Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, begitulah bila kita sebagai orang luar melihat penderitaan yang ditanggung oleh pasangan suami isteri ini.
Anak yang dilahirkan perlu penjagaan rapi, bukan seorang bahkan tiga daripada empat orang anaknya disahkan orang kurang upaya (OKU) terlantar dan austisme.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sungguh ujian ini bukan mudah dan cukup berat untuk ditanggung.
Difahamkan dua anak mereka Muhd Aiman Shahril Mohd Fadzli, 18, dan Muhd Aiman Raymi, 16, kini terlantar, manakala anak ketiga Nur Alia Iwanina, 10, pula autisme.
Mohd Fadzli Shafie, 40, berkata, ketiga-tiga anak mereka terutama dua anak yang terlantar memerlukan penjagaan rapi dia dan isterinya, Azuanina Abd Rashid, 38.
Ads
“Setiap hari saya perlu menguruskan mereka untuk mandi, tukar lampin dan makan. Jadi sehari saya hanya mampu bekerja di ladang kelapa sawit selama empat jam sahaja kerana perlu balik dan membantu isteri.
“Dengan kudrat isteri memang tidak mampu untuk mengangkat keduanya malah perlu menguruskan rumah dan seorang lagi anak kecil berusia dua tahun,” katanya sebagaimana memetik berita yang dilaporkan Berita Harian.
Terdahulu, mereka menerima kunjungan Persatuan Cakna Kasih dan Pengurus Projek Sektor Kemiskinan Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction), Muhammad Azri Abdul Jalil di Taman Agropolitan Rantau Manis.
Menurut Mohd Fadzli, setiap bulan dia perlu menghabiskan hampir RM200 untuk membeli lampin pakai buang untuk Muhd Aiman Shahril dan Muhd Aiman Raymi yang kini hanya terlantar.
“Anak pertama disahkan mengalami penyakit saraf sejak berusia 10 tahun, manakala anak kedua ketika berusia 8 tahun.
Ads
“Untuk ketiga-tiga anak ini kami mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1,000 sebulan dan sedikit sebanyak dapat menampung pembelian lampin pakai buang dan keperluan anak-anak,” katanya.
Mohd Fadzli berkata, selain tiga anak, anak keempat, Nur Alia Farisya dua tahun juga masih tidak boleh berjalan dengan baik dan tidak mengikut perkembangan bayi seusianya.
“Walaupun dengan pendapatan RM600 sebulan, saya yakin rezeki Allah SWT sangat luas dan mampu menyara kehidupan kami sekeluarga,” katanya.
Jika anak belum diberi kejayaan, jangan sedih atau kecewa kerana setiap anak-anak itu perkembangannya berbeza. Menurut coretan Khairul Hakimin Muhammad di laman facebooknya anak yang cemerlang dalam peperiksaan mungkin boleh jadi asbab anak berjaya. Namun tak semua anak-anak boleh ditolak jadi begitu. Apa yang pasti, anak tak naik pentas takpe, yang penting anak sentiasa nak belajar. Hari-hari terakhir last pun anak masih excited nak pergi sekolah. Ikuti selanjutannya corentan bapa ini.
Saya duk baca banyaknya komen dan tulisan tentang hari kecemerlangan anak-anak yang ada kata wajar diadakan, ada kata tak. Dari perbincangan elok-elok di media sosial, akhirnya jadi gaduh dan perli-perli.
Emak-emak, ayah-ayah yang ada anak pandai, pergi cakap gitu gini ke emak ayah yang ada anak kurang cemerlang. Dan yang tak berapa nak cemerlang ini pula, lawanlah sampai pengsan kata A tak penting mana begitu begini.
Inilah emak ayah zaman ini. Untuk anak, memang kita berusaha nak jadikan semuanya baik-baik belaka. Namun kawan-kawan, perbuatan perli, menyakitkan hati, berkata kasar tetap tak baik.
Saya hantar anak saya ke sekolah sekitar umurnya 4 tahun lebih. Memang ya, beliau tak cemerlang macam anak orang lain. Kami ada alasan tersendiri kerana si kecil kami ini perlu consume ubat yang agak lama menjadikan beliau kurang fokus, hyper dan sering sahaja bosan kepada 1-1 hal. Namun setiap kali ada anugerah apa-apa, dia akan tanya beribu-ribu kali, berulang-ulang kenapa dia tak dapat hadiah?
Saya berusaha cari jawapan untuk semua ini dan bolehlah kata dia ok selepas ini yang kami duk buat.
1. Cerita sahaja benda betul. Contohnya, ada hari keusahawanan. Yang mana dia perlu hias kedai dia, perlu jaga kedai dan sebagainya. Namun dah jenis tak fokus, dia berlari sana sini, hilang sahaja pergi melepak di gerai kawan, akhirnya dia tak menang apa-apa. Cakap benda yang benar. Dan beritahu dia yang dia boleh menang sekiranya dia buat abc sampai z. Dia akan faham.
2. Selesai majlis, bawa dia terus pergi makan di luar. Tak boleh balik rumah dahulu atau nak buat apa-apa yang lain.Walau dia tak naik pentas ambil hadiah, kita raikan kejayaan dia bersama-sama keluarga sendiri. Dia akan ok dan rasa sangat dihargai. Biasanya dia akan peluk kita siap pejam-pejam mata. Waktu ini, kau akan dapat lihat anak kau punya perasaan. Deep weh. Very deep.
3. Semasa dia sedang berusaha. Kau beri hadiah. Sebagai contoh, dia nampak struggle sangat dalam peperiksaan. Ada ja stressnya, nak belajar nak itu nak ini. Ha beli sahaja yang biasa atau yang senang dapat, bungkus, kasi ke dia dan ucap “good luck”. Dia akan sangat-sangat ok lalu senyum pada setiap hari nak ke sekolah (walau sekolah dah nak habis) haha.
4. Tak perlu ulang banyak kali salah dia jika dia gagal atau tidak cemerlang seperti yang lain. Dia tahu dan dia perlu baiki sahaja. Hanya beritahu mana yang wajar diperbuat dan duduk sekali dengannya untuk sama-sama berusaha.
Ibu bapa yang dapat duduk semeja dengan anak-anak sekurang-kurangnya 3 kali seminggu akan dapat special bond dalam hal-hal peperiksaan.
5. Berusaha untuk anak-anak ini lebih banyak aktiviti di luar berbanding di dalam rumah. Apabila mereka ini sukar untuk fokus belajar, tidak cemerlang dalam peperiksaan, aktiviti luar akan kurangkan stress, akan perbanyak nilai kreativiti kepada mereka.
Ini yang saya buat. ‘Ain akan masuk darjah 1 tahun hadapan. Walau dia baru sahaja boleh membaca. Baru juga boleh mengira dan masih belum dapat fokus sepenuhnya dengan apa kita cakap dan beritahu, dia semakin ok bab bertanya dan ingin tahu itu ini.
Ikutkan, 17hb itu hari ada hari persembahan beliau. Namun, pihak sekolah terpaksa tukar ke 24hb ini kerana tiada lokasi. Dan paling menyedihkan, saya tak dapat bersama beliau.
Yang buat saya happy ialah, setiap hari kami Facetime, saya tanya bagaimana persediaan untuk hadap orang ramai atas pentas nanti, dia jawab “abah jangan risau, ‘Ain akan buat yang terbaik. ‘Ain tahu abah busy, abah buat semua tu untuk ‘Ain. ‘Ain pun sayang abah.”
Anak kita, kita yang kenal
Kawan-kawan,
Cemerlang dalam peperiksaan mungkin boleh jadi asbab anak kita berjaya. Namun tak semua anak-anak boleh ditolak jadi begitu. Sukarnya nak beri orang lain faham tentang anak kita.
Dan para guru, kena layan semua anak-anak itu sama. Mereka buat kerja habis daya untuk anak-anak kita.
Ya, Anak kita, kita yang kenal. Jadi kita kawal, kita bantu, kita dorong supaya dia jadi manusia dahulu sebelum semua itu.
Memanusiakan manusia adalah perkara yang memperseimbangkan kebijaksanaan dan tidak. Ia adalah kebaikan yang semua orang boleh ada. Ingatlah ini, nak dapat hormat, bukan dengan sijil, namun dengan adab, dengan merendah diri dan menjadi orang yang bahagia melihat orang lain bahagia.
Begitulah.
Anak kita, tengok kita.
Khairul Hakimin Muhammad, Good luck semua anak-anak, salam dari Osaka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sepanjang bulan-bulan terakhir bagi tahun 2024 ini, pastinya ibubapa berusaha untuk membekalkan ilmu buat anak-anak bagi persediaan peperiksaan akhir tahun.
Ujian akhir sesi akademik (UASA) iaitu ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik.
Gred markah UASA ini biasanya dibahagikan kepada beberapa gred dan ini panduan untuk ibubapa.
Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik.
Pelajar yang terlibat dalam UASA adalah seperti di bawah:
Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
Senarai mata pelajaran untuk sekolah rendah tahap dua adalah:
* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Sains
* Sejarah
Bagi sekolah menengah tahap satu, terdapat 20 mata pelajaran iaitu:
* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Matematik
* Pendidikan Islam/Moral
* Sejarah
* Sains
* Geografi
* Asas Sains Komputer
* Reka Bentuk dan Teknologi
* Bahasa Arab
* Maharat al-Quran
* Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
* Al-Syariah
* Usul Al-Din
* Bahasa Cina
* Bahasa Tambil
* Bahasa Punjabi
* Bahasa Kadazandusun
* Bahasa Iban
* Bahasa Semai
Pelaporan prestasi murid bagi PBD berterusan dan pencapaian ujian dijana dalam satu pelaporan.
Berikut adalah gred markah UASA:
82% – 100% = Gred A = Cemerlang 66% – 81% = Gred B = Kepujian 50% – 65% = Gred C = Baik 35% – 49% = Gred D = Memuaskan 20% – 34% = Gred E = Mencapai tahap minimum 0% – 19% = Gred F = Belum mencapai tahap minimum
Bila hujung minggu, mesti para ibu merancang mengemas rumah. Inilah waktu keemasan untuk memastikan segala ruang dalam rumah teratur.
Malah, bukan sahaja mengemas barang-barang tetapi juga perlu remove barang yang tak perlu.
Mana taknya, jika tidak remove makin sempit rumah dengan barang-branag tak tidak digunakan sekian lama.
Melalui perkongisan puan Syahira Mohamed berkongsi cara mengemas rumah mengikut caranya.
Boleh ikut cara ni.
Aktiviti hari ni. Decluttering!
Fokus apa yang perlu di simpan dan remove barang tak perlu. Kebetulan hari ni tak ada program lain. Cuti tiga hari ni agak lapang. Dua anak asrama pun tak balik.
Projek mengemas memang perlu masuk dalam agenda. Block masa dan perlu komited. So kita tak diganggu dengan program lain. Stress pun kurang sebab dah masuk dalam priority list. Tak ada asyik tertangguh saja.
Dah pasang niat dan masuk dalam kalendar. Kemudian lepas solat doa ngan Allah. Benda kecik benda besar, sebaiknya sentiasa minta tolong Allah permudahkan.
“Ya Allah, aku nak ngemas rumah. Berikan aku keberkatan masa, kesihatan yang baik. Kadang aku rasa tak larat, berilah aku kekuatan. Permudahkan ya Allah. Aaminn”
Kemudian pilih kategori barang apa nak declutter dulu. Buat satu persatu. Mula dengan pakaian. Kemudian perkakas dapur. Buku atau majalah dan sebagainya. Kalau buat sekaligus boleh stress dibuatnya. Then langsung tak jadi nak proceed.
NAK RUMAH CANTIK KENA KERJASAMA.
Then. Apa yang penting? Kerjasama! Teamwork semua ahli keluarga. Selalunya suami isteri ni berbeza. Sorang suka buang barang, sorang alahaii penyayang sangat. Tin biskut, botol mineral, kotak printer 10 tahun lalu pun masih nak simpan. Ni kena pandai berdiplomasi.
Macam kami selalu ingatkan diri masing-masing. Andai kata tiba-tiba Allah ambil nyawa serentak, siapa yang nak tolong uruskan barang-barang yang banyak dan bersepah ni? So kami decide simpan barang penting, perlu dan selalu guna saja!
TIGA BOX IKUT KATEGORI
Hari ni kami declutter pakaian. Mula dengan almari anak-anak. Last buat akhir tahun lepas. Ni macam dah semak balik almari. Apa yang kami buat:
1. Cari satu tempat yang lapang. Sediakan tiga box ikut kategori. Simpan, derma atau jual dan untuk dibuang.
2. Keluarkan semua pakaian yang ada. Kumpul setempat. Pilih satu persatu baju. Then tanya diri sendiri:
🤔 Sayang baju ni lagi?
🤔 Selesa atau konfiden bila pakai?
🤔 Adakah selalu pakai?
✅ Jika ya, simpan!
🧐 Tengok saiz masih muat lagi? Kain dah tak elok untuk dipakai? Ada lubang atau kerosakan?
🧐 Susah nak matchkan dengan tudung atau seluar? Menyebabkan kita tak nak pakai.
🧐 Bila last pakai? Dah terlalu lama tak pakai lebih 6 bulan?
✅ Ni masanya untuk say goodbye
Konfius sama ada nak ke tidak? Cuba pakai. Berdiri depan cermin.
🤨 Masih elok dan cantik bila pakai?
🤨 Masih muat?
🤨 Feel good?
✅ Than simpan! Kalau tak, lepaskan!
Waktu ni kena kejam sikit. Buang rasa sayang, ada sentimental value lah, orang bagi hadiah, rasa macam nak pakai lagi nanti. Mempertahankan baju yang penuh kenangan.
Perasaan tu memang ada. Tapi dah kalau 6 bulan tak pakai, memang kita tak perlukan pun. Better sedekah bagi orang pakai. Ada juga manfaat, pahala yang mengalir. Pernah dengar ustaz kata, tak baik simpan barang yang kita tak guna.
Lagipun kalau kita simpan, makin lama baju tu makin outdated. Dalam masa yang sama kita tambah lagi pakaian baru. So not worth untuk simpan.
3. Dah siap pilih. Masukkan balik dalam almari. Susun dan gantung dengan kemas. Saya akan pastikan warna hanger sama (perfectionist la sangat), ikut kategori dan warna.
Bukan apa. Sedap mata memandang satu. Time nak pilih mudah, cepat dan stress-free. Tak perlu berlama-lamaan depan almari tak tau nak pilih mana.
4. Baju yang tak nak tadi tu boleh derma atau jual preloved item. Boleh buka car boot sale, jual online kat Shopee, Mudah.my atau FB market.
Yang tak sesuai di dermakan sebab rosak, boleh buang. Tak baik bagi baju tak elok ya tak.
5. Wow wardrobe dah berjaya decluttered!
Bila dah nampak almari lapang, usah ulang balik tabiat lama. Kita cenderung untuk beli baju baru and tambah lagi stok. Buat undang-undang baru, setiap kali beli baju, derma satu yang lama. Buy 1 Give 1. Jadikan habit supaya almari tetap declutter!
👕👚🥼👗🧥👔👖
Banyak kebaikan hidup minimalis dengan decluttering ni. Bukan setakat ruang nampak lapang cantik dan kemas. Tapi dari psikologi juga.
Bayangkan smartphone kita full of memory. Kita pun rasa tak selesa. Once kita dah clearkan semua benda yang tak perlu. Fuhh lapang perasaan. Bukan stakat smartphone ringan, otak kita pun tiba-tiba rasa hilang beban!
Ambil masa sekali sahaja kemudian nikmati perasaan luar biasa berkali-kali. Betul, banyak kelebihan bila semua benda in order dan kelihatan kemas serta tersusun. Apa yang bestnya?
❤️ Mood dan emosi lebih tenang serta kurangkan eneruuugi negatif. No mess no stress! Kurangkan anxiety!
Boosts our mood. Reduce mental overload and stress. Bebas dari gangguan visual yang menyebabkan tekanan. Mata kita ni kalau tengok keadaan bersepah, banyak sangat barang dan tak tersusun memang stress. Walaupun kita boleh saja buat tak nampak tapi tetap rasa rimas. Nak buat kerja lain pun tak senang. Macam ada kerja tak sudah.
💫 Ruang akan jadi lebih lapang.
Keadaan yang tersusun dan tak ada lagi barang yang tak perlu. Bila kemas, ruang jadi lebih besar. Fikiran kita pun rasa lapang juga. Lebih fokus. Banyak benda boleh fikir, banyak kerja atau tugas boleh buat. Produktiviti meningkat, keuntungan berganda.
💪🏻 Paksa diri untuk decide apa yang benar-benar penting saja untuk kita.
Ibarat kenapa perlu buang masa tengok movie yang kita tak nak lihat. Atau baca buku yang kita tak minat. Simpan yang perlu, buang atau derma apa yang tak dipakai. Tinggalkan apa yang penting dan perlu saja di sekeliling kita.
🥰 Kita akan kenal dan tau apa taste atau citarasa kita sebenarnya.
Sebagai contoh. Perasan tak. Dalam almari kita banyak sangat baju. Tapi setiap hari baju favourite tu jugak yang kita ambil pakai. Dok ulang rotate baju yang sama. Yang banyak-banyak tu tak terusik. Semasa proses memilih baru kita perasan sebenarnya kita dah ada taste sendiri.
So bila kita faham dan kenal taste kita. Next time kita akan lebih bertegas dalam memilih apa yang kita suka dan beli. Macam saya suka yang simple dan neutral. Bila pergi kedai dah tau nak pilih yang mana. Ya kan kadang-kadang masuk kedai terpengaruh dengan jualan murah dan terikut nafsu. Balik nyesal terbeli.
⏰ Jimat masa mengemas.
Save time and improve effectiveness. Barang sudah tersusun dan makin berkurangan. Maka makin kurang amount of time yang kita spend on cleaning, organizing and dusting. Setiap hari hanya perlukan rutin maybe tak sampai 10 minit saja untuk keep it that way.
😎 Memberi rasa konfiden dan self-efficacy.
Membuatkan kita sentiasa bermotivasi apabila berjaya sempurnakan misi decluttering. Getting things done!
👨👩👧👦 Kurangkan tekanan dalam family. Rumah bersepah, nak cari baju anak-anak ambil masa lama. Ini semua boleh buat stress!
👀 Dan akhir sekali boleh jumpa barang hilang. Tiba-tiba terjumpa barang yang kita sendiri dah lupa kewujudannya.
Syahira Mohamed,
Stress ya amat tengok rumah bersepah tapi tak kemampuan nak kemas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.