Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai & Jubin, Tukang Rumah Ini Kongsi Caranya
Selepas rumah siap dibina atau proses renovasi dilakukan, masalah yang sering dihadapi ialah kesan simen yang melekat pada lantai dan juga jubin. Keadaan ini tentunya membuatkan anda berasa tidak selesa apatahlagi lantai akan sentiasa rasa kesat bila dipijak.
Sudah berbagai-bagai cara dipraktikkan untuk menghilangkan kesan-kesan simen yang melekat pada lantai namun kesan simen itu tidak juga hilang.
Sebenarnya, ada cara untuk menghilangkan kesan sisa simen tersebut. Berikut perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, Zulacu (Abang Zul). Semoga bermanfaat.
Ini kesan simen yang melekat pada lantai.
Untuk menghilangkan kesan kotoran yang melekat pada lantai, anda boleh menggunakan cecair ‘Mosaic Cleaner.’ Cecair ini boleh dibeli di kedai-kedai ‘hardware.’
Semburkan air pada pintu bagi mengelakkan wap daripada cecair ‘mosaic cleaner’ mengubah warna pintu tandas.
Ads
Bersihkan lantai yang terkena kesan simen dengan cara mencelupkan mop dengan cecair mosaic cleaner. Mopkan ke semua bahagian lantai yang terlibat.
Inilah hasilnya. Bagaimanapun kesan-kesan cat yang melekat pada lantai/jubin tidak boleh dihilangkan dengan cecair ini. Kesan sisa cat hanya boleh dihilangkan dengan menggunakan cecair pelarut (thinner) yang juga boleh dibeli di kedai-kedai harware.
Berikut video penuh seperti yang dikongsikan TikTok Zulacu (Abang Zul)
Ayah Nadi Keluarga. Melihat Sihatnya Dia, Bahagia Buat Kita Sebagai Anak!
Keberadaan susuk lelaki bergelar ayah sangat bererti dalam sebuah keluarga, dirinya ibarat seorang wira. Bukan sahaja berperanan sebagai ketua keluarga malah menjadi nadi buat seluruh keluarganya melalui hidup dengan penuh gembira.
Lantaran itu sama ada yang perasan atau tidak, lazimnya ayah akan cuba untuk memperlihatkan dirinya idola buat keluarganya. Tampil berkarisma, kuat dan bertenaga meskipun jika saat itu dirinya kurang sihat, pasti disembunyikan kesakitannya itu. Derita yang ditanggung biarlah hanya dirinya sahaja yang tahu dan apa yang lebih utama baginya adalah keluarga tidak susah hati dan terus kekal bahagia dan gembira hidup disisinya.
Menyedari hal ini, apa cara kita sebagai insan yang menyayangi ayah untuk pastikan bukan sahaja ayah sentiasa gembira malah kesihatannya mantap. Ini kerana kita juga yakin, bilamana tubuh badan sihat akan memberi kehidupan yang lebih baik buat ayah tercinta!
Oleh itu, untuk kekal sihat kita semua perlu lakukan sesuatu. Apatah lagi bila menyedari umur semakin meningkat pelbagai penyakit boleh ‘menyerang’ tanpa diduga terutamanya penyakit berkaitan jantung.
Pelbagai langkah kawalan dan penjagaan kesihatan berpanjangan perlu dibuat sekarang tanpa melengahkannya. Jika ada yang tidak pasti, di sini dikongsikan beberapa perkara mudah yang boleh dipraktikkan untuk dijadikan panduan bersama untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik buat insan bergelar ayah.
1. Sediakan Makanan Sihat
Amalan pemakanan sihat serta mengetahui kandungan nutrisi sesuatu makanan itu sebenarnya sangat penting. Jadi kita perlu pantau pengambilan makanan untuk ayah kita dan sebaiknya kurangkan kekerapan mengambil makanan yang berlemak dan makanan bergoreng. Pun begitu sediakanlah makanan yang dikukus, dipanggang atau dibakar.
2. Bonding Sambil Beraktiviti
Tanpa melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh sebenarnya amat terdedah kepada penyakit jantung. Oleh itu alangkah baiknya jika kita dan ayah dapat sama-sama melakukan aktiviti riadah atau bersenam bersama di hujung minggu. Ini sekaligus bukan sahaja untuk tujuan kesihatan malah dapat juga kita isi ruang masa dengan lebih berkualiti bersama ayah tercinta dengan dapat melakukan aktiviti bersama-sama.
3. Kerap telefon bertanya khabar
Bagi anak yang tinggal berjauhan, sebaiknya telefon orang tua setiap hari. Jika tidak dapat, usahakan untuk bertanya khabar sekurang-kurangnya dua atau tiga hari sekali. Melalui cara ini kita dapat mengetahui keadaan kesihatan mereka dan sekali gus pantau juga pengambilan ubat-ubatan yang diambil adalah mengikut jadual.
4. Pantau Tekanan Darah Di Mana-Mana Sahaja
Disebabkan penyakit datang tanpa mengira waktu, wajar untuk kita mengawasi bacaan tekanan darah. Ini sangat penting untuk kita dapat pastikan tekanan darah ayah sentiasa berada pada tahap normal.
Oleh itu, bagi memantau bacaan tekanan darah adalah disyorkan lakukan pemeriksaan tekanan darah dengan lebih kerap di rumah. Jadi apa kata sempena Hari Bapa ini kita hadiahkan mesin pemantau tekanan darah OMRON Healthcare yang diimport dari Jepun buat ayah tersayang.
Istimewanya produk OMRON Healthcare ini ia dilengkapi dengan app OMRON Connect yang canggih membolehkan anda mengurus kesihatan dengan bijak walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa.
Tambahan lagi, dengan adanya aplikasi ini ia juga dapat dijadikan buku panduan buat mereka apabila membuat pemeriksaan kesihatan berkala di klinik, sekaligus mudah untuk doktor dan anak-anak memantau tahap kesihatan seorang ayah.
Kebiasaan ayah jarang hendak mengadu apatah lagi bercakap secara terang keadaan kesihatannya. Jadi, aplikasi ini merupakan salah satu jalan penyelesaian yang tepat.
Apatah lagi baru-baru ini OMRON Healthcare melancarkan program HealthGift rewards dalam app OMRON Connect. Melalui aplikasi ini pengguna akan diberi ganjaran HealthCoins untuk setiap pengukuran monitor tekanan darah atau monitor komposisi badan yang diambil.
Menarik bukan, dan bukan itu sahaja malah dengan ganjaran HealthCoins yang diperoleh, pengguna boleh tebus dengan baucer menarik di FamilyMart, Pasaraya Lotus’s, Touch ‘n Go dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah pada suku tahun seperti peranti Ipad dan banyak lagi.
Jika anda ingin ketahui lebih detail tentang produk kesihatan OMRON ini boleh klik di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jom kita bercucuk tanam di laman rumah. Aktiviti ini bukan sahaja boleh kita lakukan sekadar mengisi masa lapang, tapi andai dibuat bersama keluarga pasti lebih menyeronokkan.
Andai masih tercari-cari pokok apa yang ingin disemai, apa kata kita mulakan dengan menyemai pokok limau nipis ini. Katanya, menanam pokok ini dengan keratan batang tidaklah susah mana sebagimana yang dikongsikan ini.
Cara semai limau nipis
1. Potong ranting limau,sepanjang 5″ dari pucuk.
2. Pastikan batang sudah berwarna gelap/kecoklatan.
3. Cucuk pada media tanam, apa jenis tanah pun boleh, sebolehnya yang boleh serap lembab.
4. Letak ditempat redup, saya letak bawah pokok jambu, terlindung dari sinaran matahari.
5. Bila 2 minggu, batang masih elok, tidak menghitam, Insya Allah peratusan hidup adalah tinggi.
Dah pun berputik. Tapi takkan jadi buah punya.
Manakala perkongsian daripada Azman Mohamed Ali di Fb ada menunjukkan kaedah lain untuk menyemai keratan batang limau nipis ini. Caranya juga mudah dan jom ketahuinya.
“Ohhh…rupanya senang menanam keratan limau purut dan limau nipis ye….ambil keratan buang daun , letak tanah dalam pasu siram sebasah mungkin cucuk keratan dalam pasu tu tutup dengan palastik bag letak tempat teduh…lepas seminggu dah keluar tunas…
Semoga dengan perkongsian menyemai pokok limau nipis dengan menggunakan keratan batang seperti ini dapat memudahkan ibu-ibu untuk mencuba bercucuk tanam di laman rumah. Semoga berjaya!
sumber : Euis Maemunah dan Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa pun tentu puas hati kalau tuala putih yang digunakan sentiasa nampak putih bersih dan berseri-seri. Pun begitu, diakui bukan mudah sebenarnya untuk pastikan tuala putih kekal putih meskipun setelah dicuci.
Bukan apa, tak dinafikan apabila kita mencuci fabik berwarna putih agak renyah kerjanya. Selain perlu asingkan dengan pakaian yang berwarna malah jika sudah terlalu lama fabrik tersebut mudah terlihat kekuning-kuningan.
Itu belum lagi kesan kuning yang terhasil kesan daripada air paip yang berkarat, memang tak akan putih bersih fabrik yang dicuci. Tak puas hati pula jadinya.
Jadi usah merungut, sebenarnya ada cara dan teknik yang boleh anda praktikkan setiap kali mencuci fabrik berwarna putih khususnya tuala dan cadar sepertimana yang biasa dilakukan oleh Zaza Zalina.
Oleh itu baca perkongsian tip daripadanya untuk dijadikan panduan.
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila di bentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.
Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil, masukkan ke dalam tempat letak sabun. Dapat juga lah mengurangkn karat terjun terus ke kain cucian. Alhamdulillah dah tak ada kotoran tu lagi.
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu… Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya…sebab akan mnyebabkn nila bertompok-bertompok tak sekata pada kain cucian.
Cara cucian yang betul anda perlu bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Saya suka nila yang cair sedikit.
Tuala cuci 3 atau 5 hari sekali. Tuala selalunya saya cuci berasingan dengan pakaian yang lain sebab kalau yang baru tu ada keluar bulu-bulunya. Jika tuala putih tu dah kusam bole rendam dengan sedikit clorox semalaman. Pastu cuci dengan sabun. Last bilas masukkan nila sikit. Putih berseri balik.