Selain Bujibu, kucing bernama Jep ini cukup dikenali dan disukai oleh peminat kucing.
Jep yang juga kucing jantan baka American Shorthair mempunyai lebih 480,000 peminat menerusi akaun Facebook, Oh My Jep dan diikuti kira-kira 125,000 pengikut di Instagram.
Namun semalam, peminat kucing dikejutkan dengan kematian Jep akibat dilanggar kereta.
Menerusi status yang dimuat naik oleh pemiliknya, Nor Azwana Awang yang dikenali sebagai Ummi dalam Fcebook Oh My Jep, kucing kesayangan ramai itu tertidur di bawah kereta dan dilanggar secara tidak sengaja.
6 tahun lebih duduk dengan ummi… pagi tadi ayah suap rendang ayam sikit.. aicha nangis, dia meluru datang.. ummi baring, dia gigit2 rambut.. maafkan ummi semenjak dua ni memang ummi tak update kat page..
Pagi td kejar dia nak ambik gambar sekali.. pagi raya kan.. tapi ummi dah tau waktu2 pagi smp tengahari membawa ke petang memang dia tidur je..
Ads
Setiap hari tidur celah langsir dalam bilik ummi.. tiba2 harini dia duduk bawah kereta .. sikit pun orang tak perasan.. semua pun sibuk beraya.. maafkan ummi… ummi tengah makan tadi.. seseorang telah langgar jep.. memang tak sengaja.. darah takde.. dia lari.. lepastu terbaring.. maafkan ummi .. jep dah takde … setengah jam lalu… ???
Katanya lagi, kehilangan Jep itu meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya apatah lagi dia sudah menjaga haiwan itu sejak enam tahun lalu.
“Jep memang kucing amat manja, jika Ummi sedang mencuci pinggan dia akan bermain-main di kaki Ummi, apabila Ummi sidai kain dia akan memanjat tempat jemuran dan temankan Ummi.
Ads
“Sukar untuk jelaskan kesedihan Ummi ketika ini, hendak makan pun tak lalu..asyik terbayang-bayang wajahnya, keletahnya, “ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia akan menutup akaun laman sosial kucingnya itu selepas ini, Ummi berkata dia tidak berhasrat untuk berbuat demikian kerana akaun itu jugalah menjadi kenangan untuk dia sekeluarga.
Malah, dia belum berhasrat untuk mencari pengganti Jep memandangkan banyak kenangan yang tersimpan bersama haiwan itu.
Ads
“Nak dapatkan kucing sama seperti Jep mungkin sukar..setiap kali Ummi balik mesti dia dan sambut bila keluar dari kereta.
“Jika Ummi ke mana-mana atau tiada di rumah dia akan tidur di rumah mentua Ummi,” katanya.
Menurutnya, Jep ditanam di tepi rumah oleh suaminya, Mohd Kamarul Anuar Mohd Ariffin, 39.
Sumber: Oh My Jep & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain pinggan mangkuk, teko antara barangan dapur yang meninggalkan bau ketika tersimpan kemas di dalam almari. Teko yang disimpan lama di dalam kabinet memang meninggalkan bau yang kurang enak kepada teko.
Bau hapak yang terperangkap kadangkala akan meninggalkan sedikit bau yang kurang enak kepada rasa kopi dan teh yang anda sajikan. Habuk dan kesan bau-bauan daripada kabinet anda menguatkan lagi bau pada teko. Bagaimana mengelakkan masalah ini berlaku? Begini caranya.
# Cara 1
1. Sebaik di basuh bersih, keringkan terlebih dahulu di dalamnya.
2. Apabila kering dan hendak disimpan, taburkan sedikit gula pasir ke dalamnya.
3. Kemudian barulah disimpan ke dalam kabinet anda.
4. Lihat hasilnya, teko akan kembali bangkit kesegarannya walaupun disimpan lama.
# Cara 2
1. Basuh bersih teko dan keringkan.
2. Masukkan uncang teh dan letakkan di dalam teko. Simpan kemas di dalam kabinet.
3. Hasilnya teko akan tidak berbau hapak dan kekal harum.
Solusi Harumkan Pinggan Mangkuk
Selain teko, pinggan mangkuk anda juga tidak kurang meninggalkan bau yang tidak enak jika disimpan terlalu lama di dalam kabinet. Habuk yang bercantum dengan udara yang terperangkap meninggalkan bau hapak yang kurang enak.
Ambil beberapa helai daun pandan dan biarkan di simpan bersama pinggan mangkuk berkenaan. Hasilnya bukan hanya pinggan malah seluruh kawasan kabinet atau almari juga akan segar dan harum dengan bau daun pandan ini.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dua bulan menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza hari ini mendedahkan wajah anak lelaki tersayang kepada umum.
Menerusi muat naik di Instagram Zahirah dan Aiman, mereka telah berkongsi gambar buah hati tersayang beserta nama.
Memilih nama Isaac Raees kepada putera sulung , pasangan ini mendoakan agar bayi mereka membesar dengan sihat, kuat dan baik.
Zahirah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Januari 2021 di Australia. Dia dan Aiman telah berangkat pulang ke kediaman keluarga Zahirah pada Oktober tahun lalu iaitu kira-kira tiga bulan sebelum bersalin.
Pergi bercuti atau melancong memang seronok! Namun, percutian menjadi hambar apabila ada anak-anak mula buat perangai. Ikuti pandangan Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dr Mahani Razali mendapatkan panduan perihal mengendalikan anak supaya mendengar kata kala melancong.
Sesungguhya ia adalah aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak. Mana tidaknya, inilah masa untuk mereka bersuka ria! Lazimnya percutian pendek adalah satu hari dua malam atau dua hari tiga malam adalah kelaziman buat mereka yang mempunyai keluarga. Namun tempoh itu akan meninggalkan ‘igauan ngeri’ jika ada anak-anak mula ‘buat hal’ semasa bercuti. Bagaimanapun ada caranya untuk mengelak atau mengendalikan anak-anak seumpama ini semasa melancong.
1.Perancangan awal
Sebelum memulakan perjalanan, anda telah membuat perancangan yang rapi tempat atau lokasi secara tepat yang bakal dilawati. Tempat yang dilawati mestilah selamat dan cuaca yang tidak terlalu panas atau sejuk. Lokasi sama ada pusat peranginan, taman tema, pantai atau air terjun.
2. Tempah penginapan
Tempat penginapan ditempah lebih awal.Perjalanan yang jauh menjadikan kanak-kanak mudah letih. Keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal sekira anda tidak dapat menyediakan segera tempat untuk mereka berehat dan melakukan aktiviti yang disukai semasa sampai di tempat yang dituju.
3. Mesti ada peraturan
Jelaskan kepada anak bahawa biar di mana pun berada, peraturan tetap ada, waima pergi bercuti. Oleh itu, jelaskan beberapa peraturan yang ditetapkan semasa bercuti misalnya tidak membuang bising di lobi hotel, tidak berebut semasa mengambil makanan semasa di hotel dan beberapa peraturan lain. Malah sentiasa mewujudkan ‘peraturan’ sebelum bergerak sesuatu tempat yang ingin dilawati. masa yang sama anda boleh menyelitkan beberapa peraturan yang perlu diikuti semasa percutian tersebut.
4. Senarai aktiviti
Aktiviti yang dirancang tidak terlalu padat. Makin kurang aktiviti yang dirancangan makin kurang tekanan pada anak. Percutian adalah sesuatu yang mengembirakan anak-anak. Oleh itu, jangan jadikan ia sesuatu mimpi ngeri buat anak anda.
5. Jangka masa
Sekiranya anda merancang untuk melancong dalam jangka masa yang lama dan jauh, mulakan dengan membawa anak melancong dalam tempoh masa yang pendek. Tujuannya adalah untuk melihat sikapnya sama ada mudah menerima perubahan atau tidak. Kesan daripada itu, anda akan ketahui tindakan yang boleh diambil bagi membantu mengawal tingkah lakunya.
6. Persiapan minda
Sediakan minda anak untuk berjalan jauh atau melancong. Sekurang kurang seminggu sebelum perjalanan bermula. Berbincang dengan anak tentang percutian dan tunjukkan gambar tempat yang bakal dikunjungi. Secara tidak langsung mereka akan mempunyai perasaan gembira untuk pergi bercuti dan sentiasa mendengar arahan anda.
7.Sedia kamera
Beri anak kamera untuk kegunaan mereka sendiri. Banyak terdapat dipasaran kamera yang murah dan senang diguanakan. Tingkah laku yang tidak diingini dapat dialih bila kanak-kanak sibuk mengambil gambar yang dilihatnya atau yang diminatinya. Kesibukkan dengan aktiviti baru ini membuatkan mereka ceria sepanjang percutian.
8. Permainan kegemaran
Bawa bersama mainan yang digemarinya Anda memasukkan mainan tersebut dalam beg kecil. Mudah untuk anda mencarinya apabila diperlukan oleh anak anda. Mainan yang digemari akan dapat membantu mengalih perhatian anak anda daripada menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini.
9. Muat turun permainan
Bagi anak yang lebih besar, anda boleh sediakan permainan muat turun ditablet anak anda. Pastikan juga anda telah memasukkan beberapa permainan atau program yang mencukupi serta menarik. Namun hadkan permainan ini kerana kanak-kanak tidak digalakkan melihat skrin tablet dalam tempoh yang lama.
10. Pakaian selesa
Sepanjang perjalanan anak memakai pakaian yang selesa. Pakaian tersebut seoloknya mudah ditanggalkan dan fabrik yang tidak terlalu panas atau sejuk. Ia juga tidak terlalu ketat atau longgar supaya mudah untuk bergerak dengan aktif. Cara ini mengelak anak meragam disebabkan rasa panas dan tidak selesa.
11. Makanan
Kadang kala anak-anak mula membuat perangai atau tidak dengar cakap apabila mula berasa lapar. Bawa bekalanan makanan ringan, buah-buahan dan roti yang secukup sepanjuang perjalanan. Jika perlu bawa beg tahan sejuk supaya anak-anak dapat minum minuman yang sejuk semasa perjalanan.
12.Kotak pertolongan cemas
Pelbagai ubat-ubatan ada dalam kotak pertolongan cemas termasuk ubat demam dan sebagainya. Juga jangan lupa membawa ubat yang sepatutnya terutamanya jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai jadual pengambilan ubat-ubatan.
13.Elak makanan manis
Semasa perjalanan elak dari memberi gula-gula atau makanan manis pada anak. Pemberian gula hanya akan membantu merangsang kanak-kanak aktif. Ia akan membuat anak anda sukar dikawal seperti tidak duduk diam terutama sekali bagi anak yang berusia satu hingga empat tahun.
14. Makanan biasa dimakan
Sekiranya anda melancong ketempat tempat yang belum pernah anda kunjungi, anak anda mungkin akan mengalami kejutan dari segi makanan. Mereka mungkin tidak selesa dengan ‘makanan baru’ itu. Akibatnya anak tidak mahu makan. Situasi lapar boleh menyebabkan anak tidak selesa dan menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingin. Jadi mengatsi masalah ini, anda bersedia dengan makan yang dimasak sendiri atau makanan yang biasa dimakan oleh anak tersebut.
15. Perjalanan malam
Memulakan perjalana pada waktu malam adalah digalakkan.Waktu malam adalah waktu tidu buat anak-anak. Situasi ini juga dapat membantu mengelakkan anak anda dari bosan semasa berada dalam perjalanan.
17 Melancong dengan minda terbuka
Semasa melancong anda dan anak mungkin akan bertemu dengan perkara atau peristiwa yang diluar dugaan anda. Jangan cepat membuat kesimpuan yang negatif tentang sesuatu yang bertentangan dengan budaya sendiri. Jangan cepat menilai dan cuba sedaya mungkin mencari perkataan yang boleh mengalih rasa ketakutan atau tidak selesa anak anda.
16. Persekitaran tenang
Melancong ke tempat yang sesak dengan orang ramai membuatkan anak tidak berasa selesa. Cara ini membuatkan anak berasa rimas. Bawa anak ke kawasan yang tenang, nyaman dan damai. Itulah percutian buat anak. Jika anda bercadang untuk membeli belah di kawasan yang sesak, seharusnya tinggal sementara anak di hotel.
17. Tidak ke kedai permainan
Jika anda dalam percutian bajet. Elakkan membawa anak singgah ke kedai permainan atau cenderahati yang berdekatan dengan hotel. Kebiasaan harga yang di tempat seumpana ini agak mahal. Cara ini mengelak anak meragam apabila permintaannya tidak dipenuhi.
18. Lokasi lawatan
Pergi bercuti memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun pastikan tempat lawatan atau aktiviti lebih berbentuk orentasi kekeluargaan dan kanak-kanak. Jangan lupa, kawasan yang menawarkan kolam renang dan taman permainan tema. Kanak-kanak pastinya sepanjang hari berseronok dan gembira.
18. Dalam pesawat
Jika anda memilih untuk menaiki kapal terbang untuk ke destinasi percutian, anak akan mengalami perubahan tekanan dalam kapal terbang semasa berlepas atau mendarat. Ia mungkin akan membuatkan mereka meragam atau menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh itu, tip untuk mengelak daripada berlaku ialah berikan sesuatu untuk diminum atau berikan lollipop pada anak yang lebih besar.
19. Beg kecil
Jika anda mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil, masukkan pakaian setiap anak-anak ke dalam plastik secara berasingan sebelum anda memasukkan kesemuanya dalam beg besar anda. Keadaan ini akan memudahkan dan mempercepatkan tindakan anda semasa mengurus anak kecil tersebut. Dan secara tidak lansgung dapat mengelakkan anak daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diigini.
20. Berhenti rehat secukupnya.
Sekiranya anda melakukan perjalanan hampir separuh hari dengan menggunakan kereta, anda perlu singgah berehat, sekurang-kurangnya dua jam sekali. Kanak-kanak memerlukan masa antara 15 hingga 30 minit untuk menghilang rasa letih, lenguh dan juga untuk bermain seketika sebelum anda meneruskan semula perjalanan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di