Tinted Sliding Door, Pasang Sendiri Lagi Berbaloi. Lelaki Ni Kongsi Caranya!

Share

Berpindah ke kediaman baharu tentunya suatu perkara yang menggembirakan hati untuk semua ahli keluarga.

Pun begitu, sebelum berpindah masuk ke rumah baharu diakui pelbagai persiapan perlu dilakukan untuk pastikan kediaman baharu selamat dan selesa untuk dihuni.

Antara perkara asas adalah perlu buat pendawaian elektrik untuk pemasangan lampu dan kipas, memasang geriji besi pada tingkap dan pintu serta perlu juga dipasang tinted pada bahagian kaca tingkap dan pintu. Tentunya, semua ini memerlukan kos yang besar.

Jadi apa kata mana yang boleh kita buat sendiri, lakukan DIY. Sekurang-kurangnya dapat berjimat.

Contohnya kita boleh berjimat dalam hal pemasangan tinted cermin dan cara pemasangan telah dikongsikan oleh saudara Zulfikri ini dan bolehlah dijadikan panduan.


 

Survey tanya orang nak upah pasang tinted ni katanya makan kos RM1k lebih. Alang-alang ada masa terluang kita pasang sendiri saja.

Kos pasang sendiri :

1. Sticker tinted 5ftx50ft – RM210 kat Shopee. Siap dapat kit pemasangan.
2. Ais batu – RM1.00
3. Limau Kasturi – 50 sen
Total RM 211.50

Jimat +-RM800.

Cara Pemasangan

1. Cuci cermin bersih, buang atau kikis bendasing yg melekat kat cermin tu.
2. Spray sabun tinted kat cermin. (sabun ada diberi sekali dengan set tinted)
3. Buka lapisan nipis tinted (ni paling mencabar) dan spray lagi sabun atas permukaan yg melekat tu.
4. Lekat dan ejas tinted atas cermin. Selagi sabun ada masih boleh ejas lagi kedudukan dia.
5. Tarik keluar buih sabun dan gelembung udara guna scraper (ada diberi sekali set tinted tu)
6. Potong lebihan tinted
7. Bancuh teh o ais limau.

Oh ya. Item 2 dan 3 tu gunanya untuk bancuh Teh O Ais Limau waktu berbuka nanti.

Sumber : Zulfikri Zainol via Tukang Apa Hari Ini

IKLAN