Sebelum hantar masuk asrama, ambil kira perasaan anak. Menghantar anak ke asrama adalah satu keputusan besar yang memberi kesan mendalam kepada kehidupan anak dan ibu bapa.
Sebelum Hantar Masuk Asrama, Ambil Kira Perasaan Anak
Walaupun asrama sering dikaitkan dengan peluang pendidikan yang lebih baik serta membentuk kemahiran berdikari, keputusan ini perlu dibuat dengan berhati-hati. Satu aspek yang sering terlepas pandang ialah perasaan anak terhadap perubahan ini. Sebagai ibu bapa, kita perlu ambil kira emosi dan kesiapsiagaan anak sebelum membuat keputusan yang besar ini.
Mengapa Perlu Ambil Kira Perasaan Anak?
Perkembangan Emosi yang Stabil
Anak-anak yang dihantar ke asrama berdepan dengan perubahan besar dari segi persekitaran, rutin, dan orang sekeliling. Jika mereka tidak bersedia, ini boleh mengganggu kestabilan emosi mereka. Kanak-kanak yang terlalu muda atau belum cukup matang mungkin berasa sunyi, takut, atau terasing. Kestabilan emosi penting dalam membentuk keyakinan diri, keupayaan untuk menghadapi cabaran, serta ketahanan mental dalam situasi yang berbeza.
Membentuk Rasa Percaya dan Sokongan
Perbincangan bersama anak tentang keputusan untuk ke asrama boleh mengeratkan hubungan ibu bapa-anak. Dengan melibatkan mereka dalam perbincangan, mereka akan rasa lebih dihargai dan dipercayai. Ini juga menunjukkan bahawa ibu bapa menghormati pendapat dan perasaan mereka. Rasa percaya dan sokongan ini akan memudahkan anak untuk menghadapi cabaran hidup di asrama dengan tenang.
Ads
Menggalakkan Kematangan dan Persediaan Mental
Anak yang diberikan ruang untuk menyuarakan pendapat mereka lebih bersedia dari segi mental. Mereka akan tahu apa yang diharapkan dan lebih bersedia menghadapi perubahan ini. Proses perbincangan ini memberi mereka peluang untuk memahami cabaran dan manfaat hidup di asrama, sekaligus menggalakkan mereka untuk melihat dari perspektif yang lebih matang.
Langkah-Langkah untuk Mendekati Anak Sebelum Keputusan Dibuat
Berbincang Secara Terbuka
Mulakan perbincangan dengan anak secara terbuka dan tanya perasaan mereka tentang kemungkinan tinggal di asrama. Elakkan nada memaksa dan beri peluang untuk mereka meluahkan pandangan serta kerisauan mereka. Jika mereka menolak, ambil masa untuk memahami sebab di sebalik penolakan tersebut.
Ads
Terangkan Kebaikan Dan Cabaran Asrama
Jelaskan kepada anak mengenai kebaikan asrama, seperti peluang belajar yang lebih baik, membina persahabatan baru, dan kemahiran hidup berdikari. Namun, jangan abaikan cabaran yang mungkin mereka hadapi. Dengan memberikan gambaran yang realistik, anak dapat membentuk harapan yang tepat dan bersedia secara mental untuk menghadapi perubahan tersebut.
Luangkan Masa Untuk Lawatan Asrama
Bawa anak untuk melawat asrama terlebih dahulu jika itu adalah pilihan yang boleh dibuat. Lawatan ini akan membantu mereka membayangkan kehidupan di sana dan mengurangkan rasa kekok atau takut. Melalui lawatan, mereka boleh melihat keadaan bilik, kelas, kantin, dan persekitaran asrama. Ini boleh menjadi satu pengalaman yang dapat membantu mereka membuat keputusan dengan lebih yakin.
Ads
Berikan Sokongan Emosi Berterusan
Sokongan tidak berhenti selepas anak ke asrama. Jadikan komunikasi sebagai keutamaan. Sediakan waktu tetap untuk berhubung dengan mereka melalui telefon, pesanan, atau lawatan jika dibenarkan. Tanya tentang pengalaman mereka, kawan-kawan baru, dan pembelajaran di sana. Ini akan membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan mengurangkan kerinduan terhadap keluarga.
Beri Kebebasan untuk Menyuarakan Ketidakpuasan
Tidak semua anak akan beradaptasi dengan segera. Sesetengah mungkin berasa tidak selesa dan ingin pulang dalam masa yang singkat. Beri mereka ruang untuk menyuarakan perasaan ini tanpa rasa takut atau rasa bersalah. Jika keadaan tidak sesuai, pertimbangkan semula keputusan dengan hati terbuka. Ingat bahawa kesejahteraan emosi anak adalah lebih penting daripada keinginan ibu bapa.
Keputusan untuk menghantar anak ke asrama perlu dibuat dengan teliti dan bijak. Setiap anak adalah unik, dan tidak semua kanak-kanak bersedia untuk meninggalkan rumah dan hidup di asrama. Oleh itu, ambil kira perasaan anak serta kesiapsiagaan emosi mereka. Sebagai ibu bapa, sokongan kita adalah kunci kepada kejayaan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidup ini ibarat pusingan roda, sekali sekala kita berada di atas dan sekali sekala kita berada di bawah. Penuh dengan ujian hidup.
Begitulah juga yang pernah dilalui oleh penyanyi dan peserta program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Adibah Noor.
Sebelum ini pernah mengaku terpaksa menjual rumah dan menggadai barang kemas berikutan kesempitan wang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu.
Buat Bayar Hutang
Ditanya mengenai hadiah kemenangan, Adibah, 52, menyatakan dia akan menggunakan wang kemenangan sebanyak RM20,000 itu untuk membayar hutang.
Selain itu, kata pemilik nama Adibah Noor Mohd Omar, dia ingin menebus semula barang kemas yang digadai ketika dia menghadapi krisis kewangan.
Tidak Malu Mengaku
Rasanya semua sudah tahu bagaimana saya lalui hidup susah ketika dua kali tempoh PKP sebelum ini. Saya tidak malu mengaku tentang hal tersebut.
Duit kemenangan ini saya akan gunakan untuk bayar semua hutang yang telah saya pinjam sebelum ini dan tebus kembali barang kemas.
Tambah pelantun lagu Terlalu Istimewa, dia tidak lupa untuk menyimpan sejumlah wang kemenangan demi masa depan.
Selain itu, saya akan simpan sedikit dan jika ada lebih saya mahu bercuti bagi merehatkan diri.
Program GV8 Membuatkan Saya Sedar
Dalam pada itu, pelakon drama Kampung People 2 akui sepanjang program itu dia telah berubah menjadi individu yang tidak lantang bersuara.
Semua orang tahu saya seorang vokal person, tweet saya di Twitter sentiasa berbisa. Program GV8 membuatkan saya sedar dan tidak lagi bersikap judgemental. Apa sahaja berlaku lebih baik diam dan telan sahaja.
Tak susah sebenarnya untuk mendiamkan diri apabila kita buka hati untuk faham tuntutan kerja orang lain.
Pada konsert akhir GV8, Adibah menyanyikan lagu Seroja dan berduet bersama Datuk Zainal Abidin dengan lagu Kau DI Hati Ku.
Manakala di pusingan battle, Adibah berentap dengan Azan Scan menerusi lagu Kami Rappers dari 4U2C.
Sumber : mStar & OhBulan
Jom saksikan video menarik tentang adik-adik BK kita ni makan Ayam McD 3X pedas. Boleh tahan ke tidak? Jom saksikan.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Usia tidak menjadi penghalang untuk mana-mana wanita tampil cantik dan berkeyakinan. Pun begitu tidak dinafikan bila seseorang itu sedar usianya semakin meningkat, lazimnya akan berubah dari segi pemakaian mahu pun tingkahlaku dan cara berfikir.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop, melihat ada 12 perubahan paling nyata. Jadi apa kata kita check mungkin ada yang disenaraikan ini ada persamaan dengan apa yang kita rasai kini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Orang perempuan bila dia sedar dia makin ‘menua’….
1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga.
2. Dah takda kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa.
3. Dia dah tak berapa nak membeli. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi.
4. Dia malas layan drama. “Ikut kau lah Bedah”. Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu.
Langkah Demi Langkahnya
5. Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana.
6. Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya.
7. Dia banyak bersendiri. ‘Me Time’ dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. ‘Me Time’ sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri.
8. Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takpa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiada lah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat.
9. Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dia lah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana.
10. Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar… ‘Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian’.
11. Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa.
12. Dia faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan ‘hati’. Sebab itu dia lebih banyak bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab dia nak jaga hati dia. Dari rosak binasa.
Tentu ada yang mempunyai suami apabila tidur je berdengkur. Siap kena kejut bangun sebab bunyi menganggu tidur.
Tapi sebenarnya itulah pemanis rumahtangga. Begitulah yang dikongsi oleh wanita ini. Dengkur suami itu sebenarnya membahagiakan.
Ikuti perkongsiannya.
Mendengar ceramah Ustaz Shamsul Debat tadi, kemain terbahak-bahak aku ketawa.
Topik yang dibincangkan,
“Isteri, jangan merungut suami tidur berdengkur.”
Bermacam-macam contoh bunyi dengkuran yang USD bagi. Antaranya bunyi mengunyah, bunyi asah gigi, bunyi kapal berlabuh, bunyi vibrate henfon pun ada. Keras perut aku gelak.
Katanya bersyukurlah, sekurang-kurangnya suami tidur sebelah kita. Bukan sebelah orang lain.
Tengah sedap aku gelak, tiba-tiba ustaz cerita ada sorang makcik kat Rembau tu cakap,
“Takde lah masa lain yang makcik teringat kat pakcik kau, time tido lah. Bila time tido makcik dah tak dengar suara dia, baru lah makcik sedar yang pakcik kau dah takde.”
Allahu.
Sebak sungguh dengar. Airmata yang tadi keluar masa aku gelak-gelak, dah terus tukar jadi airmata sedih.
RENUNG WAJAH SUAMI SEBELUM TIDUR.
Tapi betullah gais,
Malam-malam sebelum tidur tu, cubalah renung muka suami sejenak. Kasih atau kasihan? Kadang-kadang cuba tanya diri sendiri, masih ada tak feeling macam masa baru kahwin dulu bila pandang muka diorang.
Ke sekarang ni tengok pun dah menyampah, menyirap je tengok muka? Atau rasa nak tekapkan bantal je kat muka dia? Biar kojol. Kalau ada rasa begitu, baiklah berbincang hati ke hati, cari apa punca masalah korang atau pergilah kaunseling.
Aku bukanlah isteri yang terbaik. Tapi malam-malam selain dari renung muka anak-anak tidur, aku paling suka curi-curi pandang muka Encik Suami masa dia dah tertidur.
Alhamdulillah, wajah itu masih memberi aku sejuta ketenangan. Sama seperti dulu. Suami isteri adalah saling melengkapi, saling berkongsi. Bukan hanya sorang ja yang
“give” dan sorang lagi hanya tahu “take.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak sudah mula tanya siapa ibu kandungnya, Hafiz Hamidun akui sukar nak jawab. "Dia sudah mula bertanya siapa ibu kandungnya, jadi, saya perlu perlahan-lahan memberikan penerangan supaya dia faham dengan keadaan sebenar," kata penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun ketika ditanya perkembangan anak angkatnya, Hamdee, 5.