Berkorban apa saja, demi orang tersayang. Tatkala orang lain berlumba-lumba mengejar impian dan ingin mencapai cita-cita, pemuda ini mengambil pendekatan berbeza. Dia sanggup melupakan hasrat bergelar doktor demi kasih kepada bapanya yang menghidap angin ahmar sejak lima tahun lalu.
Itu pengorbanan Faiq Syukri Saparudin, 28, yang nekad tidak berkhidmat dalam bidang perubatan walaupun memiliki Ijazah Perubatan dari Royal College of Surgeons, di Dublin, Ireland selepas berhempas pulas enam tahun melengkapkan pengajian.
Menceritakan kisah hidupnya yang kini memilih kerjaya perunding kewangan berkata, dia menjaga bapanya Saparudin Arifin, 61, selepas tidak sanggup melihat kesusahan ditanggung ibu, Suraya Adam, 53, dan adik beradik ketika dia menyambung pengajian.
“Sebaik tamat pengajian pada November 2017, saya menerima tawaran berkhidmat di Hospital Batu Pahat Ogos tahun lalu, namun meminta penangguhan enam bulan kerana mahu menjaga ayah sebelum ditawarkan semula berkhidmat di hospital sama Februari ini.
Ads
“Saya akhirnya membuat keputusan tidak berkhidmat sebagai doktor dan ini lah masa saya membalas jasa mereka,” katanya.
Menurutnya, walaupun keputusan itu dipandang sinis oleh orang sekeliling, dia bersyukur kerana keluarga menerima dan sentiasa memberi sokongan.
Beliau yang menetap di Johor Bahru berkata, dia terkesan apabila ibu yang tidak bekerja perlu mencari wang bagi menampung rawatan bapa.
Ads
“Ibu buat pelbagai kerja seperti menjadi ejen produk kesihatan demi menampung perbelanjaan,” kata anak kedua daripada enam beradik itu.
Beliau berkata, bapanya yang juga bekas pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pencen lebih awal kerana kesihatan tidak mengizinkan.
Katanya, kerjaya sebagai perunding kewangan kini membolehkan dia membahagikan masa bekerja sambil menjaga bapanya, selain menanggung persekolahan adiknya.
Ads
“Tiada istilah kesal dalam hidup saya kerana keluarga tiada galang gantinya. Pekerjaan boleh dicari asalkan kita rajin berusaha.
“Pada masa akan datang mungkin saya membuka klinik sendiri walaupun tidak dapat menjadi doktor, tapi berharap dapat terus menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasuki usia 40-an pada tahun ini, pelakon cantik manis yang juga ibu kepada 4 cahaya mata ini masih tetap anggun dan awet muda. Bibirnya tidak lekang dek senyuman.
Menurut Lisdawati lagi, sungguhpun dirinya bergelar isteri dan juga ibu, bahkan penampilan juga sudah agak berubah, itu semua sedikit pun tidak memudarkan minatnya dalam bidang lakonan.
Dia yang baru melahirkan anak keempat mengakui pengalaman hamil di usia yang agak lewat, jelas ada perbezaan ketara daripada kehamilannya yang terdahulu.
“Kali ini saya hamil pada usia 40 tahun, memang berbeza dengan yang terdahulu. Dari segi tenaga terutamanya dan juga nak dapat balik bentuk badan yang asal seperti dahulu. hamil pada usia dah menjangkau 40-an ini banyak yang perlu dijaga.
“Jadi, saya banyak jaga pemakanan dan melakukan senaman untuk kembalikan bentuk badan yang asal. Bagi saya mudah sahaja, apa yang kita lakukan sekarang adalah bekalan untuk hari tua, jadi penting untuk saya menjaga pemakanan saya dan yang sentiasa menjadi amalan adalah minum air kosong yang banyak.
“Saya memang tak boleh kalau tak minum air manis tapi apa yang saya lakukan adalah pastikan diri sentiasa berdisiplin untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari,” ujarnya lagi.
Muda dan jelita di usia 40-an
Walaupun sudah memasuki usia 40-an dan mempunyai empat orang anak, ibu kepada Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh ini tetap kelihatan muda dan jelita. Turut berkongsi rutin pemakanan yang diamalkan menurut Lisdawati, dia jarang makan ayam dan daging.
“Saya memang seorang yang jaga pemakanan. Saya memang jarang makan ayam dan daging. Dalam hidangan untuk saya sendiri atau keluarga, memang saya banyakkan sayuran terutamanya lobak merah. Anak-anak dan suami memang dah sedia maklum, kalau saya yang masak, lobak merah pasti ada dalam menu kami.
“Untuk makan malam pula, saya lebihkan sayuran dalam hidangan. Kalau ambil nasi dan lauk, separuh pinggan saya adalah sayuran. Saya pernah buat eksperimen dengan badan saya. Dua minggu saya tak jaga makan dan makan ayam setiap hari, hasilnya badan saya naik 4kg. Nak turunkan balik punyalah lama ambil masa. Sejak itu saya kurang makan ayam dan daging. Kalau nak makan protein, saya lebih memilih ikan dan juga makanan laut yang lain sebagai ganti.
“Bagi saya, paling penting adalah jaga pemakanan dan lakukan senaman. Kita sendiri tahu apa yang badan kita perlukan. Kalau nak diet pun boleh tapi jangan sampai paksa diri tidak makan dan sebagainya. amalkan pemakanan yang sihat dan jangan lupa bersenam itu yang paling penting,” ulasnya lagi.
Sikap panas baran berkurangan
Jelas Lisdawati lagi, dalam meniti usia bersama suami, pelbagai ujian dalam kehidupan yang melanda membuatkan mereka lebih muhasabah diri. Usai 8 tahun berkahwin, Fauzi mula menunjukkan perubahan positif dan sikap panas baran juga sudah berkurangan.
Malah hubungan mereka berdua juga bertambah baik ditambah dengan kehadiran empat orang cahaya mata yang melengkapkan kehidupan mereka di samping empat orang anak Fauzi yang lain menerusi perkahwinan terdahulu.
Tambah Lisdawati, dia sebenarnya kagum dengan anak-anak tirinya. Walaupun bersekolah di sekolah yang terletak di luar bandar, mereka dapat membuktikan bahawa mereka boleh berjaya walaupun tidak bersekolah di sekolah elit atau sekolah swasta seperti di bandar.
Kini anak sulung Fauzi sedang belajar di Universiti Malaya, manakala anak ketiganya baru sahaja menamatkan pengajian di INTEC sebelum menyambung lagi pengajian dalam bidang yang lebih tinggi.
Pendekatan untuk anak-anak
Turut berkongsi cara dalam mendidik anak-anak, jelas Lisdawati, dia dan suami sering beriadah dan menghabiskan masa bersama dengan anak-anak.
“Kami kalau berkumpul biasanya suka menonton filem-filem di televisyen bersama-sama. Dari situ saya dan suami akan kupas semula pengajaran yang boleh diperoleh daripada filem yang ditonton. Orang kata sambil berhibur secara tak langsung kami mengajar.
“Selain itu kami juga menjadi tempat mereka untuk bercerita apa sahaja tentang kehidupan dan juga masalah yang dihadapi. Jadi kawan dan pendengar setia untuk mereka adalah cara kami dekatkan diri dengan anak-anak.
“Saya dan Fauzi tak ada bantahan jika anak-anak nak ceburkan diri dalam bidang seni seperti kami. Tapi mereka kena lepas syarat dan cukup kuat untuk tempuhi ujian-ujian yang tak disangka-sangka.
“Kami akan ceritakan pahit manis sepanjang bergelar anak seni supaya mereka dapat gambaran sedikit sebanyak tentang itu. Kalau mereka rasa betul-betul kuat dan tegar untuk harungi semua itu, Insya-Allah kami tak ada halangan, semuanya terserah kepada anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebiasaannya bila kali pertama menghantar anak ke sekolah tadika pastinya ada drama air mata dikalangan anak-anak kecil ini.
Namun berbeza dengan apa yang terjadi kepada seorang ayah ini, video yang dikongsikan tular di aplikasi TikTok baru-baru ini di mana apabila pertama kali menghantar anak lelakinya ke tadika.
Air mata jantan berjujuran mengalir dan rupa-rupanya bukan kerana sebak semata-mata malah ada kisah di sebalik tangisannya itu.
First day of sch 10th Jan 2022. Anak mummy and daddy dh besar. Im so proud of you. Tk nangis pun, sejak covid everything has change. Tk boleh nak naik nak masuk tgk anak sch. How sad. Daddy nangis teruk, sbb terharu. Anak dh besar. Takpelah mummy dh tkthu dh nak ckp apa, nak type apa. Takut nnti mummy emotional lebih 🤣
Video yang dikongsikan oleh Natasha yang berkerja dalam bidang IT ini tidak menyangka video tersebut meraih ramai tontonan dan dihujani sokongan daripada netizen.
Perasaan bercampur Baur
Memetik perkongsian di portal mStar Online, Muhammad Muhaimin Mazan akui perasaannya bercampur baur saat menghantar anaknya ke sekolah tadika. Video tersebut dirakam oleh bekas isterinya pada 10 Januari yang lalu.
Bukan sahaja terharu melihat anaknya lelaki tunggalnya memulakan pembelajaran secara formal, malah turun terkenang kisah yang berlaku hingga menyebabkan dia dan bekas isteri berpisah 2 kali.
Berkongsi cerita, Natasha Syahierra Omar (bekas isteri) berkata, dia menghantar anaknya berusia 5 tahun pada hari pertama persekolahan di sebuah tadika di Cheras, memaklumkan lelaki yang menangis itu adalah bekas suaminya dan juga merupakan bapa kandung kepada anak mereka.
“Daddy (bekas suami ) sangat rapat dengan anak. Jadi, melihat momen anak masuk tadika buat daddy sebak sampai menangis.
“Menangis terharu pun ya sebab anak kami langsung rak menagis,. Dia pandai bawa diri walaupun pertama kali masuk sekolah,” katanya ketika dihubungi.
Kembali Bersatu Demi Anak
Mengimbas kembali, Natasha berkata dia pernah berkahwin pada 2016, namun berpisah setahun kemudian selepas melahirkan anak. Kemudian bernikah semula pada tahun 2020.
“Walaupun berpisah, hubungan kami tetap baik dan daddy merupakan bapa yang sangat bertanggungjawab dari segi nafkah dan kasih sayang,”katanya.
Dalam pada itu, Natasha berkata, dia dan bekas suami merancang untuk disatukan kembali sebagai suami isteri menjelang akhri Fabruari depan.
“Yang lepas adalah kesipalan dan ego masing-masing tanpa berfikir panjang. Bila anak dah besar, baru kami sedar ego telah merosakkan segala-galanya.
“Keputusan untuk bersama kembali adalah jalan yang terbaik. Dan seterusnya memberikan perhatian penuh kepada anak, melihat dia menjadi anak yang berjaya,” tambahnya.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Rata-rata netizen memuji akan kecomelan anak sulung pasangan ini. Malah tak kurang yang mengatakan si kecil ini mirip ayahnya. Tak kurang juga yang mengatakan Rayyan mirip ahli keluarga Elfira.
Sumber: IG
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.