Sebut je nama The Rock, rasanya semua orang mengenali figura dari luar negara ini yang merupakan bekas penggusti dan juga pelakon di mana filem-filem yang dilakonkannya itu sering mendapat sambutan ramai di pelusuk dunia.
The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson sering berkongsi momen bersama keluarga di media sosial dan baru-baru ini, dia telah berkongsi wajahnya yang berwarna merah jambu selepas anak perempuannya cuba ‘mendandan’ pelakon tersebut ketika bermain.
Pada awalnya, The Rock menyatakan di ruangan kapsyen bahawa anak perempuannya cuma hanya sekadar mahu mewarnakan kukunya sahaja, namun ternyata, warna merah jambu itu bukan hanya diwarnakan di kuku, tetapi turut di bahagian muka!
Ujarnya, dia terpaksa membatal mesyuarat atas talian termasuklah menghabiskan beberapa jam untuk membersihkan kesan gincu di bahagian kepalanya.
Meninjau di ruangan komen, masing-masing terhibur dengan muat naik aktor bertubuh sasa berkenaan. Mana tidaknya, The Rock yang biasa ditonton dalam filem fighting dan hebat sewaktu bergelar penggusti ‘kalah’ dengan anak-anak perempuannya.
Walau bagaimanapun, perkara sebegini bukanlah kali pertama dilalui oleh The Rock memandangkan sebelum ini dia pernah berkongsi foto sewaktu bermain anak patung bersama anak perempuannya ketika berada di rumah.
Ads
Sumber: Instagram Dwayne Johnson
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menguruskan kewangan keluarga kena perancangan teliti agar perbelanjaan mengikut kemampuan. Jika salah perancangan boleh menyebabkan kita hidup berhutang hingga ke usia tua. Perkongsian Hafizul Hakimi ini amat bermanfaat untuk perancangan kewangan bagi masa depan.
Tanda Alami Masalah Kewangan
Kad Kredit
– Korang jenis bayar baki minimum sahaja setiap bulan.
– Baki tertunggak meningkat setiap bulan.
– Dah guna kad sampai had maksimum.
– Kerap ‘withdraw’ wang tunai guna kad kredit.
– Selalu lewat membuat bayaran bulanan.
– Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank. Haa jaga surat dari pihak guaman datang.
Pinjaman
– Kerap guna overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa.
– Terima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak membayar hutang.
– Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit CTOS/CCRIS tidak cantik. Kerap sangat bayar lebih dari tempoh sepatutnya.
– Sering pinjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang. Gali lubang, tutup lubang.
– Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang.
Perbelanjaan
– Hidup bergantung semata-mata pada pendapatan bulanan.
– Tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata diterima.
– Kerap kali bertengkar dengan suami atau isteri mengenai wang.
– Selalu beli benda yang tak diperlukan.
Simpanan
– Sering ‘terguna’ wang simpanan pada kadar yang membimbangkan.
– Tidak punya langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan.
– Kerap bocor sehingga sendiri tak tahu mana perginya wang simpanan. Hilang tanpa jejak.
Kawan-kawan,
Ekonomi sekarang dalam tahap membimbangkan. Sekarang kalau tak dipulihkan segera, takut-takut kita di dalam masalah yang besar.
Cara untuk keluarkan diri dari masalah di atas:
1. Tulis jadual perbelanjaan. DI sebelah kiri pendapatan dan kanan perbelanjaan.
2. Di sebelah kanan, cuma contoh sahaja. Disitu dapat ‘trim’ mana perbelanjaan sepatutnya dapat dihentikan.
3. Belajar teknik snowball untuk bayar hutang dari terkecil hingga terbesar.
4. Cari pendapatan kedua untuk pulihkan segera keadaan kewangan semasa.
5. Rendahkan gaya hidup dari luar kemampuan kepada biasa-biasa.
Semoga berjaya!
Hafizul Hakim
Silakan share tanpa perlu minta izin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian yang cukup bermanfaat daripada Ustazah Asma Harun wajar diambil perhatian.
Beliau ada berkongsi berkaitan tingkah laku kita sebagai ibu bapa yang tanpa sedar rupanya boleh menjadi pembuli kepada anak sendiri.
Jom renung-renungkan agar perbuatan tersebut kita tidak ulangi lagi.
Renungan sebelum tidur malam ini, tanpa sedar, antara pembulian Ibu Ayah terhadap anak-anak adalah ;
a) Membezakan kasih sayang, perhatian dan penghargaan. Lalu mereka rasa diri tidak disayangi atau dibenci.
b) Pembahagian kerja rumah yang tidak seimbang. Akan lahir ketidakpuasan hati yang terpendam, kerja dilakukan dengan terpaksa.
c) Membanding-bandingkankan antara anak-anak, akan membuatkan diri rasa serba kurang atau akhirnya akan hilang keyakinan terhadap potensi diri.
d) Membuka aib atau menyebut kesilapan dan kekurangannya depan adik beradik atau orang luar. Mereka akan hilang percaya dan hormat pada diri kita.
e) Mengungkit-ungkit kebaikan dan pengorbanan yang kita lakukan, seolahnya mereka itu beban.
Hati-hati ibu ayah, bimbang ada dendam yang sangat panjang mengeruh dan meretakkan hubungan adik beradik, walau setelah kita mati ia tetap berterusan. Kisah lama terus diungkit bila ada sesuatu yang berlaku.
Terimalah hakikat bahwa Allah ciptakan anak-anak sangat berbeza, mereka adalah anugerah yang terindah bila dididik dengan fitrah, jika tidak ia menjadi musibah yang membawa fitnah.
Sebagai muhasabah, banyaknya salah silap kita sebagai ibu ayah berbanding salah anak, perangai yang kita tidak suka pada mereka mungkin datang daripada kita juga.
Kita memang tak mampu jadi ibu ayah yang sempurna, sekurang²nya jadilah ibu ayah yang baik. Akui kesilapan dan kelalaian, jika mampu minta maaf, dan mulalah dengan perubahan diri, insyaAllah anak turut berubah.
Esok pagi, niat dan doa untuk jadi ibu ayah yang baik, ketiaadannya dicari, kepulangannya dinanti-nanti, pemergiannya dirindui. Kita jadi mulia atas pangkat sebagai Ibu Ayah kerana adanya mereka, sebab itu anak-anak itu pelengkap hidup kita Dunia dan Akhirat.
Ibu kepada Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman pagi ini memaklumkan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, Datuk ND Lala yang merupakan pelakon dan penyanyi era 1980-an.
Perkara ini dikongsikan sendiri menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya yang memaparkan sebuah gambar tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp yang berbentuk mesej suara.
Di ruangan kapsyen, Fauziah meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangga mereka akhirnya berakhir. Dedah Fauziah, ND Lala telah melafazkan cerai pada 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan memaklumkan kepada dirinya pada Selasa.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.
“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.
“Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-Allah,” tulisnya.
Tambah Fauziah, dia menjelaskan status mereka agar tidak timbul sebarang fitnah di kemudian hari.
“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini,” tambahnya.
Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata ini memohon orang ramai mendoakan agar dirinya kuat untuk meneruskan kehidupan sepertimana ketika dirinya ditipu.
“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.
“Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.
“Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua,” jelasnya.
Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
Sebelum ini, mahligai cinta pasangan sejoli ini dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.