Wanita yang parah selepas dirempuh kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, Selasa lalu, sudah mula meminta makanan dan bertanyakan khabar adik-beradiknya sebaik sedarkan diri.
Kakak mangsa, Roslinda Jusoh, 40, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan perkembangan terkini adiknya, Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, selepas enam hari tidak sedarkan diri.
“Alhamdulillah sebaik sahaja sedar semalam, dia terus bertanyakan khabar kami adik-beradik dan meminta untuk makan nasi air.
“Siti Norelyana juga meminta kami supaya tidak meninggalkannya sendirian di hospital.
“Melihatkan keadaannya hari ini yang mampu bercakap, seolah-olah ia satu keajaiban buat kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut katanya, sehingga kini doktor yang merawat adiknya memaklumkan tiada sebarang pembedahan akan dilakukan dalam masa terdekat.
Ads
“Buat masa ini, perkembangan keadaan adik saya semakin baik dan doktor memaklumkan sebarang rawatan lanjut bergantung kepada keadaan. Untuk masa terdekat tiada sebarang pembedahan.
“Pihak hospital juga meminta kami sekeluarga supaya tidak bertanyakan kepada adik mengenai kejadian rempuhan balak itu, memandangkan dia baru sedar.
“Kami juga tidak memaklumkan keadaan kesihatannya yang patah tulang punggung dan tulang rusuk. Apa yang kami tekankan adalah supaya adik kuat dan tidak terlalu berfikir,” katanya yang adiknya kini menerima rawatan di Hospital Raya Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Ads
Dalam kejadian pada Selasa lalu, Siti Norelyana parah dirempuh kayu balak dari lori yang terbalik di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai.
Dalam kejadian pada 11.23 pagi itu, sebuah lori membawa muatan kayu balak dikatakan terbalik ketika melalui persimpangan lampu isyarat itu menyebabkan Siti Norelyana yang menunggang motosikal tercampak dirempuh kayu balak yang terjatuh.
Kisah geng pelajar ini pernah tular suatu ketika dulu yang pernah meraih jualan sebanyak RM19,000 dalam masa lima hari sahaja dengan bergantung pada pemasaran dari pintu ke pintu sekaligus menjadi inspirasi ramai.
Selepas 2 tahun, salah seorang dari geng pelajar ini telah berkongsi perkembangan perniagaan mereka. Ahmed Amzar Airil Ahmed Mazdan berkata, sambutan yang menggalakan ketika berniaga dari asrama di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas telah menaikkan semangatnya untuk terus menjana pendapatan sampingan.
Beliau yang kini menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sungai Petani di Kedah berkata,
“Kali kedua jual baju dengan lebih 900 tempahan, kami meraih jualan sebanyak RM25,000 dalam masa seminggu. Waktu itu kami tidak lagi guna kaedah dari pintu ke pintu.
“Sebaliknya, kami berkolaborasi dengan pelajar-pelajar yang nak cari duit poket lebih. Kita bantu mereka buat duit, setiap baju yang mereka dapat jual ada komisen. Kiranya mereka macam jadi ejen kami buka tempahan,”
Semasa semester pertama pengajian pada awal 2022, pemuda berusia 21 tahun yang lebih mesra disapa Amzar ini berkata, dia dan pelajar lain masih perlu mengikuti kelas secara dalam talian dari rumah.
“Apabila kembali ke universiti pada semester kedua, saya tengok dulu persekitaran kolej sebelum jual baju. Kaji pasaran macam mana dan cara serta gaya hidup para pelajar.
“Saya kemudian mengasaskan satu pasukan yang diberi nama Axisto, terdiri daripada tujuh ahli iaitu empat pelajar lelaki termasuk saya dan tiga pelajar perempuan yang terdiri daripada pelajar di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.”
Bercerita mengenai rakan sepasukannya yang sebelum ini turut mengusahakan bisnes baju bersamanya ketika belajar di matrikulasi iaitu Danish Aiman Ahmad Rizal, Amzar berkata dia menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah tetapi masih meneruskan jualan di sana.
Mengubah kaedah jualan, Amzar yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa itu berkata, pembelian kini boleh dibuat menerusi laman web rasmi mereka.
“Sekarang ni boleh pakai jersi tapi berkolar ke kelas, jadi kami memastikan design lebih cantik untuk menarik lebih ramai pelajar memakainya.”
“Jualan baju yang tertinggi adalah kira-kira RM130,000 melibatkan 1,500 tempahan, dalam tempoh kurang 24 jam,” kata anak kelahiran Bachok, Kelantan itu.
Tambahnya lagi, dengan tujuh rekaan baju setakat ini, perniagaan mereka telah mencatatkan jualan keseluruhan lebih RM250,000.
Menariknya, kata Amzar, pelanggannya bukan sekadar pelajar UiTM dari seluruh negara, tetapi juga alumni universiti itu dan mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) lain.
“Ada juga yang sudah bekerja membeli, katanya dia bukan pelajar tapi suka cara kami berniaga. Ada juga yang bukan pelajar UiTM seperti pelajar politeknik pun berminat.
“Selain menaikkan penjenamaan UiTM, kami juga bercadang untuk memperkenalkan Axisto sebagai satu jenama. Ia sempena setahun penubuhannya pada April depan,” katanya sambil menambah mereka juga mahu memperkenalkan jaket dan hoodie, selain jersi berkolar.
Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, mereka tidak lari daripada komen-komen negatif namun memilih untuk menumpukan aura positif dalam perniagaan.
“Cabarannya adalah mulut orang, mereka kata jual baju bolehlah ramai pelajar nak beli. Bagi saya ia bukan isu, yang penting kita kena bijak fikir dan rajin ambil peluang.
“Buktinya, ada bukan pelajar UiTM dan yang bergelar pekerja pun berminat untuk membeli baju-baju kami. Pesanan saya, fokus untuk lima tahun akan datang, insyaAllah kita akan usaha betul-betul untuk capai apa yang kita nak.
“Nanti apabila masing-masing dah tamat pengajian, kami tetapi satu pasukan untuk Axisto. Mungkin setiap UiTM nanti akan ada team Axisto.
Mengakhiri perbualan, Azmar berkata dia bercadang untuk mengusahakan bisnes baju Melayu pada masa akan datang.
“Bagi saya, apabila pakai baju Melayu, saya rasa sesuai dan nampak handsome, jadi kenapa tidak menjuanya sebagai satu jenama,” katanya.
Dalam persahabatan, yang paling sukar untuk ditemui adalah sahabat yang sanggup bersusah bersama dengan kita.
Ketika gembira, kita pasti akan dikelilingi dengan insan-insan yang turut sama bergelak tawa bersama tapi jika berduka, hanya yang benar-benar memahami sahaja akan setia di sisi.
Namun video yang viral baru-baru ini, seakan mengubah persepsi tersebut. Video yang menunjukkan seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) telah di suapkan makanan oleh rakannya.
Apa yang menyentuh hati adalah rakannya itu setia menguapkan ‘corndog’ sehingga kanak-kanak itu menghabiskan makanan tersebut.
Adegan ini telah berlaku ketika waktu rehat di sebuah sekolah rendah. Jelas terlihat kanak-kanak OKU tersebut tidak mampu untuk memegang makanan tersebut sendiri tanpa bantuan dari rakan.
Bagaimanapun, kekurangan fizikal pada dirinya itu dilengkapkan dengan seorang rakan yang berhati mulia, yang sabar menyuapkan makanan kepadanya.
Dari ruangan komen, ramai yang memuji tindakan rakannya itu memandangkan jika rakan lain seusia mereka ini pasti akan memilih untuk bersama rakan sebaya yang lain untuk menikmati waktu makan bersama.
“Mulianya hati awak dik. Terharu tengok awak bantu mudahkan kawan nak makan tu. Sangat istimewa.”
Dalam pada itu, ramai yang memuji didikan ibu bapa kepada pelajar tersebut sehingga membentuk peribadi yang baik dan mulia yang mungkin sukar untuk didapati oleh kanak-kanak sebaya dengannya.
Ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka agar berjaya dan mengharapkan persahabatan ini akan terus kekal.
Dalam bulan Ramadan ini, selain bersedekah, beramal ibadah, menggembirakan hati orang juga dapat meraih pahala berganda-ganda lebih-lebih lagi jika sewaktu itu ada yang sedang berduka.
Seperti yang dilakukan oleh seorang Tiktokers ini yang dikenali sebagai Abe Bakar wajar dipuji selepas tindakannya itu berjaya mengubat rindu dua orang pengawal keselamatan warga Nepal terhadap makanan tradisi di kampung halaman mereka.
Abe Bakar telah memuat naik satu hantaran video dirinya bertanyakan makanan yang paling dirindui dan diingini kepada dua orang pengawal keselamatan warganegara Nepal yang sedang bekerja.
“Ada tak satu makanan yang you nak sangat-sangat makan tapi tak makan lagi?”
Setelah mendengar jawapan yang diberikan pengawal keselamatan tersebut, Abe Bakar kemudiannya telah membeli bahan untuk membuat sejenis makanan tradisi Nepal yang bernama Nepali Momo.
Seterusnya beliau telah memberikan makanan tersebut kepada kedua-dua pengawal keselamatan tersebut untuk menjamu selera.
Dapat dilihat, reaksi yang daripada kedua-dua pengawal keselamatan itu sangat gembira selepas dapat menjamah makanan tradisi negara mereka setelah sekian lama tidak merasa.
Video tersebut mendapat banyak komen positif dari netizen yang memuji tindakan murni Ade Bakar dalam menggembirakan orang sekeliling tanpa memilih bangsa mahupun warganegara.
Semoga momen ini dapat meninggalkan seribu satu kenangan manis buat pegawal keselamatan tersebut untuk dibawa dan diceritakan kepada sanak saudara dan keluarga apabila pulang ke kampung halaman nanti.
Suka sangat content yang macamni. Dia tahu orang tu jauh & mesti rindu makanan tempatan dia 🥹 pic.twitter.com/N9hWBQmIVj
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.