Mengajar anak untuk berdisiplin dalam hal meletakkan barang-barang dalam rumah di tempat asalnya setelah digunakan dangan tersusun rapi, memang perlukan komitmen.
Selain kita juga perlu bertegas, siapa sangka teknik meletakkan label seperti yang dilakukan oleh Mohd Nazri ini praktikal dan menarik juga untuk dicuba.
Dan ini perkongsiannya.
Mendidik dan mendisiplin, semua letak label.
Ads
Pendekatan yang dilakukan oleh seorang ayah ini menarik juga untuk dipraktikkan. Katanya dengan teknik melabel ini secara tidak langsung dapat mendisiplinkan mereka satu keluarga.
Katanya lagi yang berpengalan bekerja di kilang Jepun, disiplin mereka kuat, semua nak seragam. Bagus untuk pekerja…tu yang terapkan di rumah.
Ads
Alhamdulillah semua anak-anak dan isteri boleh ikut selepas bagi tahu tujuan buat semua ini hendak latih anak-anak lebih berdisiplin.
Ads
Bila diajukan tentang sticker yang digunakan itu, nyata ayah kepada dua orang anak ini lakukan DIY untuk hasilkannya. “Sticker yang petak tu print sendiri kat tempat kerja, manakala yang bulat itu beli dengan kawan.”
Kebelakangan ini, banyak pula isu yang melibatkan orang ketiga dalam rumah tangga. Kini, gelaran ‘penyondol’ juga sinonim dengan seseorang yang merampas hak dan kebahagiaan sesebuah keluarga.
Terkesan dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan isu ini, pelakon yang kini melonjak naik, Riena Diana turut akui takut untuk melangkah masuk dalam dunia perkahwinan.
Seperti yang dilaporkan Xtra, Riena yang pernah menghadapi ujian yang sama turut meluahkan perasaannya mengenai isu ini.
“Tak dinafikan, ada sedikit rasa takut dalam diri saya. Apa yang jadi sekarang ini buat saya fikir relationship saya ni akan jadi ke.
“Malah masa bercinta pun ada pasang surutnya, apatah lagi bila dah berkahwin, akan stick dengan orang tu je.
“Tapi saya rasa kalau betul kita jumpa the one, and dia sanggup lalui susah senang bersama, insya-Allah kekal dan saya percaya pada jodoh.
Meskipun begitu, Riena tetap memandang isu ini dari sudut yang positif serta sempat memberikan pesanan kepada individu yang bergelar isteri nombor dua.
“Walaupun mungkin berpisah kita kena percaya itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.. Saya rasa berserah saja kot, sebab kalau takut sangat nanti tak kahwin pula..,” ujarnya.
“Kahwin dua atau tiga tu memang orang kata tak salah. Cuma bila dah ambil hak orang tu, kena merendah diri sikitlah sebab kita pun dah ambil hak orang.
“Kena sedar diri siapa, tempat dimana. Kena lebih banyak bersabar dan bertoleransi dengan isteri nombor satu.
“Jangan kita dah ambil hak orang lepastu kita pula nak lebih-lebih. Itulah antara tips kalau nak jadi penyondol sebab saya rasa nombor dua ni kena banyak makan hati sikit.
“Kalau kena maki pun, kena sabar je sebab dah ambil hak orang kan. Tak boleh banyak mulut, dan kita kena tahu bila dah jadi nombor dua, jangan expect akan dapat perkara sama seperti isteri nombor satu,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Riena pernah diuji dalam hubungan percintaanya dengan kekasih hati Nik Afiq namun cinta kembali bertaut pada Februari 2023 setelah masing-masing mengambil keputusan untuk memperbaiki diri.
Pelakon yang terkenal dengan watak Lailer dalam drama Kampung People ini juga mengaku jarang berkongsi foto bersama kekasih di media sosial.
Sumber: Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi impian setiap ibu bapa untuk mempunyai anak yang rajin dan bijak. Namun, usaha mendidik anak perlu dilakukan sejak mereka kecil lagi sebelum remaja. Dalam pada itu, untuk mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan.
Menarik perkongsian ini mengenai didikan kepada anak lelaki.
IKUTI LANJUT PERKONGSIAN INI.
Siapkan emosi dan adab anak lelaki sebelum mereka menjadi remaja.
1. Ajar mereka kawal emosi marah
– supaya marah mereka tidak keterlaluan
– supaya marah mereka tidak merosakkan
– supaya marah mereka sampai tidak meninggalkan dendam
2. Ajar mereka untuk luah perasaan marah dengan cara yang selamat
– supaya mereka tahu ianya okay untuk meluahkan
– tetapi pastikan ianya dengan cara yang betul
– jangan sampai merosakkan barang barang
– jangan sampai membahayakan diri sendiri
3. Ajarkan mereka empati dan memahami perasaan mak ayah dan adik beradiknya
– supaya anak kita belajar memahami
– supaya anak kita tahu perasaan orang di sekelilingnya nanti
– supaya anak kita boleh memandang daripada perspektif orang lain
4. Ajarkan anak lelaki kita tentang belas kasihan
– supaya mereka belas kasihan kepada kita
– supaya mereka belas kasihan kepada adik beradik dan orang di sekeliling
– supaya mereka dicintai ramai orang kerana sifat belas kasihannya itu
5. Ajarkan anak lelaki kita sifat ringan tulang
– supaya anak lelaki kita tidak menjadi remaja yang berat tangan untuk menolong
– supaya anak lelaki kita tidak menjadi beban ibubapa dan pasangannya kelak
– supaya mereka belajar tentang amanah dan tanggungjawab
Tolong kongsikan ilmu ni pada pasangan kita dan ibubapa lain yang belum tahu sebab saya percaya ramai lagi ibubapa di luar sana yang belum tahu tentang ilmu ini
Sumber: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes yang tular semacam mengenai pasangan infleuncer yang memindahkan harta sepencariannya menjadi hak milik kekal isterinya menjadi perbualan dan sorotan ramai.
Soalnya, bolehkan harta yang dicari bersama-sama itu menjadi hak milik mutlak isteri? Penulis, Mohd Ezairol Rezan Zainol turut berkongsi hal ini yang tak pernah isteri tahu. Ikuti perkongsian beliau.
Viral hari ni pasal kes Aisyah. Ramai yang emotional dalam memberikan komen dan pendapat. Tahniah la pada Alif kerana setuju serahkan semuanya kepada Aisyah.
Memindahkan 100% harta sepencarian menjadi hak milik si isteri perlulah dilakukan dengan izin dan redha suami.
Harta yang dibina bersama-sama pasangan, ada haknya masing² disitu. Di situ, ada hak suami dan ada juga hak isteri.
Segala pengorbanan suami atau isteri, tenaga serta keringat yang dia sumbangkan malah mungkin juga ada idea dia dalam pemilikan harta ketika bersama perlu dibahagikan secara adil dan saksama.
Melainkan salah satu pihak redha dan bersetuju untuk berikan kesemua bahagian miliknya kepada pasangan yang pernah tidur sebantal dengannya, itu lain cerita.
Berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Buatlah pembahagian harta sepencarian itu dengan adil dan waras. Dalam pada kita gigih melindungi diri agar tidak dizalimi, jangan sampai kita pula yang menzalimi pasangan atau bekas pasangan kita.
Dalam hidup ini, jangan kejar harta yang banyak, tapi kejarlah harta yang berkat untuk bekal di akhirat.
Ramai surirumah sebenarnya tak tahu yang mereka boleh menuntut harta sepencarian walaupun mereka itu adalah surirumah sepenuh masa.
Boleh baca kehendak undang-undang Islam berkaitan harta sepencarian yang dipetik dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.
KEHENDAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN – JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN
Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai harta sepencarian, kita hendaklah memahami kehendak undang-undang bahawa maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:-
1) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;
2) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan
3) Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.
Semoga Allah pandu kita semua dalam berbuat keputusan yang adil dan tepat.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.