Sebuah rumahtangga itu akan bahagia apabila pasangan suami isteri sentiasa ingin memberi kebahagian buat pasangannya.
Salah satunya tip menjaga hati isteri. Ikuti panduan ini.
TIPS JAGA HATI ISTERI
1) Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.
2) Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.
3) Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.
Ads
4) Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.
5) Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
6) Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
7) Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.
Ads
8) Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.
9) Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.
10) Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.
11) Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
Ads
12) Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.
13) Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.
14) Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.
15) Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.
16) Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.
Sumber: Kelab Wanita Ibu Isteri Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Belum reda kes Covid-19 yang kian mencatatkan sejumlah angkat yang semakin meningkat setiap hari, kita dikejutkan pula dengan berita insiden pertembungan tren LRT dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kampung Baru yang dipandu secara autimatik bertembung dengan tren daripada stesen Kampung Baru menghala ke Stesen KLCC di pandu secara manual dan dipercayai membawa 213 penumpang.
Menurut laporan yang ditulis di H.Metro, berkongsi kisah salah seorang ibu mangsa yang cedera di dalam insiden yang bernama Syafiza Abd Hadhib, 45 berkata, “Dalam keadaan menangis, anak memaklumkan dia tidak merasa kakinya yang cedera dalam insiden itu.”
Syafiza berkata, dia menerima panggilan daripada anaknya, Adzleen Syzarenna, 24, melalui nombor telefon tidak dikenali jam 8.29 malam.
“Anak saya yang bekerja di sebuah bank di Ampang sering menggunakan pengangkutan awam itu untuk berulang-alik ke rumah sewanya di Subang.
“Sejurus selepas kemalangan itu, Adzleen terus menghubungi saya dan memaklumkan dia cedera di bahagian kaki dan tidak dapat bangun.
“Saya yang terkejut dengan berita itu terus ke lokasi kejadian dan sempat berjumpa dengan dia yang masih berada dalam keadaan trauma sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan, hari ini.
Seorang lagi ibu kepada mangsa insiden berkenaan, Mazuin Bahari, 51, berkata, dia bimbang dengan keselamatan anaknya sebaik mengetahui tren dinaiki anaknya, Tengku Ahmad Raiyan Tengku Naha, 27, terbabit dalam insiden itu.
“Ketika itu, Raiyan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Cheras. Sejurus selepas kemalangan itu, dia menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian berkenaan jam 9.19 malam.
“Raiyan memberitahu beritahu kaki kanannya tidak boleh digerakkan selain berasa sakit pada bahu akibat hentakan kuat,” katanya ketika ditemui di HKL, hari ini.
Mazuin berkata, dia dan suaminya terus begegas ke lokasi kejadian, namun dimaklumkan, semua mangsa sudah dibawa ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.
“Saya sama sekali tidak menyangka kejadian seperti itu berlaku kerana sebelum ini saya kerap mendengar dan membaca kejadian itu di luar negara.
“Setakat ini, saya masih belum mengetahui keadaan dan tahap kecederaan Raiyan memandangkan ahli keluarga tidak dibenarkan masuk ke wad kecemasan berikutan arahan daripada pihak hospital susulan penularan Covid-19,” katanya.
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menerusi laman Instagramnya, berkongsi momen percutian bersama keluarga di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Begitupun, percutian kali ini tidak disertai oleh isterinya, Scha Alyahya yang kini sedang menjalani sebuah penggambaran.
Menerusi perkongsian tersebut,Awal Ashaari yang memuatnaik gambar bersama dua anak perempuannya memberitahu bahawa sudah tidak tahu kemana lagi destinasi yang harus dituju hanya demi membuatkan anak keduanya teruja.
Dalam nada berseloroh menerusi kapsyennya, Awal memberitahu yang anak perempuan keduanya itu, Lyla Amina tidak berperasaan kerana tidak tahu bahawa keadaan anaknya itu berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.
“Daddy tak tau nak bawak pi mana lagi untuk buat awak ni excited. Terbang dah, masuk air dah, pi zoo dah, masuk hutan pun dah.
“Ke awak nak seberang pi Kuala Perlis baru nak senyum? Susah jugak budak takde perasaan ni. kita tak tau dia ok ke tak.. selalunya orang kata anak no 2 ni penuh perasaan.
“Bawak Pi Haji Ismail beli pinggan mangkuk kang.. baru tau.
Malah itu juga membuatkan dia ada terfikir untuk membawa anaknya itu ke negeri Perlis dimana isterinya kini sedang shooting supaya dapat membuatkan Lyla Amina kembali tersenyum.
Mungkin destinasi Perlis itu yang akan membuatkan si comel Lyla Amina kembali teruja dan ceria seperti sediakala setelah bertemu dengan ibunya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan perkongsian tersebut. Ada yang berkongsi tip tak kurang yang mengakui mengalami pengalaman yang sama.
lisasurihani 🤣🤣🤣 Leo was like this too! Hard to impress! But now dia la joker 😅
mammam.babyfood.hqNie kesan dari pikir pasal PKP kot sepanjang mummy pregnant dulu 😂
iyliasabeelaLawak la daddy lila ni. Kena bawak jumpa mommy ni baru happy 🤣🤣🤣
aku_naz89Ank no2. Tak menggambarkan isi hati yg sbnr. Kita kena lebih peka dgn ank 002 ni.. walau apapun, anak 002 beri pengalaman yg amat berbeza buat ibu bapa.. ❤️
hassima😂 Mcm anak saya juga, ank no. 2 baru 1 thn 2 bln… Kemain ssh nak bt dia senyum. Mmg muka x de perasaan je…
pochieeakmarDy pandai sorok perasaan la dady hahhaha sje nk game kan dady die
Doa seorang ibu adalah doa yang selalu dinanti anak-anaknya. Doa ibu tiada hijab dan mustajab! Doa seorang ibu untuk anaknya akan membawa keberkatan hidup di dunia.
Malah dikatakan bahawa doa ibu setanding dengan doa Nabi untuk umatnya iaitu membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah.
Jadi jangan buat main dengan doa seorang ibu. Oleh itu, para ibu harus sentiasa berdoa yang baik-baik untuk anak-anak agar kejayaan sentiasa mengiringinya.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
KERAMATNYA DOA IBU!
Amalkan doa ini utk anak berjaya, cemerlang dunia akhirat dan menjadi anak yang hebat serta soleh/solehah :
“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji”.
Doa
1.Bagaimana doa ibu boleh mampu merubah takdirnya dan takdir anak anaknya. Sebaik atau seburuk mana pun anak itu ialah zuriatnya. Seorang ibu berdoa semoga anaknya menjadi anak yang soleh. Allah uji ibu tadi anaknya tak seperti yang diharapkan. Imam al qurtubi berkata marah ibu bukan benci tak suka tandanya sayang.
Munajat
2.Seorang ibu perlu sentiasa bermunajat kepada Allah. Anaknya bukan miliknya tetapi pinjaman Allah. Ibu ada titik keikhlasan dalam dirinya sejak dari mengandung lagi. Bila lahirnya zuriat segala kesakitan mengandung dan melahirkan hilang begitu sahaja. Doa ibu sangat penting kalau pun anaknya tak berjaya tetapi keberkatan tetap ada dalam diri anaknya kerana keredhaan ibu terhadap.anaknya.
Jaga kata-kata
3.Ada kalanya bila anak dah dewasa dan derhaka ada ibunya yang dalam keadaan marah berkata ibu tak halalkan susu ibu. Kata ustaz memang benar anaknya telah melakukan perkara yang mengecewakan ibunya tetapi adakah kata kata itu boleh merubah segalanya dalam hidup anaknya. Keberkatan hidup. Keredhaan hidup anaknya. Kehilangan seluruh hidupnya. Anaknya akan menjadi bertambah marah kerana kesan dari mulut ibunya. Jangan berkata begitu kerana ibu susu ibu itu milik Allah bukan milik dirinya.
Wahai ibu-ibu semua, doa yang baik saja buat anak2 mu kerana doa ibu tiada hijabnya!