Musim cuti sekolah pastinya masa untuk ibu bapa meluangkan masa dengan mambawa anak-anak bercuti. Bagi yang berkemampuan, pasti mahu menggembirakan anak-anak dengan membawa mereka bercuti ke luar negara. Tempat menarik pasti jadi pilihan termasuklah Korea, Jepun, dan banyak lagi.
Namun, isu yang sering timbul adalah apabila membawa anak-anak kecil ke luar negara memandangkan keperluan dan keselesaan anak-anak menjadi keutamaan.
Menerusi facebook seorang bapa bernama Azli Ismail berkongsi cerita dan tip bagaimana membawa empat orang anak kecil bersama bercuti ke Jeju. Mengakui tiada plan terperinci namun perjalanan mereka sekeluarga selama 6 hari lancar tanpa sebarang masalah.
Ikuti perkongsian Azli yang memberikan 20 tip buat ibu bapa lain jika mahu membawa anak-anak bercuti ke Jeju kelak. Moga bermanfaat!
Aku pilih Jeju sebab udara nyaman, sejuk, ada gunung dan ada pantai, bukan sebab aku peminat K-Pop mahupun drama jiwang Korea.
Tiada plan atau Itenarary bertulis pun, aku #terusrempuh ke sana dan poin-poin di bawah aku kongsikan khas untuk korang.
1. Beli tiket Air Asia, direct flight, lebih awal lebih murah, beli masa promo. Duration flight 6 jam.
2. Jeju ini istimewa, hanya 11 negara sahaja yang perlukan visa, so aku bawa bibik lah bagi dia peluang merasa bercuti.
3. Untuk anak ramai macam aku, aku book penginapan ikut AirBnb. 1 rumah 3 bilik dan punya dapur. Harga sekitar RM400-RM700 semalam, kalau book awal boleh dapat unit yang gempak-gempak lengkap dengan seaview.
4. Jeju ini besar 3 kali Singapore, so aku duduk 2 kawasan berbeza, 3 hari pertama duduk di kawasan Barat dan 3 hari terakhir di kawasan timur. Jadi senang nak explore Jeju dan jimat masa.
Ads
5. Aku sewa kereta dengan agen Malaysia di sana, google je sewa kereta jeju, berurusan dengan email, pantas cepat dan bayaran ikut online banking.
6. Untuk sewa kereta perlukan Lesen Antarabangsa, atau pun sing
katannya IDP, pergi JPJ isi borang dan bayar RM150. Kalau tak ramai orang, 20 minit siap. Gambar size passport bawa 1 keping.
7. Masak sendiri, restoran Halal sangat-sangat kurang di sana. Beli barang dapur di Mart besar mereka lebih murah berbanding Dongmun Market yang popular tu.
8. Korea menggunakan matawang Won, 1000KRW lebih kurang RM3.80. 2 ekor sotong besar segar RM40.00, buat sotong kunyit sedap dan berbaloi.
9. Beli sabun samak jenama Taharah untuk sucikan peralatan memasak.
10. Beras bawa dari Malaysia, dekat sana beras bulat sticky rice, sekilo RM70, mana masuk dengan tekak Hang Jebat macam aku ni. Telur 10 biji RM13++.
11. Masak pagi-pagi dan bawa bekal, jimat masa dan jimat belanja, di Jeju kaki lima pun cantik, bersih, so parking je mana-mana untuk lunch dengan bekal yang siap di bawa.
Ads
12. Suhu paling tinggi di Jeju pada bulan Ogos, sekitar 27 C, sewaktu aku di sana adalah penghujung Autumn, dan nak masuk ke Winter. Sejuk betul, sunrise jam 7 pagi dan sunset jam 5 petang, so siang agak pendek.
13. Attraction untuk anak-anak, Brick Campus, Maze Park, Super Hero Museum, Hello Kitty Island, Shinhwa Themepark, Dinasour Themepark dan macam-macam lagi. Museum KPop pun hado.. nama dia Play Kpop, tapi aku tak pergilah.
14. Jeju tempat yang sangat cantik, bawalah camera, shoot banyak-banyak buat kenangan bersama anak-anak.
Ads
15. Di Jeju setiap 1-2 KM ada speedtrap camera, maksimum speed 70 sahaja. Kereta left hand drive. Jangan risau, mula-mula je kekok, lepas 1-2 jam dah ok melainkan kau pakai lesen terbang.
16. Barang runcit di Jeju memang agak sedikit mahal, bawang 3-4 biji RM10, tetapi masak lebih jimat, hari pertama aku makan sepinggan nasi beryani RM70++, portion kecil dan tak sedap. Jadi kami decide untuk masak sahaja sepanjang trip.
17. Untuk anak-anak bawalah bekalan ubat demam, selsema dan lain-lain. Kalau musim sejuk glove wajib, aku punya tangan kebas sebab sejuk.
18. Walaupun aku tiada plan terperinci, perjalanan kali ini Allah mudahkan, owner unit AirBnb banyak bantu bagi info, sebab itu aku suka guna AirBnb.
19. Di Jeju banyak ladang Tangerine, beli sedikit buat kudapan di dalam kereta, tiada biji, manis dan melancarkan sistem pencernaan.
20. Jeju ada musim salji, musim bunga, musim luruh, pilihlah musim mana nak pergi, ikut selera masing-masing, mat saleh kata, you can’t go wrong..
Sejujurnya, aku excited untuk repeat ke Jeju lagi, ada banyak tempat yang belum di explore. Aku harap korang juga berpeluang bermusafir ke sini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika keluarga anda penggemar teh, pastinya selepas direndam, uncangnya ibu-ibu akan buang ke tong sampah kan?
Sebenarnya, banyak manfaat yang ada pada uncang teh ini. Bukan sekadar untuk hasilkan air teh semata-semata , tapi ada banyak sebenarnya manfaat dan sangat berkesan jika diamalkan. Nak tahu apa? Jom baca kat bawah ni :
Boleh hilangkan bau kaki yang berpeluh
Ambil uncang teh terpakai, letak dalam besen yang berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki. Lebih bagus lakukan sebelum tidur.
Menghilangkan Eye Bag
Korang rendam uncang yang dah diguna dalam air sejuk, kemudian letak pada mata. Biarkan semalaman ketika waktu tidur
Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan
Tahukah anda uncang teh yang sudah diguna boleh menghapuskan bau yang tidak senang dalam peti ais ? Ya, ambil sahaja beberapa uncang teh terpakai dan letak dalam peti sejuk.
Atau jika anda mahu menyegarkan laci almari yang berbau ‘lipas’, letakkan uncang teh yang kering di dalam. Boleh gunakan uncang teh berperisa untuk bau-bauan yang lebih menarik. Begitu juga dengan kereta anda, boleh gantungkan uncang teh di dalam kereta sebagai penyegar kereta. Kemudian buatlah kira-kira berapa banyak penjimatan sebab tak payah beli penyegar berbentuk pokok tu dah.
Mengatasi masalah jerawat
gosok uncang teh pada muka anda dan biarkan seketika
Mencuci peralatan dapur
Ya, uncang Teh terpakai boleh menghilangkan kesan minyak yang melekat pada alatan di dapur. Cara seterusnya, jika bekas atau periuk dipenuhi dengan lemak, rendam sahaja dengan air panas dan letak beberapa teh uncang yang sudah dipakai. Hasilnya, lemak dan kotoran degil akan hilang !
Baja tanaman
Hampas teh sangat berguna untuk tanaman dan ia akan bertukar sebagai baja organik sekaligus akan menyuburkan tanaman. Korang tabur sahaja ke dalam pasu dan lihat manfaatnya sendiri.
Menghilangkan Sunburn
Ambil hampas teh yang dah diguna dan gosok untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit muka.
Melembutkan Stik
Kandungan tanin dalam teh hitam juga menjadikan ia sebagai pelembut daging yang sempurna. Anda juga boleh memerapkan daging steak kegemaran dengan bancuhan teh hitam sebelum digril untuk rasa yang lebih mencengkam jiwa.
Membersihkan permaidani
Ada masanya anak terbuang air atau termuntah di atas permaidani di ruang tamu. Atau mungkin anda memelihara kucing jadi macam-macam bau akan melekat pada. Susah pula jika nak hantar ke kedai dobi. Ikut cara ini, taburkan serbuk teh yang sudah digunakan di atas karpet dan biarkan selama 15-20 minit sebelum divakum.
Sila gunakan serbuk teh yang kering ya, kalau guna serbuk teh basah nanti habis melekat warna teh di situ pula. Kalau anda gunakan serbuk teh berperisa seperti oren atau strawberi, makin wangilah karpet anda!
10 Hilangkan minyak di dalam sinki
Adakanya pinggan mangkuk anda turut berminyak dan susah nak cuci terutama jika anda masak sup daging atau menu berminyak. Uncang teh boleh membantu menjimatkan masa menyental. Penuhkan sink dengan pinggan kotor itu dengan air suam, rendamkan dua atau tiga uncang teh yang telah digunakan dan biarkan beberapa jam. Nanti minyak melekit tu senang dicuci.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada orang yang mampu berikan kasih sayang seiklas ibu yang mengandungkan kita dari dalam alam rahim hinggalah dewasa. Tanpa mereka, siapalah kita. Kan?
Baru-baru ini, ada seorang pengguna di laman Facebook berkongsi momen menyentuh hati apabila didatangi seorang wanita cina dan meminta izin untuk memeluk ibunya.
Menurut Anis, dia yang sedang menikmati makanan tengah hari bersama kedua ibu bapanya itu telah didekati oleh seorang wanita berbangsa Cina. Pada mulanya, dia seperti teragak-agak untuk bertanya sekiranya boleh memeluk ibunya.
“Wanita ini datang kepada ibu saya, meminta untuk dipeluk dan kemudian menangis. Ketika waktu makan tengah hari dengan keluarga saya di Sri Karak, PJ New Town. Ibu sedang menikmati makan tengah harinya sambil kami semua memesan hidangan kegemarannya (baca: kari kepala ikan).
Wanita itu datang kepadanya: “Mak cik, saya sangat seronok melihat awak makan. Anda sangat seronok, ah
Ibu: “Ya, ya. Makanannya sedap. Sebab itu saya suka.” (Tersenyum)
Puan: “Baik, bagus. Makcik. Maaf. (terkedu) Boleh saya peluk awak?”
Ibu: (terkejut tetapi kembali okay) “Sure, sure.”
Wanita itu peluk ibu dan mula menangis. Rupanya dia teringat pada ibunya yang kini tidak mampu untuk makan sendiri dan hanya makan melalui tiub sahaja.
“Ibu saya berumur 93 tahun. Dia tidak boleh makan. Hanya makan melalui tiub. Sebab itu saya seronok melihat awak menikmati makanan dan makan awak. Saya teringat ibu saya.” katanya.
“Tangisannya berterusan. Ibu memeluknya erat.” tulis Anis Ramli di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata yang membaca kisah itu meluahkan rasa sebak dan sedih dengan wanita yang berbangsa Cina itu. Mereka mendoakan agar ibunya sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Bagi ibu bekerja, bangun pagi sebelum waktu subuh bagi menyediakan makanan buat bekalan anak-anak ke sekolah memang menuntut usaha yang bukan sedikit.
Anda memang ibu yang hebat kalau berjaya jadikan amalan ini secara berterusan sepanjang tahun. Syabas!
Bagi ibu yang baru nak mencuba dan nak jadikan ia sebagai azam tahun baru, ada baiknya anda ikut langkah wanita ini menyediakan bekalan buat anak-anaknya. Lebih 50 resipi dikongsikan wanita ini. Mengagumkan!
Siap ada menu ketam dan paling best ada lamb grill!
Paling menarik bukan hanya sarapan pagi, malah siap lengkap untuk makan tengahari. Ini memang awesome!
Jom tinjau apa menu yang disajikan oleh Suzana Othman di facebooknya. Kalau anak suka, kita pun gembira. Lagi semangat nak sediakan buat mereka setiap hari.
“Tinggal beberapa hari je lagi nak naik sekolah. Kita share bekal yang kita pernah buat dulu. Sudilah kiranya panjang-panjangkan supaya lebih ramai dapat manfaat. Terima kasih.
Harini kita nak share tips macamana nak bagi juadah nampak menyelerakan, padahal masak tak lah sesedap mana pun..kihkihkih..
1. Pelbagaikan jenis juadah dan pastikan sesuai antara satu sama lain. Jangan masak asam pedas dengan kari pulak ya. 2. Mesti banyak warna. 3. Gunakan bahan yang segar, baru la segar mata memandang. 4. Susun dengan teratur dan kemas. Kalau ada comot-comot kat bekas tu jangan lupa lap ya. Itu je.. Selamat mencuba!
Antara koleksi inspirasi bekal ke sekolah dan tempat kerja. Menu sarapan pagi dan makan tengahari.