Tahun ini, genap 9 tahun kehilangan pesawat kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 selepas dilihat kali terakhir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China pada 2014.
Setiap tahun, persoalan yang sama dibangkitkan akan status keberadaan, punca kehilangan, nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200 itu.
Walaupun pelbagai spekulasi diberikan namun jejak MH370 masih lagi menjadi tanda tanya.
Baru-baru ini, satu dokumentari mengenai kehilangan pesawat MH370 telah disiarkan secara eksklusif namun ianya telah menyebabkan sebilangan penonton berang selepas ia mendedahkan bahawa panggilan daripada seorang penumpang tidak dijawab.
Dalam satu bahagian, seorang gadis mendakwa dia menerima panggilan telefon daripada ayahnya yang menaiki pesawat Malaysia Airlines itu.
Gadis itu menunjukkan panggilan masuk pada skrin telefonnya, namun ia berhenti berdering sebaik sahaja dia menjawab.
Seorang lagi waris mangsa, Jiang Hui turut bercakap tentang panggilan telefon yang aneh itu.
Hui mempunyai pengalaman yang sama, mendakwa bahawa dia telah cuba menghubungi mangsa dan juga mendapat sambungan, tetapi tiada siapa yang pernah menjawab panggilan tersebut.
Hui kemudiannya berkata pihak berkuasa mendakwa mereka tidak mempunyai teknologi untuk mengesan isyarat itu.
Ads
Penonton meluahkan reaksi marah di media sosial dan mengatakan panggilan tersebut boleh menyebabkan misteri itu diselesaikan.
Mereka turut mengkritik dokumentari tersebut kerana mengabaikan banyak butiran penting tentang kes berkenaan.
“Menonton #MH370 itu di Netflix. Saya tidak percaya bahawa mereka tidak mengesan panggilan telefon itu.
“Saya baru sahaja memulakan siri ini dan saya hanya ingin berkata, tak mungkin panggilan telefon itu boleh dibuat jika pesawat itu terhempas ke darat, atau lautan,” tulis beberapa penonton.
Ads
Dokumentari ini mendapat kecaman kerana didakwa banyak memberi tumpuan terhadap teori konspirasi kehilangan MH370.
Sebut sahaja Eco-Shop, terbayang deretan barangannya yang murah dan mampu milik dan menepati pilihan mak-mak untuk mengisi kelengkapan seisi rumah. Syurga bagi wanita.
Menepati pilihan mak-mak, Eco-Shop tampil memperkenalkan duta produknya, Baki Zainal yang cukup mesra menyantuni pelbagai golongan malah sentiasa dekat dengan alam.
Baki Zainal yang bernaung di bawah Baki Zainal Entertainment dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd, di mana beliau dipilih sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.
Baki yang sentiasa komited dengan amanah dan tanggungjawabnya ini juga rupanya cukup komited dan bersemangat dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan.
Ia selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari, untuk sentiasa dekat dan melengkapi kehendak pengguna.
“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari.
“Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam,” katanya berkongsi.
Sebagai langkah pertama, Baki Zainal bersama Eco-Shop akan melancarkan kempen revolusioner mereka, “No Plastic, Go Eco.”
Langkah ini bukan hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.
Semoga Eco-Shop terus maju jaya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak adalah harapan buat ibu bapa. Lantaran itu, pelbagai usaha yang dilakukan supaya anak menjadi seorang yang cerdik pandai. Memperkenalkan pelbagai bahan bacaan supaya anak boleh membaca dan menghafal pada usia seawal satu atau dua tahun!
Namun, hakikatnya, ada yang alpa bahawa perkembangan seorang kanak-kanak adalah bermain dengan persekitarannya termasuk mempunyai kemahiran motor seperti melompat, berlari dan menangkap bola. Sebagaimana luahan hati seorang ibu Wawa Shauqi melalui paparan facebooknya, menjelaskan bahawa dirinya terkejut apabila anaknya yang seorang pandai tetapi tidak mampu menangkap bola, takut memijak pasir dan tidak boleh bergayut. Mujur cepat bertindak setelah menyedari anaknya mengalami sensory processing disorder (spd) atau kata lain, masalah sensori sentuhan, bahawa jika dibiarkan akan menjejaskan pembelajarannya apabila memasuki sekolah nanti. Ikuti perkongsiannya.
JANGAN ULANGI SILAP SAYA. ANAK SAYA PANDAI TETAPI…
Ini Ammar, anak sulung saya. Dia seorang yang cepat berjalan dan cepat bercakap. Pada usia dia 2 tahun, dia telah mengenal huruf dan dapat memadankan kesemua huruf kecil dan huruf besar.
Pada usia 3.5 tahun, dia mula membaca dan menghafal lebih dari 20 surah. Sekarang usianya 4 tahun, telah masuk separuh buku Iqra’ kedua.
Nampak macam perkembangannya cepat, tetapi ada perkara yang dia tidak mahir kalau nak dibanding dengan teman seusianya yang lain.
Pandai tetapi tidak mempunyai kemahiran penerokaan
Pada usia 3 tahun, dia masih belum boleh menangkap bola pada paras dada. Malah tangannya tak cukup kuat untuk menyepit objek menggunakan forcep mainan. Tangannya juga tak mampu bergayut walau 2 saat di ‘monkey bar’.
Saya sangka, mungkin kekurangannya itu kecil dan biasa. Mungkin pencapaian motor kasarnya tak mengikut carta milestone kerana dia bukan kategori ‘body intelligence’.
Yalah, sangka saya setiap budak ada kelebihan dan kekurangannya.
Tapi bukan itu sahaja. Ammar seorang penggeli. Dia geli memijak pasir, geli duduk pada kerusi kulit (atau pvc) dan menjerit bila memegang ais.
Gelinya kadang-kadang keterlaluan. Pernah dia menjerit waktu kami lalu di sebuat kedai mainan. Ingatkan apa yang ditakutnya, rupanya ‘Magic Stretch Ball’. Seronok betul kami menyakat dia dengan bola tu.
Saya tak pernah sangka kesemua masalah ini mempunyai perkaitan yang sama. Malah masalah dia meraung bila mencuba kasut baru di mall dulu juga, ada kaitannya.
Rupanya ada masalah sensori sentuhan
Dia mempunyai tanda-tanda yang kebiasaan ada pada anak-anak yang ada kecelaruan neurologi. Tanda-tanda yang disebut OT Maryam itu mengesahkan yang Ammar mempunyai masalah sensori sentuhan, atau dalam istilahnya Sensori Processing Disorder (SPD) terhadap deria Tactile (Hypersensitif).
Ammar mungkin membaca awal dan cepat tangkap dalam pembelajaran, tapi masalah ini jika saya tak sedar dari awal, akan mengganggu pembelajarannya bila dia mula bersekolah nanti.
Nasib baik saya cepat sedar. Mujur Allah cepat temukan saya dengan pakar.
Alhamdulillah setelah saya lakukan pelbagai aktiviti ransangan, sekarang ‘sensitiviti’ Ammar dah banyak berkurangan. Cuma dengan Magic Ball tu masih takut-takut. Fobia kesan dari kena sakat masa kecik agaknya.
Kadang-kadang kita terlalu mahukan anak pandai, lalu kita hulur anak buku, pensil & kertas dan kita nafikan fitrah anak bermain.
Sedangkan dari bermain itulah anak-anak membina asas akademik mereka. Dari bermainlah anak akan belajar komunikasi dan membina keyakinan diri.
Dan dari bermainlah kesemua deria mereka berstimulasi dan berintegrasi bersama dengan baik.
Apa kaitan DERIA ini semua dengan akademik? Eh penting sangat. Deria sentuhan yang baik adalah asas untuk anak kuasai kemahiran motor halus seperti menulis dan mengguna tangan dengan baik.
Deria rasa pula membantu memberi stimulasi awal untuk anak menggunakan mulut untuk bercakap, selain mengelakkan masalah ‘picky eater’ pada anak.
Deria visual dan auditori pula penting untuk memberi tumpuan yang baik semasa dalam kelas dan mengenal huruf, nombor, bentuk serta simbol.
Deria sendi dan kestabilan akan bantu anak-anak menguasai hampir kesemua kemahiran dalam hidup. . TAPI.
Tapi bermain pun perlu ada tujuan. Setiap permainan perlu betul caranya supaya merangsang perkembangan anak-anak.
Seperti yang diajar OT AisyahRozalli kelmarin, main pun perlu ada 5 target. Antara targetnya adalah supaya anak mahir berkomunikasi, mahir berdikari dan mahir guna tubuh.
Haa kau! Ajar anak main pon kena ada ilmu tau.
Ya, memang tak dapat dinafikan setiap ibu bapa ada cara didikan yang tersendiri. Tetapi ilmu masih perlu kita cari. Tempoh tumbesaran anak singkat untuk kita cuba-cuba dan buat silap.
Ikut rapat-rapat ikon-ikon keibubapaan ustaz ustazah dan para terapis, supaya kita tak silap mendidik anak.
Tarikh 26 Ogos sepatutnya menjadi detik yang cukup bermakna buat lelaki ini kerana tarikh itu anak sulungnya bakal dilahirkan, akan tetapi kita hanya mampu merancang, tetapi yang menentukan adalah Allah Allah Yang Satu.
Dalam kegembiraan bakal bergelar ayah, dia dikejutkan apabila kembalinya zuriat pertama ke sisi Allah Swt.
lebih memilukan apabila ia berlaku serentak, perasaan itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Lebih memilukan dia bukan hanya hilang anak, bahkan juga hilang isteri tercinta dalam selang sehari sahaja. Beratnya dugaan terpaksa dilalui lelaki ini.
Menerusi perkongsian di Twitter lelaki tersebut dikenali sebagai Muhammad Syahir berkongsi beberapa foto momen indah bersama arwah isteri dan anaknya.
Aturan allah, due Noah sama dgn daddy.. Nnti mmy & Noah tarik daddy masuk syurga skali tau! Daddy rindu sangat mmy & noah 😭 . Alfatihah🤍 NurShakira Ameera Binti Assakri, Muhammad Noah Bin Muhammad Syahir pic.twitter.com/oWVkgHvbkG
Perkongsian tersebut mendapat respond dari rata-rata pengguna twitter yang turut bersimpati dengan apa yang berlaku pada Muhammad Syahir.
Menurut salah satu komen, pada 4 Mac lalu, anak sulung lelaki ini dikhabarkan meninggal dunia, dan kemudian selang sehari isterinya pula dijemput Ilahi akibat menderita penyakit barah.
I stalk tweet dia smpai i jumpa jwpn utk semua persoalan. Ringkasannya, diaorang kawin nov2019 then sebulan lpstu wife dia pregnant. 4/3/20 anak dia meninggal (gugur maybe). 5/3/20 wife dia pula pergi. Arwah isteri dia kanser darah.
AlFatehah. U’re strong bro. Allah only gives what u can handle. Cry all u want, jangan pendam. Legakan hati tu, and come back stronger. Semoga Allah temukan you n your bidadari n anak syurga kembali. Aamiin.
yaAllah…. sebelum ni aku pernah baca tweet kau pasal arwah, tapi aku tak ambik port sebab tak tahu keseluruhan cerita, bila ada orang explain apa yg terjadi, terus rasa nak menangis, awak kuat okay😭😭😭, sentiasa ingat Allah and sedekahkan Yassin untuk mereka😭😭😭
Al-fatihah (dibaca) buat kedua2nya.. semoga Allah tempatkan arwah isteri dan anak awak di kalangan org2 yg beriman. dan semoga awak terus tabah dgn ujian dari-Nya..
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.