Terpaksa Bawa Tangki Oksigen Demi Rezeki, Meruntun Jiwa Kisah Lelaki Ini.
Demi sesuap nasi, kegigihan seorang lelaki yang menderita pebagai penyakit tetap bekerja keras mencari rezeki dengan memandu teksi. Lebih meruntun jiwa apabila dia dilihat terpaksa mengusung tangki oksigen.
Begitulah cabaran hidup yang dilalui oleh Sumeth Singpun, 49, yang berasal dari Thailand dengan rutin hariannya. Namun masalah kesihatan yang dihadapinya tidak menjadi penghalang untuk dia menggalas tangunggjawab mencari rezeki.
Kisah hidupnya yang gentir telah meraih perhatian ramai setelah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nongying Chuaibamrung dalam satu pertemuan mereka di sebuah bandar di utara Bangkok.
t”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut Nongying, Sumeth terpaksa mengusung tangki oksigen yang diikat pada kusyen kereta ketika bekerja demi menampung kos rawatan dan sewa rumahnya.
Ads
Lebih sebak, Sumenth dikatakan memandu sangat perlahan di bawah 40 km/j berikutan keadaannya yang tidak dapat melihat dengan baik.
Bukan itu sahaja, Sumenth dikatakan mempunyai pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis. Bahkan dipercayai duduk seorang diri selepas ditinggalkan anaknya.
“Dia tinggal di Ayutthaya, sendiri. Dia perlu membayar sewa. Tak kerja, tiada wang. Wang untuk orang kelainan upaya juga tidak cukup untuk rawatan. Jadi perlu menyewa teksi untuk memandu. Ada seorang anak lelaki, tak pernah pulang untuk menjaganya,” tulis Nongying.
Tambahnya, dia sempat menghulurkan sedikit sagu hati kepada pemandu teksi berkenaan di samping menawarkan diri untuk menguruskan bantuan yang ingin disalurkan kepada pemandu tersebut.
Pengalaman membeli di atas talian memang cukup memudahkan kita, semuanya dapat dilakukan dihujung jari dengan sepantas kilat. Tidak perlu lagi kita bersesak-sesak membawa anak-anak dan keluarga untuk keluar membeli belah.
Namun, ramai juga antara kita mempunyai pengalaman yang tidak seronok bila membeli secara online ini. Itu kita tidak nafikan, contohnya sering kita dengar perkongsian teman-teman bila pesan barang lain, terima barang lain pula. Malah lagi mengecewakan andai dapat barang yang telah rosak dan tidak boleh digunakan.
Jika ini yang berlaku, sewajarnya apa tindakan kita?
Tidak mahu terus berdiam diri, ada baiknya ikut cara yang dilakukan oleh peguam ini bila dirinya juga terkena mendapat produk yang telah rosak. Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Pengalaman terima barangan rosak secara pembelian online. Cara-cara untuk selesaikan.
Jumaat lepas saya ada terima bungkusan dari Lazada untuk pembelian Smart TV Samsung 49 inci, harga termasuk dengan penghantaran adalah RM1,607.00.
Kalau barangan bersaiz besar begini, saya memang yakin dengan Lazada sebab sebelum ini sudah pernah beli TV bersaiz besar untuk rumah saya, rumah emak saya dan untuk kegunaan pejabat. Tidak pernah ada isu dan penghantaran cepat dan selamat dengan harga yang berpatutan. Memang puas hati.
Tiba-tiba kali ini saya terima TV tersebut sudah pecah dibahagian kiri. Pecah, retak dibelakang TV dan skrinnya juga sudah retak. Jadi sebagai pengguna, saya akan mendapatkan hak saya semula. Saya kongsikan cara-caranya.
Langkah 1
Masuk aplikasi Lazada anda dan lihat dibahagian akaun anda. Pergi ke bahagian senarai pesanan barang ‘View all Orders’.
Langkah 2
Pergi ke barangan yang dipesan tetapi rosak dan tekan ‘return’. Nyatakan komen dan masukkan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari penjual atau pekedai yang menjualkan barangan dari Lazada.
Pada peringkat ini penjual yang akan memberi maklum balas. Penjual akan memutuskan sama ada akan pulangkan atau tidak atas alasan.
Memandangkan aduan dibuat hari Sabtu, jadi masa menunggu saya 5 hari. Sama ada akan dipulangkan atau tidak. Saya pun tunggu. Sehinggalah semalam, saya mendapat jawapan yang penjual ENGGAN untuk menerima semula barangan yang rosak ini atas alasan kesilapan dari syarikat penghantar dan bukan penjual.
Langkah 3
Selepas terima maklum balas teesebut. Lihat dibahagian yang ditulis ‘Request Rejected’. Tekan perkataan tersebut.
Langkah 4
Anda akan lihat ‘view decline reason’ dan ‘dispute’. Tekan dahulu view decline reason, lihat jawapan mereka. Sama ada munasabah atau tidak. Bagi kes saya, pihak penjual menyalahkan syarikat penghantar.
Langkah 5
Tekan perkataan dispute (pertikaian) dan pilih sebab-sebab pertikaian dalam senarai pilihan. Kemudian sekali lagi nyatakan komen dan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari Customer Service Lazada.
Dalam proses ini kita perlu tunggu. Sama ada mereka akan benarkan untuk kita memulangkan barangan dan mereka membayar semula wang kita.
Jadi sebagai langkah persediaan awal, andai kata mereka enggan menerima barang tersebut dan memulangkan barangan kita. Saya telah bersedia dengan langkah-langkah seperti berikut:
1. Mendapatkan nama penuh syarikat bagi Lazada, alamat dan nombor syarikat.
2. Mendapatkan nama penuh syarikat penjual, alamat dan syarikat.
Butiran 1 dan 2 ini perlu untuk saya teruskan kepada nombor 3.
3. Merangka saman bagi tuntutan kecil di mahkamah bagi menuntut semula nilai kerugian. Sebenarnya boleh juga adukan kepada tribubal pengguna tetapi memandangkan saya selalu ke mahkamah, saya akan memfailkan di mahkamah. Lebih mudah untuk saya.
4. Menuntut sehingga saya berjaya mendapat hak saya.
Kita ini pengguna. Jangan kita berdiam diri tidak kiralah sama barangan bernilai puluhan ringgit atau ribuan ringgit, sekurang-kurangnya kita lawan. Kuasa pengguna. Zaman ini, zaman pengguna, hak kita akan didengar. Tidak macam dulu, kalau mengadu pun tiada siapa ambil tahu.
Kalau saya mendapat maklum balas dari khidmat pelanggan Lazada saya akan maklumkan. Manalah tahu mereka hendak dengar aduan saya. Sebelum ini tidak pernah timbul isu.
Anak kepada penyanyi dan pelakon, Intan Najuwa iaitu si comel, Imane Lunara membuatkan wargamaya cair dengan wajahnya yang cukup comel.
Paling membuatkan wargamaya teruja pastinya wajah comel persis ibunya apabila semakin membesar.
Jika dahulu wajah Imane Lunara dikatakan seperti ayahnya, kini raut wajahnya dilihat seperti ibunya. Memang comel.
Beberapa perkongsian gambar oleh Intan menerusi media sosialnya terus membuatkan wargamaya melemparkan pujian buat si comel kesayangan ini.
Imane Lunara yang dilahirkan pada 15 Disember lalu kini sudah pun berusia hampir tiga bulan.
Intan Najuwa juga turut dipuji wargamaya kerana tidak lokek berkongsi perkembangan anaknya terutama ketika sesi siaran langsung diadakan.
“Berbaloi muka mommy dia. Sejuk luka czer mommy dia taw😂yang kita anak 1st normal kedua czer semua ikut bapak”
“Sebijik muka mommy dia”
“Baru lahir muka ayah, dah nak membesar muka emak comel”
Bahkan Intan juga turut berkongsi wajah buah hati kesayangannya bersama suami sebaik lepas berpantang iaitu kira-kira sebulan selepas Imane Lunara dilahirkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki ruang dapur yang selesa dan berhias indah tentu menjadi impian ramai antara kita. Maklumlah di ruangan dapur inilah banyak masa ibu-ibu habiskan untuk menyediakan makanan.
Pun begitu, kita juga sedar untuk merias ruang memerlukan bajet tertentu hingga boleh mencecah beribu-ribu ringgit. Hal ini kadang-kadang membantutkan keinginan untuk transform ruang dapur menjadi ruang yang lebih cantik.
Namun Mcyah Joanjett mengambil pendekatan lain, bermodalkan RM 200 sudah mampu untuk dirinya menjadikan ruang dapur kediamannya berubah wajah 360 darjah.
Jom lihat apa yang telah dilakukan.
Actually rumah aku ni takde dapur (biasalah rumah orang have-have mana masak?).
Jadi aku ubahsuai bilik kosong jadi dapur. Semua barangan yang digunakan adalah dari kedai eco RM2 dan Mr.Diy sahaja. Bajet keseluruhan lebih kurang RM200 termasuk wallpaper.
Takdelah wow sangat, janji nampak luas, bersih dan tak bersepah. Yang penting banyak benda suami DIY sendiri je hehe.
Setiap harga dan detail barangan ada pada setiap gambar. Wall paper beli kedai eco Rm2.
Sebelum
Selepas
Ternyata jika kita pandai merias ruangan, tentu hasilnya nampak wow walaupun hanya menggunakan barang-barang berharga ekonomi.
Kredit: Mcyah Joanjett via Ilham Dekorasi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...