Sesungguhnya doa ibu ayah itu tiada hijab. Anak yang sentiasa mendapat doa ibu ayah akan mendapat berkay dalam hidupnya.
Begitu juga berbuat baik dengan ibu ayah pastinya hidup lebih bahagia dan dilimpahi rezeki.
Ini diakui sendiri oleh pelakon, Hairul Azreen Idris yang menjawab pertanyaan perminatnya yang kagum melihat kejayaan dan kebahagiaan aktor ini bersama keluarga.
Hairul mendedahkan perkara itu setelah muatnaik video di instagramnya throwback kejayaan memenangi Fear Factor sebuah rancangan aktiviti lasak.
Malah hadiah kemenangan itu, dia telah membawa ibu bapanya menunaikan umrah.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jangan buat main takutkan anak-anak. Ada kesannya kepada anak bila besar nanti. Perkongsian oleh kaunselor sekolah ini,Puan Farhana boleh jadi panduan bersama.
Padah menakutkan anak
Sebelum ni, saya ada satu habit suka bergurau dengan anak. Tapi bergurau tu sebenarnya menjadikan anak anak takut.
Tahu tak saya suka buat apa?
Kalau anak buat perangai je, saya suka lari menyorok, sampai mereka tercari cari saya.
Mula mula seronok tau tengok mereka tercari cari, menangis panggil ibu.
Haa, masa tu saya fikir ” baru tahu nak cari ibu”.
Buat lagi benda ibu tak suka.
Tapi kan, lama kelamaan. Saya baru nampak kesan perbuatan saya tu.
Sekarang dua dua anak, Aufa dan Ulwan ni macam trauma tau.
Tak nampak ibu depan mata mulalah mereka tercari cari.
Kalau saya nak pergi mana mana, walaupun dalam rumah mereka akan pegang baju belakang. Ikut je ke mana saya pergi.
Saya jadi rimas tau.
Saya pun tanya Aufa
“Kenapa suka sangat ikut ibu ni”
Kemudian, jawapan yang dia berikan buat saya tersentap.
“Yela ibu, kakak takut sangat ibu hilang lagi. Kakak takut duduk sorang…”?
Ya Allah baru saya teringat saya suka bergurau menghilangkan diri.
Kesan dia jelas nampak di depan.
Saya dah bina ketakutan dalam diri anak anak.
Memang mereka behave elok je sekarang. Tapi apa yang berlaku, mereka sudah ada 1 ketakutan yang mereka bina dalam diri.
Bila saya lihat benda ni berlaku, saya cuba baiki balik pemikiran mereka.
Saya selalu kat
“Ibu ada ni kakak, tak payah lah asyik ikut”
Tapi, dia masih tidak percaya. Dia masih percaya bahawa saya akan hilang. Ketakutan itu masih kukuh ada di dalam fikirannya.
Puas saya kata bahawa saya tidak akan ‘hilang’ lagi tetapi dia tak percaya dah?
Jadi, saya rasa serik sangat sekarang. Dah tak berani nak bergurau atau suka suka menakutkan anak.
Nampak macam benda kecil je, tapi anak anak pegang sampai besar
Sama juga kalau kita biasa takutkan anak ‘ada hantu dalam gelap’, sampai besar dia pegang perkara itu. Sampai nak tutup lampu pun takut.
Walaupun anda kata mana ada hantu, tapi kepercayaan itu sudah tertanam dalam diri mereka. Nak ubah macam mana?
Sekarang ni, trend orang takutkan anak dengan sapu dakwat hitam, merah pada mata anak. Konon nak takutkan anak sebab banyak main phone.
Anak tu meraung raung takut. Tapi, mak ayah tergelak gelak sahaja. Misi dah berjaya.
Mungkin anda berjaya selesaikan 1 masalah. Mereka dah tak nak main handphone.
Tapi..
Anda selesaikan satu masalah, tetapi anda tambahkan lagi satu masalah.
Nak ubat ketakutan yang tertanam dalam jiwa anak anak bukan mudah.
Bukan semudah kikis karat pada besi, lepas tu gosok dengan kertas pasir.
Not easy as that.
Jadi, terpulang lah pada anda. Jika anda masih seronok menakutkan anak, anda boleh buat lagi dan lagi.
Tetapi, kesannya anda boleh lihat nanti.
Anak anak jadi penakut.
Jiwanya jadi lemah
Sampaikan kita jadi rimas
Sedangkan hakikatnya kita yang memulakan ‘permainan’ ini.
#notaparentingpuanfarhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sempena bulan Ramadan yang hampir tiba, sebagai ibu ayah yang masih mempunyai anak yang belum baligh, kita juga mahu mendidik anak-anak ini untuk meraikan bulan Ramadan dengan sama-sama melakukan ibadah puasa.
Pun begitu, bagaimana cara yang sewajarnya untuk kita biasakan anak-anak berpuasa mengikut keupayaannya?
Ini memandangkan bagi kanak-kanak menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari itu belum diwajibkan ke atas mereka.
Tidak pasti caranya, jom kita baca perkongsian cara mendidik anak berpuasa bersama ustazah Asma’ Harun.
UMI & ABI, BOLEH AJARKAN SAYA PUASA?
Assalamualaikum ustazah. Saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai puasa bagi anak kecil. Pada umur berapakah sepatutnya anak-anak mula berpuasa? Dan bagaimana cara terbaik untuk mendidik mereka berpuasa?
JAWAPAN
Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, terima kasih atas soalan yang baik ini. Ibu ayah yang sentiasa mementingkan didikan agama kepada anak-anak pastinya tertanya-tanya jawapan bagi persoalan ini.
Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(HR Bukhari, No. Hadis 1385)
Perkataan fitrah di dalam hadis ini bermaksud anak-anak dilahirkan dalam keadaan Muslim. Berdasarkan pada hadis ini jelaslah bahawa secara fitrahnya anak-anak dilahirkan Muslim, tetapi yang mencorakkan mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani ialah ibu bapa.
Dalam perkara berkaitan puasa, para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh adalah tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Hal ini adalah berdasarkan kepada hadis yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif (kewajipan) dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh.
Saidina Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras.”
(HR Abu Daud, No. Hadis 4402, taraf hadis: Sahih)
Namun, bilakah waktu yang sesuai seorang kanak-kanak itu perlu dididik untuk berpuasa?
Menurut Imam al-Nawawi di dalam Kitab Majmu’ yang bermaksud:
“Al-Shirazi dan ulama mazhab al-Syafie menyatakan apabila seorang anak itu mampu berpuasa, maka wali wajib menyuruhnya berpuasa ketika berusia tujuh tahun, dengan syarat dia sudah mumayyiz. Dan memukulnya sekiranya dia tidak berpuasa ketika usia 10 tahun. Anak perempuan sama seperti anak lelaki tanpa khilaf.”
Maksud tujuh tahun ialah setelah sempurna usia tujuh dan memasuki usia lapan. Juga setelah sempurna usia sepuluh tahun dan memasuki usia sebelas tahun.
Hal ini diqiyaskan dengan hadis suruhan mendidik anak-anak untuk solat:
Maksudnya: “Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik).”
[HR Abu Daud, No. Hadis 494]
Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga hendaklah menilai sejauh mana kemampuan kanak-kanak tersebut untuk berpuasa serta memastikan ia tidak menyebabkan kemudaratan kepada mereka.
BAGAIMANA MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA?
Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga untuk mendidik anak-anak berpuasa ialah:
1. Menjadi role model bagi anak-anak.
• Ibu bapa adalah watak utama dalam menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Jadi, pamerkanlah akhlak yang baik dengan mempraktikkan ibadah-ibadah semasa Ramadan seperti tadarus Al-Quran, berterawih dan amalan bersedekah.
• Sekiranya ibu itu tidak berpuasa (uzur syarie) elakkan makan di hadapan anak-anak.
2. Berbicara mengenai puasa.
• Menjelaskan kepada anak-anak mengenai puasa secara santai seperti berkongsi kisah nabi-nabi, cara puasa Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan kisah-kisah teladan.
• Mengajar anak-anak cara membaca niat puasa, memberitahu syarat wajib dan syarat sah puasa, rukun puasa, ganjaran bagi orang yang berpuasa dan keistimewaan berpuasa Ramadan.
• Mengucapkan kata-kata semangat kepada anak-anak supaya timbulnya perasaan teruja menunggu kehadiran Ramadan.
3. Mengajar anak-anak berpuasa secara berperingkat mengikut waktu solat.
• Fasa pertama : Puasa hingga waktu Dhuha
• Fasa kedua : Puasa hingga waktu Zohor
• Fasa ketiga : Puasa hingga waktu Asar
• Fasa terakhir : Puasa hingga waktu Maghrib
Fasa begini dilakukan supaya tubuh serta minda anak-anak bersedia dan mereka tidak rasa terbeban jika terpaksa untuk terus berpuasa sepenuh hari.
4. Memberi ganjaran kepada anak.
• Berilah dakapan dan pujian atas kejayaan usaha mereka melaksanakan puasa tanpa mengambil kira mereka berjaya berpuasa penuh atau tidak.
• Menyediakan makanan kegemaran anak-anak untuk berbuka.
• Jika perlu, berikan hadiah supaya mereka lebih bersemangat untuk meneruskan puasa sehingga ke akhir Ramadan.
Maksudnya: “Ya Allah, berikan kefahaman agama kepadanya dan ajarkannya takwil (tafsir al-Quran).
[HR Ahmad]
RUMUSAN:
• Kanak-kanak merupakan golongan yang tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, digalakkan untuk melatih mereka berpuasa sedari umur sempurna 7 tahun mengikut pendekatan-pendekatan yang dikongsikan di atas.
• Ibu bapa atau penjaga perlu mengetahui tahap kemampuan anak-anak supaya sebarang kemudaratan tidak berlaku.
Oleh itu, pentingnya bagi kita untuk menyediakan diri dengan ilmu yang mantap mengenai puasa Ramadan supaya ia dapat diwariskan pada anak-anak seterusnya generasi yang akan datang.
‘Orang Tengok Kejam, Hanya Ada Aje Faham.’ Momen ‘Mak-Mak’ Emma Maembong Raih Perhatian
Bila ada anak tentu pelbagai ragam yang bakal ibu ayah akan hadapi. Boleh pening kepala dibuatnya. Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa pastiknya terkejut dan teruja dengan peel anak.
Begitulah yang dilalui oleh pelakon cantik, Emma Maembong yang berkongsi momen ‘mak-mak’ yang dilalui setelah bergelar ibu.
Menerusi video terbaharu yang dimuat naik di Instagram miliknya, telah meraih perhatian ramai apabila anaknya tidak mahu berjalan di pasaraya.
Ekoran tidak mahu berjalan, emma dan suami dengan bersahaja mengheret anaknya Shariq Gabriel.
Begitulah anak-anak ketika sedanga membesar. Pelbagai peel yang harus ibu bapa hadapi dalam tempoh pertumbesaran mereka.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Mengakui caranya boleh mengundang kecederaan kepada anaknya, lantaran itu tidak mengambil masa yang lama, dia dan suaminya akhirnya mengalah dengan mendukung anak kesayangannya. Memberi respon kepada persoalan daripada netizen mengenai tindakan kepada cahayamatanya itu.
HANYA MAK-MAK FAHAM
Sementelaah itu, netizen juga mengakui momen itu turut melalui situasi yang sama. Kata mereka walaupun ia kelihatan kejam, namun hanya mak-mak sahaja yang memahami situasi yang dialami oleh emma dan suami.