“Tiada kesan lebam, tanda penderaan pada tubuh Zara Qairina”- Dr Janefer. Prosiding inkues kematian remaja, Zara Qairina Mahathir, 13, pada Selasa mendengar keterangan daripada Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Janefer Voo, yang menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu.
“Tiada Kesan Lebam, Tanda Penderaan Pada Tubuh Zara Qairina”- Dr Janefer
Menurut saksi ketiga itu, mangsa dibawa masuk ke Jabatan Kecemasan pada jam 4.38 pagi selepas ditemui di tingkat bawah asrama sekolah. Hasil pemeriksaan awal mendapati pesakit tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius di bahagian kepala.
“Pesakit patah tulang tertutup pada pergelangan tangan kiri, patah tulang terbuka pada buku lali sebelah kaki kiri dan patah tulang tertutup pada buku lali sebelah kaki kanan,” katanya.
Dr Janefer berkata, beliau turut mendapati terdapat luka berdarah dan bengkak pada bahagian belakang kepala mangsa. Susulan itu, “Trauma Alert” diaktifkan pada jam 4.42 pagi bagi mendapatkan rawatan segera daripada pasukan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan dan Anestesiologi, sementara proses resusitasi dijalankan.
“Hasil pemeriksaan saya, pesakit disyaki mempunyai kecederaan otak yang teruk terdapat kecederaan pada bahagian belakang kepala dan patah tulang pada kedua-dua buku lali dan pergelangan tangan kiri, dan disyaki mempunyai pendarahan dalaman,” jelasnya ketika membaca keterangan bertulis di Mahkamah Koroner.
Ads
Beliau menambah, keadaan tekanan darah pesakit yang terlalu rendah menimbulkan syak wujud kecederaan dalaman akibat hentakan kuat.
Ads
“Hasil pemeriksaan saya, tiada sebarang kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit, hanya ada kecederaan pada bahagian belakang kepala dan patah tulang di tangan kiri dan kedua-dua buku lali,” katanya.
Selepas pesakit melalui rawatan kecemasan termasuk imbasan pengimejan, beliau mengesahkan Zara Qairina mengalami pendarahan pada otak, patah tulang terbuka pada buku lali dan tumit kiri, patah tulang tertutup di tangan kiri dan kaki kanan, keretakan pada tulang belakang lumbar dua, tiga dan empat, selain terdapat darah beku pada bahagian pinggul serta otot psoas kiri.
Isteri heret suami ke mahkamah sebab terlampau lebihkan kucing. Dek kerana sikap suami yang terlampau melebihkan kucingnya, seorang wanita hilang sabar dan bertindak mengheret suaminya ke mahkamah.
Isteri Heret Suami Ke Mahkamah
Bagaimanapun, tindakan itu dimarahi hakim di Bengaluru kerana memfailkan aduan remeh terhadap suaminya hanya kerana seekor haiwan peliharaan.
Hakim M. Nagaprasanna yang mengambil kes ini berkata, tiada dakwaan khusus mengenai kekejaman dalam rumah tangga pasangan tersebut.
Kredit foto: Agensi
Sebab Terlampau Lebihkan Kucing
Wanita itu mendakwa suaminya sering memberikan tumpuan lebih terhadap kucing berbanding dirinya dan mereka sering bertengkar apabila membangkitkan isu haiwan peliharaan mereka.
“Isteri turut mengadu kucing mereka turut menyerangnya atau mencakarnya, tetapi suaminya tidak melakukan apa-apa.
“Sebenarnya aduan ini berdasarkan pertengkaran mengenai kucing peliharaan yang dipelihara suami.
“DAKWAANNYA IALAH SUAMI LEBIH MENJAGA KUCING BERBANDING ISTERI,”KATANYA SEMASA MENDENGAR PETISYEN JARANG BERLAKU DI MAHKAMAH SELURUH INDIA.
Selepas mendengar petisyen itu, mahkamah memutuskan menghentikan siasatan lanjut terhadap suami dan memarahi wanita itu atas aduan remehnya itu.
“Ia adalah kes remeh yang telah mengganggu sistem keadilan jenayah hari ini dan jika penyiasatan dibenarkan dalam kes ini, ia akan menambah satu lagi kes kepada sistem keadilan yang sudah pun padat,” kata mahkamah.
Penuntut cemerlang Henry Gurney mahu balas jasa ibu saudara. Seorang pelajar dari Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas, dikenali sebagai Adam, 19, meluahkan hasratnya untuk menebus segala pengorbanan ibu saudaranya yang telah menjaganya sejak kecil selepas kehilangan kedua ibu bapanya.
Penuntut Cemerlang Henry Gurney Mahu Balas Jasa Ibu Saudara
Adam yang muncul sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi kategori SHG dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, menyatakan bahawa kejayaan yang diraih menjadi titik tolak untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang peguam syarie.
“Saya dibesarkan oleh mak cik selepas ibu dan ayah meninggal dunia semasa saya masih kecil. Keputusan cemerlang ini adalah hadiah untuk membalas jasa beliau,” ujar Adam ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Sekolah Integriti Sekolah Henry Gurney (SISHG) 2024.
Adam yang berjaya memperoleh 6A turut berkongsi cabaran yang pernah dihadapinya, termasuklah kesukaran dalam mendapatkan buku teks serta beban yuran persekolahan yang ditanggung ibu saudaranya. Tambahnya, masalah dokumentasi diri turut menjadi penghalang besar dalam proses pembelajarannya.
ADAM (tengah) menunjukkan Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2024 yang diterimanya pada Majlis Apresiasi SISHG 2024 di SHG Telok Mas, Telok Mas, Melaka. – Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
“Dulu saya tak ada kad pengenalan kerana lambat didaftarkan kelahiran. Itu menyebabkan saya tak layak menduduki SPM kerana status bukan warganegara,” jelasnya.
Namun begitu, peluang pendidikan yang ditawarkan oleh SHG membuka jalan buat Adam untuk terus melangkah ke hadapan. Dengan sokongan beberapa pihak, beliau kini dalam proses mendapatkan sijil kelahiran bagi membolehkan permohonan kad pengenalannya dibuat.
Adam, anak kedua daripada tiga beradik, mula ditempatkan di SHG pada tahun 2022 selepas terlibat dalam kesalahan mencabul. Kini, dengan semangat dan tekad yang baru, beliau mahu mengubah kehidupannya demi masa depan yang lebih baik.
Isteri Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati, selamat bersalin anak kelima. Isteri kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 66, iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin, 29, selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 9.38 pagi tadi.
Isteri Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati, Selamat Bersalin Anak Kelima
Bayi comel seberat 2.9 kilogram juga anak kelima Pasangan itu diberikan nama Magdalena Yamani Jamal Ubaidilah.
Jamal menerusi ucapan ringkasnya melahirkan kesyukuran terhadap kelahiran puterinya.
“Terima kasih kerana ucapan tahniah dan mendoakan,” katanya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp.
Terdahulu hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati yang dikahwininya pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia dua tahun.
Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.