“Terpegun Tengok!” Rumah Flat 750 Kaki Persegi Bagaikan Istana ‘Disney Fairytale’, Warganet Kagum Lihat Dekorasi Wanita Ini.

Share

Kagum melihat dekorasi kediaman ini dihias cantik dengan sempurna bagaikan sebuah kediaman berlatar kan sebuah cerita dongeng terkenal seperti beauty and the best dan snow white.

Setiap ruang bermula ruang tamu, kamar tidur, dapur dan bilik air dihias dengan tema disney fairytale.

Namun siapa sangka, keindahan kediaman ini sebenarnya sebuah rumah flat berkeluasan hanya 750 kaki persegi. Sungguh inspirasi!

Begitulah kediaman yang dimiliki oleh puan Aida Aries menerusi group KaMi SuKa DeKo DeKo yang telah berkongsi gambar-gambar menarik di kediamannya.

Biarpun berusia 51 tahun, kreativiti wanita ini sungguh menakjubkan warganet. Rata-rata menjadikan perkongsiannya sebagai rujukan untuk tatahiasa kediaman masing-masing.

Menerusi ruangan komen didapati, puan Aida merupakan peminat tegar Disney dari kecil lagi dan semua filem Disney telah ditonton berulang kali sehinggakan mengadaptasikan watak filem berkenaan untuk dekorasinya.

Jom kita jamu mata melihat kediaman yang indah ini, bagaikan berada di alam fantasi!

__________________________________________________

Rumah flat berkeluasan 750 sqf saye ni saye decor bertemakn Disney Fairytale…minat pade disney memang dah lame…dapur tu gambar lama skrg Dlm proses ubah jady tema snow white.

RUANG TAMU

Chest drawer lama,phone booth N jam antik semuanya pemberian dari anak-anak saya dan saya tampal dengan glitter wallpaper. Pasu bunga dari tin Saya balut dengan glitter. Dulang hiasan Saya diy guna photo frame dari ikea.

Baju cinderella n cushion kasut jahit sendiri..

Fireplace Saya buat sendiri guna papan terbuang…

Baju princess semue jahit sendiri.

KAMAR TIDUR

Bilik tido tema Rapunzel.

Rapunzel window saye diy sendiri guna cardboard. Rapunzel anchanted flower n braids diy sendiri… 

Play kitchen diy sendiri guna papan terbuang.

Mug semue sis beli Kat shanghai Disneyland…Kat shopee tk silap Ade jual. 

wallpaper beli di shopee 

Beli bed crown di shopee

Chest drawer Ikea pemberian besan saye 5 thn lps saye tampal wallpaper n tukar handle…lemari kecik madame de la grande bouch dari filem beauty and the beast saye diy sendiri guna cardboard.

GAUN ‘PRINCESS’ JAHIT SENDIRI 

Belle’s dress jahit sendiri.

Baju2 Disney princess semue jahit sendiri.

RUANG DAPUR

BILIK AIR

HALAMAN RUMAH

Wow sangat cantik! Dah dapat idea. Selamat deko rumah hujung minggu ni.

Belian menarik di sini

Sumber: Aida Aries

TOP ARTICLE

TrendingKanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA

Tanam kobis di rumahKobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA

Mesti bacaPatutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur.  – KELUARGA

Petua dapur:  Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN