Penangan Upin dan Ipin buat anak-anak kita hanya mahukan ayam goreng sebagai menu wajib mereka setiap hari. Makan nasi dengan ayam goreng sahaja pun dah cukup buat mereka. Punyalah sedap menu yang satu ini.
Ayam goreng kalau digoreng bersama kunyit dan garam sahaja pun sudah cukup sedap, inikan pula ditambah dengan bahan-bahan lain.
Kalau nak anak-anak makan bertambah dan setiap pada makanan yang satu ni, anda mungkin boleh gandingkannya dengan beberapa bahan ini. Confirm sedap!
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam jadi lebih sedap lagi enak.
Ads
2. Campur Nestum
Boleh juga digaulkan bersama kepingan nestum asli ketika menggoreng ayam. Rasanya lebih manis dan lemak. Bukan itu sahaja, malah dapat tambahkan kerangupan kepingan-kepingan ayamnya. Mantap!
Ads
3. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam jadi lebih rangup dan cepat masak.
Ads
4. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang power hasilnya. Gantikan kunyit hidup dalam gorengan ayam dan lumur bersama garam rata. Hasilnya ayam jadi lebih sedap dan cukup rangup. Selamat mencuba….
5. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Kekalkan kerangupan ayam dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ayam goreng bolehlah dianggap sebagai menu paling mudah dan menyelerakan untuk dihidang semasa berbuka puasa. Pun begitu, jika anda ingin mengubah selera selain ayam digoreng dengan perapan garam dan serbuk kunyit semata-mata, apa kata anda mencuba menyediakan Ayam Goreng Serai Thai ini.
Ketika digoreng, baunya memang ‘menggoda’ rasa begitu semerbak beraroma dan membuatkan tidak sabar untuk dijamah usai digoreng.
Jika tak percaya, cubalah sediakan dan bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan rasanya dijamin enak. Selamat mencuba!
AYAM GORENG SERAI THAI
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar telung jagung
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng
1. Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang². Bila goreng nanti jadi rangup.
2. Tumbuk-tumbuk kasar jew..
3. Ini bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar & lada hitam.
4. Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.
5. Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last skali.
6. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.
7. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan. Sambil-sambil goreng ni baunya harum sungguh.
Tadaa.. dah siap. Nak bagi cantik dan nak tambah kesedapannya taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Bagai pinang dibelah gitew.. selamat mencuba.
Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan kekreatifan berkenaan dengan makanan. Ada saja idea yang baru untuk menghasilka karya seni melalui makanan seperti menghasilkan pau bertemakan jalur gemilang.
Wanita ini meluahkan rasa terkilan dengan satu kumpulan media yang dipercayai terkenal, pada asalnya media tersebut membuat permintaan untuk hasilkan “Giant Flag Pau” dan membuat penggambaran dan akan memnyiarkan cerita berkenaan pau itu. Dipercayai mereka satu team bertungkus lumus dalam menyiapkan persiapan untuk menghasilkan ‘Giant Flag Pau’ namun beliau merakan seperti ditipu serta orang tidak menghargai usahanya
Setelah selesai photoshoot dan temuramah, didapati media tersebut tidak menayangkan kisah pau mereka.
“Anyway, kitaorang okay cuma time tu kecewa sikit lah dengan media tersebut sebab effort kita tak dipamirkan! And things like this never happened dengan semua media yang kita pernah kerjasama sebelum ni”
Meninjau ke ruangan komen, ada yang memberikan kata-kata semangat dan menjawab persoalan bagi pihak yang bekerja sebagai media. Kejadian ini terjadi pada bulan Kemerdekaan tahun lepas.
Tidak dinafikan, hasil tangan dalam menghasilkan pau yang bertemakan jalur gemilang ini memang mengagumkan. Mungkin dalam media, sesetangah tempat banyak prosedur dalam menghasilkan sesuatu artikel, ianya bergantung pada kehendak editor ataupun penceritaan yang menarik akan dipilih.
Mungkin rezekinya bukan disitu, tapi bila dah viral di laman twitter, Alhamdulillah rezki datang daipada situ. Apapun memang terbaik hasilnya! kreatif sungguh.
Walau susah manapun kita melihat sesorang itu menanggung kesempitan hidup, susah lagi orang yang sedang mengalaminya, ini seperti peribahasa Melayu ada menyebut; Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya.
Begitulah kisah hidup seorang nenek berusia 73 tahun ini, sanggup berkorban dengan kudrat yang ada demi membesarkan dua cucunya selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak 2008.
Difahamkan dua beradik yang berasal dari Kampung Bunga Emas, Penambang, Kelantan ini hanya dapat menjadikan nenek mereka sebagai tempat menumpang kasih sepertimana memetik berita daripada myMetro.
Muhammad Aftarihan Arnia Mohd Asni, 17, dan adiknya Linafsha Arnia, 16, yang masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang ketika ini bergantung hidup kepada nenek mereka, Kamariah Mat Ali, 73.
Menurut, Linafsha Arnia, arwah ibunya, Latifah Ismail, meninggal dunia pada 2008 selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pasir Puteh, manakala arwah bapanya pula, Mohd Asni Hussin meninggal dunia pada 2012 selepas mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan ibu yang menjadi teman hidupnya selama ini.
Gambar Pengubat Rindu
“Ketika arwah ibu meninggal dunia, saya baharu berusia tiga tahun serta masih belum mengerti apa-apa dan hanya mampu menangis dan merayu supaya ibu bangun kerana menganggap ibu sedang ‘tidur’.
“Selepas menginjak usia dewasa, saya mula memahami dan kini hanya gambar ibu yang menjadi tatapan setiap kali mahu meluahkan rasa rindu yang semakin lama semakin menebal,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini, hari ini.
Terdahulu dua beradik berkenaan dikunjungi Penghulu Mukim Penambang, Zainuddin Zakaria.
“Besarkan kami dengan kudratnya…”
Linafsha Arnia berkata, walaupun kasih sayang ibu dan ayah tiada gantinya, namun perhatian yang diberikan oleh neneknya membuatkan dia dan abangnya melupakan kesedihan bergelar yatim piatu.
“Kini nenek yang menjadi ibu dan ayah kepada saya dan abang apabila menyediakan keperluan harian kami dua beradik termasuk memberi makan dan minum, malah nenek turut berjanji mahu membesarkan kami dengan kudratnya selain tidak akan memisahkan kami adik-beradik walaupun dihimpit kesusahan.
“Saya dan abang bersyukur kerana dikurniakan seorang nenek yang sangat penyayang serta menjaga kebajikan kami selama ini membuatkan kami bersemangat untuk meneruskan kehidupan walaupun menumpang kasih sayang.
“Beban nenek menjaga kami dua beradik sedikit ringan apabila saya dan abang masing-masing memperoleh bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 yang boleh digunakan untuk membeli keperluan kami,” katanya.
Bagai Menatang Minyak Yang Penuh
Sementara itu, Kamariah berkata, meskipun kehidupan dia dan dua cucunya tidak semewah orang lain, dia tetap bersyukur.
Katanya, dia juga masih mempunyai kudrat untuk menjaga mereka berdua, walaupun menghidap penyakit kencing manis dan masalah kolestrol,
“Selepas kedua-dua ibu bapa mereka meninggal, dua beradik ini seolah-olah mengerti mereka kehilangan segala-galanya ketika usia masih setahun jagung.
“Saya akan menjaga kedua-dua cucu ini bagai menatang minyak yang penuh seperti diamanahkan arwah anak serta menantu walaupun kehidupan kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” katanya sambil mengelap air mata hiba.
Fedtri Yahya tegur sikap anak yang terlalu bergantung kepada ibu bapa untuk menjaga cucu. Pesanan beliau mengenai tanggungjawab membesarkan anak dan hak ibu bapa menikmati usia emas mendapat perhatian ramai.