Bagi ibu bapa yang mempunyai anak ramai selalunya waktu ‘packing’ baranglah yang sering menjadi masalah selain bajet. Kalau boleh semua nak bawa, itulah dilema mak-mak.
Supaya tak perlu mengangkut barang banyak dan tak tinggal juga keperluan yang penting boleh ikut panduan packing yang dikongsi oleh Susun Atur Sioca ini.
Tip packing famili 6 orang, bawa 3 beg besar saja
Tip packing ini bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari, dan sebagainya, semua tu nak masuk fikiran.
Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta, dan sebagainya.
Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan. Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking. Ni tip ibu ayah 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah begnya.
Yang asasnya ada 3 beg ini:
– beg besar untuk baju
– beg kecil selain baju
– beg belang untuk toiletries
Selain 3 beg asas ini, ada:
– beg makanan/minuman
– beg swimming
– beg laptop
Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.
Beg kanan sekali ada tuala, telekung, sejadah, toto, dan selimut tambahan.
Ads
Dalam beg belang ada:
– beg toiletries
– beg bersiap
-Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13.
-Beg bersiap pula dari Mr Diy.
-Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.
Beg makanan (merah) dan minuman (biru).
Ads
Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee. Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.
Barang yang bertanda ✅ lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.
✅ beg beras
✅ periuk nasi travel
✅ sudu siap bekas
✅ alas makan
✅ suplemen wajib
✅ beg membasuh
✅ penyapu mini
✅ plastik sampah
Beg swimming.
Dalam beg swimming ada barang-barang ni.
Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Sorang satu beg dan setiap beg ada:
Ads
– 1 tuala mini
– 1 baju swimming
– 2 hanger
Beg ini juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.
Keadaan susunan beg di hotel.
Dalam bonet kereta
Semoga bermanfaat bagi mereka yang selalu bercuti. Boleh praktikkan ya!
Berkongsi rahsia kebahagiaan rumahtangga, bagi pelakon, Syukri Yahaya dia punya caranya yang tersendiri dalam mengekalkan keharmonian bersama.
Tambah hero kesayangan ramai ini, apa yang diamalkannya adalah berkomunikasi dan sentiasa bersikap terbuka dengan isterinya, Tya Adnan.
“Saya lebih bersikap terus terang dengan isteri saya. Bila balik dari penggambaran saya akan cerita dengan dia.
“Bila saya tak ada dekat rumah, dia tahu apa saya buat. Kadang saya ambil gambar hantar dekat dia supaya dia tahu apa berlaku di set,” katanya berkongsi.
Bagi menimbulkan salah faham dan situasi kurang senang, akui Shukri, dia lebih senang bersifat terbuka malah tidak akan sekali-kali memberi ruang berlakunya salah faham.
Malah tambah bapa kepada dua cahaya mata ini lagi, dia bersyukur kerana rumah tangganya tidak diganggu orang ketiga malah sentiasa cuba mengelakkan diri dari berbalas mesej dengan rakan gandingannya ketika bekerja.
“Kalau boleh saya tak nak buka ruang untuk dia salah faham. Dia lebih tahu daripada orang lain.
“Buat masa ini tiada orang yang datang untuk menghimpit saya.
“Nak elakkan perkara ini biasanya saya takkan mesej di luar waktu kerja. Setakat di set penggambaran saja.
“Bila dekat set saya memang suka bergurau tapi habis setakat itu saja. Memang takkan bermesej atau apa. Saya tak izinkan perkara itu berlaku,” katanya lagi.
Terdahulu, Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aaira Ameena, 8 dan Maleeq Miqayl, 4 tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Memandangkan pelakon Shakira ini sibuk dengan penggambaran, membuatkan Tya mengambil keputusan untuk mengemas rumah baru tanpa bantuan suami tersayang.
Perkongsian tersebut meraih perhatian Dan menerima pujian warganet. Ramai yang menyifatkan isteri kesayangan Shukri seorang yang berdikari dan ringan tulang.
Menjengah ke Instagramnya, terlihat perkongsian terbaru Tya yang memuatnaik video menunjukkan Shukri sedang unboxing sofa baru yang baru sampai.
Namun di sebalik video itu, Tya juga berkongsi luahan yang menceritakan perjalanan mereka sebelum memiliki rumah sendiri.
“Sebenarnya.. perasaan masuk rumah baru masih tak percaya. Tengok video unboxing sofa pun boleh jadi sebak.
Sebab apa? Sebab tak pernah sangka akan dapat rezeki duduk rumah baru, duduk rumah sendiri. Sebelum ni selalu tengok orang pindah rumah, renovate rumah cantik-cantik. Ya Allah. Sukaa sangat-sangat tengok!
‘Dalam hati selalu cakap “Bestnyaaa!!”, “Teringinnyaaa..”
“Sambil doa dalam hati “Ya Allah permudahkanlah urusan rezeki kami sekeluarga Ya Allah. Rezekikan kami rezeki yang mencukupi, rezeki yang tak putus-putus, rezeki yang membahagiakan orang sekeliling kami”
“Hari-hari doa. Hari-hari minta dengan Allah. Kadang-kadang doa sambil bawak kereta, pegang stereng kereta tu pun doa. Tengah makan tetiba teringat, doa. Tengah basuh baju tiba-tiba teringat doa. “Bukan nak kaya raya. Tapi cukuplah sekadar rezeki yang mencukupi, rezeki yang membahagiakan.
“Tup tup Allah bagi rezeki duduk rumah baru. Kalau nak tahu, Tya & Shuk masa mula-mula masuk rumah dalam first week tu, kitorang langsung tak rasa macam duduk rumah sendiri. Rasa macam duduk tah mana-mana. Rasa macam dekat tempat orang. Sampai macamtu perasaan kami 😢 Jelas Tya, setiap hari dia tak putus berdoa agar dimurahkan rezeki dan sehingga ke hari ini, masih tidak percaya bahawa apa yang sudah dimiliki oleh mereka.
Orang tua-tua kita dulu boleh dikatakan setiap waktu ada sahaja nasihat dan pesanan, diulang-ulang percakapannya. Tidak pernah jemu menasihati anak-anaknya agar terdidik akhlak dan adab.
Gambar hiasan
Hatta di meja makan sekali pun pasti ada pesanannya.
Berkongsi pengalaman ini, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan turut ada pandangannya. Jom baca untuk jadikan panduan dan Inspirasi mendidik anak-anak kita pula.
Ini perkongsiannya.
Bila berada di meja makan, di hadapan rezeki yang sudah terhidang, mak saya selalu pesan:
“Ambil sikit dulu, kalau tak cukup, boleh tambah.”
“Ingat sikit orang belakang(yang belum makan).”
“Cukup ni. Kalau makan rebut-rebut baru sedap.”
Gambar hiasan
“Jangan beri orang sisa. Asingkan dulu siap-siap.”
“Dah, kalau tak habis, jangan paksa habiskan.”
Ia melatih kami adik-beradik untuk sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada, sentiasa berkongsi walau sedikit mana pun milik kami, dan sentiasa memberi yang terbaik(bukan sisa) untuk orang lain.
Alhamdulillah, rezeki kami empat beradik sentiasa tak pernah putus. Walaupun jalannya berbeza, tapi kami semua berjaya mengecapi impian kami untuk jadi doktor, berkhidmat kepada ummah.
Begitulah hikmah sentiasa menghormati rezeki.
Memang tanggungjawab kita untuk cari rezeki, tetapi jangan pula sehingga tamak bila mengumpul duit.
Bukan tak boleh bina kekayaan, cuma tak usah sampai berbelanja terlalu mewah untuk habiskannya.
Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain, jadi asingkan siap-siap bahagian untuk zakat, cukai dan sebagainya.
Jika rezeki kita bukan dalam bentuk harta dan wang ringgit, boleh sumbang tenaga dan masa yang ada.
Jika kita memberi(perkhidmatan/sumbangan/dsb), berilah yang terbaik dan dengan sepenuh hati. Tak usahlah beri barangan yang telah terlalu lusuh dan dengan cara yang ala kadar.