Bila anak semakin membesar, mengajar anak untuk potty train atau membiasakan diri membuang air secara teratur tanpa lampin pakai buang memang menjadi satu
kesukaran buat wanita bergelar ibu.
Selain kesabaran yang tinggi, mak ayah juga kena rajin bersihkan dan sentiasa ingatkan anak-anak. Bertanya setiap 15 minit sekali pun bukan perkara mudah
nak dilakukan.
Akan tetapi, inilah yang dilakukan oleh wanita ini, Puan Nora Karim yang mengajar anaknya hanya dalam masa 3 hari sahaja. Satu kejayaan hebat!. Baca tip
dan perkongsian yang ditulisnya di blog peribadinya, dialoguda.blogspot.my. Jom kita ikut caranya. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu.
Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum dan salam ziarah,
Alahai… seorang rakan menelefon saya baru-baru ini dan bertanyakan tips untuk potty train anaknya. Saya dengan confident cakap yang saya telah buat satu entri tentang kejayaan Alisya dalam potty trainingnya dalam masa HANYA TIGA HARI…!!
Kawan saya pula beria-ia kata dia tak baca pun pasal entri yang saya maksudkan tu. Katanya dia hanya baca entri ini dan ini… Eh, ye ke?! Letak je telefon terus saya godek-godek entri yang dah publish… Eh memang tak de… Terus tekan draft post… cari punya cari akhirnya terjumpa dalam draft… Alahai… kenapalah saya tak publishkan entri ni? Padahal dah lengkap pun entrinya. Aduhai!
Kredit Foto: dialoguda.blogspot.my
Seminggu sudah berlalu… Alhamdulillah, kini Alisya tidak lagi perlukan pampers di siang hari. Saya cuma pakaikan pampers padanya ketika berjalan dan di sebelah malam… Yey… memang sakan bertepuk tampar (baca sebagai Hi5) saya dan Alisya…
Sepanjang seminggu ni memang Alisya berjaya untuk buang air di toilet. Bangga?! Mahunya tak bangga…? Ini juga salah satu kejayaan besar untuk saya dan Alisya… Siapa kata anak yang berusia 2 tahun tidak boleh kencing sendiri di toilet?! Alisya dah buktikan!! (^_^)
Ads
Saya nak share, persediaan saya sepanjang “potty training” pada Alisya. Saya mengaku ia bukan perkara mudah… Memang perlukan kekuatan fizikal dan mental dan saya cuba atasi dengan sebaik-baiknya. Untuk anda yang sudah sedia untuk mengajar anak-anak anda buang air di toilet, ini cara yang saya lakukan:
1. Sebelum menanggalkan pampers, berikan anak anda pendedahan awal tentang membuang air di toilet. Saya mulakan dengan Lagu Potty Training ioo ye keni… Saya pasang, biarkan dia tonton, kemudian menyanyi dan menari bersama-sama… Lakukan berulang kali… Sehingga anak boleh menyanyi sendiri (dengan pelatnya)
2. Ketika mandi, ajar anak anda untuk mencangkung. Kemudian bunyikan “ssyyyhh… ssyyhhh…” berulang kali… Dalam beberapa kali anda lakukan, akan ada sekali dua yang mereka berjaya kencing. Berikan pujian apabila anak anda berjaya kencing ketika mandi.
3. Setelah anda yakin dan bersedia untuk berikan training, maka gulung semua karpet di ruang tamu, bilik atau di mana saja tempat anak anda suka bermain. (Saya tinggalkan satu tikar di ruang tamu, sebab tikar tu lebih ringan untuk di angkat atau dijemur jika Alisya terkencing di atasnya)
Ads
4. Sebagai permulaan, kerap bertanyakan pada anak anda sama ada mereka ingin ke toilet atau tidak. Untuk permulaan tanyakan setiap 10-15 minit… (anda boleh adjust masa bergantung kepada keadaan anak… apabila mereka semakin biasa anda boleh anjakkan kepada 20-30 minit… sampai ke tahap anda tak perlu tanya lagi.. tapi mereka dengan sendirinya akan cakap nak ke toilet…)
5. Jangan marah jika anak anda terkencing di mana-mana (anda perlukan kesabaran yang tinggi… sangat-sangat perlu bersabar…) Tidak memakai pampers adalah pengalaman baru bagi anak tersebut… Apa yang saya lakukan, jika cukup tiga kali Alisya terkencing merata-rata, saya akan pakaikannya pampers… kerana saya tahu dia belum bersedia… dan anda boleh cuba lagi sebelah malam atau esoknya. Oh jangan terlalu memaksa, anak juga ada stressnya!
6. Rangsang semangatnya dengan membelikan seluar dalam yang comel-comel… biarkan anak anda sendiri yang memilih seluar dalam kesukaannya. Jadikan seluar dalam tu sebagai umpan agar anak anda tinggalkan pampers.
Ads
7. Jika anak anda tertidur di sebelah siang (ketika dalam training), pakaikan pampers padanya. Kerana mereka masih belum biasa. Lama kelamaan, mereka boleh tidur siang tanpa pampers.
8. Ini adalah perkara yang sangat penting… Setiap kali anak anda berjaya kencing di toilet… berikanlah pujian, ciuman, pelukan agar mereka rasa usaha mereka tu dihargai! Atau boleh juga berikan mereka ganjaran… mungkin aiskrim, permainan kesukaan mereka atau apa-apa saja ganjaran lain.
Untuk semua ibu yang membaca entri ini, anda perlu yakin bahawa anak anda mampu kencing di toilet jika anda memberikan mereka pendedahan awal…
Jika anak anda masih belum boleh bercakap, gunakan bunyi atau pergerakan yang mudah ditiru agar mereka boleh menyampaikan mesej bahawa “Saya nak kencing” kepada anda.
Jangan perkecilkan kemampuan anak anda, kena yakin bahawa mereka boleh berjaya dengan usaha dan didikan anda. Ayuh ibu, mama, mummy, umi, mak… kita boleh!! Chaiyok! (^_^)
Dah jadi kebiasaan masa kini bila tiba hari kelahiran orang yang tersayang, rata-rata gemar berkongsi rasa dan abadikan kenangan di sosial media masing-masing. Tidak ketinggalan buat pelakon Yana Samsudin yang turut berkongsi isi hatinya buat suami tersayang yang juga seorang pelakon, Fadzil Zahari.
Sambil menyatakan rasa terima kasih kerana menerima dirinya sebagai seorang isteri, Yana turut berkongsi keperibadian baik suami terhadapnya.
Assalamualaikum… lama tak karang panjang panjang. Ni khas untuk suami ku, sempena ulangtahun kelahiran nya.
Kepada #EnKetuaRumah sedikit penghargaan terima kasih nak di ucapkan,
Memang berbelas tahun lepas , saya ragui keikhlasan dia nak memperisterikan saya, macam macam dia cuba buat untuk yakin kan hati ini , tapi masih jugak tak pedulikan perasaan dia tu.
Jiwa nya besar , orang nya baik hati, rajin beribadat, tak suka menipu , soft spoken, tak janji manis tapi terus buat, kerja keras nya tinggi , tak pernah dengar dia mengeluh, walaupun projek kerja yang dia dapat untung sangat kecil seperti beratus ringgit sahaja ( saya yang bising 🤭 dia lek je) tapi dia buat juga sehabis baik jugak. Diam je , tak mengeluh. Cuma cakap kata rezeki Allah , Alhamdulillah.
Bukan nak puji sangat dia ni, tapi tu lah hakikatnya. Dia ni seorang yang tak pernah abaikan apa apa depan mata. Rajin bantu isteri , buat kerja rumah dan jaga anak.
Kenal dari tak kerja…
Dah kenal dia dari tak kerja ke kerja biasa je gaji rm1k naik kancil manual mak dia punya , kadang tak ada pendapatan, sampailah pandai tulis skrip Alhamdulillah skrip dia yang meletop letop rm12 juta . Tu lah yang nak di higlight kan kesungguhan dan tak kenal erti putus asa dia ni. Degil ya kat situ…
Sifat penyayang dia tu jangan cakap lah, dengn anak anak isteri, dengan mak ayah dan adik beradik dia tu aduhai….. love sangat lah..
isteri minta tolong tak pernah say “No” kecuali dia memang takda outstation, tu pun dia mesti hantarkan orang lain untuk bantu tengok kan.
Sama lah nak pergi haji, saya cakap kat dia saya minta tolong dia ikut untuk tengok kan abah sebab saya akan jaga mak, dia setuju nak tolong jaga. Sampai habis dia tolong kami tak tinggal kan kami langsung, semuanya pergi bersama sama stick together.
Masih ingat moment dia kat Padang Arafah, dia tolong bawa barang barang kami berempat dengan beg tarik berat tu, dengan cuaca yang panas terik lit lit tu. Dia jalan kat belakang kami sebab tak nak kami tercicir , saya kerap toleh dia kat belakang, dia balas senyummmmm je dengan pandangan cinta..
“Ini lah lelaki yang aku tak salah pilih! Terima kasih Allah..”
Awwwwwww… masa tu dalam hati menjerit “Ini lah lelaki yang aku tak salah pilih! Terima kasih Allah kerana masih segar kan cinta kami sehingga hari ni ” kalau korang nak tahu , nak mengerjakan haji ni perlukan tenaga dan emosi yang sangat kuat. Lagi lah menjaga orang orang tua.. Yang pernah lalui akan faham maksud saya. Dengan rezeki Allah mudahkan segala galanya.. kami bahagia sangat di sana.. 😍
“Syukur Ya Allah hadirkan pemimpin keluarga ini dan terima kasih juga sayang kerana masih setia disisi,sentiasa menghiburkan dan tak jemu melayan karenah kami sekeluarga”
Selamat hari lahir yang ke 38 tahun sayang ku @FadzilZahari , hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan yang sayang dah lakukan kepada kami. I doakan supaya sayang di berikan rezeki sahabat, kesetiaan, kebahagian, kesihatan , pendapatan yang mencukupi serta di mudahkan segala urusan ketika menjadi seorang Suami , Ayah , Anak & Adik abang. Semoga Allah berikan ganjaran Syurga atas segala nya , semoga i akan menjadi pilihan sebagai bidadari syurga buat u nanti sayang.. jangan lupakan i 🥹 -YS ..
Kata Imam al-Ghazali, “Yang singkat itu waktu, yang menipu itu dunia, yang dekat itu adalah kematian, yang besar itu adalah hawa nafsu, yang berat itu amanah, yang sulit itu adalah ikhlas, yang mudah itu adalah berbuat dosa, yang susah itu adalah bersabar, yang sering dilupa adalah bersyukur.”
Itulah hakikatnya kehidupan kita di dunia ini, begitu singkat dan kehidupan yang kekal akan kita lalui adalah kehidupan di akhirat kelak. Oleh itu, kita perlu persiapkan amalan untuk menjadi bekalan menuju ke negari abadi.
Walau ramai sedar namun ada juga yang alpa dan sebagai permulaannya biasa-biasakan melakukan perkara-perkara ibadah yang mudah disamping melakukan rutin perkara wajib sebagai orang Islam.
Antaranya mungkin boleh lakukan beberapa amalan yang mudah seperti yang yang disenaraikan oleh Khairul Ezuwan ini dalam usaha kita untuk memperbaiki diri dalam membuat persediaan hadapi kematian yang ‘datangnya’ tidak diduga.
1.Sedekah setiap pagi , gunakan Online banking, mulakan walaupon dengan RM1 . Jangan tinggalkan walaupon sehari.
Disarankan cari akaun masjid atau surau tempat anda, atau mana-mana pertubuhan kebajikan, tahfiz , set as favourite 3,4 akaun siap-siap dalam Online banking untuk memudahkan urusan sedekah anda.
2.Jangan tinggalkan baca ayat Kursi setiap kali selepas solat Fardhu .
3.Baca surah Al-Mulk setiap malam . (contohnya Setkan baca setiap habis solat Maghrib untuk jadikan rutin)
4.Baca Surah Al-Kahfi setiap malam Jumaat ayat 1 – 110 .
Photo by Aqwam Jembatan Ilmu on Unsplash
5.Baca Saiyidul Istighfar setiap kali selepas waktu Subuh & Maghrib .
6.banyakkan Sholawat ke atas Nabi Muhammad , baca sekurang-kurangnya 10 kali waktu subuh , 10 kali waktu Asar .
7.Berzikir lepas solat Subhanallah 33x , Alhamdulillah 33x , Allahuakbar 33x . Jadikan amalan hingga tak boleh ditinggalkan.
8.Baca 2 ayat terakhir Surah Al-Baqarah setiap kali selepas Solat Maghrib & Subuh .
9.Tahan diri dari mengumpat, mengata atau menyakiti hati orang lain. Jauhi fitnah.
10.Maafkan semua orang setiap kali sebelum tidur .
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Penyanyi Wany Hasrita yang kini bergelar ibu berkongsi rasa ‘burnout’ apabila terpaksa menjaga anak seorang diri kerana berjauhan dengan suami.
Walaupun teramat letih menguruskan anak seorang diri namun kata Wany dia bersyukur kerana emosinya masih stabil daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
“Rasa terlalu letih atau burnout memang ada, tapi Alhamdulillah setakat ini saya masih diberi ketenangan minda walaupun letih macam mana pun,” kata Wany.
Tambah ibu kepada Aishah Al-Iman ini, cara untuk mengawal perasaan adalah dengan berkongsi segala perasaannya dengan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun.
Menurut Wany, biarpun berjauhan namun berbual dengan suami mampu meredakan segala tekanan emosi yang dialaminya.
“Suami memang tempat saya luahkan segala-galanya. Kalau tak dapat cakap secara bersemuka, saya akan hantar mesej macam peluru berpandu kepada dia,” katanya sambil tersenyum.
Terdahulu Wany mendirikan rumah tangga dengan Adib pada 22 Julai 2022. Pasangan ini kini dikurniakan seorang anak perempuan yang comel bernama Aishah Al Iman, yang kini berusia setahun.