Sudah pastinya ramai yang mengakui memandu waktu malam memang mencabar. Biasanya laluan lebuh raya mudah dan terang dengan bantuan lampu di kanan kiri jalan. Namun lebih mencabar apabila melalui kawasan kampung. Kebanyakkannya tiada kemudahan lampu jalan raya di tepi jalan.
Ketika ini sudah tentu ada kenderaan yang memasang lampu suluh tinggi (high beam). Sudah tentu keadaan ini akan membuatkan kita tidak selesa apabila berselisih dengan kereta depan yang memasang lampu suluh tinggi (high beam). Begitu juga dengan kereta dibahagian belakang. Ia juga turut memberi rasa kurang selesa.
Sebenarnya ada cara untuk mengelak silau pada waktu malam pada cermin padang belakang. Barangkali ada yang tidak tahu keadaan ini boleh diatasi dengan hanya menekan bahagian bawah butang pada cermin berkenaan.
Kesannya pandangan tidak lagi silau dengan high beam. Pandangan mata lebih selesa.
Sebelum hantar masuk asrama, ambil kira perasaan anak. Menghantar anak ke asrama adalah satu keputusan besar yang memberi kesan mendalam kepada kehidupan anak dan ibu bapa.
Walaupun asrama sering dikaitkan dengan peluang pendidikan yang lebih baik serta membentuk kemahiran berdikari, keputusan ini perlu dibuat dengan berhati-hati. Satu aspek yang sering terlepas pandang ialah perasaan anak terhadap perubahan ini. Sebagai ibu bapa, kita perlu ambil kira emosi dan kesiapsiagaan anak sebelum membuat keputusan yang besar ini.
Mengapa Perlu Ambil Kira Perasaan Anak?
Perkembangan Emosi yang Stabil
Anak-anak yang dihantar ke asrama berdepan dengan perubahan besar dari segi persekitaran, rutin, dan orang sekeliling. Jika mereka tidak bersedia, ini boleh mengganggu kestabilan emosi mereka. Kanak-kanak yang terlalu muda atau belum cukup matang mungkin berasa sunyi, takut, atau terasing. Kestabilan emosi penting dalam membentuk keyakinan diri, keupayaan untuk menghadapi cabaran, serta ketahanan mental dalam situasi yang berbeza.
Membentuk Rasa Percaya dan Sokongan
Perbincangan bersama anak tentang keputusan untuk ke asrama boleh mengeratkan hubungan ibu bapa-anak. Dengan melibatkan mereka dalam perbincangan, mereka akan rasa lebih dihargai dan dipercayai. Ini juga menunjukkan bahawa ibu bapa menghormati pendapat dan perasaan mereka. Rasa percaya dan sokongan ini akan memudahkan anak untuk menghadapi cabaran hidup di asrama dengan tenang.
Menggalakkan Kematangan dan Persediaan Mental
Anak yang diberikan ruang untuk menyuarakan pendapat mereka lebih bersedia dari segi mental. Mereka akan tahu apa yang diharapkan dan lebih bersedia menghadapi perubahan ini. Proses perbincangan ini memberi mereka peluang untuk memahami cabaran dan manfaat hidup di asrama, sekaligus menggalakkan mereka untuk melihat dari perspektif yang lebih matang.
Langkah-Langkah untuk Mendekati Anak Sebelum Keputusan Dibuat
Berbincang Secara Terbuka
Mulakan perbincangan dengan anak secara terbuka dan tanya perasaan mereka tentang kemungkinan tinggal di asrama. Elakkan nada memaksa dan beri peluang untuk mereka meluahkan pandangan serta kerisauan mereka. Jika mereka menolak, ambil masa untuk memahami sebab di sebalik penolakan tersebut.
Terangkan Kebaikan Dan Cabaran Asrama
Jelaskan kepada anak mengenai kebaikan asrama, seperti peluang belajar yang lebih baik, membina persahabatan baru, dan kemahiran hidup berdikari. Namun, jangan abaikan cabaran yang mungkin mereka hadapi. Dengan memberikan gambaran yang realistik, anak dapat membentuk harapan yang tepat dan bersedia secara mental untuk menghadapi perubahan tersebut.
Luangkan Masa Untuk Lawatan Asrama
Bawa anak untuk melawat asrama terlebih dahulu jika itu adalah pilihan yang boleh dibuat. Lawatan ini akan membantu mereka membayangkan kehidupan di sana dan mengurangkan rasa kekok atau takut. Melalui lawatan, mereka boleh melihat keadaan bilik, kelas, kantin, dan persekitaran asrama. Ini boleh menjadi satu pengalaman yang dapat membantu mereka membuat keputusan dengan lebih yakin.
Berikan Sokongan Emosi Berterusan
Sokongan tidak berhenti selepas anak ke asrama. Jadikan komunikasi sebagai keutamaan. Sediakan waktu tetap untuk berhubung dengan mereka melalui telefon, pesanan, atau lawatan jika dibenarkan. Tanya tentang pengalaman mereka, kawan-kawan baru, dan pembelajaran di sana. Ini akan membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan mengurangkan kerinduan terhadap keluarga.
Beri Kebebasan untuk Menyuarakan Ketidakpuasan
Tidak semua anak akan beradaptasi dengan segera. Sesetengah mungkin berasa tidak selesa dan ingin pulang dalam masa yang singkat. Beri mereka ruang untuk menyuarakan perasaan ini tanpa rasa takut atau rasa bersalah. Jika keadaan tidak sesuai, pertimbangkan semula keputusan dengan hati terbuka. Ingat bahawa kesejahteraan emosi anak adalah lebih penting daripada keinginan ibu bapa.
Keputusan untuk menghantar anak ke asrama perlu dibuat dengan teliti dan bijak. Setiap anak adalah unik, dan tidak semua kanak-kanak bersedia untuk meninggalkan rumah dan hidup di asrama. Oleh itu, ambil kira perasaan anak serta kesiapsiagaan emosi mereka. Sebagai ibu bapa, sokongan kita adalah kunci kepada kejayaan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penjagaan kecantikan wanita tidak hanya tertumpu pada wajah semata-mata. Malah jangan pernah abaikan penjagaan pada bahagian intim wanita agar kekal bersih, sihat dan tidak berbau.
Terdapat banyak cara untuk penjagaan aset wanita ini dan salah satunya sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ini.
Jom semak untuk manfaat bersama.
Rendaman faraj. Siapa pernah buat?
Rendaman faraj ni amalan perbidanan melayu lama dan sampai sekarang, ia sangat digalakkan. Seeloknya rendaman faraj ini buatlah seminggu sekali.
Ada sesetengah wanita yang mengalami kegatalan luar biasa. Mereka tidak dapat menahan kesakitan dan kepedihan untuk menghilangkan kegatalan pada farajnya.
Ada wanita yg akan menggaru2 dan akhirnya melecet dan pedih.
Disebabkan pedih yg amat ini,mereka tidak dapat nak berjalan dan akan membuatkan mereka stress. Maka dengan itu,ramai juga doktor yg menyarankan pesakit mereka membuat rendaman faraj ini.
Bayangkan kalau ada lipas dan ulat merayap dibahagian sulit kita. Eeuuww gatal kan sebab dipenuhi bakteria. Begitu juga kalau dibahagian sulit wanita. Bayangkan kalau penuh bakteria jahat?
Sebenarnya ramai juga yang masih tak tahu khasiat mengamalkan rendaman faraj ini. Ini adalah amalan perubatan melayu lama yang membuatkan mahkota wanita sentiasa ‘cantik’ & bersih.
Orang putih pun buat,depa panggil sitz bath.Kalau tanya orang dulu², amalan ni sangat diwajibkan untuk ibu selepas kering darah nifas, kering darah haid & juga diamalkan untuk menghilangkan kegatalan pada faraj.
Rendaman faraj ini juga sangat bagus diamalkan oleh wanita yang mempunyai masalah keputihan dan buasir.
Macam mana cara nak buat rendaman faraj ni?
1. Sediakan besen besar yang boleh muat kan pinggul anda.
2. Pastikan air yang kita nak rendamkan pinggul ni sedikit panas dan ada semua bahan² ni.
Bahan² untuk buat rendaman faraj :
1. Garam bukit
2. Air rebusan sireh
3. Asam keping
Siapa perlu buat rendaman faraj?
1. Ibu hamil – Dibuat ketika rasa tak selesa,berair,gatal & lembab
2. Ibu berpantang – Selalunya dibuat pada hari ke-30, bila darah nifas semakin kering dan sehingga habis darah.
3. Gadis & sesiapa saja – Boleh dijadikan amalan mingguan.
Khasiat merendam faraj :
1. Menghilangkan gatal² & bau yang tak menyenangkan pada miss V akibat keputihan & discharge.
2. Bagus untuk menyembuhkan luka episiotomi.
3. Memantapkan cengkaman faraj.
Ibu-ibu yang nak masak hari ini, kalau masih belum dapat idea mungkin boleh cuba resipi Ayam Kam Heong ini. Menu yang cukup popular kalau berkunjung ke Restoran Chinese Muslim dan sedap pula tu.
Yang penting cara buat mudah. Jom cuba air resipi yang dikongsikan oleh Dani Shoppe’s Hi kawan². Harini sy cuba masakan ayam kam heong. Kalau buat carian, kam heong ni popular guna udang atau lala. Next time kita buat guna udang.
Ayam kam heong
Bahan A
1/2 ekor ayam, peha & isi dada, cuci bersih & toskan
Bahagian peha sy buang tulang, hiris ayam jd ketulan kecil.
Saya perap ayam dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan
Bahan B
6 ulas bawang merah kecil @ 1 biji bawang merah besar. Hiris halus
5 ulas bawang putih, ketuk & cincang kasar
1 sudu besar serbuk kari
Cili padi secukup nya
Sedikit udang kering (sy tak letak)
Sedikit halia lumatkan (sy tambah sendiri)
Daun kari
Sos tiram
Kicap manis
Sedikit gula
Sedikit garam
Cara membuat:
Panaskan kuali, ambik minyak goreng ayam td dalam 3 – 4 sudu.
Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia, udang kering sampai naik bau & sedikit brown.
Masukkan serbuk kari & sedikit sahaja air, kacau sebati. Kemudian masukkan sos tiram & kicap manis. Nak tambah kicap pekat boleh. Sy tambah sedikit sos cili dalam 1 sudu besar je. Kacau sebati. Kalau kering sangat tambah 2-3 sudu air.
Masukkan ayam kita td. Kacau rata. Rasa dulu, kalau perlu tambah garam & sedikit gula.
Kacau sekata sehingga ayam cukup masak & cukup rasa masin, manis, pedas.
Siap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.