Tisu basah antara medium yang paling sering digunakan untuk mencuci mekap. Selalunya jika hendak solat, tisu basahlah yang paling mudah untuk digunakan bagi menanggalkan mekap. Dengan sekali sapuan sahaja mekap sudah dibersihkan dan memudahkan urusan mencuci wajah.
Tahukah anda bahawa sebenarnya sikap ini boleh membawa padah kerana menggunakan tisu untuk mencuci wajah boleh mencetuskan pelbagai kesan sampingan. Amalan ini sangat tidak digalakkan kerana tisu basah tidak diformulasikan untuk menghilangan solekan dan mengekalkan kulit wajah yang sihat.
Tisu Basah Tak Elok Guna Untuk Cuci Mekap
Menurut Dr Astrid Wulan Kusumoastuti, tisu basah biasa berlainan dengan ‘makeup remover’ yang biasanya mengandungi campuran minyak untuk menghilangkan solek dan kalis air.
Tekstur tisu basah juga boleh memberi kesan buruk kepada kulit jika digunakan terlalu kerap.
Ini antara kesan buruk yang boleh berlaku pada kulit wajah jika kita menggunakan tisu basah untuk menanggalkan mekap.
Tisu basah mempunyai beberapa bahan kimia di dalamnya seperti alkohol dan bahan pengawet yang menjadikannya tahan lebih lama.
Dilaporkan oleh Life Health, bahan kimia yang terdapat di tisu basah juga dianggap berkesan untuk menghilangkan bakteria, kulat dan kuman lain.
Inilah yang menjadikan tisu basah kering dan kasar. Oleh itu, setiap kali menggunakan tisu basah untuk membersihkan wajah, cuci muka segera dengan sabun dan air.
Ads
2. Menjadikan Produk Penjagaan Kulit Muka Tidak Berkesan
Tisu basah mengandungi banyak bahan kimia yang dapat menghilangkan kesan produk penjagaan kulit.
Oleh itu, seseorang harus mengelakkan penggunaan tisu basah pada wajah semasa menggunakan produk penjagaan kulit.
Satu lagi bahaya tisu basah untuk wajah adalah risiko mewujudkan garis halus pada wajah. Ini disebabkan oleh tekanan berlebihan yang muncul ketika menggunakannya.
Sekiranya digunakan secara berkala dan berulang kali, garis-garis halus di wajah akan muncul, terutama di kawasan mata. Selain daripada garis halus, keanjalan wajah juga berkurang, menjadikan kulit tampak kendur.
Ads
4. Kerengsaan Kulit
Sebilangan bahan kimia pada tisu basah juga boleh menyebabkan kerengsaan, terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Biasanya, kerengsaan akan dirasai dengan kemerahan yang muncul dan rasa kulit terbakar pada beberapa kawasan di wajah.
Sekiranya kerengsaan kulit berlaku, segera berhenti menggunakan tisu basah dan berjumpa doktor untuk menangani dengan betul.
Mata adalah bahagian yang sensitif. Menyapu wajah dengan tisu basah sebenarnya boleh menjengkelkan mata dan menjadikan kulit di bawah mata jadi lebih kendur. Kesannya, mata kelihatan lebih suram, hitam dan mengantuk.
6. Buruk Untuk Kesihatan Kulit Keseluruhan
Kerana tidak dapat menghilangkan kotoran secara optimum, tisu basah hanya menyebabkan masalah jerawat dan bintik hitam muncul.
Kotoran yang tertinggal dan tidak dibuang dengan baik akan meresap ke kulit dan menyebabkan jerawat dan bintik hitam.
Perkara terbaik adalah terus menggunakan air dan sabun untuk membersihkan wajah, terutamanya jika baru selesai melakukan aktiviti di luar.
Sekiranya anda mahu menggunakan tisu basah untuk wajah, pilihlah yang dirumus khas dan mempunyai bahan penghilang solekan.
Namun selepas itu, terus membersihkan wajah dengan sabun dan air. Pilihlah sabun mengikut jenis kulit.
Petua tradisional dilihat lebih semulajadi dan bahan-bahan yang digunakan pula mudah didapati di dalam rumah kita sendiri. Contohnya jika ingin merawat rambut yang gugur dan mahukan ianya kekal sihat.
Caranya bagaimana?
Ya, terdapat banyak petua yang boleh diamalkan untuk tujuan penjagaan rambut ini. Di sini disenaraikan untuk dijadikan info dan amalan bersama.
Petua 1: Daun inai
Sejak dulu daun inai memang diakui mempunyai banyak khasiat, khususnya dalam merawat masalah rambut serta kulit kepala. Caranya cukup mudah, hanya perlu kisar atau tumbuk lumat daun inai tersebut dan campur dengan sedikit air untuk menjadi pes.
Kemudian ratakan di seluruh kulit kepala dan biarkan selama 3 jam. Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.
Petua 2 : Santan
Gunakan santan untuk menyuburkan rambut dengan cara lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Kemudian balut rambut dengan tuala dan biarkan sehingga ½ jam. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan untuk kesannya yang diingini.
Petua 3 : Minyak kelapa
Minyak kelapa juga dapat memberi nutrisi kepada rambut dari dalam sehingga mampu membuatkan rambut berkilat dan lebih sihat. Minyak kelapa adalah perapi semula jadi yang dapat mencegah pertumbuhan rambut rosak.
Untuk mengatasi rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas. Mengurut juga membantu melancarkan peredaran darah.
Petua 4 : Daun bunga raya
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua 5 : Kulit tembikai
Ambil kulit tembikai dan gosok pada bahagian kulit kepala. Biarkan ia meresap dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah dicuci bersih. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.
Usah bimbang, apa kata cuba praktikkan kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan.
Minuman campuran epal hijau, serbuk kayu manis, kurma dan susu ini dikongsikan oleh Nurul dalam laman Facebooknya.
Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. Ibu yang dalam berpantang juga boleh cuba minuman ini. Caranya mudah sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu
Cara menyediakan:
Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
Masukkan susu dan potongan buah tadi. Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
Kisar hingga halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS . Minum semua sekali.
Apabila siap dikisar, masukkan dalam gelas dan minum.
Sumber Nurul Moleek Cereprove
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa tak kenal dengan pelakon wanita jelita, Aida Khalida. Wajahnya kerap terpampang di kaca televisyen. Setiap lakonannya pasti menusuk hati penonton. Percakapan yang lemah lembut sinonim dengan watak yang sesuai dilakonkan sebagai seorang ibu.
Aida Khalida atau nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad sangat berdisiplin dalam kariernya dan telah berpuluh tahun menjadi anak seni. Bakat lakonannya masih utuh di persada seni dan sehingga kini banyak menerima tawaran.
Siapa sangka, Aida Khalida kini sudah mencecah usia 66 tahun dan telah pun bergelar nenek kepada 5 cucunya.
Ibu kepada dua orang anak dan 5 orang cucu ini tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, pelakon ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 66 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa suntikan botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur.
Berkongsi amalan kecantikan, Aida memberitahu yang dia sangat menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” katanya.
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.