
Bau haruman daun pandan menjadikan kuih bingka roti pandan begitu menyelerakan. Semerbak satu rumah bila kita memasak kuih ini. Nak lagi sedap boleh makan dengan aiskrim.
Bingka roti pandan menu yang sangat sesuai sekali buat mereka yang gemarkan sajian manisan. Rasanya sangat sedap dan mudah disediakan. Memang jadi pencetus pembuka selera seisi rumah.
Kalau anda nak cuba buat kuih bingka roti pandan ini, ikutlah resipi seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul ini. Pasti menjadi!
Bingka Roti Pandan, Paling Mudah Nak Buat
RESIPI BINGKA ROTI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
3/4 cawan gula – boleh tambah gula jika nak manis lagi
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan jus pandan (kisar 7 – 8 helai daun pandan dengan air dan tapis)
2 sudu makan mentega /marjerin
12 – 14 keping roti – potong kecil
3 biji telur
Sedikit garam
Pewarna hijau
Ikut Resipi Ini Gerenti Jadi
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan kecuali roti. Kisar.
2. Tuang bancuhan bahan kisaran tadi ke atas roti dan biarkan roti terendam selama 5-10 minit.
3. Ambil loyang bersesuaian. Sapu mentega atau marjerin di permukaannya dan panaskan dalam ketuhar selama 10 minit.
4. Tuang adunan bingka ke dalam loyang. Tekan-tekan sedikit bagi merata dalam loyang.
5. Bakar bingka roti pandan pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Bila sudah masak, sejukkan bingka terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zura Zul
Wanita Ni Kongsi Cara Buat Stok Cili Kisar Pelbagai Masakan & Tahan Sebulan. Siap Tip Sambal Sotong Sedap & Padu!

Sebarang aneka masakan bersambal memang enak dijadikan menu utama setiap hari. Tetapi sesetengah ibu ada bertanyakan macam mana nak buat sambal yang sedap?. Pertanyaan sebegini selalu kita dengar kan?.
Sebenarnya memasak sambal asasnya adalah sama sahaja. Tetapi kenapa sambal yang dimasak orang lain rasanya lebih sedap daripada yang kita masak. Padahal menggunakan cili kisar atau cili boh.
Mungkin cara dan bahan yang digunakan berbeza membuatkan sambal yang kita buat tak sama rasanya. Sebagai contohnya, sambal bilis, sambal sotong, sambal telur dan sebagainya lagi.
Perkongsian puan Nurul Ateekah mungkin boleh dijadikan panduan. Daripada cara membuat cili kisar sehinggalah kepada cara memasak sambal sotong. Cukup mudah dan hasilnya memang memikat selera.
CILI KERING KISAR
Cili kisar nih,mak mertua saya ajar.mak mertua saya dulu seorang peniaga nasi berlauk,Dan jenis2 mee yang jual Di kedai makan Singapore. Memang wangi aroma tumisan cili ni bila dimasak ..senang, ringkas Dan mudah bila2 masa Nak Guna..bila dah ada cili kisar macam nih,Nak buat lauk jenis sambal,masak kicap, rendang,jenis2 goreng mee semua jadi mudah,Cili kisar nih boleh tahan selama 1 Bulan,Dan tidak berbau,ianya juga kurang pedas.Dekat sini saya sharekan caranya.Contoh saya masak sotong sambal,Dan resepinya sekali,Dalam resepi nih,ade rahsia sambal sotong Yang sedap..😊❤️
BAHAN2
150gram cili kering kerinting
2 labu bawang putih
5 biji bawng besar
2 cm halia
1 batang serai
1 cm kunyit
4 sudu besar minyak masak
CARANYA
1)Gunting cili kering,Dan rebuskan sehingga lembut.
2)apabila Sudah lembut..toskan airnya Dan bilas cili Yang telah direbus tadi..(sebab dekat cili kering kadang2 ade warna2 hitam,serbuk2 putih,kadang2 Pon ade ulat😊
3)kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar
4)masukkan kesemua bahan,kisar dengan sedikit air Dan minyak..kisar sehingga lumat.
P/s(kenapa letak minyak??membantu cili kisar tahan lama,tidak berbau,Dan bila kisar,cili nya tidak berbiji serta cilinya betul2 hancur
5)simpan kedalam bekas Dan masukkan dalam peti sejuk..😊
Cara Masak sambal sotong agar tak kecut,.🥰
- Didihkan air ,masukkan sotong,masak 4-5 minit. Angkat Dan toskan sotong. Saya Guna 500gram sotong.
- 1 senduk cili kisar tadi. Masukkan cili kisar tadi..masak sehingga pecah minyak Dan sehingga cilinya masak…masa masak cili nih..memang bau tumisan Tu harum Saja.
- Apabila Sudah pecah minyak,masukkan sehelai daun limau purut,Dan 1 sudu perahan air asam jawa
- Masukkan gula,garam,serbuk belacan,Dan Knorr..Gaul sebati
- Dan masukkan sotong,Dan santan 2 sudu besar. Kenapa masukkan santan?sebab nanti sambalnya akn Rasa berlemak Dan sedap.
- Dah siap sambal sotong
Senang Rupanya Nak Buat Kuah Rojak. Simpan Dalam Peti Sejuk, Datang Mood Nak Menyicah Ambil Je Makan!

Pernah tak bila buka laman sosial media, naik video orang menyicah tak kira la menyicah pelam ke, amra ke yang penting bila kita tengok pun, kita sendiri akan kecur liur!
Time tu mula laa rasa craving nak menyicah. Siapa yang ada pokok amra ke pelam kat luar rumah tinggal oetik je, tapi… nak petik pun kuah cicahnya tak ada! Terus putus harapan nak makan.
Haaa jangan risau. Jom rajinkan diri masuk dapur buat stok kuah rojak resipi dari Min Yusof ni! Mudah je rupanya nak buat. Dari start motor p beli tiap kali nak makan. Baik la buat stok sendiri. Nak makan, buka je peti ambil kuah rojaknya. Jom cuba!
RESIPI KUAH ROJAK CIK MIM
Ni bahan yang kita perlukan :
1 keping gula gerek (menisan)
2 cawan gula putih
1/2 cawan kicap
2 sudu tepung ubi (bancuh ngn air)
Sedikit belacan
Sedikit garam
10 tangkai cili kering ( dalam gambar tu kak mim dah rebus dan blend)
Sedikit cili sos
2 sudu besar bijan
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend kasar)
1 gelas air
Cara-caranya :-
1. Mula mula cairkan gula gerek dengan segelas air tadi.
2. Bila dah cair, masukkan kicap, cili kering yang di blend tadi, cili sos, belacan, garam dan gula. Masak sampai mendidih.
3. Dah masak betul, masukkan tepung ubi yang dah dibancuh tadi.
4. Kacau sampai dia pekat lagu ni, jangan tinggal ye, sentiasa kacau.
5. Dah pekat masukkan bijan dan kacang tanah tadi. Masak sekejap, tutup api.
Sejukkan dalam bekas.
Boleh laa di cicah dengan mangga muda atau apa pun buah yang anda suka.
Makan Semangkuk Memang Tak Cukup! Resipi Soto Meletop Ni Confirm Buat Suami Terpikat

Cuaca sejuk dan dingin ni pastinya enak jika makan makanan yang hangat dan menyegarkan seperti sup soto. Bukan itu sahaja, soto juga dilengkapi dengan menu sampingan yang lebih menyedapkan hidangan itu.
Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Khadijah Jaafar menu ini juga tidak susah untuk dibuat dan lebih menjimatkan. Selain itu, pengguna profil Facebook ini juga ada berkongsi rahsia buat sambal kicap yang lebih sedap dan tahan lama. Selamat mencuba!
Sup Soto
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam – potong 4
- 3 sudu besar rempah soto/rempah sup
- ¼ sudu kecil serbuk lada putih
- 1 jug air
- 4 sekawan (cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga)
Bahan Kisar
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang serai
Cara-Cara:
– Tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau & sedikit kuning. Kemudian, masukkan ayam bersama dengan rempah soto/rempah sup. Jika tiada rempah soto ganti dengan rempah sup.
– Kacau sehingga sebati dengan ayam. Bila sudah sebati dengan ayam, tuangkan air. Masukkan serbuk lada putih, perasakan dengan garam. Masakkan sehingga mendidih & ayam masak.
– Setelah masak, keluarkan ayam. Gorengkan ayam sehingga luarnya garing. Angkat dan carikkan ayam.
Sambal Kicap
Bahan-Bahan:
- 2 genggam cili padi hijau
- 2 ulas bawang putih
- Kicap
Cara-Cara:
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng. Bila digoreng sambal kicap akan tahan lama & lebih sedap.
– Kisarkan dalam blender dengan kicap. Kicap tu letak sehingga tutup paras cili.
– Kisar sehingga hancur semuanya.
Bergedil
Bahan-Bahan:
- 5 biji kentang – kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
- 3 sudu besar daging cincang/ayam cincang
- 3 sudu besar bawang goreng
- Sedikit daun sup
- ¼ sudu kecil serbuk lada putih
- Garam
- 1 biji telur ayam
Cara-Cara:
– Goreng dulu ubi kentang sehingga lembut dan kekuningan.
– Lenyekkan ubi kentang semasa masih panas. Masukkan daging cincang, daun sup, lada putih dan garam. Bentukkan bergedil.
– Panaskan kuali. Sementara itu, pecahkan telur, kacau telur.
– Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.
Sumber: Khadijah Jaafar