Bendi antara sayuran hijau yang enak dimakan baik dibuat ulam mahupun digoreng atau dimasukkan di dalam kari.
Setiap kali apabila kita mahu beli bendi, mesti ada antara kira yang akan patahkan hujungnya untuk cari bendi yang muda dan segar.
Cara ini akan membuatkan penjual kerugian jika bendi tidak jadi dipilih pembeli. Jom admin kongsikan sedikit tips dari saudara Azuan Abdullah cara pilih bendi yang segar tanpa perlu merosakkannya.
Tips Beli Bendi Tanpa Patahkan Hujung Buah
==================================
Pagi semalam masa jalan-jalan dekat kebun, kawan ada tanya macam mana nak kenal buah bendi yang muda dan sesuai untuk dimakan tanpa patahkan hujung buah.
Nak patahkan hujung buah, kena marah ke tokey kedai. Jika tak patahkan dan beli bendi tua, kena bebel dua tiga bakul pulak dengan isteri. Serba salah aku ni. Rintih kawan saya sambil buat muka seposen.
Senang jer cara nak kenal buah bendi ni balas saya spontan.
Okey, dah senang sangat. Tolong cerita sikit macam mana caranya aku nak kenal buah bendi ni sambung kawan saya lagi dengan muka tak puas hati.
Saya pun ambil pisau dan ajak beliau pergi dekat pokok bendi. Terus saya potong 4 biji buah bendi dan bagi beliau pegang. Kami pun jalan sama-sama ke tempat teduh.
Bendi ni kita boleh kelaskan kepada 5 tahap.
1. Sangat muda
2. Muda
3. Tua
4. Sangat Tua
5. Tua Bangka
Macam mana nak kenal 5 tahap ni? Aku dah tak sabar nak tahu ni celah kawan saya lagi.
Sangat Muda : Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada. Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan.
Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.
.
Muda : Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 2. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Perghh memang terangkat weh.
.
Tua : Buah tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 3. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.
.
Sangat Tua : Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.
.
Tua Bangka : Buah tua bangka ni 100% buah dah bertukar warna jadi coklat dan kering. Maaf tiada dalam gambar sebab buah diladang kami belum sampai tahap ni lagi. Buah tahap ni la kita simpan untuk buat benih.
.
Patutlah mu kata mudah , memang senang sangat nak tahu bendi ni muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua. Betul kan? Tanya kawan saya nak kan kepastian.
Ya, dah betul tu.
Lepas ni confirm orang rumah aku tak ”ngepek” dah bila aku beli bendi nanti. Silap-silap dia pulak tanya aku macam mana cara nak pilih bendi muda tanpa perlu patahkan hujung buah kan. Haha
Semoga bermanfaat.
Ajarkan juga ilmu ni pada keluarga kita ye SEBAB mungkin masih ramai yang belum tahu.
Walaupun resepi ini telah viral sekian lama, namun, ia masih tetap popular bagi wanita yang gemar memasak hidangan istimewa buat keluarga. Sebagaimana resepi nasi dagang, walaupun berasal dari Negeri Terengganu, ia menjadi pilihan menu walaupun bukan yang berasal daripada negeri berkenaan.
Keistimewaan menu ini yang terletak kepada nasi dan kuahnya pastinya memberikan rasa yang lazat untuk keluarga menjamu selera. Ikuti cara membuat nasi dagang oleh perkongsian Puan Rasmin Arnie .
Assalamualaikum.. Akhirnya keluar jugak resepi nasi dagang Terengganu turun temurun. Nak di jadikan cerita dulu Tok Cik jual nasi dagang dekat Kampung Banggol, Kuala Terengganu. Boleh di katakan femes jugak sampai kerabat di raja turun Terengganu semata nak makan nasi dagang Tok Cik.
Saya kongsikan resepi kat sini, dan baca sehingga habis nak tahu resepi nasi dagang Terengganu turun temurun..Alhamdulillah Perkongsian daripada Norfanil..
Bahan-bahan untuk Nasi: •4 cawan beras Jati •1 cawan beras pulut •3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam •1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam •1 sudu halba •2 ulas bawang merah •1/2 in halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok) 2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit 3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap.Gaul perlahan- lahan agar beras tidak patah.. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap 4. Kukus semula selama 20 minit lagi. 5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba. 6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya. 7. Boleh dihidangkan….
Resepi Gulai Ikan Aya : 1.Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam.. 2.Jangan buang air rebusan * boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus * lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
•1 sudu serbuk ketumbar •1/2 sudu serbuk jintan manis •1/2 sudu serbuk jintan putih •2 hiris lengkuas (dikisar) •1 hiris halia (dikisar) •1 biji bawang besar (dikisar) •3 ulas bawang putih (dikisar) •3 sudu cili mesin •1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih) •1 1/2 liter santan •1 batang kulit kayu manis •1 sudu kerisik •4 keping asam keping •1/2 buku kecil gula melaka. •Sedikit Belacan •10 biji cili padi •sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak. ( letak sudu besi atau piring jika tak santan akan melimpah.. 2 Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka 3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa. 4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam. 5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan. 6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama. Siap!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah kini memasuki trimester akhir kehamilan.
Dijangka bersalin awal Mei ini, bekas pengacara Nona ini berkongsi keadaannya yang kini sering mengalami sakit belakang dan kaki yang semakin membengkak.
“Sekarang pun dah sarat kalau ikutkan, kandungan usia dah masuk lapan bulan lebih saya dah mula rasa kerap sakit belakang, kaki pun selalu bengkak.
Saya berhasrat melahirkan anak secara normal. Tetapi, iyalah, semuanya bergantung kepada keadaan. Kita tengok pilihan mana yang okay nanti.
“Sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti,” kata Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini.
Mengulas persiapan dalam menyambut kelahiran anak sulungnya itu, Mira berkata tiada persiapan khusus dilakukan dan masih belum selesai lagi.
“Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak tempah secara online sahaja macam baju anak.
“Bukan sahaja kerana bimbang akan virus Covid-19 sekarang, malah saya sendiri tak terhadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan dari segi masa sahaja.
“Dari segi persiapan mental saya tak banyak fikir sangat ada sahaja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan sebagainya selebihnya saya hanya berfikiran positif.
Semua barangan dibeli saya hantar ke rumah emak. Saya akan berpantang di rumah emak.
“Bagaimanapun, saya tidak merancang tempoh rehat selepas bersalin. Semuanya bergantung kepada keadaan diri dan anak. Kalau semua terkawal, saya boleh kembali bekerja.
“Lagipun, saya tiada komitmen kerja yang dipersetujui selepas bersalin dan berpantang. Kebanyakan syarikat produksi nyatakan andai saya sudah boleh bekerja, jangan lupa beritahu mereka,” katanya lagi.
Mengenai nama untuk si comel, Mira berkata, beberapa nama sudah dibincangkan dengan suami.
“Cuma belum diputuskan nama yang akan dipilih. Insya-Allah, nama dan jantina anak akan dimaklumkan selepas saya bersalin.
“Majlis mengalu-alukan kehadirannya seperti ‘baby shower’ pun tidak dibuat secara khusus. Lebih kepada sesi makan dan santai bersama kawan-kawan dan keluarga,” katanya
Terdahulu, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan.
Banyak manfaat yang anda peroleh apabila bercucuk tanam di rumah. Selain menjimatkan tak perlu beli sayur di kedai, ini juga salah satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi bermanfaat.
Cara yang dikongsikan oleh puan Raudzah Arippin ini yang menggunakan kaedah hidroponik untuk menanam pokok pudina di rumah. Pokok pudina ini saya tanam secara hidroponik ringkas, ikut panduan di youtube. Ini gambar-gambar terbaru.
Nanti Kak Odah cari semula masa baru-baru buat. Dulu sikit saja daunnya dan kecil-kecil. Sekarang sudah makin lebat dan besar-besar daunnnya. Ok, kalau mahu cuba boleh ikut langkah-langkah berikut ini :
1. Dapatkan anak pokoknya yang mempunyai akar. Saya beli di nurseri.
2. Sediakan satu bekas untuk diisi air dan penapis di atasnya (atau lubangkan bekas makanan). Boleh lihat gambar.
3. Keluarkan pokok pudina tadi dari tanah dan bersihkan akarnya.
4. Letak pudina pada bekas tapis dan masukkan akar-akar pudina tadi melalui lubang-lubang pada tapis tersebut. Jika kecil sangat, potong sedikit untuk besarkan.
5. Pada bekas air di bawahnya pula, letakkan air sehingga paras bawah penapis. Atau pastikan akar terendam dalam air.
6. Masukkan baja air AB ikut sukatan pada panduan penggunaan baja. Bacaan ppm untuk pudina ialah 1400-1680 ppm. (Baja AB dan alat bacaan ppm air boleh dibeli dalam talian. Murah je)
7. Seminggu atau 2 minggu sekali kena potong potong pucuk pudina ini untuk menggalakkan lagi pertumbuhan daun baru. Juga kena periksa paras air dan kandungan bajanya.
Selamat mencuba!
Kak Odah Anderson
Terapi Berkebun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.