Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, tekad dan berazam untuk terus belajar mendalami ilmu al-Quran meskipun dinobatkan sebagai johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, malam tadi.
Qari berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan dari Kelantan itu menganggap bahawa ilmu taranum al-Quran begitu banyak dan ia perlu dipelajari lebih mendalam.
“Tidak semestinya kita johan antarabangsa, kita rasa pandai.
“Jadi, saya akan terus belajar dengan guru saya dan akan terus berkongsi ilmu dan mengajar al-Quran pula kepada orang lain,” katanya ketika ditemui media malam tadi.
Terdahulu, Muhammad Qayyim dinobatkan sebagai juara kategori tilawah lelaki sempena Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 1445H/2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam tadi.
Ads
Muhammad Qayyim berjaya menewaskan pencabar lain selepas memperoleh markah sebanyak 94.96 peratus.
Ads
Munurut Muhammad Qayyim, beliau bersyukur kepada Allah atas kejayaan yang diterima itu.
“Saya tidak tahu bagaimana mahu ungkapkan, tidak boleh diucapkan dengan kata-kata, gembira ada, sebak pun ada.
Ads
“Bagi latihan, kalau formal dengan guru saya seminggu sekali setiap hari Jumaat malam. Saya juga ada buat latihan suara atau kita panggil latihan bermain dengan suara,” katanya.
Doa ibu senjata utama kepada kehidupan anak-anak. Jadi jangan lupa selitkan doa ini setiap hari dan setiap masa agar anak kita sentiasa dilindungi dan berjaya dalam hidupnya.
Doa bagaimana yang menjadi pilihan kita? Senarai perkongsian ini boleh anda jadikan panduan untuk mendoakan anak setiap hari. Jangan terlepas.
Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.
Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1. Doakan anak suka solat dan baca al-Quran.
2. Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3. Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4. Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5. Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6. Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7. Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8. Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9. Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10. Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa anda setiap hari tanpa rasa jemu. Ingat, ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata tetapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua ibu di luar sana.
Bukan calang-calang gadis manis bertudung litup ini. Redup matanya seindah wajah manis dipandang mata hanya luaran sahaja namun jiwanya mempunyai semangat wajar.
Begitulah hebatnya Leftenan Madya Puteri Shazwani Binti Megat Ahmad Shariman, 26 (Bekas Pelajar MRSM Parit, Perak), pegawai wanita TLDM pertama yang mempunyai kepakaran juruteknik peluru dan explosive ordnance pada tahun 2021.
Hakikatnya untuk menceburi kerjaya sebagai tentɛra pastinya memerlukan kekuatan fizikal mɛntal yang kṳat, pengorbanan yang tinggi dan perlu mempunyai keberanian kerana pelbagai cabaran bakal ditempuh dalam kerjaya ini.
Sebuah perkongsian yang sungguh inspirasi untuk kita menjana jati diri kepada anak-anak untuk menjadi generasi yang gemilang.
Menerusi perkongsian daripada Dr. Zulkifli Hussain yang merupakan KPP Bhgn Pendidikan Menengah MARA ini sungguh bermanfaat dan menyuntik semangat kepada anak-anak muda serta ibubapa.
Saya tanya kepada Puteri Shazwani, mencabar tak bagi seorang wanita untuk bergelar sebagai Leftenan Muda TLDM?
Beliau menjawab; “Sudah pasti. Bidang tentera ini luas. Bidang Perubatan, Kejuruteraan, Logistik, Juruterbang, Perisikan, Polis Tentera, Public Relation, Seni/Muzik, Kulinari dan banyak lagi”.
“Being in the male dominated field, saya perlu belajar untuk cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dgn sebarang situasi”. Puteri Shazwani.
“Peranan wanita juga penting dalam ketenteraan. Saya tak nafikan golongan wanita ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding dengan lelaki. Namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan mental, Ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan personality”.
“Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu”.
Saya tanya lagi, kenapa memilih kerjaya Tentera?
“Saya seorang yang sukakan cabaran dan mencuba sesuatu yang baru bagi menguji kemampuan diri. Bidang tentera telah membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam diri”.
Siapa Puteri Shazwani?
Dilahir di Kuala Lumpur dan membesar di Ipoh, Perak. Merupakan anak kedua daripada lima adik beradik. Aktif dalam sukan Triathlon (Berenang, Berlari & Berbasikal) dan Boling. Pada masa lapang, beliau suka membaca buku dan Bermain Alat Muzik (Gitar/Piano).
Memdapat pendidikan di SK Raja Perempuan Ipoh, SMK Raja Perempuan Ipoh (F1-F3) dan MRSM Parit (F4 & F5) 2012.
Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (2014 – 2019) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan. Dalam masa yang sama diserap masuk ke UPNM sebagai Pegawai Kadet Laut.
Alhamdulillah.. Tamat pengajian di UPNM pada tahun 2018. Beliau ditauliahkan dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada tahun 2019. Mula berkhidmat di Markas Tentera Laut, Bahagian Materiel pada tahun 2021.
Seterusnya menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama 8 Bulan di Kem Mempaga, Bentong. Kini, diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1.
Pencapaian
Naib Johan World Miss University Malaysia pada tahun 2018. Menghadiri International Leadership Conference di United States Military Academy pada tahun 2018. Perenang Rentas Selat Dinding 10km pada tahun 2019. Merupakan Pegawai Wanita TLDM pertama yang mempunyai kepakaran Juruteknik Peluru dan Explosive Ordnance pada tahun 2021.
Tahniah sekali lagi buat Puteri Shazwani binti Megat Ahmad Shariman atas kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus diberi kekuatan untuk berbakti kepada negara, bangsa dan agama.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat ibu bapa dan anak-anak.
Penyanyi terkenal yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.
Tiada Selera Makan
Menurut anak Allahyarham, Siti Hadirah, beberapa hari sebelum ini, ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.
Bahkan, kata Siti Hadirah, Allahyarham juga pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.
“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.
“Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” ujar Siti Hadirah dalam kiriman mesej menerusi Instagram kepada Astro AWANI.
Gmie menempa nama sebagai antara penyanyi terbaik negara menerusi kumpulan Screen yang masyhur dengan lagu Bila Cinta Didusta.
Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro pada 2016.
Rahsiakan Derita
Sementara itu, pengurus peribadi Allahyarham Gmie, Fuad Syahrin Misbah berkata, sudah hampir dua tahun Gmie diuji dengan penyakit buah pinggang berlubang.
Sepanjang tempoh itu juga, Allahyarham, kata Fuad, lebih senang tidak menghebahkan keadaan kesihatannya kepada umum.
“Beliau tidak mahu kawan-kawan dan peminatnya terlalu memikirkan penderitaan yang dilalui. Selagi boleh melaluinya, Allahyarham tidak mahu susahkan sesiapa.
“Saya sendiri hanya mengetahui mengenai sakitnya selepas setahun beliau disahkan oleh doktor berhadapan masalah itu,” kata Fuad dalam nada sebak kepada Astro AWANI ketika dihubungi. -Awani
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.