Setiap kali muncul di kaca tv, pasti ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati. Lakonannya biasa-biasa sahaja namun lawak yang ditonjolkan membuatkan ramai tak kering gusi.
Tidak hairanlah andai dikatakan dia antara pelawak tanah air yang konsisten sejak dahulu hingga kini.
Bahkan terbaru, lakonannya dalam filem berjudul 18 Puasa Di Kampung Pisang menjadi bualan ramai. Manakan tidak, watak yang dibawa oleh Bell bernama Barkoba tersebut nyata meninggalkan kesan sehingga diingati para penonton.
Filem arahan Mamat Khalid ini berjaya mengutip sebanyak RM1 juta dalam masa tiga hari ditayangkan di Astro First. Setelah 3 minggu ditayangkan, kutipan telah mencecah RM4 juta, satu jumlah yang amat menakjubkan.Sekali gus menaikkan kembali nama Bell dalam industri seni tanah air.
Namun, jarang sekali media memuat naik kisahnya bersama ahli keluarga. Namun, sempena Syawal yang lalu, Bell berkongsi gambar raya bersama isteri dan anak-anaknya. Memang cantik semuanya memakai baju raya warna sedondon rona merah jambu.
Ads
“Selamat hari raya kepada semua. Saya nak minta maaf zahir dan juga batin yep. Dah macam kawan-kawan semua.”
Dalam pada itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata, biarpun Aidifitri berlangsung dalam serba kekangan akibat krisis Covid-19, namun baginya, raya tetap raya.
Jelas Bell lagi, kelazimannya mereka sekeluarga pulang beraya di Johor dan Kedah (keluarga belah isteri).
Ads
“Kami biasa akan balik beraya di Kota Tinggi dan Ulu Tiram, Johor. Tetapi apa yang boleh buat, kita semua diuji dengan wabak Covid-19.
“Memang tak rasa raya sebab tak dapat jumpa sedara-mara. Tapi, ada hikmahnya juga. Disebabkan Covid-19, tak perlulah kita peruntukkan banyak sangat duit raya (ketawa).
“Raya ini akan paling seronok andai kita pegang status atau tiket kanak-kanak. Dapat beraya di rumah sesiapa pun dan paling ‘best’, semasa kutip duit raya. Ketuk sahaja pintu rumah sesiapa, mesti bawa balik ‘ongkos’.
“Sekarang dah tak macam dahulu. Nyawa bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main. Saya rasa anak-anak pun dah reda. Semua orang rindukan suasana beraya dahulu yang bebas ke mana-mana tanpa sekatan. Tetapi ini semua dugaan. Sama-samalah kita hadapinya dengan tabah.” ujar Bell lagi.
Ads
Melihat gambar berkenaan, ramai yang menulis dan memberi respon. Antaranya ada menulis bahawa dalam gambar ni semuanya nampak muda. Bagaikan semuanya sebaya umurnya.
Bukan itu sahaja, ada yang memuji Bell Ngasri dan isteri sama cantik dan sama padan. Pada usia 41 tahun, ternyata Bell Ngasri tetap tampak muda remaja.
Untuk rekod, Bell Ngasri bernikah dengan isterinya Farhana Syasya pada tahun 2007 dan mempunyai tiga orang anak.
seperti yang telah diumumkan sebelum ini, penyanyi popular Shila Amzah bakal membina mahligai cinta bersama pilihan hatinya iaitu personaliti media sosial Ubai MZ, 25, pada hujung minggu ini atau lebih tepatnya pada Sabtu.
Sebagai orang tua pihak pengantin, ibu Shila iaitu Fauziah Sarman turut merasai debaran yang dirasai oleh anaknya dan tidak melepaskan peluang berkongsi video di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dirinya memegang persalinan dipercayai miliknya sempena hari pernikahan anaknya itu dari sebuah butik pakaian.
Menerusi video tersebut, Fauziah atau lebih mesra dipanggil mamazie turut meletakkan audio berlatarbelakangkan lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian Anita Sarawak.
Di ruangan kapsyen, dia sempat berseloroh kononnya mahu mendirikan rumah tangga namun menyifatkan ia sekadar angan-angan sahaja selain meluahkan kesyukuran atas segala yang dimiliki.
“Lepas anak mak pulak.. Eh.. Gurau je, berangan tak salah kan,” tulisnya di ruangan kapsyen berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengaminkan doa tersebut malah ada juga yang menyokong tindakan wanita berusia 55 tahun itu untuk mencari kebahagian yang tersendiri.
Untuk rekod, Fauziah mendirikan rumah tangga tangga bersama pasangannya iaitu penyanyi terkenal pada era 80-an dan 90-an, ND Lala dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
Jika selama ini ibu-ibu hanya buang air basuhan beras, kali ini fikirkan semula. Ada manfaatnya yang mungkin ibu-ibu tak tahu. Lebih-lebih lagi bagi anda yang suka bercucuk tanam, tak kisah lah pokok cili ke, Bayam Brazil ke atau pokok limau ke.
Pokok kurus kering je, buahnya dah berbiji-biji tuai.
Kalau nak pokok-pokok ini tumbuh subur dan berbuat lebat, cubalah petua yang dikongsikan oleh Huda Zainalini. Zaman belum berjinak dengan pokok, air basuhan beras ni memang akan buang je. Namun semenjak dah berjinak dengan tanaman, air bilasan beras ni Huda akan guna untuk pokok-pokok.
Bilasan air beras yang berwarna putih disebabkan oleh kanji. Ia mampu menggalakkan pembiakan bakteria baik untuk akar.
Ada juga mineral seperti nitrogen, potassium dan phosphorus dalam air beras. Semua tu bagus untuk tumbesaran pokok. Hah, ingat manusia je ke yang nak mineral. Pokok pun nak. Satu lagi buat macam ni supaya kurangkan pembaziran air. #zerowaste.
Subur juga pokok-pokok ni, padahal tuan dia tak baja pun. Huda Zainal
Air pun recycle.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, di bulan Ramadan ini biasanya ibu-ibu pasti sibuk menyediakan pelbagai menu untuk berbuka mahu pun juadah bersahur. Malah setiap kali itu jugalah, dalam penyediaan bahan-bahan masakan kita akan mengisar pelbagai ramuan menggunakan blender untuk memastikan hidangan yang dimasak sempurna dan enak rasanya.
Pun begitu, dengan kekerapan kita menggunakan blender ini kadang-kadang menyebabkan adanya bau rempah atau cili melekat pada blender tersebut. Jika dilihat dari mata kasar memang telah bersih namun baunya masih ada.
Jadi ada baiknya kita ketahui cara atau petua terbaik dan mudah dilakukan untuk memastikan blender yang digunakan bebas bau-bauan. Jom semak perkongsian Miya Aira ini, cukup bermanfaat.
“Nak share tips nak bagi blender tak berbau..Mesti kat sini ada masalah blender berbau selepas blender bahan seperti cili kering,cili,bawang atau apa saja .. walaupun dah basuh bersih bau tu mesti tak hilang jugak kan..Senang ja nak hilangkan bau dalam blender..Meh nak share tips..Pada yg dah tau its”-Miya Aira
Bahan-bahan yang diperlukan:
Sabun pencuci
Garam
Cara mencucinya :
1. Basuh bersih blender anda.
2. Masukkan air sabun pencuci pinggan mangkuk atau cecair pencuci pinggan mangkuk pun boleh. Apa jenama pun takpa janji sabun pencuci pinggan mangkuk
3. Masuk kan 2 atau 3 sudu garam
4. Kisar macam biasa dalam 2-3minit. Atau pun sampai berbuih. Lepastu bilas blender dengan air bersih.
Taraaa langsung tak berbau..Selamat mencuba
sumber : Miya Aira Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cemerlang STPM, gadis cacat penglihatan peroleh PNGK 4.0. Status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan tidak menghalang Tengku Nurhanis Tengku Othman, 20 tahun, daripada mencapai kejayaan cemerlang apabila memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.