Bercakap tentang bab packing barang untuk beraya di kampung, biasanya ibu-ibulah yang paling sibuk. Boleh kata bukan hanya perlu menguruskan pakaian raya yang perlu di bawa balik untuk seisi keluarga, malah keperluan-keperluan lain juga perlu diberi tumpuan.
Jika anak tak ramai, mungkin mudah sedikit kerjanya. Tapi cuba bayangkan jika ada 5 orang anak. Fuhhh! penuh bonet kereta dibuatnya. Dan bukan perkara yang pelik, pasti akan ada benda, barang hatta baju raya pun boleh tertinggal dek kerana terlalu sibuknya ibu-ibu ni.
Mengelakkan semua ini terjadi, sebenarnya ada cara genius yang boleh dipraktikkan. Jom semak!
1) Sediakan senarai untuk setiap ahli keluarga
Buat satu senarai untuk setiap ahli keluarga dalam satu kertas A4 untuk setiap ahli keluarga (longgok sekali pun boleh aje kalau muat dan tulis barang yang ingin dibawa ikut kategori (contohnya pakaian, alat2 mekap, dan makanan).
Contohnya seperti senarai yang biasa saya buat seperti dalam gambar ni. 3 beranak je kami, jadi cukup sekeping kertas aje.hehe..
Tip:simpan senarai ini sehingga sebelum pulang ke rumah untuk check kalau2 ada yang tertinggal (naya je kalau kampung nak balik tu jaraknya 50km++).
2) Lipat dan gulung baju dalam beg
Gulung baju yang ingin dibawa dan bukan sekadar lipat sahaja. Lagi mudah untuk tengok sekali imbas dan ambil dari menyelongkar sampai ke dasar beg, takut kacau baju lain yang dah dilipat cantik. Malah menggulung baju pun amat menjimatkan ruang.
Untuk baju yang mudah berkedut (biasanya baju raya perempuan), gosok dahulu baju cantik2 dan simpan dalam baju pelindung plastik sebelum dilipat kemas. Plastik itu akan melindungi baju dari sebarang kedutan yang menjengkelkan.
3) Barang kemas dan produk kecantikan disimpan dalam bekas kecil
Pengunaan bekas kecil memang menjimatkan ruang dengan banyak.
Bekas yang mempunyai banyak bahagian (contohnya bekas ubat) adalah yang terbaik untuk mengasingkan barang kemas dari tersimpul dan hilang dicelah2 beg.
Takdalah pin2 yang hilang bila nak bersiap untuk raya ni. hehe..
Gunakan juga bekas yang kecil (travel size orang kata) untuk simpan produk yang berbentuk cecair seperti syampu, pelembab, dan BB cream. Sebab ia dalam bentuk cecair, sebaiknya guna bekas yang pentupnya tutup rapat (lihat gambar).
Tip: kalau ada je bekas2 yang kecik terus bersihkan dan simpan. Boleh guna masa2 kritikal mcm ni kan?
4) Simpan pencukur dengan selamat
Gunakan klip fail seperti gambar untuk melindungi tangan ketika mengambil pencukur dalam beg. Tip ini amat penting lagi2 kalau ada anak yang kecil lagi. Anak saya dah terkena, tobat lah terus guna tip ini dalam rumah sekalipun.
5) Balut barangan berkaca dengan kain
Barangan berkaca seperti pewangi dan deodorant kalau berlaga kuat boleh pecah (lagi2 yang bentuk cecair, habis bercampur bau dan rosak fabrik baju). Sebaiknya balut barangan tersebut dengan kain dan diikat kemas dengan getah atau lagi mudah, guna aja stokin lama dan sumbat terus sebelum disimpan dalam beg (basuh stokin lama dulu ye)
6) Gunakan bekas yang lutsinar untuk mudah dilihat
Bekas lutsinar yang berzip seperti dalam gambar sangat mudahkan kerja kita dari membazir masa mengorek satu persatu kan?
Kotak keras atau plastik ziplock juga boleh dijadikan alternatif, janji dia lutsinar.
Labelkan juga bekas2 tersebut untuk memudahkan anda mencari barang.
7) Sediakan ruang penyangkut untuk barang keperluan dalam perjalanan
Simpan sahaja apa yang diperlukan oleh ahli keluarga dalam ruang penyangkut ini (biskut kudapan, botol air). Malah sedikit mainan anak juga boleh disimpan untuk membantu anak mengisi masa dan mengelakkannya dari bosan.
Tip: Ia sangat berguna lagi2 jika ruang dalam kereta adalah terhad kerana penyangkut ini boleh memaksimumkan ruang.
8) Simpan makanan dalam bekas KHAS sahaja
Makanan kalau dah dibawa masuk dalam kereta pasti akan bersepah. Elakkan dengan menyediakan bekas khas untuk makanan sahaja.
Dengan bekas ini lebih mudah, hanya perlu pass bekas sahaja tanpa risau tertumpah/meleleh keluar.
Tip : ini juga berguna dengan menyediakan bekas/plastik khas untuk sampah di dalam kereta.
Biasanya bila kita lihat makanan yang terhidang nampak menyelerakan rupa bentuknya, dengan sendirinya kita dapat membayangkan betapa enaknya makanan tersebut. Bahkan membuatkan kita tidak sabar pula untuk merasanya.
Atas sebab ini juga, kalau kita masak pulut kuning kita mahukan ianya nampak berseri dengan warna kuning yang menawan dan pastinya juga rasa yang berlemak.
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, anda boleh ikut cara Puan Masmira lakukan di mana menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
Untuk itu, apa kata kita cuba sediakan resipi pulut kuning dengan resipi yang disediakan olehnya.
Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang).
Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe
Bahan-bahan dan steps:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang skit, elakkan yang jenis montok-montok hehe
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
2) Halia 1/2 inchi (wangi dan buang angin)
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
*orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
3) Daun Pandan 5 helai (wangi)
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi.. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5) santan fresh dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam.. Then masuk kan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.. Keluarkan daun pandan.. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.. Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (Orang Kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu.. Baru lah pulut jadi lembut.. Make sure kacau pulut sampai rata hilang ketul..
Then tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dlm 10 – 15 min baru cedok untuk packing atau makan..
Ekstra Tip
1.Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk..
2.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut..
Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
Yang ni resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.. Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.
Membeli emas untuk pelaburan mahu pun untuk kegunaan sebagai perhiasan wanita, diakui memang mempunyai harga dan nilainya yang tinggi.
Oleh itu tidak hairanlah aksesori emas ini sentiasa ada permintaannya walaupun harganya semakin hari semakin mencanak naik, tetap akan dibeli.
Pun begitu, siapa sangka emas yang berat timbangan dan mahal nilainya itu ada sebahagiannya terkandung besi.
Pastinya, tiada siapa menyangka perkara ini boleh berlaku. Ini sebagaimana perkongsian daripada wanita ini yang membeli emas dengan harga RM3k, namun kecewa bila ingin menjualnya semula dek kerana ada besi di dalam emas tersebut.
Nak tahu lanjut kisahnya itu, jom baca perkongsian ini.
Orang dok share ‘gelang golongan bangsawan’ katanya hihi
Sekadar berkongsi pengalaman..penah beli dan pakai 3 tahun yg dulu
Gelang ni masa beli memang mahal, ikut harga semasa mengikut berat (gram)..tak ingat dah beli brapa dan berat berapa masa tu..tp 3k keatas
Dipendekkan cerita nak let go gelang ni sbb appak dia nak pakai duit ada hal kecemasan(ku relakan sbb dia yg belikan huhu)nak pinjam kat orang segan kan.
So offer tanya kt group ‘emas used’di fb sapa yg nak ambik harga paling mahai..so ada sowg saudagar emas ni tawar harga emas agak tinggi masa tu,so ingat boleh untung la kan jual emas masa harga tengah tinggi..huhu
Tapi sangkaan ku meleset..huhu rupa2nya gelang jenis mcm ni ada besi gais di dalam dia..besar dan berat plak tu haha..
Masa beli, besi tu ditimbang sekali mengikut harga emas..masa nk juai tukang emas akn patahkan dan buang besi tu dan hanya timbang utk harga emas sahaja.haha
Aku tertipu..dan baru ku tahu..
So pada sesiapa yg nk beli gelang mcm ni beringat lah..klu nak pakai sekadar suka2 buat tukar2 xdak hal..klu nak beli pastu nk juai mcm sis ni rugi lah kan..pastu gelang mcm ni tak sesuai nk buat basahan sbb dlm dia kosong ,mudah kemek dan bengkok..tapi simple n nice hihi
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.