Meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak berbumbung dengan sinaran matahari yang terik menyebabkan haba panas kuat terasa. Untuk mengurangkan haba masa, kita akan membuka sedikit tingkap namun cara ini cukup bahaya. Tak pasal-pasal nanti kereta kita hilang kena curi atau mungkin jika hujan turun dengan lebat habis basah tempat duduk dek tempias.
Biasanya kita akan start enjin kereta, lalu buka pintu dan tingkap luas-luas bagi mengeluarkan haba tersebut. Kemudian, membuka air-cond bagi membolehkan kereta kembali sejuk. Sebenarnya, ada cara lain yang lebih mudah dan praktikal. Hanya dengan pulas butang fungsi ini maka masalah anda dapat diselesaikan.
1. Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.
Ads
Waktu memandu pastikan anda tutup flap air cond kereta supaya pengudaraan kereta beredar hanya dalam kereta sahaja dan kekalkan udara sejuk. Rasanya semua orang lakukan semua ni bukan?
2 Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.
Ads
Ketika parking kereta, buka flap aircond tadi. Jadi, udara panas tidak akan terperap di dalam kereta dan membuatkan kereta berbahang. Itulah tujuan flap aircond.
Ads
Kena cuba hari ni !
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap perkembangan anak-anak menjadi fokus utama ibu bapa. Itulah situasi yang dialami oleh Norhidayah Mohd Ali Atau Hidayah yang merupakan isteri kepada Allahyarham Abam Bocey.
Dalam satu perkongsian di laman instagram, Hidayah memuat naik satu video memaparkan gelagat si anaknya, Syed UIthman Hamzah Al-Juffrey yang semakin bijak.
Tatkala diminta ibunya supaya menyebut ABC, mengira 123 dan sebagainya, dengan pantas dia mengikut permintaan.
Tentunya ibu bapa yang pertama kali ingin menghantar anak ke sokolah tadika akan berasa berdebar bukan?
Lebih-lebih lagi kita sebagai ibu bapa merasakan anak-anak yang berumur 5 atau 6 tahun ini masih kecil lagi dan tidak pandai mengurus diri.
Bermacam-macam persoalan berlegar difikiran, adakah anak kecil kita boleh membiasakan diri di hari pertama di sekolah nanti? Mungkin menangis ke dia hari Selasa nanti? atau Seronokkah dapat jumpa kawan-kawan seusia?
Walau apa pun keadaan dan situasinya nanti, kita sebagai ibu bapa perlu juga persiapkan minda dan hati agar ‘bertabah’ untuk meninggalkan anak-anak di sekolah.
Di sini disertakan tip bermanfaat daripada Cikgu Ashikin Hashim, Genius Aulad Saujana Utama.
Tip Anak Happy, Mama Cool di hari pertama di tadika.
1. Set Minda
Mengapa kita sekolahkan anak kita di tadika? Tak wajib pun kan? Ya. Sebab kita mahukan yang terbaik untuk anak kita. Kita nak dia belajar mengenali dunia luar. Kita nak anak kita happy. Kita bukan nak pressure anak kita. Jadi, jangan memaksa tetapi memujuk dan menggalakkan. Jika anda merasakan anak tidak bersedia, tiada masalah untuk withdraw tapi tunggu dulu. Baca sampai habis. Jangan withdraw selagi anda tak buat semua tip ini.
2. Konsisten dan sabar.
Jika anak anda menangis pada hari pertama sekolah bukan bermaksud anak anda tak bersedia. Bukan juga bermaksud dia tak suka sekolah berkenaan. Bukan juga bermakna anda ibu ayah yang tidak bagus.
Tidak salah anak menangis pada hari pertamanya. Pujuk anak dengan baik dan berikan kata-kata semangat buat anak. Anak juga seperti kita. Kita akan rasa janggal di tempat baru. Kita juga akan rasa takut jika berpisah. Begitu juga anak kita.
Konsisten dengan rutin baru ini. Bangun pagi seperti biasa dan tetap ke sekolah seperti yang dijadualkan. Setiap anak berbeza penerimaan mereka.
Ada yang cepat membiasakan diri tapi ada juga yang memakan masa. Mengikut pengalaman saya paling lama anak akan cuba sesuaikan diri adalah dalam masa sebulan. Tapi sesetengahnya ada yang mengambil masa yang lebih lama.Jadi bersabarlah.
3. Sentiasa berkomunikasi dengan guru. Jika anak menangis, berkongsilah perasaan anda dengan guru anak anda. Guru yang professional dan berpengalaman akan sentiasa menenangkan dan memberi jaminan bahawa anak anda akan OK.
Tidak salah jika anda bertanya tentang keadaan anak dan guru akan menjawab dengan baik. Cumanya anda kena bersabar jika guru mengambil masa untuk menjawab soalan di whatsapp. Jika telefon, gunakan masa selepas waktu belajar. Anak anda adalah keutamaan guru pada waktu pembelajaran, bukan menjawab telefon dan mesej melainkan perkara penting.
4. Perlu kah tunggu anak depan kelas? Bagi saya cukup memberikan pelukan dan ciuman dan lambaian. Kemudian anda pergilah dating dengan husband biar kami jaga anak anda. Hehee. Berilah kepercayaan kepada kami dan yakinlah anak anda berada di dalam tangan pendidik yang berpengalaman. Nak tunggu juga? 15 minit sudah cukup.
5. Jika anak mengamuk berguling? Baik. Cuba pujuk dulu. Biasanya memang guru akan bantu. Sekali lagi berikan kepercayaan kepada guru untuk mengendalikan anak anda. InshaAllah lama-lama anak akan ok bila dia tengok eh selamat rupanya saya di sini. Eh best rupanya. Eh ada kawan rupanya hehehe.
6. Peranan selepas sekolah. Tugas kita ketika selepas sekolah adalah amat penting. Bila di rumah berbuallah dengan anak tentang sekolahnya atau kenangan anda bersekolah dulu. Katakan bahawa esok kita akan ke sekolah lagi. Mama nak Wafa senyum. Nanti jumpa kawan. Dapat main dengan kawan. Tidur awal semoga mood anak nanti baik. Tak mengamuk sebab tak cukup tidur.
Percayalah kata-kata ini: Mama yang cool akan menjadikan anak lebih happy dan tenang.
Tenang-tenang sahaja Mama. Anak anda pasti akan ok. Doa banyak-banyak kepada Allah mudahan Allah mudahkan perjalanan anak kita yang baru sekolah ini. Selalu sebarkan positive vibes kepada anak agar anak dan kita lebih tenang.
Nota:
Semoga tip dan perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
sumber : Ashikin Hashim
Genius Aulad Saujana Utama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini tular di media sosial seorang Tiktoker dikenali sebagai Cikgu Ayu menegur supaya orang ramai bertolak ansur dengan anak-anak kecil yang membuat bising di kedai makan berikutan kejadian yang dilaluinya apabila anaknya yang menangis di kedai makan dipandang pelik oleh sesetengah individu.
Namun, tegurannya itu mengundang pelbagai reaksi dari warganet kerana merasakan peranan ibu bapa juga penting bagi tidak membiarkan anak-anak menjadi tidak terkawal.
Salah satunya, pelakon dan usahawan, Betty Rahmad yang menyatakan dia tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan TikToker tersebut kerana dia juga mempunyai anak kecil dan kerap makan di luar.
Kata Betty, sebagai pengunjung kedai makan, sudah tentu pelanggan membayar untuk mendapat makanan dan suasana yang selesa, bukan mendengar tangisan serta riuh anak-anak kecil.
“Diorang datang ke kedai makan nak makan, diorang bayar diorang nak makan bukan nak dengar anak kita menangis.” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Tiktok miliknya.
Jadi, dia merasakan ibu bapalah yang memainkan peranan sama ada membungkus makanan dan membawa pulang supaya tidak mengganggu orang lain ataupun membawa mainan bagi melekakan seketika anak-anak ketika penjaga sedang makan.
“Mak ayah tak boleh selfish. Saya pun sakit hati, saya pandang 360 darjah kalau tengok mak ayah elok makan tapi anak tengah menangis dan ganggu orang lain” tambahnya.
Dalam pada itu, pengarah Micheal Ang juga turut meluahkan pendapatnya bahawa wanita berkenaan tidak seharusnya menyalahkan orang lain sekiranya mereka berasa kurang selesa, sebaliknya ibu bapa yang sepatutnya mengajar anak-anak untuk menjaga kelakuan ketika di tempat awam.
Meninjau di ruangan komen perkongsian Betty dan Micheal, rata-rata bersetuju dengan pendapat kedua-dua selebriti ini dan merasakan lebih baik ibu bapa yang mempunyai anak kecil makan dirumah kerana dapat mengawal anak-anak daripada menggangu orang lain.
Sumber: TikTok Betty Rahman, Instagram Micheal Ang
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di