Siapa sangka pengalaman anak-anak berdepan dengan masalah penerbangan yang kerap ‘delay’ semasa bercuti bersama keluarga memberi kesan pada tanggapan mereka bahawa kenderaan tersebut mengambil masa yang begitu lama untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Ini sepertimana apa yang dikongsikan oleh pengguna tiktok yang dikenali @imannurrezkiiiiiiiiiiiii, apabila anak perempuannya nyaris mendapat markah penuh di dalam kertas ujian namun salah menjawab satu soalan yang berkaitan kapal terbang.
Dalam hantaran tersebut, jelas menunjukkan kertas soalan mengandungi gambar kura-kura, harimau, basikal, kereta polis, kapal terbang dan siput dan kanak-kanak berkenaan perlu mengklasifikasikan ia mengikut kepantasan masing-masing sama ada CEPAT atau LAMBAT.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah kanak-kanak yang dikenali Alisha salah hanya satu soalan sahaja iaitu dengan mengatakan kapal terbang adalah lambat dan bukannya cepat.
Ads
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Susulan itu, apabila diajukan soalan kepada anaknya itu berkenaan kenapa dikatakan kapal terbang lambat.
Ads
Nyata benarlah pengalaman itu ‘guru sejati’!
Rupa-rupanya dia pernah mengalami kelewatan waktu penerbangan sewaktu menunggu penerbangan untuk ke Taiping bersama-sama keluarganya.
“Lambat sebab kita tunggu kan berjam-jam. Pergi Taipin saja berjam-jam, empat jam.
“Betullah, kapal terbang lambat, berjam-jam,” jawabnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan kanak-kanak tersebut, dan ada juga yang setuju dengan alasannya itu. Mereka juga mengatakan kanak-kanak tersebut mengadaptasikan pengalaman yang dilalui dalam menjawab kertas peperiksaan.
Mendidik anak-anak diakui bukanlah kerja mudah malah sering kali juga kita sebagai ibu bapa berdepan dengan perkara-perkara yang memeningkan kepala. Apatah lagi, bila anak semakin remaja, semakin besar pula cabarannya.
Malah jika perasan mak-mak kita dulu selalu berpesan, bila ada anak perempuan jangan ambil mudah. Menjaga anak perempuan tidak sama dengan anak lelaki.
Pasti ada sebab dan kewajarannya ibu-ibu kita terdahulu berpesan begitu. Apatah lagi di zaman sekarang, kita sendiri merasakan kepayahan dan cabaran mendidik anak-anak yang terbuka mindanya dengan dunia tanpa sempadan. Apa yang pasti cabaran ibu bapa masa kini cukup hebat dan kita harus persiapkan diri dengan ilmu keibubapaan yang sempurna.
Menyedari perkara ini, ada baiknya kita pelajari beberapa tip mendidik anak perempuan yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ilyani untuk manfaat dan info bersama.
Tip didik anak perempuan
Elakkan menjadi ibubapa ‘unavailable. Tanda kita ibubapa ‘unavailable’ kepada anak perempuan kita:
+Kurang sentuhan fizikal (tiada pelukan, pujukan, sentuhan) +Tidak respon pada tangisan anak-anak. +Emosi yang tidak sesuai kepada anak +Literal abandonment
Kesannya
1.Kesannya anak perempuan menjadi orang yang dahaga emosi/dahaga perhatian, kasih sayang.
2. Yang ada rezeki, anak perempuan mencari ahli keluarga lain seperti, makcik, pakcik, atuk, nenek.
3. Yang tidak bernasib baik, jadi orang yang ’emotionally hungry’ sampai besar.
4.Jadi orang yang suka menepek, ‘clingy’ dengan kawan, asyik risau orang tak sayang dia, tak kisah dia, tak nak kawan dia.
Kesimpulannya
Jadi, mulai sekarang kita penuhi emosi anak perempuan kita. ‘Let’s feed the emotion of our daughters’. Jangan sampai dia menepek/ ‘clingy’ dengan lelaki lain yang bukan mahram. Masak kita.
Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita.
Ada 4 langkah semuanya;
1) Buka akaun Tabung Haji.
2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB
3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung.
4)
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.
b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).
c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.
d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.
e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda.
Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya.
Nota cara menabung secara ringkas:
1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?
2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).
Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.
BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?
Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Isi kandungan surat rayuan:
Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
Tujuan rayuan
Tandatangan
Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut. Dan ini Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.
Rogayah binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor
18 Disember 2015
Kepada,
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Tuan/Puan,
RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M
NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR
KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.
Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.
Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.
Sekian, terima kasih.
Yang Mengharap,
(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400
sumber : Muhammad Yaakub Yusra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terdahulu, sedia maklum Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimasukkan ke penjara beberapa tahun dahulu. Namun sepanjang proses perbicaraannya, ia mengambil tempoh selama 10 setengah tahun untuk berada dalam penjara.
Selepas beliau bebas, beliau sampat berkongsikan pengalamannya sepanjang berada di dalam penjara selama lima tahun, sama seperti banduan lain yang tiada keistimewaan yang diberikan.
Menurutnya, 10 setengah tahun beliau berada dalam penjara cukup lama sangat mencabar baginya.
“Pengalaman dalam penjara banyak pengalaman baru, bukan sekejap. 10 setengah tahun tu memang lama. Allah saja tahu, Azizah nak datang jumpa tak boleh, kalau berjumpa pakai telefon ada cermin tu, nak sentuh tangan Azizah pun tak boleh. Hatiku luluh..Macam lagi Khai Bahar tu.” Ujarnya sambil berjenaka.
” Jadi apa yang saya lakukan, takkan la bac Al-quran dari pagi sampai malam. takk. baca, hafal, kemudian saya baca buku dari jam 8 pagi sampai 12.30 tenghari non stop. Buku falsafah, ekonomi, agama, tafsir, apa saja buku saja baca. Kemudian rehat sebentar, zohor, makan. Teh tarik tak ada ya, teh o tawar ada.”
“Mula-mula saya tidur atas lantai, dengan faktor umur saya sakit, doktor datang menasihati pihak penjara agar tidur dikatil dikhuatiri ada masalah lain datang. Makan saya diberikan katil. Kemudian saya didapati pucat, tak nampak matahari kerana berkurung. ”
“Di kesunyian petang, saya menyanyi lagu Azizah dari P Ramli. ‘Biar cantik rupamu dipandang mata ~ ” Ujar Anwar Ibrahim sambil menyanyi
“Saya tak ada macam orang tengok baik, baca quran, tak ada.. saya menyanyi juga..bukan salah bagi saya. Malam begitu juga, kita ibadah dan sebagainya..begitulah” Katanya
“Jadi saya berfikir macam mana nak jumpa Azizah, anak cucu ni? Kalau pergi mahkamah boleh.minta hak jumpa, tapi tak boleh, saya kalah.. tapi tak apa, pergi mahkamah pun dah syukur asalkan saya dapat keluar sekejap ”
“Tapi saya akui, pegawai penjara cukup baik dengan saya. Sampaikan hari ini saya dibebaskan, saya ditemuramah oleh TVC, Mereka tanya kenapa pegawai penjara menangis? saya kata bukan sebab dia nak saya masuk balik, tak..dia menangis sebab kami dah jadi kawan baik dan saya hormat mereka, saya tak salahkan mereka.”
“Nak masuk lokap saya tu ada 13 pintu besi, dari depan sampai nak masuk tempat saya. Macam penyangak atau penyamun besar saya ni. Macam mana saya nak lari..” Tambahnya
“Doktor dan Nurse juga baik dengan saya. Itu takyah cakap la…saya kata sakit telinga tapi tak sakit telinga. Asalahkan dapat keluiar sekejap jadilah.. hehe jagan bagitahu Azizah naa. ” Gurau Anwar Ibrahim
“Begitulah.. banyak lagi saya nak cerita. Tapi itulah, ada cerita yang seksa banyak lah.. you fikir yang tak boleh jumpa anak isteri, penyeksaan besar bagi saya. ”
“Dekat sana saya tak tahu apa yang berlaku, tak ada surat khabar, tv, radio dan sebagainya. Cuma 2 bulan sebelum saya dibebaskan baru ada tv. Saya tengoklah tv1 tv3 hari-hari.”
Video
Akhir katanya, dia berpesan pada semua yang hadir pada majlis itu bahawa dia berharap yang dia lalui ini tidak harus berlaku pada rakyat Malaysia. Kalau salah cakap, lawan, banta, itu adalah hak masing-masing. Tidak ada siapa yang harus dihukum atas berbezaan pendapat.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.