Jika kucing anda luka dan berkurap, boleh cuba buat minyak kunyit dan sapu pada bahagian luka dan kurap. Hendak beri ubat krim bimbang dijilat. Bahaya pula. Untuk lebih selamat boleh sapukan natural remedi yang dihasilkan daripada kunyit.
Hanya gunakan minyak kelapa dan juga kunyit sahaja. Cara hendak buatnya pun mudah sahaja. Minyak ini juga boleh kita gunakan untuk luka bukan terhad untuk si bulus sahaja. Kunyit adalah antifungal, antibakteria dan antiviral.
Begitu juga dengan minyak kelapa. Terlalu banyak khasiat dua bahan ini. Yang penting ia selamat dan tiada toksik. Luka pun cepat baik!
Kita perlukan cuma TIGA bahan:
1. Kunyit hidup
2 Minyak kelapa (coconut oil)
3. Botol
Nota: kalau guna virgin coconut oil lagi bagus.
Ads
Cara membuat:
1. Basuh kunyit bersih-bersih kemudian keringkan. Tak perlu kering beria, boleh lap dengan tisu dapur sahaja.
2. Letakkan dalam botol, tuang minyak kelapa tadi. Tak ada sukatan tepat untuk sebanyak mana kunyit dan minyak itu. Agak-agak sahaja. Yang penting kita bersederhana.
Ads
3. Tutup kemas dan siap. Simpan dan biarkan selama 2 minggu. Dalam tempoh ini minyak akan menyerap semua khasiat kunyit tadi.
4. Selepas 2 minggu warna sudah bertukar. Kunyit semakin gelap dan minyak semakin kuning. Penuh khasiat dalamnya. Terus boleh sapu pada luka kucing kesayangan. Tidak bahaya jika kucing jilat pada sapuan tersebut.
5. Tengok warna minyak sudah kuning. Luka kucing-kucing kita akan cepat sembuh dan mana-mana yang terkoyak itu akan cepat kering. Natural remedi tanpa bahan sintetik. Sesuai juga untuk kegunaan manusia.
Selama mana minyak ini elok?
Selagi tiada bau hapak. Kalau sudah bau hapak itu maksudnya sudah expired jadi bolehlah dibuang, jangan gunakan lagi ya. Jadi boleh buat dalam kuantiti yang sikit sahaja dulu supaya tidak membazir.
Tular di media sosial kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ apabila mencuri perhatian ramai kerana sikapnya yang konsisten membantu orang lain tanpa berkira, walaupun sekadar membaiki motosikal di tepi jalan.
Siapa sangka, pertolongan yang dilakukan Mohd Yusof Mohd Noor tanpa meminta sebarang balasan akhirnya dibalas dengan rezeki tidak disangka-sangka apabila menerima tajaan dua tiket penerbangan umrah daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan.
Peluang itu cukup bermakna buat Mohd Yusof kerana membuka ruang untuk merealisasikan hasrat lamanya membawa ibu ke Tanah Suci.
“Alhamdulillah, semua ini rezeki daripada Allah. Terima kasih kepada Dr Zulkifli dan TV Al-Hijrah atas peluang ini.
“Sejak tahun lepas lagi saya memang berniat nak bawa mak ke umrah,” ujarnya.
Mohd Yusof berkata demikian ketika ditemui SinarPlus di majlis Sidang Media Aidiladha TV AlHijrah yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Mohd Yusof turut berkongsi luahan menerusi hantaran di Facebook miliknya.
“Hari ini aku dijemput dari TV AlHijrah, disebabkan mak aku memang suka tengok TV AlHijrah, aku datang.
“Aku pun sampai duduk makan, datang bos besar TV AlHijrah sebelah aku, dia cakap dengan aku – Usop awak pernah pergi umrah ke haji ke, saya tak pernah lagi tuan.
“Dah nak habis makan, sekali nama aku dipanggil untuk naik atas pentas, rupanya Menteri Agama & bos besar TV AlHijrah bagi tiket untuk pergi umrah.
“Allahuakbar Alhamdulillah rezeki, aku terus Whatsapp mak bagi tahu dia – Mak… Usop nak mak pergi umrah, Alhamdulillah sebelum ini ada niat untuk mak, Alhamdulillah ini rezeki mak,” tulisnya.
Walaupun kini menjadi perhatian ramai, Mohd Yusof menegaskan segala yang dilakukan selama ini bukan untuk mencari balasan.
Selama tujuh tahun menggerakkan inisiatif ‘Minyak Hitam Jalanan’, dia hanya menjalankan amanah daripada infak orang ramai untuk membantu mereka yang memerlukan.
“Saya buat semua ini kerana Allah. Saya tak minta apa-apa balasan. Ini tanggungjawab saya untuk salurkan bantuan,” ujarnya.
Pada masa sama, Mohd Yusof mengakui sentiasa berhati-hati dalam menguruskan sumbangan yang diterima, malah tidak berani mengambil dalam jumlah yang banyak kerana bimbang tersalah guna.
“Saya juga tak berani ambil duit infak banyak-banyak sebab takut tersalah guna atau gelap mata.
“Apa yang saya buat ini sekadar membantu setakat mana yang mampu sahaja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dia cukup berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan serta mendoakan usahanya.
Baginya, masih ramai lagi individu lain yang melakukan kebaikan, cuma tidak ditonjolkan.
“Kadang-kadang benda nampak kecil, tapi besar maknanya,” katanya.
Sokongan daripada isteri juga menjadi antara kekuatan utama dalam meneruskan usaha tersebut.
Sementara itu, Dr Zulkifli berkata, tajaan berkenaan diberikan selepas mengetahui Mohd Yusof belum pernah menunaikan umrah sebelum ini.
“Saya tanya, pernah pergi haji atau umrah? Jawapannya belum.
“Jadi kita hadiahkan dua tiket penerbangan umrah. Siapa yang ingin dibawa, terpulang kepadanya,” katanya.
Sebelum ini, Mohd Yusof tular apabila membantu seorang pemuda Cina dikenali sebagai Dicky yang mengalami kerosakan motosikal di tepi jalan sekitar tengah malam.
Walaupun kos pembaikan mencecah RM145, pemuda itu hanya mempunyai wang yang cukup untuk kegunaan sendiri.
Tersentuh dengan keadaan tersebut, Mohd Yusof mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang bayaran dan menggunakan wang infak bagi menampung kos berkenaan.
Kisah ini memberi makna besar tentang keikhlasan dalam membantu orang lain. Biarpun bantuan yang diberi nampak kecil pada pandangan mata, namun besar nilainya buat mereka yang sedang memerlukan.
Lebih indah, kisah Mohd Yusof menjadi peringatan bahawa rezeki tidak semestinya datang dalam bentuk wang. Ada masanya, rezeki hadir dalam bentuk doa, penghargaan dan peluang untuk menunaikan impian yang sudah lama disimpan dalam hati.
Nampak kemas dan menarik kan. Itu kelebihan jika menggunakan langsir eyelet ini . Ia mempunyai cincin besi yang besar pada kain bagi menggantungnya pada rod langsir. Pendek kata, memang jimat masa nak tanggal dan pasang.
Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba guna langsir jenis ini, jom tengok cara DIY rod langsir eyelet menggunakan paip PVC. Sangat mudah dan menjimatkan kerana dengan kos sekitar RM50 sahaja gantung langsir pada 4 frame tingkap dan 2 frame pintu bilik.
Berbeza dengan langsir tradisional atau french pleat yang masih menggunakan cangkuk besi “iron hook”, rekabentuk langsir eyelet nampak ringkas, moden dan elegan. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian Cik Amy WD.
PKPB Selangor. Suami di Banting. Sorang2 kat umah. Maka tergantunglah langsir yang dah lama beli ni. DIY sendiri je jimat. 4 frame tingkap
2 frame pintu bilik
Modal RM50 jer.
Hasil kerja suami sendirian.
Tq encik suami Mohd Fairuz
Try la uolss jimat banyakk.
BAHAN-BAHAN
L bracket (RM 1.60 /unit)
U clip (RM0.60 /unit)
Bolt dan nut.
PVC end cap (RM0.60/unit)
Paip PVC (RM1 /kaki)
Paip PVC ni suami suruh kedai potong siap-siap. Jadi pastikan ukur dulu dekat mana kita nak pasang nanti.
Bolt & Nut macam ni
CARA PASANG / DIY ROD LANGSIR EYELET GUNA PAIP PVC
Caranya senang je, kita cuma drill lubang L bracket tu dekat dinding kemas-kemas supaya kukuh.
Dekat bahagian atas tu saya pasang cable tie macam ni.
Dah siap pun. Kejap je nak buat sebab simple sangat.
Perkongsian video pelakon Nora Danish baru-baru ini bila terlihat sayu dan sebak menghantar anak sulungnya Putera Rayqal ke sekolah berasrama penuh Kolej Tuanku Ja’afar, turut terkesan dihati ramai ibu yang lumrahnya akan sedih bila terpaksa berjauhan dengan anak-anak setelah selama ini sentiasa ada di depan mata.
Namun, ada juga antara netizen yang tertanya-tanya sekolah mana yang mengambil kanak-kanak berusia 12 tahun untuk tinggal di sekolah berasrama.
Lantaran itu, seorang pengguna Facebook iaitu Mufarwa Farid yang juga merupakan peguam memaklumkan bahawa sekolah Tuanku Ja’afar itu adalah sekolah persendirian elit di Malaysia dan turut mendedahkan yuran sekolah berasrama tersebut untuk info warganet.
Hasil carian mengenai yuran tahunan Koleh Tuanku Ja’afar itu turut mengejutkan Tuan Mufarwa Farid kerana menurutnya boleh membeli tanah dan kahwin baru dua kali.
Menerusi perkongsiannya lagi , yuran tahunan untuk Tahun 5 dan 6 adalah RM39,690 untuk setahun. Namun itu tidak termasuk yuran ‘after school care’ sebanyak RM12,000 setahun.
Lebih mengejutkan, yuran tahunan untuk sekolah menengah yang tinggal di asrama hampir RM150,000 setahun.
Perkongsiannya ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut sama terkejut dengan bayaran yuran dikenakan namun tidak hairan juga masih ada ibu ayah yang berkemampuan, sanggup menghantar anak ke sekolah berkenaan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.