Allahu, membaca kisah keluarga ini cukup meruntun hati. Manakan tidak, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, keluarga ini terpaksa melalui ujian demi ujian. Sementelah anak-anak pasangan ini masih kecil namun sudah terpaksa melalui kesusahan.

Keluarga ini dikatakan memerlukan bantuan RM 7,000 untuk menampung kos rumah sewa selama sebulan dan sebuah gerai untuk mereka berniaga di situ.

Kisah pasangan  mendapat perhatian Puan Natipah Abu yang merupakan seorang sukarelawan yang aktif membantu golongan yang memerlukan.

“Tidur Atas Lantai Tanpa Alas, Tak Mampu Bayar Sewa & Air Teh Ganti Susu.”  Sebaknya Baca Kisah Kisah Keluarga Ni!

Mimpi indah jatuh berkecai

Kisah keluarga ini sungguh meruntun kalbu. Ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Segala mimpi indah jatuh berkecai berserakan di kaki waktu dalam sekelip mata.
Pasangan suami isteri beranak dua ini berdagang nasib dengan berhijrah dari Kelantan ke Kedah dengan berbekalkan harapan yang menggunung tinggi untuk membina keluarga bahagia di tempat orang.

IKLAN

Buta huruf
Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ( 35 tahun ), merupakan seorang tukang masak di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Seorang yang buta huruf … kepandaiannya hanya lah memasak semata.
Terbaca iklan tentang sebuah restoran di Kedah memerlukan tukang masak, isterinya Nur Akmar Bin Mohd Yusof ( 33 tahun ) mengajak Encik Khairullah berpindah ke Kedah setelah pemilik restoran menjanjikan gaji yang memuaskan dan segala kemudahan termasuk rumah sewa disediakan.
Dengan membawa beg pakaian … mereka pun bertolak ke Kedah dengan sebuah bas ekspres. Tiba di Kedah .. mereka disambut oleh pemilik restoran tersebut dan dibawa ke sebuah rumah kosong.

“Tidur Atas Lantai Tanpa Alas, Tak Mampu Bayar Sewa & Air Teh Ganti Susu.”  Sebaknya Baca Kisah Kisah Keluarga Ni!

Tidur atas lantai tanpa alas
Di rumah itu, mereka hanya dibekalkan dengan sebuah rice cooker sahaja. Dengan rice cooker itulah mereka masak nasi, masak lauk- pauk atau pun air. Tidurlah mereka anak beranak di atas lantai tanpa sebarang alas pun. Sementara menunggu gaji pertama, mereka hanya diberi sepuluh-dua saja untuk wang belanja atas alasan restoran belum ada pelanggan.

Diusir tak bayar sewa
Keadaan mereka saat ini, sangatlah perit namun kekuatan mereka ialah menghitung hari menunggu saat akhir bulan untuk mendapatkan gaji yang dijanjikan majikan.
Majikan membelikan Encik Khairullah sebuah motosikal dengan janji bayaran bulanannya dipotong gaji. Setelah menerima gaji pertama, ditolak sewa rumah dan bayaran bulanan motosikal, jumlah yang diterima ternyata jauh beza dari yang dijanjikan namun mereka tetap bersyukur.
Bagaimana pun selepas tiga bulan .. majikan tiba-tiba memaklumkan dia tidak ingin lagi meneruskan perniagaan di restoran itu dan berhajat hendak berpindah ke KL. Mereka ditinggalkan begitu sahaja terkontang-kanting.
Lebih malang .. tidak lama kemudian, pemilik rumah sewa juga datang dan mengusir mereka keluar dari rumah kerana tidak membayar sewa rumah .

IKLAN

Tuan rumah enggan beri tempoh

Mereka diusir keluar dari rumah itu tengah malam setelah tuan rumah membuat laporan polis. Keadaan malam itu riuh rendah bila tuan rumah enggan lagi memberi tempoh kepada mereka. Kekecohan itu sampai kepada pihak masjid qariah.
Pihak masjidlah yang menguruskan mereka berpindah ke sebuah rumah baru atas ehsan pemiliknya pada malam itu juga.
Encik Khairullah akhirnya berjaya mendapat pekerjaan sebagai tukang masak di sebuah restoran lain. Hidup mereka yang suram sebelum ini kembali bersinar. Terasa mereka seakan kembali bernafas semula setelah tercungap hampir kelemasan sebelum ini.
Tetapi ternyata .. keindahan itu tidak berpanjangan. Mereka anak beranak diuji lagi. Baru beberapa bulan bekerja .. Encik Khairullah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 18 Jun tahun lalu.

Kaki nyaris dipotong
Sejak itulah keperitan hidup mereka bermula lagi. Encik Khairullah terpaksa bertarung nyawa selama tiga bulan di wad dan kakinya nyaris dipotong .
Beliau menjalani dua siri pemedahan untuk membuang isi yang sudah rosak dan terkena jangkitan kuman sehingga ke paras paha.

“Tidur Atas Lantai Tanpa Alas, Tak Mampu Bayar Sewa & Air Teh Ganti Susu.”  Sebaknya Baca Kisah Kisah Keluarga Ni!
Saat itu .. Puan Akma pula baru saja hamil anak ke tiga. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, Puan Akma mengharapkan belas ehsan orang sekeliling untuk menjaga dua orang anaknya yang masih kecil bila dia terpaksa menjaga suami di wad.
Sejak kemalangan itu … mereka hilang sumber pendapatan kerana suami bergaji hari. Puan Akma memutuskan untuk keluar bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan.

IKLAN

Suami terbaring kemalangan
Encik Khairullah pula … setelah keluar wad, sudah tidak mampu bekerja lagi. Tinggallah dia di rumah menguruskan anak-anak. Tugas menyara kehidupan sepenuhnya di bahu Puan Akma sehinggalah diarahkan berhenti oleh majikan kerana telah sarat.
12 Januari lalu .. Puan Akma telah selamat melahirkan anak ke tiganya. Alhamdulillah .. bil hospitalnya dijelaskan oleh seorang doktor yang bersimpati dengan nasibnya.
Pulang ke rumah .. tidak dapat dibayangkan kesedihannya. Dia terbaring kerana di dalam pantang .. suami pula terbaring kerana kemalangan.
Encik Khairullah tidak dapat menuntut apa-apa pampasan kerana kenderaan yang melanggarnya tidak mempunyai cukai jalan. Motosikalnya yang tersadai di tempat kejadian ketika kemalangan juga telah hilang. Encik Khairullah juga tidak dilindungi apa-apa sekim PERKESO.

“Tidur Atas Lantai Tanpa Alas, Tak Mampu Bayar Sewa & Air Teh Ganti Susu.”  Sebaknya Baca Kisah Kisah Keluarga Ni!

Berniaga hadapan rumah
Prihatin dengan nasib mereka anak beranak .. Sedekah Jumaat kita bertujuan untuk mengembalikan punca pendapatan kepada mereka suami isteri yang pandai memasak ini dengan menyediakan sebuah gerai buat mereka berniaga di hadapan rumah.
Rumah sewa mereka terletak berhampiran jalan besar di sebuah taman perumahan, berpotensi untuk menarik pelanggan apatah lagi keduanya mempunyai kepakaran memasak. Mereka boleh berniaga sambil menguruskan anak-anak.
Kita andaikan keadaan Encik Khairullah akan bertambah baik selepas tiga bulan lagi dan semuanya akan kembali stabil selepas enam bulan.

Rumah sewa tertunggak
Buat masa ini, sewa rumah mereka ( sebulan RM400 ) sudah tertunggak dua bulan. Kita berhasrat untuk membayar selama 6 bulan agar mereka tidak terbeban dalam tempoh itu.
Semoga Sedekah Jumaat yang kita niatkan untuk membantu Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ini mampu membantu mereka untuk bangun semula.
Jumaat yang barakah … semoga Allah permudahkan urusan kita sebagaimana kita mempermudahkan urusan orang lain , InsyaAllah ..

Bagi yang bermurah hati ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian:

KEPERLUAN RM7K
GERAI & SEWA RUMAH
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU
552107617521
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI