Semua orang mempunyai kenangan yang indah dalam hidup mereka. Begitu dengan kehidupan kita pada masa lampau. Pastinya ia akan menjadi nostalgia manis.
Menariknya perkongsian di facebook rasmi, Universiti Sains Malaysia (USM) memaparkan sekeping foto lelaki yang merupakan pekerja asing yang cukup dikenali oleh warga universiti berkenaan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
Menerusi kapsyen di posting berkenaan, lelaki itu lama berkhidmat di sebuah kedai makan di sini.
Di fahamkan lelaki berkenaan telah lama berkhidmat di kedai makan, Subaidah USM selama 20 tahun. Merujuk kepada kapsyen, lelaki yang dikenali sebagai ‘Anne’ itu akan kembali ke tanah airnya di India.
Apa yang pasti, perkongsian ini telah mengundang nostalgia kepada bekas mahasiswa universiti berkenaan.
“Going back soon to his hometown India after almost 20 years at Subaidah USM main campus.”
“You should know him better, one of USM “legend”. He will still be here until the convocation ends before fly back to India.”
Ads
WARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA GAMIT NOSTALGIA
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya yang pernah menuntut di universiti berkenaan berkongsi kisah ‘Anne’ itu. Antaranya suka dengan perwatakannya yang suka tersenyum, makanan kegemaran dan sikap baiknya. Antara komen adalah seperti berikut adalah
Dianugerahkan anak perempuan memang menjadi idaman ramai ibu terutama yang suka bergaya. Waktu inilah pelbagai fesyen atau aksesori dibeli untul si kecil.
Termasuk juga dengan pemakaian barang kemas. Salah satunya subang. Namun siapa sangka, dari sekadar nak nampak cantik akhirnya mengundang bahaya.
Malang tak berbau, demikian yang menimpa anak kecil ini apabila subang yang dipakainya melekat pada kipas angin sehingga mencederakan telinga si anak.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Dewi Diana Samsudin atas apa yang menimpa anaknya pada 8 februari yang lalu.
Syukur alhamdulilah..terima kasih semua doakan kesihatan delisha diana wi😘😘
Maaf semua yg wssap wiwi,wi xdpt balas semua wssapnya..
Kenapa dipakaikan subang untuk anak..(ni atas ibubapa itu sendiri) Dari tindik dapat subang dekat klinik(xserasi),pakai kan emas(serasi,tp delisha suka cabut),pakaikan yg mcm lidi(dia ambil masuk mulut),pakaikan bentuk mata kail(tsangkut dkt kain)last pakaikan subang yg screw blakang(fikir xkena apa2,sbb dah berapa bulan pakai,elok je terletak(dekat gmbr bawah) # korg xkan terfikir bila benda ni akan terjadi,kalau wi th,wi xpakaikan..n wi xkn suka2 nak dera anak lah..sapa xsyg anak..
Pe yg berlaku,dia berdiri pegang kipas(kipas xhidup,kipas bwh),nak capai apa xth belakang kipas,dia tduduk n mngis(rupanya subang tu dh tersangkut pada jaring kipas..husbd xsempat nak pegang kepala dia..dia dah panik masa tu(terus dia rentap telinga dia dkt kipas tu),n mnangis.. Wi dekat dapur terus ambil dia..sbb dia dkt bilik dgn ayah dia(selalu xda pe berlaku,bila kata nak jadi,jadi lah kejadian itu)klau boleh putar masa,wi xda lah nak biarkan..wi ambil dia..sbb dia ngis xbhnti..tgok2 cuping telinga dia dah koyak besar..darah mengalir je..
Terus bawak pergi klinik(sampai klinik Dr xleh jahit sebab delisha bawah umur 2tahun)terus refer hospital..sampai hospital(kecemasan),terus masuk dalam,tunggu lagi(delisha dah xngis sbb luka tu dh kebas,dah xrasa apa),Husbnd xleh masuk sbb bwk rayyan..call angah suruh amik rayyan(mak aton xth pe2 lagi)xsempat nk bgth fmly pe yg blaku..Dr dah tengok lukanya(pihak kecemasan xleh buat sebab koyaknya besar kena refer pakar telinga..dapat appoiment dgn pakar kol 2ptg(kami tunggu dari 12 tghri sampai 2 ptg,kami xmakan pe..sbb risaukan delisha)..dia dah start ngamuk nk tidur..
Jam 2 ptg,wi masuk sorg sbb husbnd xleh masuk,dia ckp sorg je boleh masuk teman anak..ok xpe..kita tggu Dr pakar panggil..sbelum masuk,sempat susukan dia(xsmpai 5minit dia dh tido)n dorg panggil jumpa pakar telinga..masuk dorg tgok besar lukanya..n dorg cakap boleh buat(kita bg ubat tido)n dorg cakap nk gam je..wi cakap bagi jahit(sbb delisha skrg aktif,bila2 dia boleh tarik telinga dia tu..dorg bg wi ubat suruh delisha minum(ubat tido),delisha nya xnak tido dah..so dorg terpaksa amik keputusan kena operate dgn pakar bedah..n biuskan delisha(1badan bg xsedar,sbb dia aktif)..n ada lah pkara2(yg xdpt cerita didlm bilik pakar)..n delisha disuruh puasa sbb nak operate kejap lagi..
N delisha dimasukkn dlm wad,sementara tunggu bilik operate kosong.. Delisha budak yg kuat,dia xngis sbb sakit..tp dia haus..nurse bg baju nk masuk dewan bedah jam 5ptg..wi pun siap2kan delisha(masa ni delisha rela je)ditolak delisha nak katil sampai dewan bedah..dorg tanya last minum n makan jam berapa..wi cakap makan kol 9 pagi,susu bdn kol 2.30,pakar bedah cakap xleh buat sbb belum cukup syarat nak buat operate..dah tu tolak lah balik delisha ke wad semula..sampai wad,pakar kanak2 tanya kenapa tolak balik delisha(nurse cakap belum cukup syarat n masa utk operate sptotnya 4jam keatas waktu bpuasa)n dr pakar kanak2 ckp sy dah cakap td.
Belum masa tp dh tolak..risiko klau budak ni xda(meninggal),kita semua kena saman..(masa tu dengar,berderau jantung ni dgr,kesilapan sikit bila kita xckp betul2 waktu makan n minum anak boleh myebabkan anak kita xda sampai bila2)..husbnd balik mndi,sbb baju pe semua xbwk..husbnd dtg kol 6 lebih jaga delisha kejap,wi pon balik amik pe yg tinggal..kelam kabut jgk lah(dh mcm pe bwk kete,sbb delisha xleh semua yg btudung dia ingat wi..dh ngis je)..
Sampai hspital kol 7 lebih..sampai je,wi tukar jaga dgn hsband(ckap xyah balik lg sbb tkt kejap lg kena panggil operate dh)..wi pon mandikn delisha,siap je mandi nurse ckp dh boleh siap2 nk tolak g bilik operate(masa ni delisha xbg kerjasama,ngis sepanjang kena tolak g bilik operate)..sampai je sana(wi kena tukar baju,pakai baju khas yg dorg sediakan..xleh suka2 pakai baju n tudung kita..dah siap wi dah dekat dalam ambil delisha..xpgang fone masa tu..semua hsbd pgang..wi peluk delisha(masa ni Allah je tahu,sebab risiko tinggi bila anak dibius 1bdn).
Dr cina tu terangakn pe wi kena buat..Wi bawa dia masuk tmpt operate tu,dorg cek tekanan jantung ok(bos dorg masuk suruh ltk anak ats katil n dorg bg mcm oksigen(delisha sedut tu terus terlelap,bosnya cakap ibu cium anak n ckp pe nk bgth anak)masa ni Allah sedihnya lah..berlenang mata delisha sbb ngis td..wi kena keluar xleh tgok pe yg dorg buat..dorg cakap nnti dh siap dorg bg anak pada ibu ya..
Wi keluar dari bilik tu kol 8.20malam..hati xtenang tunggu(masih dlm bilik operate,tmpt dorg sediakan untuk ibu menungu)kol 9.10 mlm delisha keluar,tapi delisha xsedar lagi..dorg panggil tengok anak..dr cakap anak akan sedar nnti(mulut dimasukkn tiub untuk oksigen),dah sedar baru dorg keluarkan..wi tunggu nak dekat kol 10,delisha baru ada respond..Lega nya masa tu..Alhamdulilah semua bjln dgn lancar..kol 10.30 malam ditolak ke wad semula..delisha kena puasa sampai kol 1 pagi baru dibenarkan minum..alhamdulilah lepas habis bius dia xngis sakit tp haus je..
1.kes delisha ni sampai dr pakar nk call Jkm n bahagian kanak2 malaysia,(sebab kecuaian ibubapa n mungkin ada unsur penderaan) – masa ni pakar telinga dah lepaskan delisha balik..sampai je pakar kanak2 cek dekat wad dorg pertikaikan kenapa subang tu boleh masuk dkt jaring kipas(xlogik),sampai wi tunjuk cara n bentuk subang yg delisha pakai..last skali semua baru kami dibenarkan balik.. 2.pe yg berlaku pada anak2 sila ambil gambar untuk kita buat penerangan nnti..xkira lah kes pe pon..senang untuk kita kemudian hari..
Ni lah cerita pe yg berlaku pada delisha pada 8 aribln aritu..haa pjg penerangannya..biar jelas..
Kasih ibu sehingga ke syurga. Ibu mana yang tidak gembira apabila anak-anak semakin membesar punya tingkah laku yang baik. Menerusi perkongsian pelakon Rita Rudaini terkini menerusi instagram miliknya, memaparkan momen anaknya membantu menyediakan juadah berbuka puasa.
Pandai Rita didik anak-anak lelaki turun ke dapur membantunya memasak.
Manakala, perkongsian ini telah melahirkan rasa kagum di kalangan peminatnya. Sikap anak-anak Rita yang membantunya di dapur.
Rajinnya tolong mummy
Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun bercerai pada September 2013. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, yang dilaporkan hilang selepas solat Jumaat pada 13 Januari lalu telah dijumpai selamat di stesen bas Larkin, Johor Bahru pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata ayah kepada Mohd Irfan Hakimi telah menjumpai anaknya itu pada jam 5 petang dan dibawa pulang oleh ahli keluarganya ke Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
“Dipercayai alasan Mohd Irfan Hakimi adalah untuk menenangkan fikiran kerana dia menghadapi peperiksaan, difahamkan pelajar itu ingin pulang semula ke Kuala Lumpur untuk menaiki bas dari stesen bas berkenaan.
“Laporan polis juga telah dibuat oleh ayahnya di Balai Polis Pelabuhan Klang,” ujarnya.
Pada Khamis, media melaporkan pelajar berkenaan dikesan berada di sekitar Tampoi, Johor.
Anbalagan dilaporkan berkata, orang hilang berkenaan dikesan berada di negeri itu berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya.
Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran, pelajar berkenaan dilihat ada bersama seorang individu lain dipercayai rakannya.
Polis juga berjaya menemui motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaikinya yang ditinggalkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan pada Khamis.
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.