eh lawanya kek kubur ni sayang. Wow sekali ada kereta’. Saya pun gelak tengok reaksi dia. Tapi dalam seronok tu kami seram juga tengok kek tu sebab terus ingat kematian. Masa nak potong tu suami siap baca surah al-Fatihah,” ujarnya.
Tambah wanita yang sudah berumah tangga lebih 10 tahun itu, kek berperisa pandan itu habis dimakan ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang turut meraikan hari ulang tahun suaminya.
Sumber : Tiktok Cikna / MStar
Mesti Baca :
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dikala kita sedang gembira meraikan hari Raya Aidiladha ada juga yang sedang berduka akibat kehilangan keluarga tersayang. Hakikatnya, kita sebagai manusia tidak mampu untuk melawan takdir yang tertulis oleh-Nya. Ajal maut, jodoh pertemuan semua menjadi rahsia dariNya jua.
“Tidak ada raya tahun ini,” begitu jawapan ringkas diluahkan balu Allahyarham Azirul Azeem Mazri, 30, yang maut bersama bayi lelaki mereka Muhammad Adhwa berusia 10 bulan selepas terbabit kemalangan 1.15 pagi semalam sebagaimana memetik laporan berita di Harian Metro.
Farah Nasuha Johari, 30, berkata demikian selepas ditanya mengenai sambutan Hari Raya Aidiladha selepas ketiadaan dua insan tersayang yang pergi serentak meninggalkannya buat selama-lamanya.
Farah yang bekerja sebagai guru di Pasir Gudang, Johor tidak mampu berkongsi cerita berikutan masih sebak dan menitiskan airmata sepanjang proses pengkebumian dua insan tersayang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Menara, di sini, kira-kira 500 meter dari rumah keluarganya di kampung sama.
“Saya minta maaf,” katanya.
Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan berkenaan jam 11 malam ini.
Terdahulu, jenazah dua beranak terbabit yang tiba dari Hospital Rompin, Pahang sebelum maghrib dan disembahyangkan di rumah keluarganya sebelum dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 10 malam.
Abang Allahyarham Azirul Azeem,Muhammad Azmin, 34, berkata, ketika kejadian, arwah adik dalam perjalanan pulang ke kampung selepas menjemput isterinya yang bekerja di Pasir Gudang.
“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan bersama keluarga untuk pulang bercuti Aidiladha di kampung isteri di Negeri Sembilan.
“Sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, kira-kira jam 2.20 pagi, saya menerima panggilan daripada adik beradik memberitahu Azeem kemalangan dan nazak.
“Tidak lama kemudian, saya menerima semula panggilan memberitahu Azeem meninggal dunia bersama anaknya manakala isterinya terselamat.
“Saya kemudian membatalkan perjalanan balik ke Negeri Sembilan sebelum ke Hospital Rompin,” katanya bagi menguruskan mayat adik berserta bayinya.
Muhammad Azmin berkata, Farah ada memberitahunya, arwah suami bercadang untuk berehat dan tidur di Rompin sebelum meneruskan perjalanan.
“Difahamkan mereka bertolak dari Pasir Gudang jam 10 malam (Selasa) sebelum terbabit kemalangan jam 1.45 pagi tadi (Rabu),” katanya yang menjalankan perniagaan vape bersama arwah adik.
Kata-kata arwah itu bagaikan petanda apabila dua beranak terbabit terus ‘tidur’ buat selama-lamanya selepas terbabit kemalangan di Rompin.
Bagi orang dapur, pasti anda ada ‘favourite’ kuali yang selalu digunakan untuk memasak.
Tak kisahlah walaupun kuali tersebut sudah berkerak di bahagian bontot, tapi itulah kuali terbaik untuk anda.
Walaupun ditukar dengan kuali yang lebih mahal, tetap tidak setanding dengan kuali pilihan anda itu. Kadang kala, pemakaian kuali ini boleh mencecah puluhan tahun, atau senang kata dibawa turun temurun dari nenek, ibu dan seterusnya kepada anda.
Namun perkongsian daripada seorang pemuda ini pasti akan melegakan hati anda. Terbukti ianya berkesan kerana ianya suka dilakukan terlebih dahulu pada kuali dirumahnya.
Seorang pemuda dikenali sebagai Hafiz Misron berkongsi teknik ‘double boil’ yang digunakannya untuk membersihkan kuali yang hitam terutama di bahagian bontot.
Jelasnya, dia hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu baking soda, sabun dan berus kuali.
Cara-cara
1. Mesti ada kuali yang lebih besar. Letak air penuh untuk tenggelamkan kuali yang hendak direbus di dalam kuali besar itu.
2. Letak empat sudu besar baking soda (Boleh jika mahu letak lebih).
3. Ada juga yang memberi cadangan supaya diletakkan asam keping atau lemon, mungkin kerana kandungan asid yang dikatakan mempunyai sifat menghakis.
4. Tunggu air dalam kuali besar mendidih, kemudian baru letak kuali yang hitam itu.
5. Kemudian, rebus kuali hitam itu selama 30 minit atau 40 minit.
6. Selepas mendidih, matikan api dan biarkan ia sejuk selama dua jam.
7. Selepas ia sejuk, sental dengan berus kuali dan sabun mandi. Jika tiada sabun mandi, boleh juga guna sabun cuci pinggan.
9. Anda akan melihat kerak-kerak mula tanggal selepas ia diberus.
Namun harus diingat, kaedah ‘double boil’ ini mungkin tidak berupaya untuk menghilangkan terus kesemua kerak itu.
Sebaliknya, proses ini perlu dilakukan berulang kali untuk menanggalkannya secara keseluruhan.
Jika kerak hitam bawah kuali terlalu tebal, anda juga boleh menghakisnya menggunakan pisau.
Yang penting, anda perlu berhati-hati dan seeloknya memakai sarung tangan ketika melakukan proses ini.
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.