Sambal tumis memang enak dinikmati bersama nasi lemak, lontong mahupun dimakan bersama nasi putih sahaja.Tak kiralah nak gandingkan dengan lauk apa sahaja, semuanya pasti membuka selera.Bahkan, makan dengan ikan goreng sahaja pun dah mampu buat kita tersandar kekenyangan.
Namun ada cara dan tip tertentu bagi menjadikan sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama.Perkongsian ini oleh blogger masakan terkenal, Azlita Masam Manis.
1.Pemilihan Cili Kering
Sebelum kita membuat sambal atau apa-apa menu masakkan yang berasaskan cili, kita perlulah bijak memilih cili kering yang sesuai. Jika membeli cili kering di pasar,boleh bertanyakan terus kepada penjual mana cili yang pedas dan mana yang tidak pedas.
Namun jika membeli di pasaraya, harus mengenal pasti jenis cili yang sesuai mengikut tahap kepedasan anda.
Merujuk pada gambar di atas, gambar pertama, cili keringnya agak lurus, tidak bertangkai, berwarna merah berkilat. Kebiasannya cili kering ni jenis yang pedas. Jika gemarkan pedas, cili ini paling sesuai dan tidak perlu letak cili yang banyak untuk membuat sambal.
Gambar yang kedua adalah yang biasa di gunakan orang ramai terutamannya peniaga makanan. Cilinya berkerinting, kurus bertangkai dan pudar warnanya. Cili jenis ini memang kurang pedas dan jika tidak tahan pedas boleh menggunakan cili ini.
Ads
Cili kering pada gambar ketiga, biasanya boleh dijumpai di sebelah utara dan pantai timur. Cilinya bersaiz besar dan merah menyala, tapi lansung tak pedas. Kalau nak bagi sambal warna merah menyala tapi tak pedas boleh lah guna cili ni. Guna sikit sahaja cilinya dah berwarna merah.
2.Cara Membersihkan Cili Kering
Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membersihkan cili kering.Antaranya, potong besar 1 inci dan rendam dalam air hingga kembang. Bila telah kembang cuci bersih cili tersebut. Jangan buang semua biji lada, kisarkan ia sekali untuk menjadikan sambal lebih pedas.
Selain itu, boleh juga gunting cili kering secara memanjang dan buang bijinya. Kemudian cili kering tu di rebus. Anda boleh guna kaedah ini jika jenis yang tak tahan pedas. Sebab bila cili kering dah rebus dan dah dibuang bijinya ia memang tak pedas.
Ads
3.Warna Sambal Cantik
Untuk mendapatkan warna sambal yang cantik dan merah menyala, petuanya ialah pastikan masa memotong cili ambil yang berwarna merah sahaja. Buang cili yang berwarna coklat atau kelihatan seperti dah buruk. Ini lah yang menjadi sebab, jika cili tersebut di kisar sekali sambalnya berwarna tak cantik.
Lagi satu, rahsia sambal warna merah cantik ialah gula kena banyak. Sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manis,pedas,masin dan masamnya.Baru lah kaw!
4.Sambal Sedap
Ads
Sambal tumis bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Jika sambal nak sedap gunakan bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Bawang merah kecil ini letak banyak-banyak barulah kuah sambal tu manis dan enak.Jangan lupa masukkan sekali hirisan bawang besar setelah sambal mendidih.
5.Sambal Tahan Lama
Pastikan gunakan minyak yang banyak ketika menumis. Minyak yang banyak akan buatkan sambal tahan lama, berhari-hari walaupun tidak dipanaskan terutamanya sambal ikan bilis.
Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.
Selamat Mencuba!
Sumber:norazlitaaziz.blogspot.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali ada ahli keluarga yang mengalami masalah hidung berdarah, baik suami atau anak-anak, pasti kita rasa cemas. Semakin dikesat, darah semakin mengalir dengan banyaknya.
Panik dan tidak tahu cara terbaik untuk menghentikannya. Ada ibu-ibu yang biasanya mencuci hidung bagi mengurangkan pendarahan. Mungkin anda merasakan hal ini betul tetapi sebenarnya tindakan ini salah.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan jelaskan kepada anda apa yang perlu dibuat dan sebaiknya dielakkan bila ada ahli keluarga alami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Pendarahan hidung adalah sesuatu yang lazim berlaku pada kanak-kanak, tapi ramai ibu bapa dan guru cuba berhentikan pendarahan dengan cara yang salah.
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI
1. Jangan dongakkan kepala atau berbaring. Darah akan mengalir masuk ke saluran pernafasan.
2. Jangan masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Pendarahan tak akan berhenti.
3. Jangan biarkan darah mengalir daripada hidung begitu sahaja! Lakukan sesuatu.
Apa yang perlu dilakukan?
CARA HENTIKAN PENDARAHAN HIDUNG
1. Duduk menegak dan tunduk sambil membongkok ke hadapan.
2. Picit bahagian hidung yang lembut. Nafas melalui mulut.
3. Letak ais di pangkal hidung untuk kurangkan aliran darah di bahagian tersebut.
4. Lepas picitan selepas 10 minit. Periksa sama ada pendarahan berhenti atau tidak.
5. Jika masih ada pendarahan, ulangi picit bahagian hidung lagi.
Jika pendarahan masih lagi berterusan selepas 30 minit, ada baiknya anda segera berjumpa doktor.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Ibu-ibu ambillah ilmu ini sebagai tip bila suami, ahli keluarga atau anak-anak mengalami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berbekalkan menu yang sering mendapat pujian daripada anak-anak setiap kali menyediakan hidangan ayam goreng untuk mereka, siapa sangka menjadi titik tolak untuk seorang ibu ini memulakan perniagaannya secara serius.
“Dulu setiap kali masak ayam goreng tepung kat rumah.. Anak-anak mesti cakap “sedaplah mama..boleh jual..”. Dulu saya gelak je kalau anak cakap macamtu.. tapi dari situ saya dapat idea dan keyakinan..
“Alhamdulillah sekarang memang saya dah jadi peniaga ayam goreng pun. Doakan saya murah rezeki untuk buka restoran pulak.. Aamin” ujar Murni Rahmat sambil turut berkongsi resipi ayam goreng seringgit yang dijualnya.
Resepi ayam goreng seringgit
Bahan-bahan:
Ayam sekor potong 22-24
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar saiz kecik (1)
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Serbuk kari 1 sudu besar
Garam dan serbuk perasa adabi
Cara-caranya :
Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam.
Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sebab ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras
Cara-caranya;
1.Perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dalam 3 sudu. Perapkan. Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung.
2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul
3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam
4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)
5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yang sederhana panas.
*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
6.Goreng ayam dalam minyak yang banyak, ayam tenggelam ye (untuk jimat minyak boleh pakai periuk kecil)
7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak, cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus di dalam.
8.Hidangkan panas-panas.
9.Makan
untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif untuk jimatkan kos (ayam mahal weh) boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yang lain.
Tiada bumi yang tidak ditimpa hujan dan tidak ada juga manusia yang tidak ditimpa sakit. Begitulah resam kehidupan ini selain menikmati kesenangan, kebahagian dan keseronokan, sakit juga datang dan pergi menjadi sebahagian bentuk ujian dalam kehidupan ini.
Memetik berita yang dikongsikan di page artis malaysia, dikatakan pelakon Kuza menderita sakit lutut hampir sebulan selepas mengalami kecederaan ‘chondral’ pada bahagian kaki kanan. Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani, 48, berkata, kecederaan itu menyebabkan lututnya tidak dapat dibengkok selain sukar untuk bersila.
“Saya kena sakit itu ketika sedang berjalan. Ingatkan sakit biasa saja tapi ia tidak hilang dan lama-lama jadi bengkak selain ada cecair dalam lutut. Lutut saya mula tak boleh nak bengkok dan susah bersila. Saya cuba urut sendiri dan sapu ubat tapi tidak juga hilang selepas hampir sebulan,” katanya.
Lebih Baik Jumpa Doktor
Kuza akhirnya membuat keputusan mendapatkan rawatan doktor dan hasil pemeriksaan mendapati bahagian dalam lutut memang ada kecederaan. Menurut Kuza, dia sudah menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan x-ray serta prosedur wajib lain.
Katanya, kecederaan itu mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh. Dalam pada itu, dia juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah mengenai sakit lutut seperti itu.
“Daripada pengalaman saya, sesiapa yang ada rasa sakit lutut dan tak juga baik-baik, lebih baik pergi jumpa doktor pakar. Jangan dibiarkan sebab kalau sudah teruk akan mudarat pada diri kita,” ujarnya.
“Doakan Saya…”
Terdahulu, Kuza berkongsi gambarnya bertongkat dan sukar berjalan menerusi Instagram. Dia turut dihujani komen mendoakan supaya cepat sembuh oleh rakan artis serta pengikutnya.
Ujarnya, “Alhamdulillah sy beransur pulih.. tak boleh manjakan sangat kaki kena jugak berlajar berjalan balik kalau nak cepat sembuh..Hati kena kuat kena tahan rase sakit sikit ,kena cuba jalan .Doakan saya cepat sembuh.🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.