Pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae menerima pujian ramai apabila berkongsi rakaman video cahaya mata mereka, Rina yang bersiap-siap untuk ke sekolah.
Pasangan yang lebih mesra dikenali sebagai “Duriankimchi” itu dipuji kerana berjaya mendidik anak sulung mereka dengan baik biarpun berkahwin campur dua negara.
Satu rakaman video “A Day in My Life X Rina” yang memperlihatkan kegiatan harian Rina sebelum pergi ke sekolah membuatkan ramai yang teruja malah kagum dengan didikan Ryzal dan Maryam.
Seawal pagi Rina dilihat bangun sendiri untuk ke sekolah dan kemudiannya bersolat subuh terlebih dahulu.
Ads
“Rina mula berdikari bangun pagi bersiap ke sekolah sendiri,” tulis kapsyen video yang dikongsikan menerusi laman Facebook, @duriankimchi.
Rina kelihatan comel sekali mengenakan telekung merah jambu sambil menadah tangan berdoa. Anak kecil itu kemudiannya bersiap-siap untuk ke sekolah dan bersarapan air tangan ibunya.
Rina juga tidak ketinggalan membantu menyimpan bekalan makanan dan air minuman yang disediakan ibunya ke dalam beg untuk dibawa ke sekolah.
Ads
Biarpun masih kecil, Rina kelihatan sangat pandai berdikari dan boleh berdikari sendiri tanpa bantuan ibu dah ayahnya.
Rata-rata wargamaya memuji sikap Rina dan kedua ibubapanya yang berjaya mendidik anak kecil itu berdikari. Paling dipuji pastinya Rina sempat bersolat subuh.
Ads
Terdahulu, Ryzal dan Maryam memilih untuk kembali ke tanah air pada PKP yang lalu. Rina anak sulung mereka turut dilahirkan di Malaysia.
Menjadi seorang isteri dan ibu adalah tanggungjawab yang begitu mencabar. Setiap saat menguruskan rumahtangga. Bagi yang bekerjaya, apabila balik ke rumah terus masuk ke dapur masak dan kemas apa yang patut. Memang penat, tetapi itulah rutin harian.
Namun, kebahagian berumahtangga akan lebih manis apabila sang suami turut membantu menguruskan bersama-sama. Jangalah ibu-ibu mahu lakukan semua tanpa bantuan suami. Minta suami membantu sama. Berhentilah menjadi isteri dan ibu yang sempurna demi kebahagiaan.
Begitulah perkongsian ikhlas seorang ibu dan isteri di laman facebooknya Najibah Mustaffa. Moga kita menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak.
BERHENTI JADI ISTERI DAN IBU SEMPURNA, JADILAH BAHAGIA
Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.
Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.
Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.
Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.
Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama lama di tikar sejadah, mahu tadabbur alquran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat yang menggembirakan.
Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu.
Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia. ???
Najibah Mustaffa Catatan sementara tidurkan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Sumayyah yang dikhabarkan dijangkiti virus Covid-19.
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat bersama menjaga Sumayyah akibat daripada kesibukan bekerja.
Namun begitu, Puteri Sarah bersyukur dengan kehadiran ibunya yang membantu dalam menjaga Sumayyah.
“Ni kali kedua Sumayyah kena. Harini dah hari ke-6 kuarantin.
“Sedih sangat kalini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab Sarah busy shooting. Alhamdulillah mama Sarah tolong jagakan.
“Tapi setiap kali video call mesti adik (Sumayyah) menangis nak mama. Allah je tahu luluh hati ini berjauhan dengan anak.” tulisnya di laman Instagram.
Dalam pada itu, aktres berusia 38 tahun itu memohon doa dari orang ramai agar diberikan kesembuhan segera buat anaknya, Sumayyah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan buat Sumayyah agar dapat segera bertemu dengan ibunya. Selain itu, kecantikan Sumayyah juga mencuri tumpuan yang saling tidak tumpah seperti ibu tercinta.
Pelakon Yana Samsudin selamat melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor pada minggu lalu. Bayi perempuan itu dilahirkan pada 7 November lepas.
“Dah bersalin beberapa hari lepas, cuma kongsikan hari ini. Yana akan berpantang di kampungnya di Johor,” katanya ringkas.
Terdahulu, Fadzil turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, suami Yana memuat naik gambar mereka sekeluarga. Yana dilihat mendukung bayi perempuannya yang masih belum dikongsikan wajahnya lagi.
Sementara itu, Yana dalam satu hantaran di Instagram miliknya juga turut memaklumkan dirinya akan berehat daripada dunia permainan video.
Assalam korang… alhamdulillah ABC dah selamat lahirkan baby gaming 🤣 & its a girl….👧🏻
Thanks semua yang sudi doakan yana & baby selamat dilahirkan…semuanya telah dipermudahkan..
Thanks juga buat Dr Norliza Pakar Gynae KPJ Batu Pahat & all the team.. servis yang baik dan selesa buat kami sekeluarga… bersalin di sini siap dapat hadiah carseat & gubahan bunga buah buahan 😀 utk Merdeka hingga Dec hujung tahun.
Alhamdulillah sekali lagi yana doakan buat ibu ibu yang masih menanti untuk pregnant baby pertama & seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT…
Yana akan bercuti lebih kurang 2bulan dari event, shooting & game streaming, #EnKetuaRumah @fadzilzahari & @aisymateen akan teruskan stream🎮, support la dia, dia pun kelakar jugak sebenarnya huhu.” Tulis Yana di kapsyennya
Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.