Tisu basah antara medium yang paling sering digunakan untuk mencuci mekap. Selalunya jika hendak solat, tisu basahlah yang paling mudah untuk digunakan bagi menanggalkan mekap. Dengan sekali sapuan sahaja mekap sudah dibersihkan dan memudahkan urusan mencuci wajah.
Tahukah anda bahawa sebenarnya sikap ini boleh membawa padah kerana menggunakan tisu untuk mencuci wajah boleh mencetuskan pelbagai kesan sampingan. Amalan ini sangat tidak digalakkan kerana tisu basah tidak diformulasikan untuk menghilangan solekan dan mengekalkan kulit wajah yang sihat.
Tisu Basah Tak Elok Guna Untuk Cuci Mekap
Menurut Dr Astrid Wulan Kusumoastuti, tisu basah biasa berlainan dengan ‘makeup remover’ yang biasanya mengandungi campuran minyak untuk menghilangkan solek dan kalis air.
Tekstur tisu basah juga boleh memberi kesan buruk kepada kulit jika digunakan terlalu kerap.
Ini antara kesan buruk yang boleh berlaku pada kulit wajah jika kita menggunakan tisu basah untuk menanggalkan mekap.
Tisu basah mempunyai beberapa bahan kimia di dalamnya seperti alkohol dan bahan pengawet yang menjadikannya tahan lebih lama.
Dilaporkan oleh Life Health, bahan kimia yang terdapat di tisu basah juga dianggap berkesan untuk menghilangkan bakteria, kulat dan kuman lain.
Inilah yang menjadikan tisu basah kering dan kasar. Oleh itu, setiap kali menggunakan tisu basah untuk membersihkan wajah, cuci muka segera dengan sabun dan air.
Ads
2. Menjadikan Produk Penjagaan Kulit Muka Tidak Berkesan
Tisu basah mengandungi banyak bahan kimia yang dapat menghilangkan kesan produk penjagaan kulit.
Oleh itu, seseorang harus mengelakkan penggunaan tisu basah pada wajah semasa menggunakan produk penjagaan kulit.
Satu lagi bahaya tisu basah untuk wajah adalah risiko mewujudkan garis halus pada wajah. Ini disebabkan oleh tekanan berlebihan yang muncul ketika menggunakannya.
Sekiranya digunakan secara berkala dan berulang kali, garis-garis halus di wajah akan muncul, terutama di kawasan mata. Selain daripada garis halus, keanjalan wajah juga berkurang, menjadikan kulit tampak kendur.
Ads
4. Kerengsaan Kulit
Sebilangan bahan kimia pada tisu basah juga boleh menyebabkan kerengsaan, terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Biasanya, kerengsaan akan dirasai dengan kemerahan yang muncul dan rasa kulit terbakar pada beberapa kawasan di wajah.
Sekiranya kerengsaan kulit berlaku, segera berhenti menggunakan tisu basah dan berjumpa doktor untuk menangani dengan betul.
Mata adalah bahagian yang sensitif. Menyapu wajah dengan tisu basah sebenarnya boleh menjengkelkan mata dan menjadikan kulit di bawah mata jadi lebih kendur. Kesannya, mata kelihatan lebih suram, hitam dan mengantuk.
6. Buruk Untuk Kesihatan Kulit Keseluruhan
Kerana tidak dapat menghilangkan kotoran secara optimum, tisu basah hanya menyebabkan masalah jerawat dan bintik hitam muncul.
Kotoran yang tertinggal dan tidak dibuang dengan baik akan meresap ke kulit dan menyebabkan jerawat dan bintik hitam.
Perkara terbaik adalah terus menggunakan air dan sabun untuk membersihkan wajah, terutamanya jika baru selesai melakukan aktiviti di luar.
Sekiranya anda mahu menggunakan tisu basah untuk wajah, pilihlah yang dirumus khas dan mempunyai bahan penghilang solekan.
Namun selepas itu, terus membersihkan wajah dengan sabun dan air. Pilihlah sabun mengikut jenis kulit.
Tentu ada antara kita pernah merasai betapa kecewanya bila menanam pokok namun setelah bertahun-tahun ditunggu, pokok yang ditanam masih tidak mengeluarkan hasil, bahkan terlihat tidak subur pula.
Begitu juga bagi yang mengimpikan laman yang menghijau. Lalu menanam pelbagai jenis tanaman untuk menyerikan laman rumah, tapi pokok bunga begitu ‘liat’ berbunga. Nampak togel sahaja dan semua ini boleh mematikan minat seseorang untuk terus bercucuk tanam.
Untuk itu, tahukah anda sebenarnya tanaman yang kita tanam selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri booster tanaman ini dengan langkah yang cukup mudah dan selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin. Jom semak.
Bahan-bahan:
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Cara buat :
Step 1 : Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Step 2 : Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Step 3 : Kemudian spray lah sesuka hati pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu.
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya.
Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
Pelbagai cara dan petua yang ada untuk anda yang mengalami masalah perut buncit, lemak berlebihan dan sebagainya. Mungkin ada antara kita yang tidak berani mengambil produk di pasaran, bimbang kesan buruk pada tubuh.
Nah, admin sediakan satu petua yang cukup mudah, ringkas dan yang penting menggunakan bahan semula jadi.
Sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki, petua ini bukan sekadar dapat membantu kempiskan perut, ia juga dapat mengeluarkan angin degil dan lemak terkumpul, melancarkan pencernaan, menyihatkan dalaman dan luaran serta untuk mengekalkan awet muda.
Bahan Bahannya:
3 inci Kunyit
1 inci Halia
Segenggam asam jawa
2 sudu gula melaka/ gula kabung
Sedikit garam
Cara Caranya:
Halia dan kunyit ditumbuk dalam lesung batu. Atau boleh juga dikisar.
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masukkan juga air asam jawa yang sudah diramas.
Didihkan. Tapis dan saringkan. Dan boleh diminum suam suam.
1 of 3
sumber: Azwani Muzammel
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki kulit cantik, bersih dan mulus idaman semua wanita, walaupun sudah meningkat usia. Malah, siapa yang tidak ingin cantik dihadapan suami secara semulajadi.
Oleh sebab itu, ramai yang sanggup ke pusat kecantikkan untuk rawatan wajah setiap bulan agar wajah sentiasa cantik dan sihat.
Namun, mendapatkan kecantikkan di spa, wanita juga boleh melakukan penjagaan wajah secara secara alami dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rak dapur.
Menerusi perkongsian seorang wanita ini sungguh inspirasi. Hanya menggunakan bahan seperti timun, kunyit dan asam jawa sudah memadai untuk penjagaan wajah yang sempurna.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Kiub Ais pencerah Kulit. Campuran Kunyit, Asam jawa & Timun. . Aritu sorang sobat citer, ada try campur limau nipis dan soda bikarbonat untuk buang parut. Ya Aulohhh mendidih rasa kulit kata dia.
Amende laa. Guna limau nipis saja pun Kakdell sendiri hampir rasa nak pi sembam muka dalam ais, inikan campur soda bikarbonat.
Tajam tuuu siap boleh putihkan lantai tandas ganti clorox tau dak. MOHON istighfar banyak dekat yang bagi resepi diy macam tu.
Kulit jenis tebal no worries la sangat. Kene yang kulit nipis sensitif tu. Eh senget jugak!
Nak mudah cuba buat masker lembut mesra kulit ni dari jenis berasid cam tadi. Sebab natural2 limau pun tak semua boleh ngam.
Macam masker pakai 3 bahan ni. Hanya timun, kunyit dan asam jawa inshaallah boleh sangat.
Niat melawa cara alami tu comel dah. Tapi toksah kelam kabut sangat bereksperimen memacam kat kulit. Tau dah nak cantik raya.
Dah alang langsir baru, baju baru tudung baru. Kang best kulit pun baru. Bersih, cerah, jeragat, parut kokoh nempel tu jadi pudar. Ahh gitew.
Kenapa 3 bahan, cemana nak buat & berapa kerap pakai, nakti boleh baca kat gambar. Kat situ Kakdell ada ringkaskan serba sikit.
Berminat nak terai tapi tak pasti bila nak buat tu boleh la share dulu tanak bagi hilang ya.
RUJUK GAMBAR
Nak senang buat banyak dan bekukan. Cara nak buat simple sangat. Bersihkan kunyit hidup, kupas kulit dan parut dengan penyagat bagi halus. Parut timun dan gaulkan sekaligus dengan asam jawa. Boleh pakai terus. Lebih tu boleh letakkan dalam bekas kiub ais macam ni then bekukan. Kakdell punya ni dapat 12 ketul kiub so tahan lah untuk sebulan pakai untuk ramadhan ni.Timun Sebab dia bersifat sooting dan boleh sejukkan kulit so dia boleh hilangkan eye bag yang berkilo bawah mata tu. Boleh kurangkan sunburn dan jeragat jugak. Lagi 1 dia banyak air jadinya sangatlah bagus dalam kerja nak lembabkan kulit sambil elak kemunculan kedut semua tuKunyit Sebab dalamnya ada kurkumin, ada anti-inflamasi & antioksidan yang kuat. Nanti dia kurangkan pengeluaran minyak, melanin berlebihan dari dalam kulit. Sebab tulah nape dia tersangat bagus dalam nak cerahkan kulit. Dah cerah tu nanti sekali pakej pudar parut dan jeragat datangnya. Seronok tu dia tolong kulit dari hilang keanjalan. Stilll jadik tegang awet muda sokmo gitu. Ehh nak helokkan jerawat pun boleh tau. Beat kanAsam jawa. Salah 1 sebab Kakdell pilih Asam jawa ialah sebab dalamnya ada alpha hidroksil asam yang fungsi dia untuk mencerah. Antara kerjanya bantu gelupaskan sel-sel kulit mati. Lembut, mesra selamat dekat kulit nak banding dengan limau nipis yang soooo tajam tu.Kakdell festime awal pakai tu buat 4 hari berturut. Lepastu baru minimakan 3x seminggu. Sebelum pakai tu muka cuci bersih dulu siap siap bagi tanggal segala minyak, kotor, mekap semua. Kang bazir. Lelah pakai saja tapi zat tak boleh resap masuk kulit sebab awai awai lagi dah kene block kat permukaan. Pakai tu pulak perapnya 20 minit cukup. Takyah tunggu sampai jadi kering keras rasa macam nak merekah. Dan jangan ngade nak ulang bubuh balik. Kang overdose karang. Tak bagus. Nak bilas karang pakai pencuci jenis lembut moist tak keras. Sebab apa tau, takut dia hilang kan nutrien yang ditinggalkan masker tadi. Pesen kakdell simple. Masa cuci tu terus guna sabun natural Detox Soap yangg sooo BERSAKA tu. Lembut sangat dan langsung tak keringkan kulit. Bertahan lembab adalah. Lagi 1 dalam sabun tu sendiri pun dah ada kunyit gak. ❤❤ Cuma 1 nak pesan. Redho je lah erkkalo ada kesan kunen kunen sikit muka tu. Dah nama masker kunyit kan? Lawa apa muka kaler gold. Mewah tuuuu
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.