Mak-mak pun walaupun garang pada anak-anak, tapi hati tetap sayang. Biarpun mulut membebel hari-hari, ini tidak bermakna marahkan anak. Tapi memberi nasihat buat anak-anak.
Malah, jika anak minta itu ini, biasanya mak-mak akan layan walaupun kepenatan. Malah ini merupakan salah satu cara untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada anak-anak.
Begitulah gelagat keluarga ini yang sering mendapat perhatian perminatnya.
Pasangan selebriti Ozlynn Wati, isteri kepada pengacara dan pelakon, Johan Rajalawak, dikurniakan anak yang ramai sudah tentu ada cabarannya. Tambahan pula komitmen sebagai pelakon yang kerja tidak tentu masa.
Menerusi posting terbarunya, Ozlynn sempat berkongsi gelagat anak-anaknya yang memintanya membacakan ‘bedtime story.’ Namun yang menarik perhatian peminat apabila gelagat anak-anaknya tidak keruan apabila Ozlynn mula menggunakan penyangkut baju apabila anak-anaknya masih belum melelapkan mata.
Tentu ramai mak-mak macam ini akan mula ‘menyinga’ bila anak-anak masih belum lena.
Bila anak mintak, kita sbg mak kena la layankan.. kena la bg.. jgn berkira dgn anak2.. ni adalah salah satu cara menunjukkan kasih dan syg seorang ibu kepada anak.. tahniah buat Bayiq , Sodiq n Ajiq.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gelagat anak-anak pasangan selebiriti ini.
“Hanger Tu lagi Seram Dari cerita ibu”.
“Antara keluarga artis yang saya suka tengok dan follow dekat ig .”
“hi lah ank….😂😂😂😂 relax dulu relax dulu
Sumber: jozlynnhanania
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan hingga mati.
Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini, pada 12 Januari lalu.
Difahamkan, suspek bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam keterangan awal suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.
“Sekitar jam 11.30 pagi doktor hospital itu menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki yang dihantar oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan awal, doktor itu mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan kesan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal,” katanya tadi.
Wan Kamarul berkata, pihaknya menerima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya Ahad lalu, selepas kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan.
Sejurus menerima laporan, polis cuba menghubungi kembali ibu mangsa yang juga suspek utama, namun gagal malah wanita itu juga tiada di alamat kediaman diberikan.
“Hasil maklumat risikan, polis menyerbu sebuah rumah flat di Putra Perdana, Dengkil dan menahan suspek sekitar jam 12.15 pagi pada 16 Januari. Suaminya turut ditahan pada hari sama,” katanya.
Hasil soal siasat suspek mengaku menekup muka mangsa menggunakan bantal semasa anaknya sedang tidur kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga serta keluarga.
“Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.
“Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.
“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa,” ujarnya.
Katanya, suami suspek yang berusia 20 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat berikutan tiada di lokasi semasa kejadian berlaku.
“Teman lelaki suspek yang juga seorang pelajar kolej berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengaku terlibat.
“Dia hanya hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap berkenaan untuk bermalam dengan suspek dan semasa kejadian lelaki berkenaan telah beredar,” katanya.
Beliau berkata, suspek dan teman lelakinya direman tujuh hari bermula 16 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
Edry KRU terkilan anak autistik dilayan kasar,”Jangan marah, maki OKU…” Menjadi ibu bapa kepada anak istimewa adalah satu perjalanan yang unik, penuh dengan cabaran, tetapi juga penuh dengan anugerah.
Bagi penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, beliau berharap orang ramai lebih peka dan memahami situasi dilalui individu dalam kategori orang kelainan upaya (OKU) termasuk memberi layanan baik kepada golongan istimewa itu.
Perkara itu dibangkitkan Edry selepas terkilan dengan layanan kasar diberikan terhadap anak ketiganya bersama isteri, Milia Mohammed iaitu Emery, 17, yang menghidap autisme ketika berada di sebuah restoran di ibu kota untuk makan malam, baru-baru ini.
Melalui perkongsian Edry menerusi video di akaun Instagramnya, beliau memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal. Ada kalanya mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.
“Emery anak istimewa saya, dia autistik, ‘non-verbal’ dan tiada cara komunikasi seperti kita yang sempurna ini. Dia berada di Kuala Lumpur untuk bercuti dan dua malam juga kita pergi makan di pusat bandar.
“Apa yang saya ingin tekankan, kadang-kadang tindakan anak istimewa ini tidak boleh dijangka dan dia buat apa sahaja. Dia ada masa impulsif, kalau hendak minum dia ambil sahaja daripada rak dan tak faham konsep kena bayar dan buat pesanan.
“Daripada dua malam yang kami keluar makan, ada berlaku situasi memberi trauma daripada layanan orang persekitaran. Sama ada itu adalah orang kedai atau pelanggan, kadang-kadang mereka tak faham anak istimewa ini lain daripada lain.
“Jadi, mereka tinggikan suara, marah dan maki. Masyarakat kita tak peka dengan insan yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan mental,” katanya.
Anggota trio adik-beradik, KRU itu juga menegaskan golongan istimewa yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan perlu dilayan dengan baik dan membantu merasai kehidupan normal.
“Sepanjang hidup, mereka perlu lalui hidup yang sebegitu, tapi mereka juga adalah manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan normal. Mereka hanya ‘tumpang lalu’ di dunia normal kalian sekejap sahaja.
“Hanya perlu hadap perangai mereka satu atau dua minit sahaja. Ibu bapa seperti kami perlu hadap mereka sepanjang hidup. Jika kalian fikir satu atau dua minit itu susah, boleh bayangkan bagaimana kami menghabiskan sepanjang hayat untuk menghadap mereka.
“Kami tidak mengeluh dan harap kalian juga sama. Jika ada antara kalian berjumpa dengan orang yang nampak lain dan ada penjaga atau ibu bapa bersamanya, kalian akan selamat dengan bimbingan mereka.
“Bagi mereka ruang untuk ‘menumpang lalu’ kehidupan normal kalian untuk beberapa minit dan mereka akan pergi daripada kehidupan anda selamanya,” katanya.
“Biar kami yang uruskan, tapi jangan jadikan keadaan lebih teruk dengan melayani mereka secara agresif, marah atau maki. Tiada apa pun yang mereka buat, kalau ada sekali pun keluarga anak istimewa ada untuk bayar atau ambil tanggungjawab.
“Tolonglah, peka dengan kekurangan dihadapi golongan istimewa ini kerana bukan semua kekurangan boleh dilihat. Saya tidak mampu mengubah dunia, tapi kalau ada satu atau dua orang yang mengikuti saya dapat faham.
“Kalau ada berhadapan dengan seseorang berbeza, jangan layan mereka berbeza. Cuba sesuaikan diri dengan dunia mereka sekejap sahaja.
“Mereka hanya berada di dunia anda sekejap sahaja. Saya yakin dunia akan jadi tempat lebih baik kalau kita saling bertolak ansur,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Emil, 24; Edylia, 21; Emery, 17, dan Elya, 14.
Sabar Menunggu Isteri Berhijab, Akhirnya Bekas Pemain Ragbi New Zealand Luah Syukur.
Sekian lama menunggu isteri tersayang, bertudung litup, bekas pemain ragbi terkenal New Zealand, Sonny Bill Williams meluahkan rasa syukur dengan penampilan baru isterinya, Alana.
Menerusi twitter miliknya dia berkongsi kegembiraannya.
“Isteri saya seorang Hijabi!” Alhamdulillah isteri saya mengambil keputusan untuk memakai tudung. Salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Apa yang menjadikannya begitu istimewa ialah mengetahui dia telah melakukannya untuk Allah SWT dan bukan untuk orang lain. Semoga Yang Maha Besar sentiasa memberkati anda dengan kesihatan yang baik, ketenangan dan kebahagiaan.”
“Daripada luaran saya nampak berjaya tetapi saya amat tidak gembira,” katanya kepada Irish Times. “Ia adalah fasad dan saya masih bermain bola sepak dengan menakjubkan.
Jadi ia kelihatan seperti saya telah berjaya. Ia bergantung kepada pilihan yang saya buat di luar padang. Ia seperti Instagram sekarang – kita semua meletakkan gambar yang sempurna di luar sana tetapi di sebalik itu terdapat ujian yang perlu dihadapi.
“Saya rasa saya masih dalam proses. Tetapi pada masa itu apabila segala-galanya kelihatan sempurna: Saya tidak suka mengatakannya seperti ini tetapi ia kelihatan dari luar sebagai pemuda tampan ini yang mempunyai kemasyhuran dan wang serta perhatian daripada jantina yang berlainan dan mempunyai keistimewaan.
“Saya tidak mengatakan ‘tidak’ kepada sesuatu. Saya mempunyai pemikiran simplistik psikotik bahawa saya akan membuatnya di TV dan membeli ibu saya sebuah rumah dengan kertas dinding yang mewah. Itu mendorong saya untuk keterlaluan dan itu ditapis ke dalam gaya hidup parti.
“Dan ia seperti: Saya membuat persembahan di atas padang supaya saya boleh hidup seperti yang saya mahu, saya boleh mempunyai ubat ini, ubat itu, bersama wanita ini. Saya telah berjaya sekarang! Dan apabila anda menjalani kehidupan tanpa sempadan, inilah yang boleh berlaku.
“Dengan kehidupan tanpa sempadan, saya tidak rasa bersemangat dan berkuasa. Berbeza dengan sekarang, saya tidak bangun dengan mabuk dan rasa jijik pada diri sendiri dan tidak berjiwa. Kini, saya merasakan kehidupan yang lebih baik.”
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.