Candy detergent, kini kian menjadi pilihan sebagai bahan pencuci pakaian yang wangi beraroma  sekali gus membuatkan ramai yang teruja untuk membelinya.  Meski pun bersaiz kecil namun harumannya cukup hebat.

Tidak dinafikan juga  jika sekali pandang, candy detergent ini persis gula-gula. Cantik dan menarik.

Namun siapa sangka ia mampu membawa kesan yang tidak dingini kepada seorang kanak-kanak.

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pegawai perubatan  di twitter untuk dijadikan peringatan agar ibu bapa lebih waspada dengan penggunaan sabun tersebut.

 

Anak Termakan Sabun Pencuci Comel Yang Disangka Candy. Dr Ni Kongsi Cerita, Agar Ibu Ayah Lebih Waspada!

Bau Sabun Kuat Dari Dalam Mulut

Masa maknya di dapur, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah, dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar. Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.

Cepat-cepat sabun semua dicuci dari muka dan mulut anak. Kebetulan seorang diri di rumah, semuanya kena dihadap sendirian. Berlari terus mak ni buat panggilan telefon pada suami. Syukur suami memang nak dekat sampai ke rumah.

Bila kami buat panggilan ke Pusat Racun Negara, kandungan sabun Candy Viral ni ialah bahan pencuci dan sabun (kategori bahan kimia ionic and non ionic).

Maksudnya, kalau anak dah termakan sabun ni, kita tak tahu sabun tu akan kekal berapa lama dalam badan anak.

Selain tu, sabun ni boleh menyebabkan:

-Hakisan pada lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.

IKLAN

-Kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk.

Selama saya jadi doktor kanak-kanak, berkali-kali saya lihat anak terminum sabun pencuci tapi kali ni saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ni.

Nasihat saya, simpanlah sabun ni di tempat yang selamat dan jauh dari jangkauan anak. Kalau anak tertelan bahan pencuci, jangan paksa dia muntah.

Kalau paksa dia muntahkan sabun tu, anak boleh tersedak. Bila tersedak, sabun tu boleh masuk ke paru-paru pula. Lagi bahaya. basuh mulut anak dengan air berkali-kali. Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci tu. Bawa segera ke hospital.

Bantu saya sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Kadang-kadang kita terlepas pandang isu macam ni tapi anak kita yang menjadi mangsa.

Sumber : Redza Zainol 

Saksikan sepanjang minggu ini bermula 7 hingga 11 Februari di fb keluargamagazine setiap jam 2.30 petang.

Bersama kita tambah ilmu berkenaan kesihatan keluarga #rawatdiri bersama  doktor pilihan.

IKLAN

Anak Termakan Sabun Pencuci Comel Yang Disangka Candy. Dr Ni Kongsi Cerita, Agar Ibu Ayah Lebih Waspada!

 

Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Anak Termakan Sabun Pencuci Comel Yang Disangka Candy. Dr Ni Kongsi Cerita, Agar Ibu Ayah Lebih Waspada!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI