Kesibukan menguruskan keluarga di rumah di samping bebanan tugasan di pejabat, terkadang boleh membuatkan penjagaan kulit wajah kurang sempurna dan dilakukan ala kadar sahaja.
Akhirnya, kulit wajah mudah dihambat masalah! Bila ini yang terjadi, maka kita akan tertanya apakah untuk mencari punca sebenarnya. oleh itu ketahui punca penyebab kepada masalah kulit wajah ini bagi seorang wanita.
TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT WAJAH
Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit dan akan mengakibatkan kerengsaan, maka terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin.
BERKONGSI BERUS SOLEKAN
Penggunaan berus solekan yang kotor dan berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Ia juga mengakibatkan kuman daripada alat solek mudah tersebar kepada bahagian lain pada muka. Cuba gunakan jari atau berus berasingan untuk setiap alat kosmetik dan jangan lupa cuci setiap minggu. Jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.
Ads
PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN
Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.
Ads
PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN
Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah wajah berjerawat memanglah perkara biasa, itu andai sebiji dua jerawat yang muncul. Namun jika semakin hari semakin banyak, pasti menimbulkan rasa gusar dan bimbang di hati.
Sekiranya ingin memilih untuk merawat masalah jerawat dengan cara mengamalkan petua, pastikan anda kenali dulu punca atau masalah penyebab kemunculan jerawat tersebut agar mudah untuk memilih kaedah rawatan yang bertepatan dan serasi.
Untuk itu, jom fahami beberapa perkara berkaitan petua kurangkan masalah jerawat yang dikongsikan oleh Aroora Dayana ini. Jom semak.
Petua Kurangkan Masalah Jerawat
Pertamanya, sebelum anda terus amalkan apa-apa petua, kita perlu ambil berat dan cari tahu punca utama yang menyebabkan jerawat muncul pada wajah kita selama ini disebabkan apa? Ini untuk memastikan anda tidak membazir masa mencuba pelbagai petua sedangkan petua tersebut langsung tidak serasi dengan masalah jerawat anda. Jerawat muncul disebabkan beberapa faktor utama seperti kulit muka berminyak, debu juga hama dari persekitaran, dan perubahan hormon badan.
Masalah kemunculan jerawat sewaktu haid
Jika jerawat itu berpunca dari perubahan hormon badan, sebagai contoh ada wanita yang berhadapan masalah jerawat tumbuh pada wajah secara bermusim sewaktu datang haid. Anda boleh cuba amalkan makan vitamin c atau makanan tambahan (supplements) yang sesuai. Ini kerana sewaktu proses kitaran haid, badan anda tidak menerima nutrisi yang cukup. Emosi tidak stabil, mudah stress, cepat marah dan tertekan. Jadi, anda memang perlu usaha cegah masalah ini. Makanlah makanan yang berkhasiat, lebihkan buah-buahan seperti epal atau buah delima yang sangat baik untuk kulit muka. Dan cuba sehabis baik untuk selalu tenang.
Kulit berminyak
1. Kurangkan mencuci muka dengan pencuci
Bagi pembaca yang ada masalah kulit berminyak pula, nasihat saya, elakkan cuci muka terlalu kerap dengan produk pencuci muka (oil control bagai tuuu..) sebab ia sebenarnya menghilangkan minyak pada wajah anda dalam tempoh yang sekejap saja. Selepas satu jam, kulit anda selalunya akan kembali berminyak. Kenapa? Pencuci muka oil control tu sebenarnya merangsang kulit untuk terus hasilkan minyak dengan lebih banyak. Maka dengan itu kulit muka akan bertambah teruk. Bila anda terlalu kerap biasakan cuci muka 4,5 kali sehari dengan pencuci muka, sampai bila-bila pun anda terpaksa beli produk pencuci muka tersebut seumur hidup sebab kulit muka dah tak terkawal. Kalau dah guna satu-satu produk pencuci muka tu, ikutlah aturan penggunaan yang disyorkan. Jangan salah faham, ramai yang fikir bila kulit muka berminyak saja, anda mesti cuci guna produk yang anda beli tu. Sebenarnya salah. Cukuplah dua kali sehari. Kesian muka anda.
2. Jangan campur produk kecantikan sesuka hati
Dan ingat, jangan rajin buat eksperimen dengan mencampur dan kerap kali tukar pelbagai jenama produk pencuci. Sekejap Garnier, esok Nivea, Lusa Safi. Jahanam muka anda nanti.
3. Teh dan madu sebagai pencuci muka?
Bila kulit berminyak kita boleh bersihkan muka dengan serbuk teh. Nak lebih berkesan, anda boleh campur serbuk teh tersebut dengan madu. Gosok di muka ala-ala scrub. Selebihnya sapu pada leher, lengan atau badan. Untuk permulaan, amalkan dua kali sehari (pagi dan malam).
Nota tambahan : Nak mudah, cari bekas kaca yang ada penutup (balang kaca kecil). Masukkan madu dan serbuk teh dalam bekas tersebut. Gaul supaya sekata, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. So, tak adalah setiap kali nak cuci muka baru nak sibuk cari serbuk teh, cari madu bagai. Kalau simpan dalam peti sejuk, adunan tersebut tahan lebih lama. Kalau letak diluar saja (suhu bilik) adunan teh dan madu tadi tahan lebih kurang dua minggu. Jangan guna serbuk teh uncang pula, serbuk teh dalam uncang tu agak kasar dan tak sesuai untuk kulit.
4. Wap panas untuk kecutkan jerawat
Seterusnya, bagi yang ada masalah kulit berminyak sampaikan jerawat tak henti muncul, boleh cuba buat ala-ala spa wap panas guna daun bunga tahi ayam. Petua ni agak kelakar sikit.Kalau anda mengalami masalah jerawat teruk, petua ni menjadilah. Kalau jerawat cuma ada satu dua tu, tak perlulah. hehe. Tapi tak salah pun kalau ada yang nak cuba.
Caranya ialah, dapatkan daun pokok bunga tahi ayam yang daunnya masih hijau dan sihat (Kuantiti : kalau banyak lagi bagus..). Basuh daun tersebut hingga bersih. Masukkan dalam periuk, isi air separuh penuh dan didihkan atas dapur.
Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letak di tempat yang selesa dan luas (contoh: lantai ruang tamu). Kemudian, ambil sehelai selimut atau kain yang besar dan tebal. Anda perlu masuk bawah selimut tersebut (ala.. macam tengah main sembunyi-sembunyi tuuu..). Bawa masuk periuk yang air masih panas tadi ke dalam selimut tersebut juga.
Letak berhadapan anda dan halakan muka anda pada wap air yang panas naik dari periuk tersebut. Duduklah dalam selimut tu dalam 15-30 minit. Kena banyak sabar, waktu duduk dalam selimut tu, panas betul rasa (berpeluh).
Tapi selepas proses ni selesai. Jerawat yang merah-merah di muka sebelum ini dah mula kecut dan ada yang hilang. In shaa Allah. Saya rasa bagi yang jenis ada jerawat yang banyak, merah-merah, jerawat batu yang menyakitkan semua tu, patut cuba petua ini.
Nota tambahan :Air rebusan daun tadi boleh diguna semula dua kali sahaja. Lepas itu, sila buang, cuci bekas dan tukar dengan daun yang baru. Petua ini boleh diamalkan dua kali dalam seminggu. Dan tengoklah perubahan pada wajah.
5. Buat mask sendiri untuk malam hari
Selain itu, ada juga amalan penjagaan kulit muka pada malam hari iaitu pakai mask buatan sendiri. Paling mudah, gunakan tepung beras campurkan dengan madu, gaul rata dan sapukan pada muka. Boleh kalau anda nak pakai semasa tidur hingga keesokannya. Tapi sebaiknya elakkan sebab lelehan madu akan kotorkan tempat tidur anda. Cukuplah pakai 30 minit sebelum tidur, kemudian cuci dan berwhuduk (tidur ikut sunnah). Masker tepung beras dan madu ini kalau diamalkan boleh buat kulit anda tegang dan liang roma pada muka mengecil.
6. Rehatkan muka di hujung minggu dengan masker timun atau putih telur
Kalau rajin, setiap kali hujung minggu, anda boleh cuba hasilkan mask dari timun. Tak perlu campur apa-apa. Hanya perlu kisar timun sehingga halus dan sapu pati tersebut pada muka. Biarkan sehingga kering dan cuci. Kalau tak ada timun, dapatkan telur ayam, ambil putih telur sahaja, sapu pada muka. Biarkan kering.
?Apa-apa pun petua dan proses yang anda lalui, rajin-rajinlah berselawat, baca surah-surah lazim, sekurangnya ada pengisian yang baik untuk diri. Berserah pada Allah dengan segala usaha ini.
Wanita dah bersuami bukan hanya perlu cantik luaran sahaja tetapi paling penting kena jaga dalaman mereka. Memastikan tubuh sentiasa cergas di dalam adalah langkah yang wajib wanita berkahwin lakukan.
Masalah kegatalan, kemerah-merahan dan keputihan yang serius sehingga meninggalkan bau merupakan gejala vagina yang tidak sihat. Hal inilah yang buat suami kadang-kadang rasa tak senang.
Spa vagina antara yang disarankan untuk mengembalikan semula kecantikan dalaman wanita berkahwin. Spa vagina ataupun bahawa paling mudahnya bertangas adalah rawatan yang terbaik untuk wanita.
Selain memulihkan kawasan dalaman wanita, spa vagina atau bertangas juga bertindak memulihkan masalah keputihan. Malahan cecair vagina yang berlebihan ketika melakukan hubungan intim juga akan dapat dikurangkan. Masalah kegatalan dan kemerah-merahan yang berlaku disebabkan oleh kehadiran bakteria juga dapat dipulihkan.
Selain itu, teknik bertangas yang berasaskan proses pengasapan ini juga mampu meredakan masalah kekejangan otot ketika melakukan hubungan seks. Malah dengan aktiviti sihat dan cergas ini juga mampu membuatkan hubungan anda menjadi lebih hebat dan sihat.
Siapa yang disarankan?
Selain disarankan untuk semua wanita yang mengalami masalah dalaman seperti keputihan dan sebagainya, rawatan ini cukup baik untuk memulihkan semula ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Kaedah rawatan ini dapat mengembalikan semula otot-otot vagina yang kendur menjadi lebih tegang dan rapat.
Namun rawatan ini sama sekali perlu dihindarkan dari wanita mengandung dan juga wanita yang telah disahkan menghidap penyakit kelamin. Mengapa? Kerana proses rawatan spa vagina ini akan mengganggu keadaan janin dalam kandungan. Bagi wanita yang menghidap penyakit kelamin pula, rawatan ini langsung tidak akan memberi kesan yang positif kepada perkembangan penyakit anda. Rawatan doktor merupakan rawatan terbaik untuk memulihkannya.
Wajib Lakukan Perkara Ini
Dalam penjagaan kesihatan dalaman ini, sebaiknya anda harus memulakannya dari awal iaitu menjaga kebersihan dan mengambil kira segala keperluan yang dirasakan mempunyai risiko terkena sebarang jangkitan. Pastikan segala tips dibawah ini dilakukan anda dengan sempurna.
1. Menjaga keadaan vagina agar sentiasa kering. Setiap kali membuang air kecil mahupun besar, lapkanlah kawasan kemaluan hingga kering. Keadaan yang lembap dan basah terutama selepas membuang air akan lebih cenderung kepada jangkitan bakteria.
2. Pakailah pakaian dalam yang longgar di tubuh supaya wujudnya pengudaraan yang sihat tanpa menyekat peluh dan kelembapan yang terperap.
3.Pilihlah pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas mahupun fabrik yang mampu menyerap peluh sepanjang hari.
4. Jika mandi merupakan pilihan terbaik, keraplah mandi bagi menanggalkan peluh dan kotoran yang melekat.
5. Elakkan pencuci vagina yang terlampau wangi. Ini kerana kandungan bahan kimia didalamnya cukup tinggi berbanding pewangi biasa. Kenalpasti juga mandian dan sabun berpewangi yang boleh mendatangkan kesan pada kulit.
6. Jangan sekali-kali memakai pakaian dalam yang lembap dan basah sekalipun untuk tempoh yang singkat.
7. Elakkan memakai pakaian dalam yang tidak dibasuh kerana ketika ini bakteria yang wujud kesan dari peluh masih tidak tertanggal dari kesan fabrik berkenaan.
8. Jika anda dijangkiti bakteria ataupun mengalami masalah kegatalan, elakkanlah melakukan hubungan intim. Keadaan ini akan hanya mendedahkan pasangan anda kepada serangan bakteria yang sama. Malah jangkitan penyakit kelamin juga bakal berlaku.
9. Tingkatkan sistem ketahanan tubuh dengan bersenam dan mengambil pemakanan yang seimbang dan sihat.
10. Lebihkan pengambilan air kosong setiap hari. Dalam apa jua keadaan pun, air kosong dapat membantu menstabilkan suhu serta meredakan kewujudan bakteria dalam tubuh.
11. Ketika datang haid, elakkan memakai tampon pada tempoh yang terlalu lama terutamanya ketika waktu malam. Pastikan tampon anda bertukar ganti tidak melebihi tempoh empat jam.
12. Jika mengalami sebarang perubahan yang tidak dijangka pada vagina seperti keputihan yang teruk atau terasa sakit disekitarnya, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai wanita yang mengalami masalah keguguran rambut, kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh. Ini mungkin disebabkan oleh masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.
Wanita ini kongsikan petua untuk merawat keguguran rambut dengan menggunakan limau purut.
Anak saya Nadia merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak . Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan Nadia secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya saya menyediakan satu resepi yang memudahkan Nadia untuk menggunakannya setiap kali diperlukan.
Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut.
Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.
Ini resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur . Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar :
Bahan-bahan
4 ke 5 biji limau purut dipotong
1 gelas Santan kelapa yang asli di perah – lebih baik guna santan segar lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut menjadi sihat.
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.